•^BAB 47^•

Romance Series 37373

4 BULAN KEMUDIAN

Mereka bertiga sedang bersarapan di meja makan. Suasana sunyi sepi. Hanya bunyi dentingan garfu dan sudu berlaga di pinggan.

Aaran mendongakkan wajah memandang Maira.

"Abang dah buat keputusan. Abang rasa abang nak hantar Maira ke rumah mummy" ujar Aaran serius. Wajah Maira terus berubah.

"Kenapa? Kenapa awak nak hantar Maira rumah mummy? Maira ada buat salah ke? " soal Maira bertalu-talu. Perutnya yang sudah sarat 6 bulan itu diusap.

"Bukanlah, sayang... Abang cuma nak mummy boleh tengok-tengokkan sayang. Mummy kan dah arif pasal semua yang berkaitan pregnancy ni. So, kalau ada apa-apa jadi, mummy tahu apa kena buat" jelas Aaran.

Anayra hanya mendiamkan diri. Dia malas nak masuk campur. Sengaja.

"Anayra kan ada? Dia kan boleh tengok Maira. Tak perlulah sampai rumah mummy" rengek Maira sambil memuncungkan bibir ke arah Anayra.

Anayra yang dari tadi diam tersentak.

Banyak cekadak punya perempuan. Kau ingat kerja aku 24 jam tolong tengokkan kau je ke? Banyak cantik muka kau?! Sorry ehh!

"Sayang kena faham. Anayra pun ada kerja juga kena buat. Mummy tu 24 hours ada dekat rumah. Boleh tengokkan sayang bila-bila masa. Boleh sayang? "

"Habistu abang duduk mana nanti? " soal Maira gusar.

"Duduk sinilah" kata Aaran selamba.

"Taknak! Kalau awak nak Maira duduk rumah mummy, awak kena duduk sana jugak!"

"Sayang... " panggil Aaran meleret.

"No! Awak tak kesian ke dekat saya? Dekat anak awak? Kitaorang perlukan awak tau. Kalau jadi apa-apa dekat saya? Dekat anak kita? " soal Maira bertalu-talu.

"Okey.. Okey... Abang akan teman sayang. Dah dah.. Janganlah marah macam ni. Buruk muka baby nanti tengok ibu dia muncung"

"Ikut oranglah " kata Maira kembali memuncungkan mulut. Mereka berdua ketawa.

Anayra terus bangun dari kerusi sambil membawa pinggan kotor. Wajahnya tetap sama, tiada riak langsung. Setiap kali mereka bertiga bersama, dia sentiasa akan menjadi seperti halimunan, tidak wujud.

Selepas sahaja selesai membasuh pinggan, dia terus naik ke bilik. Malas untuk berlama-lama disitu. Buat dia sakit hati lagi adalah.

"Sayang, nanti kita pergi beli barang baby okey? " ajak Aaran tiba-tiba. Maira mendongak kemudian mengangguk sambil tersenyum.

"Okey, awak"

Di pusat barangan bayi, pasangan itu ke hulur ke hilir mencari barang-barang persediaan untuk anak mereka yang bakal lahir bila-bila masa sahaja. Genggaman tangan tidak pernah mereka lepaskan. Aaran  setia membawa troli yang dipenuhi barangan bayi.

"Sayang, cantik kan baju ni?" Aaran menunjukkan baju bayi yang berwarna biru.

"Tapi, ni kan baju untuk baby boy. Kita mana tahu gender baby lagi, awak. "

"It's okay. Kita beli dulu. But abang yakin yang anak kita mesti baby boy" kata Aaran yakin.

"I think so... "

Mata Maira masih meliar-liar mencari barang. Sebenarnya, dia pun bukannya suka sangat nak beli semua benda ni. Tapi hanya kerana disebabkan Aaran, dia akur.

Matanya terhenti pada seorang lelaki yang sedikit berkumis memakai baju kemeja berlengan panjang berwarna putih. Lama dia amati lelaki itu.

Terasa diri diperhati, mata lelaki itu beralih pada Maira. Riak lelaki itu juga sama seperti Maira.

Maira membuntangkan matanya luas. Kini dia sedar siapa lelaki itu. Patutlah wajah itu seperti pernah dilihat sebelum ini.

Kenapa dia ada kat sini?!

No, it can't be! Kenapa dalam banyak-banyak masa, masa nilah jugak kau kena munculkan diri?

Maira cepat-cepat menarik tangan Aaran keluar dari kedai itu. Aaran terpinga-pinga namun masih dituruti langkah Maira.

Eiman memandang Maira dan Aaran berlalu pergi dari kedai itu dengan ekor mata. Otaknya masih ligat memproses siapa wanita tersebut. Lelaki yang bersama gadis tersebut juga pernah dia lihat sebelum ini.

"Aaran?" terbit nama itu dibibir Eiman.

"Aaran dengan perempuan lain? Bukanke dia kahwin dengan Rara?"

Soalan itu terngiang-ngiang di ruang mindanya. Dia yakin dia tidak tersalah lihat. Dia yakin itu adalah Aaran. Dia masih ingat akan wajah yang menjadi kekasih hati wanita kesayangannya dahulu.

Wanita yang bersama Aaran itu juga....

Seperti pernah dia lihat sebelum ini.

Puan Rafisyah menyambut kepulangan anak lelakinya yang baru sahaja pulang dari luar negara setelah sekian lama menetap disana. Tubuh itu dipeluknya erat. Lama tidak bertemu.

"Anak umi dah balik. Alhamdulillah..." kata Puan Rafisyah setelah melepaskan pelukan.

"Assalamualaikum umi" Eiman tersengih menampakkan giginya yang cantii tersusun.

"Anak umi dah lain sekarang. Nampak matang"

"Selama ni Eiman tak matang ke? " kata Eiman sambil memuncungkan mulutnya.

"Ish, anak umi ni. Umi cakap je. Abang Ngah dah makan? Umi ada buat makanan favourite Abang Ngah"

"Perut Eiman dah nyanyi lagu Maher Zain dah ni umi. Eiman gerenti mesti sedap punya" Eiman tidak sabar-sabar. Bersinar matanya melihat makanan yang terhidang diatas meja makan itu.

Selepas membasuh tangan, tanpa membuang masa lagi dia terus menerkam makanan tersebut. Puan Rafisyah melihat anaknya sambil menggelengkan kepala.

"Abi mana umi? " soal Eiman. Dari tadi juga dia tidak nampak kelibat Encik Rafiq. Keretanya juga tiada di garaj.

"Abi keluar, ada kerja katanya. Dia tahu Abang Ngah balik" ujar Puan Rafisyah. Eiman mengangguk-anggukan kepalanya.

Terlintas pula di fikiran tentang adik angkat kesayangannya itu. Mulut terus bertanya tentang Anayra kepada Puan Rafisyah.

"Umi, Rara macam mana sekarang? Dia okey? " soal Eiman. Mata menanti bibir itu membalas.

"Umi pun dah lama tak jumpa Rara. Macam mana khabar dia pun umi tak tahu. Entahlah..." Puan Rafisyah mengeluh berat.

"Eiman ada nampak suami dia tak silap dengan perempuan lain. Perempuan tu pulak nampak macam mengandung. Diorang dekat kedai barang bayi. Tu adik Aaran ke, umi? " soal Eiman.

Puan Rafisyah terdiam. Tidak tahu ingin memberitahu Eiman hal itu ataupun tidak.

"Sebenarnya... Perempuan yang Abang Ngah nampak tu madu Rara" jelas Puan Rafisyah. Eiman membuntangkan mata.

Madu? Anayra?

"Suami dia kahwin dua ke? "

Puan Rafisyah mengangguk.

"Umi pun tahu hal ni daripada mama kamu. Kesian Rara. Umi pun tak faham kenapa suami dia sanggup buat macam tu dekat Rara. "

Eiman diam. Wajah dia berkerut menahan marah. Berani Aaran sakiti Anayra?

Tangannya mengepal penumbuk. Dia memejamkan mata.

Cuba untuk bersabar.

It's okay Rara. Abang Ngah ada.

Anayra berasa tidak sedap badan. Kerap kali dia keluar masuk tandas akibat muntah-muntah. Tekaknya juga rasa loya.

Dia nekad. Alat itu dipegang erat. Ketika itu, hanya dia seorang sahaja ada di rumah. Aaran dan Maira masih belum pulang dari membeli-belah barangan bayi.

Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum kembali memandang alat itu.

Hampir terkeluar jeritan suara melihat keputusan tersebut.

Dua garisan.

Dia menekup mulutnya. Air mata cuba ditahan dari mengalir. Akhirnya, penantian dia selama setahun membuahkan hasil.

Perlahan-lahan tangan menyentuh perutnya yang masih kempis berlapik baju tersebut. Diusap-usap sayang.

Anak mummy...

Anayra ketawa kecil. Terasa seperti mimpi. Akhirnya, dia ada juga kawan menemani.

"Tahniah, Puan mengandung 2 bulan!" ucap doktor wanita yang bernama Iman itu gembira.

"Alhamdulillah... " betullah tekaannya. Apa yang dialaminya selama ini disebabkan makhluk kecil yang menetap di dalam rahimnya.

Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia mengandung?

Dia? Mengandung?

Dia mengucapkan rasa syukur ke hadrat ilahi.

Kalau daddy tahu, mesti daddy happy.

Dia tersenyum sungging. Senyuman yang terukir dibibir tidak pernah terpadam.

"Tapi... " Doktor Iman memandang Anayra dengan wajah yang serba salah.

Anayra mendongak memandang Doktor Iman. Dia mengerutkan kening.

"Kenapa doktor? " soal Anayra.

"Selain daripada itu, saya juga ada berita buruk yang ingin saya beritahu pada Puan"

Anayra diam. Berita buruk?

"Apa doktor? "

"Saya harap Puan dapat bersabar. Puan menghidap fibroid, ketumbuhan pada rahim. " ujar Doktor Iman serius.

Anayra tercengang.

Ke.. Ketumbuhan?

Ya Allah... Dia baru sahaja dapat tahu berita gembira tentang kandungannya yang baru sahaja wujud. Sekarang, perkara ini pula yang muncul.

"K... Ketumbuhan pada rahim ni akan menjejaskan kandungan saya ke, doktor? " soal Anayra. Bimbang akan anugerah Allah yang baru sahaja tiba itu.

"Tidak, puan. Fibroid tidak akan menjejaskan apa-apa keburukan pada bayi namun, akan menjejaskan keburukan pada ibu. Kalau puan masih mahu simpan kandungan puan, ketumbuhan akan jadi lebih buruk dan mungkin akan merebak ke organ yang lain" jelas Doktor Iman. Anayra terdiam.

"Jadi... Soalan saya, puan mahu simpan kandungan ini atau tidak? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience