Akhirnya, selepas percutian selama tiga hari dua malam di Cameron Highlands selesai, mereka kembali pulang ke rumah masing-masing.
Anayra hanya memandang Aaran dan Maira yang baru sahaja menaiki kereta dari jauh. Helaan nafas berat diberikan.
Aaran memandang Anayra serius kemudian memberikan kenyitan mata. Anayra terpaku.
Aaran senyum nakal sebelum masuk ke dalam kereta. Anayra ukir senyum manis. Dia menghampiri kereta Khalish.
"Jom, Anayra. Kita dah nak gerak ni" Khalish membukakan pintu. Bersama ucapan terima kasih, Anayra masuk ke dalam kereta milik Khalish.
Tali pinggang keledar ditarik.
Ya Allah Ya Tuhanku... Tersekat lah pulak. Aku rasa aku tarik dah habis lembut dah.
Berkali-kali juga dia menarik namun tidak berhasil. Dia masih baharu dalam kereta mewah itu. Masih tidak biasa.
Khalish yang baru sahaja masuk ke dalam kereta lekas membantu Anayra dan memakaikannya tali pinggang keledar. Badan mereka berdua rapat.
Anayra memandang wajah Khalish. Khalish juga memandang wajah Anayra. Dia mengamati wajah cantik itu lama.
Oh gosh! She's so perfect! Wajah yang bersih tiada jerawat, kening yang terbentuk cantik, mata hitam membulat, bulu mata yang cantik melentik, hidung mancung, pipi yang gebu kemerahan, dan tidak lupa juga bibir merah merekah yang menggoda.
Shit! He can't take eyes from her!
Anayra berdehem kecil apabila wajah Khalish semakin merapati dirinya. Khalish yang sedar akan keterlanjurannya terus menjarakkan badan. Dia berdehem kecil. Suasana mula kekok.
MashaAllah! Zina mata Ya Allah!
Jaga-jaga, Khalish... Bini orang tu.
"Err.. Sorry" ucap Khalish. Anayra perlahan-lahan mengangguk. Dia juga kekok dengan situasi tadi.
Kereta mula bergerak pulang ke rumah masing-masing. Di dalam kereta, hanya lagu dari radio sahaja kedengaran. Mereka hanya diam tanpa bicara.
Dalam 5 jam juga jarak perjalanan sehinggalah Anayra hampir terlena akibat penat yang keterlaluan. Dia menguap kecil.
Tersengguk-sengguk kepalanya menahan rasa mengantuk. Akhirnya, kepalanya jatuh lena pada bahu Khalish.
Khalish yang asyik memandu kereta terhinjut sedikit bahunya. Terkejut. Dia memandang figura gadis di sebelahnya. Wajah lena Anayra ditatap. Rasa gusar mula bertandang dalam hati.
Ya Allah, takpe ke macam ni, Ya Allah. Berdosakah aku? Takpe ke?
Soalan-soalan itu menerawang di fikirannya. Akhirnya dia beralah sahaja menjadikan bahunya tempat bersandar pada Anayra.
Dalam hati sudah berbunga mekar. Dia cuba untuk tidak memberi reaksi.
Dia kalah. Sengihan terbit juga pada bibirnya. Dia berharap momen ini akan selamanya begini.
Khalish membangunkan Anayra dari tidur. Mereka sudah tiba di rumah Aaran. Shawl yang dipakai Anayra ditarik berkali-kali.
Anayra menggosok-gosok matanya. Dia bangun dari bersandar pada bahu Khalish. Dia masih mamai. Matanya memandang jejaka yang masih menatapnya dalam.
"Ya Allah, sorry Sir sebab tertidur atas bahu Sir"
"Eh, takpe-takpe. Saya tengok awak pun penat semacam je. Saya bangunkan awak ni sebab dah sampai rumah"
Anayra mula memandang persekitaran rumahnya dan membuntangkan mata luas.
"Err, saya pergi dulu ye Sir. Terima kasih sebab bagi tumpang" ucao Anayra ikhlas. Khalish mengangguk.
"Kejap saya tolong awak ambilkan bagasi dalam bonet" Khalish mula keluar dari kereta.
"Eh, tak perlulah sir.. "
Boney sudah dibuka. Bagasi cream milik Anayra dikeluarkan. Dia menarik bagasi itu dan memberikannya kepada tuannya. Anayra mengucapkan terima kasih.
Khalish hanya membalas dengan anggukan.
"Saya harap kita masih boleh bertemu. Jangan lupa datang kelas saya esok" pesan Khalish dengan gelak tawa.
Anayra mengangguk. "I will, Sir. Takkanlah saya nak ponteng kelas Sir. Jumpa esok, Sir"
"Goodnight, dear" ucap Khalish dengan senyuman sebelum tubuh kembali masuk ke dalam perut kereta.
Anayra kaku. Dear?
Lambaian diberikan. Anayra dengan kekok membalas. Sengihan diberikan.
Selepas sahaja kereta itu meluncur pergi, Anayra menarik bagasi itu perlahan menuju ke pintu rumah.
Haih... Bermulalah kehidupannya seperti biasa. Halimunan dalam rumah sendiri.
Masuk sahaja ke dalam, tubuh Aaran di hadapan pintu menjadi tatapan kejutan. Anayra menggosok dadanya berkali-kali.
"Ya Allah, abang. Terkejut saya"
"Seronok?"
Anayra mendongak. Memandang suaminya sambil berkerut kening.
"Seronok? Seronok apa? "
"Yelah, seronok dengan Sir pujaan hati tu. Siap ber'dear' - 'dear' lagi. Sweet abang tengok" kata Aaran sarkastik.
"Apa abang cakap ni? "
Pergelangan tangan Anayra direntap. Kemas pegangan Aaran. Anayra mengaduh sakit. Aaran mencengkam pergelangan tangannya begitu kuat.
"Sakit, abang... " rintih Anayra perlahan. Dia cuba untuk menepis pegangan itu namun semakin dia menepis, semakin kuat cengkaman Aaran pada lengannya.
Lengan Anayra ditarik merapat. Dia membisikkan sesuatu pada telinga Anayra yang masih berbalut shawl.
"Like I said, you are mine and forever mine. No one else can get into you, flirt with you except me. Understand?" bisik Aaran keras.
Anayra cepat-cepat mengangguk. Aaran melepaskan pegangan dan terus bergerak menuju ke bilik dia dan Maira. Pintu ditutup kuat. Nampak yang Aaran dalam amarah.
Anayra jatuh terduduk. Dia memandang pergelangan tangannya yang merah membiru penuh lebam. Betapa kuatnya cengkaman Aaran padanya.
"Abang... "
Buat pertama kali, dia disakiti. Oleh suaminya sendiri.
Anayra turun ke dapur awal selepas selesai mandi dan solat subuh. Dia ingin membuat sarapan sebelum pergi ke Universiti. Aroma kueytiaw goreng menerpa di ruang dapur.
Pinggan mangkuk yang berada di dalam singki dibasuh. Apabila air singki mengenai pergelangan tangannya, dia mendesis sakit.
Ye, lebam kemerahan itu masih ada. Masih terasa sakitnya. Semalam dia sudah meletakkan cream tahan pedih sebelum tidur.
Dia mengeluh kecil. Tangan tetap tangkas membasuh pinggan mangkuk yang masih bersisa. Kemudian, kuey tiaw goreng yang dimasak Anayra masukkan ke dalam mangkuk besar dan menghilangkannya diatas meja makan.
Bunyi gelak tawa dari tingkat atas membantutkan pergerakan Anayra. Ye, mereka berdua sudah turun. Aaran juga dilihatnya sudah lengkap dengan suit hitam.
Maira dan Aaran turun dari tangga berpegangan tangan. Anayra cepat-cepat keluar dari dapur. Dia menundukkan wajah.
"Saya dah siapkan sarapan. Abang makanlah dulu" kata Anayra lalu mula melangkah. Tidak mahu berlama-lama disitu.
Lengan Anayra ditarik pantas. Anayra mendesis kesakitan. Dia terdorong ke arah Aaran.
Aaran memandang Anayra tajam sebelum berpaling kearah Maira disebelah.
"Sayang tolong buatkan air untuk abang. Nanti abang turun okey? " ucap Aaran lembut.
"Okey awak"
Dia berpaling pula kearah Anayra.
"And you, follow me" lengan Anayra ditarik.
Anayra memejamkan mata. Gigi diketap kuat. Perit yang dirasakan cuba ditahan. Dia menaiki satu persatu tangga menuju ke bilik Anayra.
Anayra didudukkan diatas katil. Dia menarik tangan Anayra dekat padanya.
Anayra memejamkan mata. Apalagi yang Aaran mahukan darinya?
Dia merasakan pergelangan tangannya sejuk semacam. Apabila dia buka sahaja matanya, dilihat Aaran sedang menyapu cream tahan pedih pada permukaan lebam tersebut.
"Abang minta maaf" tutur Aaran serba salah.
Anayra diam tidak berkutik. Dia hanya mendengar.
"Abang minta maaf sebab berkasar dengan sayang. Abang marah sangat bila Khalish rapat dengan sayang, bagi ayat manis. Rasa cemburu abang kuat sangat. Abang tak boleh tengok orang yang abang cinta dengan lelaki lain"
" Abang takkan maafkan apa yang abang dah lakukan pada sayang. Sebagai suami, abang perlu jaga sayang bukan sakiti isteri abang. Abang minta maaf"
Aaran mendongakkan kepalanya memandang wajah polos isterinya.
"Sayang maafkan abang tak? "
Anayra diam. Tidak tahu ingin membalas apa.
Dilihat tiada reaksi pada wajah Anayra, dia segera meletakkan tangan Anayra pada dadanya.
"Dengar degupan jantung abang ni, sayang. Dengar baik-baik. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang tahu, abang bukan suami yang baik. Abang minta maaf" ucap Aaran. Sinar keikhlasan terpancar di wajahnya.
"Anayra--"
"Awak, " panggil Maira dari luar bilik. Aaran dan Anayra berpaling memandang muka pintu.
"Jom, Maira dah siapkan air untuk abang. Nanti dah sejuk tak sedap" ajak Maira lembut. Senyuman dimaniskan pada Anayra.
"Okey, " Aaran mula bangun dari duduk. Bila langkah dibuka sahaja, Anayra terus menahan hujung bajunya.
Dia memandang isterinya itu.
"Saya maafkan abang"
Bismillah, trial exam sudah bermula dan harini merupakan hari yang kelima. Dia sudah berhempas pulas memerah otak menjawab exam dengan penuh tekun. Alhamdulillah, semua yang dipelajari dia hadan baik-baik.
Tamat sudah exam pada hari itu. Sambungan untuk esok hari pula. Dia menarik nafas lega.
Nani disebelah dipandang.
"Macam mana? Okey? " soal Anayra. Nani membuat tanda bagus sebelum diterbalikkan. Anayra tergelak kecil.
"Susah ngek! Rasa macam nak koyak-koyakkan je kertas tu masuk dalam longkang! "
"Hahahah...dahlah, esok kita buat baik-baik punya"
"Hmm.. Tengoklah kalau aku rajin. Hah, aku nak kena balik cepat ni. Laki aku nanti balik dari kerja nak makan apa? Pasir? "
"Sedap jugak kalau buat gulai" Anayra hanya berseloroh.
"Bongok "
Setepek kena.
"Okeylah, aku pergi dulu. Bye"
Anayra mengangguk. Dikerling jam tangan di tangan. Dia juga ingin pulang. Baru sahaja kaki ingin melangkah keluar, Khalish sudah memanggilnya dari jauh. Anayra berpaling.
"Ye, Sir? Ada apa yang saya boleh tolong? "
"Macam mana dengan exam? Senang je kan"
Anayra bertukar wajah. Diberikan wajah masam kepada Khalish. Senang tu memanglah sebab sir dah tahu jawapan!
"Hmm.. Senang sangat" Anayra menjulingkan mata keatas.
"Hahahah... Jomlah, saya hantarkan awak ke kereta. Lagipun, kereta kita sebelah-menyebelah je kan? " kata Khalish. Anayra mengangguk. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta masing-masing.
Sampai sahaja dirumah, regangan diberikan. Penat sungguh jawab exam tadi. Sekarang, dia nak berehat. Katil pun rasanya sudah lama menunggu.
"Eh, abang dah balik? "
Kereta Mercedes milik Aaran dipandang. Selalunya, Aaran balik dalam pukul 5 petang.
Buka sahaja pintu rumah, wajah Aaran dan Maira diruang tamu menjadi tatapan.
Wajah Aaran yang gembira diselangi wajah bahagia Maira menjadi tanda tanya pada Anayra.
Aaran berpaling menghadap Anayra. Dia menerpa ke arah isterinya.
"Kenapa ni abang? "
Wajah gembira itu dipandang pelik.
"Maira mengandung!"
Share this novel