•^BAB 62^•

Romance Series 37373

Anayra dan Mak Timah sudah siap memakai telekung bersama sejadah ditangan. Khalish dan Aqeef juga sudah lengkap berpakaian baju Melayu berkain pelikat bersama songkok di kepala.

"Dah ready ke semua? Maktok nak naik kereta ke pergi masjid? " soal Aqeef sambil membetulkan songkoknya.

Mak Timah mencebik. Dijeling sinis Aqeef atas bawah.

"Halah-halah, masjid depan tu je pun. Jalan kaki pun selangkah dua sampai dah. Manja, aku dulu masjid jauh 1 km dari rumah aku, aku steady je jalan. Ni nak naik kereta bagai" bebel Mak Timah sambil mengunci pintu rumah atas bawah.

"Tanya je pun" Aqeef memuncungkan mulut. Anayra hanya gelak kecil.

"Dah, dah. Maghrib nak habis dah ni. Pergi jalan cepat" arah Mak Timah tegas.

"Eleh, azan maghrib pun tak berbunyi lagi. Pandai je maktok nak cakap dah nak habis. "

Aqeef menjulingkan mata. Kepala Aqeef disekeh kuat oleh Mak Timah. Geram sangat dengan karenah cucu lelakinya yang satu itu.

Khalish terpandang kan seekor semut yang sedang sibuk merangkak disekitar kawasan atas kepala Anayra. Tangan cepat menepis haiwan tersebut. Anayra memandangnya dengan wajah terpinga-pinga. Mata berkelip-kelip memandang Khalish.

"S... Semut" ujar Khalish.

"Manis sangat kut" tambahnya lagi sambil tersengih.

"Hoi disana! Tercegat kat situ buat apa lagi? Nak berkawad ke?! " soal Aqeef kuat.

Tanpa berlengah lagi, mereka berempat teruskan perjalanan tanpa sedar yang dari tadi seseorang yang berpakaian serba hitam memerhatikan mereka sambil mengetap gigi. Tangan digenggam kuat seperti ingin menumbuk seseorang.

"Anayra... Milik... Aku... Sorang! " ujarnya keras.

Luan mengetuk-ngetuk kuat pintu bilik Hazel. Dari tadi dia tercegat duduk dihadapan bilik wanita tersebut sehingga naik jemu melihatnya. Kalau bukan kerana sayang, takdenya dia sanggup jadi tiang tak berbayar disitu.

"Hazel! Lama lagi ke kau ni? Kau bersiap ke atau buat jamban? Lambat betul lah kau ni! " soal Luan. Tangan tidak berhenti mengetuk.

Pintu dibuka jua. Wajah masam Hazel terpamer. Luan terkedu. Pemandangan dihadapannya sekarang ini membuatkan dia terpesona melihatnya.

'Bidadari ke ni? '

"Ish, sabar lah kau ni! Tunggu sekejap je pun, bukannya bertahun! Dahlah, jom! " ujar Hazel sambil menjinjit beg tangan Christian Dior kesayangannya. Baru beli semalam. Harini beli yang baru pula.

Hazel memandang Luan yang tak berkelip melihatnya. Dia berkerut kening. Kena pukau ke apa Mamat ni? Tengok aku semacam.

"Kau kenapa tengok aku macam tu? "

"T... Tudung? " soal Luan sambik menunjukkan shawl yang dililit elok oleh Hazel.

Hazel menilik dirinya. Kemudian tersengih. Dia mengangguk beberapa kali.

"Ha'ah, cantik kan? Aku beli semalam sekali dengan handbag aku pakai harini. Haritu aku jalan-jalan dekat Pavilion, lepastu aku nampak shawl ni. So, aku rasa macam nak try harini"

"Cantik, " puji Luan ikhlas. Dia masih tidak melarikan pandangan terhadap ciptaan tuhan yang satu itu.

"Aww... Thank you. Walaupun aku dah tahu lama aku ni cantik, tapi takpelah. Lagipun, perempuan muslim wajib kena tutup aurat kan?"

"Cantik, " perkataan itu masih tidak lepas dari mulut Luan. Hazel mencebik.

"Cantik, cantik. Dahlah kau ni. Aku dah lambat pulak nak beli handbag baru. Jom jom! " Hazel menarik hujung baju Luan kuat menuju ke arah parking kereta.

"Cantik, " Luan tersengih sendiri. Haih... Betullah orang kata, bidadari syurga tu wujud. Buktinya? Dah ada depan mata.

Haih... Boleh mengigau malam aku dibuatnya.

Sunway Piramid destinasi mereka berdua. Hazel sudah tidak sabar. Dia segera keluar dari kereta. Luan yang baru sahaja mengunci pintu kereta cepat-cepat mencapai tangan Hazel.

Hazel cepat-cepat menepis.

"Oii! Haram lah! Kau nak sentuh-sentuh aku dah kenapa? " Hazel mengusap -usap tangannya.

Luan menggosok-gosok belakang lehernya sambil senyum janggal.

"Alhamdulillah... Dah cukup syarat aku nak dapat bini. "

"Kepala hotak engkau! Dahlah, aku lapar, aku nak makan, cari restoran cepat! " Hazel sudah menggosok-gosok perut yang sudah berbunyi dari tadi.

"Okey, okeyy... " dia hanya mengekor sahaja langkah Hazel dari belakang sambil tersengih kecil.

Mereka memilih untuk makan di Sushi King sahaja akibat perut yang dari tadi berbunyi meminta untuk diisi.

Hazel menggapai chopstick lalu menerkam makanan yang berada diatas meja tersebut. Luan menggeleng-geleng.

Secara tiba-tiba sahaja Salmon Nishoku disuakan pada lelaki itu. Luan memandang Hazel sambil mengangkat sebelah kening.

"Makan, " arah Hazel.

"Tiba-tiba je kau ni. Kau sihat tak ni?"

"Aku buat jahat salah, buat baik pun salah. Aku suruh kau nganga, tak payah cakap banyak "

Dalam hati dah bercambah taman sekebun bunga. Disambut suapan Salmon Nishoku itu ke dalam mulut.

Luan berkerut kening.

"Kenapa masam sangat? " soalnya sambil menahan rasa.

"Hah? Masam? Mana ada. Aku rasa sedap je" Hazel menyumbat makanan itu ke dalam mulut. Rasa biasa je... Sedap je. Tekak apa sepupu dia ni?

"Cuba kau senyum"

"Apasal tiba-tiba suruh aku senyum pulak ni? "

"Senyum jelah bahenol! "

Diukir jua senyuman tersebut pada Luan.

"Manisnya... "

Luan gelak nakal. Hazel dah menjulingkan mata. Tak habis-habis pickup line budak ni. Ingat aku cair?

"Merapu je kau ni" Hazel meneruskan suapan.

"Merapu apanya? Betullah. Senyuman kau tu boleh naik semut tau! Manis sangat. Haih... Macam ni rupanya senyuman bidadari. Untung aku dapat tengok depan mata" Luan menongkatkan kedua-dua belah tangan di dagu. Mata merenung seluruh inci wajah Hazel.

"Dah, diam. Aku nak concentrate makan. "

Luan sengih nakal. Haih... Betullah orang kata, orang yang tolong suapkan memang menambah perasa. Sedap dia lain macam.

"Nak lagi tak? " Hazel mengawang-awangkan Salmon Nishoku itu.

Cepat sahaja Luan mengangguk berkali-berkali. Mulut sudah siap sedia menganga luas.

"Mengada "

Zzzaappp!!

Pisau tersebut ditusuk berkali-kali pada gambar seseorang. Lelaki yang memakai cermin mata, segak berpakaian kemeja bersih menjadi tatapannya.

"Kau mati! Mati! Mati! " disiat-siat gambar tersebut sehingga berkecai. Dia senyum sinis.

"Kau ingat kau akan dapat apa yang kau nak? Kau silap pilih saingan" dikeluarkan lagi gambar yang sama, yang baru dicuci kemudian ditusuk lagi dengan pisau rambo tajam tersebut.

"Kau nak Anayra? Langkah mayat aku dulu, setan! " seperti dirasuk, dia menikam gambar tersebut berkali-kali. Diambil botol sirap ros kemudian direnjiskan pada gamabr tersebut seperti darah mengalir.

"Aku tunggu masa kau. Kau tunggu aku. Aku akan seksa kau sampai mati! Aku nak toreh-toreh lengan kau berkali kali... " dialurkan pisau tersebut pada bahagian lengan gambar itu.

"Aku nak siat-siat kulit kau sampai keluar isi daging, lepastu aku nak bagi semua daging kau ni jadi habuan binatang! Aku nak korek-korek biji mata kau sampai tembus! Kepala kau pulak, aku nak pancung buat hiasan dekat rumah aku. Mesti cantik kan? " dia ketawa sendiri.

Dialihkan pula pada gambar gadis yang ayu bertudung berbaju kurung. Diambil gambar tersebut dan diusap lembut.

"Sayang... Abang janji abang akan datang. Sayang mesti rindu kan abang, kan? Abang datang eh sayang? Sayang tunggu abang okey? " diambil gambar tersebut kemudian dicium lama. Setiap pelosok bahagian badan gambar wanita tersebut menjadi tempat ciuman lelaki itu.

"Abang cintakan sayang... Sayang hanya untuk abang sorang je"

Dia bangun mengambil shawl yang tergantung cantik di almari. Dia mencium bauan wangian dari shawl tersebut.

"Wanginya baru sayang... Lepas abang dapat hak abang... Abang nak cium sayang puas-puas. Abang sorang je boleh dapat. Abang tak sabar... " dia menjilat bibirnya. Sengihan diberikan.

"Wait for me, dear"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience