Anayra cuba bersikap tenang. Dia berjalan mendekati kawan-kawan abangnya dengan santai. Seperti tiada apa yang berlaku.
Anas menyenggol siku Ilman berkali-kali sambil berbisik perlahan.
"Weyh, Aqeef tak cakap pun yang adik dia cantik macam ni. Kalau aku tahu pasal adik dia ni dah lama aku masuk meminang."
Ilman mengetuk kepala sahabatnya.
"Gatal kau tu boleh tak simpan kat rumah? Nampak perempuan cantik, terus naik buaya kau eh? Syasya kau nak letak kat mana??" kata Ilman. Anas tersengih seperti kerang busuk.
"Syasya letak dalam hati, adik Aqeef aku jadikan isteri" kata Anas nakal. Ilman menggeleng dengan perangai sahabatnya yang tak semenggah itu.
"Emm..so, kat mana bilik kitaorang eh cik adik cantik manis?" soal Anas bergurau.
Anayra menjeling tanda menyampah. Lagi-lagi ada wajah yang dia kenali di situ. Dia menaiki tangga meninggalkan Anas, Ilman,Aarash dan Aaran.
Mereka masih berdiri menunggu. Melihat Anayra yang menaiki tangga dengan penuh khusyuk. Anayra berpaling memandang empat jejaka tersebut.
"Naiklah cepat! Duk berdiri tegak macam tu nak buat apa? Berkawad?" kata Anayra garang. Dia terus menaiki tangga dengan protes.
"Garang jugak adik Aqeef ni. Patutlah Aqeef susah sangat nak bawak kita duduk sini" ujar Ilman. Anas mengangguk tanda bersetuju.
"Garang..but I like.."
Kata Aarash dengan senyuman penuh makna
•••
"Satu bilik ni ada dua katil. Jadi, dua orang dalam bilik ni"
Anayra menunjukkan bilik kepada mereka berempat.
"Aku dengan Anas masuk dulu. Kau, Aarash.. tidur dengan Aaran. Terima kasih ye, Anayra"
Anayra dengan senyuman yang hilang menyambung percakapannya.
"Lepas ni turun makan malam dekat ruang makan"
Anayra berlalu pergi ke bilik seterusnya. Anas dan Ilman yang terpinga-pinga hanya menjongketkan bahu. Aaran dan Aarash mengikut Anayra ke bilik seterusnya.
"Ni bilik awak berdua. Macam yang saya cakap tadi.Lepasni turun makan."
Aaran bergegas masuk ke dalam bilik tersebut dengan membawa bagasinya tanpa banyak bicara. Aaran hilang begitu sahaja. Tinggal Anayra dan Aarash sahaja disitu. Anayra ingin berlalu pergi tapi ditahan oleh Aarash. Dia mendekati Anayra rapat.
"Tepilah! Tak tahu halal haram ke? Tak belajar??" Anayra cuba menepis tapi tidak berjaya.
"You jadi makin cantik Anayra. I rasa you masih belum berpunya. Apa kata you jadi girlfriend I?" soal Aarash romatik. Anayra ingin muntah mendengar kata-kata dari Aarash.
"Kenapa? Mana girlfriend kesayangan awak tu? Dah hilang? Ke tak laku?"
Aarash terdiam. Lama kelamaan dia mendekatkan wajahnya pada wajah pada wajah Anayra. Anayra memalingkan wajahnya. Jika dia bergerak sedikit, hmm..
"Bukan tak laku. I terlalu laku tapi aku terlalu mahal untuk perempuan lain. Tak mampu dimiliki oleh orang lain. You dengan I mungkin?" Aarash mengangkat sebelah keningnya. Anayra tersenyum sinis.
"Ayat manis lagi? Tak habis-habis. Awak ingat yang saya ni akan tertipu buat kali kedua? Awak mungkin yakin tapi saya tidak. Tidak dan tak akan. Terima kasih"
"You yakin?"
Aarash makin mendekatkan wajah. Wajah mereka hampir bersentuhan. Deheman seseorang menghentikan kelakuan Aarash.
"Kau taknak masuk ke?" soal Aaran selamba.
"Ye, aku nak masuk dah ni. Sabarlah" kata Aarash sambil membawa bagasinya masuk. Dia sempat berbisik sesuatu kepada Anayra.
"You jangan ingat yang I takkan cuba dapatkan you baik, Little Delicious.. " Aarash meniup telinga Anayra yang berlapik tudung. Anayra membuat muka geli.
'Little Delicious? Dah berabad panggilan tu mati untuk aku. Dasar buaya kambing' bisik hati kecil Anayra.
Dia terus melangkah kaki pergi dari bilik tersebut. Lebih baik di pergi mencekik makanan. Lagi banyak faedah.
Beberapa minit kemudian, mereka berempat turun ke ruang makan. Makanan sudah penuh terhidang diatas meja.
"Silalah duduk." pelawa Encik Azman.
Mereka semua duduk di tempat masing-masing. Aqeef datang dari dapur membawa semangkuk tomyam. Anas sudah tidak sabar.
Anayra menyendukkan satu persatu pinggan dan kemudiannya diserahkan kepada mereka.
Pada giliran Aarash, Aarash sengaja bersentuhan tangan dengan Anayra. Anayra terus menarik tangannya. Dikesat tangannya pada kain baju. Najis mughallazah!
'Ya Allah.. Ampunilah dosaku. Selamatkanlah aku dari seorang makhlukmu yang benak dan gatal ni. Lindungilah makhlukmu yang suci ini dari segala bencana yang bakal datang'
Anayra menghela nafas panjang. Dia sambung menyendukkan nasi dan menyerahkan kepada orang yang terakhir iaitu Aaran.
Mata mereka bertaut buat seketika. Anayra yang sedar perkara itu terus melarikan anak matanya.
'Zina mata, Anayra Alhena! ' bisik hati Anayra. Dia kemudiannya duduk di atas kerusi berhadapan dengan Aaran.
Mereka menikmati makanan dengan senyap. Sesekali Encik Azman bergurau senda memeriahkan suasana.
Aaran memerhati Anayra dengan penuh khusyuk. Ada sesuatu dari Anayra yang membuatkan dia tertarik.
Anayra yang perasan akan hal itu memandang tajam Aaran. Dia memandang lelaki itu atas bawah kemudian menjeling.
Aaran hampir tersenyum dengan kelakuan Anayra. Kelakuan dari gadis itu mencuit hatinya.
"Uncle, Anayra ni nampak muda je.. Umur dia berapa uncle? " soal Anas tanpa segan silu.
Anayra sudah membuntangkan mata. 'Aku tak layan pun still kena mention?'
"Anayra ni baru umur 19 tahun. Nanti uncle nak daftar dia masuk Universiti. Tapi sekarang ni awal lagi,"
"Muda bergetah lagi rupanya.. " Anas dah tersengih nakal. Anayra tidak menghiraukan pandangan nakal Anas. Baik dia makan.
"Sama macam mama dia lah" ujar Encik Azman.
Puan Sari membulatkan mata. Dipukul perlahan lengan suaminya.
"Ada pulak cakap macam tu." kata Puan Sari malu-malu kucing. Mereka semua ketawa dengan gelagat suami isteri tersebut.
•••
Tangan Anayra sibuk menyental kotoran di pinggan. Dia sudah selesai solat Isyak. Kerja dia seterusnya membersihkan pinggan mangkuk yang kotor di dalam singki.
"Meh aku tolong"
Anayra berpaling memandang gerangan suara dari belakang.
Aaran.
"Takpelah, ni memang kerja saya. Awak pergi lah solat"
Anayra menolak pertolongan Aaran.
"Aku dah siap solat Isyak, plus mandi lagi. Kau tolong sabun, aku bilas. Cepat siap."
Tanpa membuang masa, dia mengambil pinggan yang sudah disabun dari tangan Anayra. Dibilas dengan air paip satu lagi. Anayra hanya membiarkan. Orang nak tolong je kan?
"Kenapa kau tak suka sangat kitaorang bermalam dekat sini sebulan?" soal Aaran. Niatnya hanya untuk berbual.
"Saya dah setuju bagi korang bermalam dekat sini pun dah cukup. Tak perlu kot nak tanya lagi" kata Anayra.
"Okey, kalau kau taknak bagitahu pun takpe. Aku tak paksa"
Anayra mengeluh. Dah berapa kali hari ini dia mengeluh. Stress dengan tetamu abangnya ni kot.
"Ada sebab saya tersendiri saya tak bagi."
"Boleh aku tahu apa? Aku tak paksa kau nak cerita atau tak." soal Aaran. Anayra menggeleng. Aaran yang tahu maksudnya mengangguk faham.
"Kalau saya bersedia nanti saya cerita lah."
Anayra membasuh tangan kemudian meninggalkan Aaran berseorangan. Aaran tersenyum. Maksudnya, dia akan cerita jugak nanti kan?
Anayra yang sudah masuk ke dalam bilik memikirkan kembali percakapan dia dengan Aaran.
"Macam mana kau boleh ramah sangat dengan mamat tu? Siap nak cerita lagi. Kau ni dah tak betul ke Anayra?? " soal Anayra pada dirinya sendiri.
Dia pun pelik dengan diri dia sendiri. Baik dia tidur. Kosongkan fikiran.
•••
Anayra seperti biasa sibuk di dapur. Dia memang dah biasa bangun awal siapkan sarapan. Bak kata pepatah, 'Anak dara tak elok bangun lambat'.
Nasi goreng tomyam is done!
Anayra senyum puas hati. Puan Sari berjalan masuk ke dapur. Haruman nasi goreng tomyam buatan anak perempuannya menusuk hidung.
"Emm.. Nasi goreng tomyam. Lama tak makan." ujar Puan Sari.
Dia juga berbangga kadang-kadang mempunyai anak seperti Anayra. Walaupun degil tu tidak boleh bawa bincang, namun anaknya pandai mendisiplinkan diri.
Like mother like daughter lah katakan..
"Yelah mama.. Pes tomyam tu tinggal sikit je lagi. Bahan pun cukup, pagi ni tomyam lagilah kita nya.. " kata Anayra sambil ketawa.
"Nanti panggil adik-beradik kamu dengan kawan-kawan abang kamu sekali turun makan." arah Puan Sari.
"Err.. aa... o.. Okey maa.. " Anayra hanya memberikan senyuman kekok.
Kawan-kawan abang dia tu kena panggil jugak ke? Halah-halah senang hidup diorang eh?
Gumam Aera perlahan sambil mengambil beberapa pinggan dan diletakkan diatas meja. Kakinya bergerak menuju ke arah satu persatu bilik.
Bermula dari bilik adik bongsunya, Nur Nina Imani. Pintu diketuk.
"Nina, turun makan. Sarapan dah siap."
"Ye, Kak. Nanti Nina turun. Nak kemas katil kejap"
Nina menyahut. Anayra ke bilik yang seterusnya. Bilik abangnya, Aqeef Fayyadh
Tangan sudah bersedia. Belum sempat mengetuk lagi terjengul muka abangnya di sebalik pintu.
"Sarapan dah siap ke? Okey abang pergi dulu"
Berdesup Aqeef melangkah kaki ke dapur. Tak tahan sangat gamaknya. Anayra menggeleng kepala.
Bilik seterusnya diketuk. Bilik Anas dan Ilman. Pintu dibuka oleh Anas.
"Eh, Anayra.. Cari siapa pagi-pagi ni? Cari abang ke? " kata Anas.
Dia hanya memakai singlet putih sambil mengangkat sebelah kening. Senyuman menggoda diberikan. Bibir digigit.
Anayra hanya mampu membuat muka kegelian. Geram sahaja dalam hati ingin berkata,
'SIAPA CARI ENGKAU?'
Tapi tulah.. Niat je mampu.
"Turun makan"
Dia terus pergi meninggalkan Anas. Kalau duduk situ lama-lama, mahu termuntah sebaldi dia dibuatnya.
Anas hanya memandang dengan ekor mata.
"Aku tak cukup menggoda ke?" soal Anas pada dirinya sendiri.
Satu bantal mengenai kepalanya. Dan tukang yang membaling itu, Ilman.
"Kau pehal sia??"
"Kau tu apahal. Anak orang tu! Beradap lah sikit. Perangai tak semenggah kau tu tolong buang boleh tak?" kata Ilman.
Anas mencebik bibir.
"Aku nak flirting je.. "
"Flirting tengkorak engkau! "
•••
Dan bilik yang terakhir. Anayra menghela nafas berat. Pintu diketuk.
Syukur yang membukanya Aaran. Bukan si Mamat sengal tu!
"Kenapa?" soal Aaran.
"Turun makan, sarapan. Okey bye"
Anayra terus berlalu pergi dari bilik itu. Hanya satu sebab. Tidak mahu bersemuka dengan 'hantu jadian' tu.
Aaran hanya menjongket bahu. Dia menutup pintu kembali. Aarash yang baru keluar dari bilik mandi dipandangnya.
"Siapa yang ketuk tadi? " soal Aarash sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.
"Anayra,"
Aarash hanya mengangguk.
•••
Mereka sekeluarga menikmati sarapan pada pagi itu dengan gembira. Sesekali Encik Azman bertanya,
"Sorang-sorang ni lepas habis belajar nak kerja apa?"
"Saya cadang nak kerja dengan Aaran. Maklumlah, anak CEO terkenal.. " kata Ilman.
Aaran yang mendengar namanya disebut, terbatuk kuat. Aqeef lantas menyuakan air kepada Aaran.
"Lah? Anak CEO? Untung siapa jadi isteri kamu nanti Aaran," kata Encik Azman.
Aaran hanya menghadiahkan sebuah senyuman terpaksa. Matanya tajam memandang Ilman.
'Siap kau, Ilama!!'
"Ni, nak tanyalah jugak. Sorang-sorang muka pun dah hensem, takkanlah takde girlfriend. Kan? "
Anas menjawab.
"Saya masih single, uncle! " yakin dia berkata.
Kepalanya disekeh oleh Aqeef.
"Kau tak payah nak tipulah. Girlfriend kau si Syasya tu kau nak letak mana?"
"Alah.. Kau ni.. Diam-diam sudahlah.." Anas memuncungkan mulutnya.
Anayra memerhatikan Anas sambil tersenyum sinis.
'Dah ada girlfriend, tapi datang sini nak mengorat anak dara orang. Dasar buaya darat' desis hati Anayra.
"Kalau abah nak tahu, Anas ni dah berpunya.. Ilman pula single, Aaran ni Aqeef rasa takde sebab dia selalu busy dengan study. Aarash ni pulak... err.. Engkau ada girlfriend ke?" soal Aqeef.
Aarash memandang nakal Anayra. Sebelum menjawab,
"Aku tengah tunggu someone. Someone Little Delicious,"
Share this novel