Anayra memandang Khalish yang sedang menjinjit sebuah beg galas terpana.
"Sir buat apa kat sini?" soal Anayra.
"Lah, cakap saya boleh datang rumah maktok awak. Saya siap bawak beg dah ni" kata Khalish seraya menunjukkan beg yang digalasnya.
"Yang sir sampai bawak beg bagai ni buat apa? "
"Duduk sini lah"
"Eh, tak boleh tak boleh. Haram lah sir! Walaupun maktok saya ada, still tak boleh. Lain lah kalau sir kahwin dengan maktok saya" ujar Anayra sambil menggelengkan kepala.
"Tu saya tahulah! Kalau tak, saya tak bawak anak pungut ni" kata Khalish sambil memuncungkan mulut kearah sosok tubuh yang baru sahaja keluar dari dalam perut kereta.
"Abang Qeef?"
"Kurang ajar kau mat panggil aku anak pungut. Kau tu anak longkang tahu tak" bebel Aqeef sambil menarik bagasi dari bonet kereta.
"Sapo hok mari tu, Anayra? " soal maktok dari belakang.
(Siapa yang datang tu, Anayra)
"Maktok!! " Aqeef berlari anak menuju kearah Makcik Timah lalu memeluk wanita tua itu.
"Lah, mung hok mari. Aku ingat ko JnT hok mari atar barey. Eh, sapo pulok ni? Bakal cucu natu aku ko gano ni? " soal Makcik Timah sambil memandang atas bawah Khalish yang menyeringai menampakkan giginya.
(Lah, kau ke yang datang. Aku ingatkan JnT yang datang hantar barang. Eh, siapa pulak ni? Bakal cucu menantu aku ke macam mana ni?)
Anayra cepat-cepat menggelengkan kepala. Gila apa maktok aku ni. Aku baru lepas bercerai, cepat betul ada pengganti.
Dengan lecturer sendiri? Sorry not sorry lah everybody.
"Hehehe... Kalau maktok restu, saya setuju. Takdelah, saya ni kawan Anayra, Khalish. Saja je datang nak tengok suasana kampung. Tu yang ajak Aqeef bawak datang sini" jelas Khalish. Makcik Timah hanya menganggukkan kepala.
"Oh.. Baguslah lagutu. Nanti Aqeef bowok gi jaley se-round kampung ni. Marilah masuk. Wak po nga rumoh sendiri deh. Aqeef, nanti tunjuk bilik ko sain mung ni. Gapo doh namo? Kelish? Kholish? "
(Oh... Baguslah macam tu. Nanti Aqeef bawak pergi jalan-jalan satu kampung ni. Marilah masuk. Buat macam rumah sendiri ye. Aqeef, nanti tunjukkan bilik pada kawan kamu ni. Nama apa dah? Kelish? Kholish? )
"Khalish. K.H.A.L.I.S.H. "
"Ha...Khalish. Gi lah letok beg dulu. Maktok pun tengoh masok ni. Nanti buleh makey nasi sekali."
(Ha.. Khalish. Pergilah letak beg dulu. Maktok pun tengah masak ni. Nanti boleh makan nasi sekali.)
Khalish mengangguk. Dia menuruti Aqeef ke bilik kosong di rumah batu itu.
Makcik Timah dan Anayra hanya memandang dua jejaka itu pergi meninggalkan mereka. Maktok memalingkan wajah memandang Anayra dengan senyuman nakal.
"Semak jetak weyh jatey tu. Pah ko aku keney. Kalu buleh gak nok wak laki, tapi aku sero baik wi ko mung lah. Lebih afdhol." kata Makcik Timah sambil mengangkat-angkat kedua-dua belah keningnya. Anayra buat-buat muntah.
(Hensem gila lelaki tu. Sampaikan aku berkenan. Kalau boleh nak buat suami, tapi aku rasa baik bagi dekat kau. Lebih afdhal)
"Eh, toksey ore. Ore nok jadi janda hot. Ikut keturunan lah. Maktok janda, Anayra janda. Bereh? "
(Eh, tak mau orang. Orang nak jadi janda hot. Ikut keturunan lah. Maktok janda, Anayra janda. Okey? )
"Tok payoh ikut aku lah nyo! Serius aku oyak, jatey tu semak. Perangai comey. Tengok muko pun firasat hati aku ni kato hok dio ni molek. Aku lagi tuo dari mung aku tahulah"
(Tak payah nak ikut aku lah! Serius aku cakap, lelaki tu hensem. Perangai baik. Tengok muka pun firasat hati aku ni mengatakan yang dia ni baik. Aku lagi tua dari kau aku tahulah)
"Api atah dapur pun tok siap lagi maktok weyh... Bereh hoktu dulu gak sebelum nok masuk benda lain. Bo lah nyo. Ore toksey dengar" Anayra menutup kedua-dua belah telinganya sambil bergerak menuju ke arah dapur.
Makcik Timah hanya menggelengkan kepala. Lelaki macam tu punya kacak kau tak nak. Aku rembat kang, menangis kau bucu katil dapat atuk baru. Nasib aku ni setia pada yang satu. Mimpi buruk arwah laki aku bawah tanah kang.
Anayra meletakkan semangkuk sup sayur diatas meja makan tersebut. Air sirap didalam jag juga dihidang bersama gelas-gelas kecil diatas satu dulang bercorak bunga ros. Pinggan makan yang bersih juga terletak elok disebelah bekas nasi yang masih panas.
Hanya ikan goreng sahaja yang masih belum siap. Baru sahaja tangan ingin bekerja mengambil ikan yang sudah siap digaul dengan serbuk kunyit dan garam, maktok memanggil Anayra dari pintu dapur.
"Mung gi panggil abey mung nga Khalish tu makey. Nok sudoh doh ni" arah Makcik Timah.
(Kau pergi panggil abang kau dengan Khalish tu makan. Nak siap dah ni)
"Ikan goreng tok siap lagi ni, maktok. Maktok lah gi panggil sekyo nyoh"
(Ikan goreng tak siap lagi mi maktok. Maktok lah pergi panggil diorang)
"Biar aku goreng. Mung gi panggil. Kalu dok, aku lepar mung tanoh. Gi! "
(Biar aku yang goreng. Kau pergi panggil. Kalau tak, aku lempar kau atas tanah)
*lempar atas tanah=halau kau dari rumah.
Anayra mendecit. Maktok ni, main ugut-ugut pulak. Bekas ikan ditinggalkan disitu. Tangan dicuci bersih dahulu sebelum kaki bergerak meninggalkan dapur.
Pintu bilik abangnya diketuk kuat. Aqeef membuka pintu kasar.
"Apa? " wajah berkerut diberikan sambil tangannya memegang perut.
"Maktok panggil makan. Ajak Sir Khal sekali" arah Anayra.
"Adik pergilah panggilkan Khalish tu. Abang sakit perut lah. "
"Tak payah nak mengadalah abang! Betul ke buat-buat?" Anayra menjegilkan mata.
"Abang takde masalah nak menipu! Abang nak pergi tandas dulu! " Aqeef terus menutup pintu bilik . Anayra masih berdiri disitu seperti tunggul kayu.
Memang sakit perut betul tu.
Nak tak nak, kaki tetap melangkah juga ke arah bilik Khalish bersebelahan bilik Aqeef.
Pintu diketuk tiga kali. Masih tiada respons dari tuan bilik.
Pintu diketuk lagi.
"Sir Khal, " panggil Anayra perlahan.
Masih tiada.
Akhirnya, Anayra segera memulas tombol pintu tersebut luas. Bunyi pili air yang ditutup bersama kuakan pintu bilik air menjadi panahan mata Anayra.
Khalish yang keluar bersama tuala dipinggang bersama rambut yang masih basah menitis lantai bilik. Enam roti sobek berketak-ketak kini menjadi tatapan gadis itu sekarang ini.
Khalish juga sama. Kedua-dua mata bertemu mata. Anayra membulatkan mata sebelum menjerit kuat. Dia terus menutup pintu bilik. Wajah kemerahan seperti tomato terhias pada wajahnya.
"Kenapa sir tak pakai baju?! "
"Dah saya baru keluar bilik air, memanglah saya tak pakai baju. Awak pulak kenapa masuk bilik saya tiba-tiba ni? "
"Sebab saya nak panggil sir makan tapi sir tak menyahut. Saya pun masuk jelah. Saya tak tahu pulak yang sir tengah.... Aaahhh!!... "Anayra terus menutup wajah kerana malu. Malu teramat.
Gila kau, masuk masuk je dah tehidang enam ketul roti. Mahu tak terbeliak mata member.
"Ye, ye. Nanti saya keluar makan. "
"Okey bye" Anayra dengan wajah tertutup bergerak ke dapur. Malu masih tidak hilang dari wajah.
Makcik Timah memandang Anayra pelik.
"Mung sapa tutup-tutup muko ni bakpo gak nyo? "
(Kau tutup-tutup muka ni dah kenapa?)
"Takdok gapolah maktok! Takdok gapo" cepat sahaja Anayra membalas.
(Takde apa maktok! takde apa)
Suasana meja makan dihiasi cerita-cerita dari Makcik Timah. Mukut Makcik Timah dari tadi pot pet pot pet bercakap tak henti. Anayra sudah lali dengan keadaan sebegitu. Nasi disuakan ke mulut.
Khalish tu pulak dari tadi tersengih. Suka apa pun tak tahulah. Rasanya, maktok tak cerita benda lawak pun.
Ni mesti dia gelakkan aku pasal. hal tadi.
Malunya Ya Allah...
Pengajarannya, jangan sesuka hati nak masuk bilik orang. Kang dah terhidang rezeki.
"Mung letok jah pinggan situ. Nanti Anayra basuh. Tok payoh rajin doohlah. Sek mung baru sapa jah tu. Gi rehat-rehat dulu" arah Makcik Timah. Khalish mengangguk.
(Kau letak je pinggan situ. Nanti Anayra basuh. Tak payah rajin sangatlah. Korang baru sampai je. Pergi rehat-rehat dulu)
Anayra membawa pinggan-pinggan kotor untuk dibasuh. Lengan baju sudah siap disinsing sedikit. Tangan mula bekerja.
Khalish mendekati Anayra perlahan-lahan.
"Terima kasih tolong basuhkan pinggan" ucap Khalish sambil tersengih. Anayra hanya mengangguk.
"Sama" balas gadis itu pendek.
"Nak tahu satu perkara tak? " soal Khalish. Anayra mendongakkan wajah. Kening sebelah diangkat.
"Apa? "
Khalish mendekatkan mulut pada telinga Anayra disebalik tudung. Anayra menjauhkan sedikit jarak antara mereka.
"Awak gadis bukan mahram pertama yang tengok body saya tau" kata Khalish sambil senyum nakal. Mata sebelah dikenyit sebelum meninggalkan Anayra bersama senyuman. Anayra menjegilkan mata. Tangan sebelah ditekup pada wajah.
Ya Allah malunya....
Share this novel