Telefon Aaran dari tadi berdering malah tidak diangkat. Maira mencapai telefon suaminya itu sambil mata memandang bilik air. Bunyi pancuran air menandakan Aaran masih sibuk membersihkan diri. Maira senyum sinis.
Good! No password.
Log telefon suaminya ditekan. Banyak nama contact yang berwarna merah menghiasi log telefon Aaran.
"50 calls? 35 messages? Over sangat kau ni perempuan" ujar Maira. Jari-jemarinya ligat menekan butang delete pada skrin tersebut.
Delete delete delete!
Puas hati aku!
Dia tersenyum sinis. Telefon Aaran diletakkan kembali di tempat asal. Dia berpura-pura sibuk melipat baju di tepi katil.
Aaran keluar dari bilik air dengan bertuala. Rambut yang masih basah dia raupkan ke belakang. Terserlah ketampanan suami yang beristeri dua ini.
Maira senyum.
"Ada orang call abang ke tadi? " soal Aaran. Dia mencapai telefonnya.
"Takdelah... Takde orang call pun" balas Maira. Tangannya ligat mrlipat kain baju.
"Haish... Mana Anayra ni? Dah pukul 6 lebih tak balik lagi" Aaran menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam hatinya sudah berdebar-debar.
"Nanti Anayra balik lah tu awak... Awak pakailah baju dulu. Maira nak pergi dapur nak masakkan untuk awak" Maira bingkas bangun menuju ke dapur. Aaran mengangguk.
Aaran memandang skrin telefonnya.
"Where are you, sayang? "
Anayra duduk bersimpuh atas kain sejadah. Telekung masih setia dipakainya. Dia baru sahaja selesai solat subuh berseorangan. Kepala dilentokkan dikatil berseberlahannya.
Air mata mencurah jatuh mengalir dipipi. Sakit yang dia rasa, sakit yang dia telan.
Masih dia ingat kata-kata dari Aaran semalam. Kata-kata suaminya benar-benar menusuk ke dalam hati. Hatinya seperti dicarik-carik dan dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah.
Aaran...
"Abang minta maaf. Semalam abang mengaku silap abang. Diri abang tak boleh control bila sayang dengan jantan tu berdua. Like I said, you are mine and only mine. Anggap je semua perkara yang berlaku ni tak pernah terjadi. Abang minta maaf," kata Aaran sebelum dia keluar dari bilik Anayra.
Sampai hati abang... Buat Anayra macam ni. Apa salah Anayra? Kenapa?
Dia mengesat air mata dengan hujung kain baju. Dia memejamkan matanya beberapa saat sebelum diri sendiri terlena dengan telekung masih di badan.
Tengku Aaran Merdaad... How dare you.
You broke my heart. All of my heart that i give to you, you broke it!
I hate you, but i can't...
Because i love you so much.
"Nah, "
Hazel memberikan satu beg kertas kepada Anayra. Anayra menerimanya dengan teruja.
Hazel baru sahaja pulang dari Switzerland bercuti bersama kekasih hati. Seronok gamaknya Hazel dengan wajah berseri-seri.
"Tak sangka Hazel ingat jugak dekat Anayra. Terima kasih " ucap Anayra ikhlas. Hazel hanya mengangkat kening.
"Mestilah. Semua orang ada hadiah tau. Setiap orang. Anayra confirm-confirm lah dapat" Hazel tersengih menampakkan gigi putihnya.
Anayra hanya menggeleng-gelengkan kepala. Macam-macam sajalah Hazel ni.
Beg kertas dibuka.
"Chocolate?! " Anayra memandang Hazel dengan wajah teruja.
"Original Swiss Chocolate Truffle just for you, honey. Hazel tahu Anayra suka sangat dekat chocolate. Sebab tu Hazel belikan. Bukan mur mur tau! "
"Untuk aku takde? " Luan dari belakang bersuara. Hazel berpaling sambil mencekak pinggang.
"Takde"
"Kau cakap untuk setiap orang"
"Tapi bukan kau"
Luan mencebik. Dia terus berlalu pergi ke dapur. Dahaga lah pulak. Asyik bertekak mulut je dengan Hazel ni bila nak habis pun tak tahu.
Dia meneguk minuman itu rakus. Satu huluran beg kertas dihalakan pada wajah Luan. Luan mengerling ke arah Hazel.
"Kau ingat aku ni kejam sangat ke, hah? Halah halah... Tu pun nak merajuk sampai ke dapur" Hazel menjulingkan mata keatas.
Luan tersengih. Huluran tetap disambut tapi tangannya nakal memegang kulit putih mulus Hazel sebelum beg kertas tersebut diambil. Hazel cepat menarik tangannya.
"Kau ni dah kenapa? Pegang pegang tangan orang" soal Hazel. Tangan kanannya diusap.
"Terima kasih untuk hadiah ni. Bonus sekali dengan tangan lembut kau tu..." Luan mendekatkan diri di sebelah Hazel. Bibir didekatkan pada telinga Hazel yang ditutupi rambut blonde milik gadis itu.
"... aku suka " bisik Luan sebelum pergi dengan senyuman nakal.
Hazel masih berdiri tegak seperti tunggul. Dah gila ke apa Mamat tu? Dia tengah mengorat ke?
Excuse me?
I dah ada boyfriend. So... Try next time okay?
Rambutnya di'flip'kan ke belakang. Berjalan penuh bergaya ke ruang tamu.
Ada hati nak tackle si diva? Talk to my hand okayyy
Huwaaarghhhh!! Penatnya... Balik ni nak mandi, solat, makan, dan tidur. HAHAHAHAH... penat woo... Seharian duk menghadap empat segi tu setiap hari. Now, it's done!! Bolehlah dia enjoy tengok netflix sehari dua.
Enjin kereta dimatikan. Beg tangan dan beg galasnya dicapai. Selepas semuanya beres, Anayra melangkah masuk ke rumah. Salam diberikan. Suasana sunyi sepi.
Aikk?? Takde orang ke?
Selepas sahaja selesai meletakkan barang, Anayra mencabut tudung shawl yang dipakai dan bersiap sedia untuk membersihkan diri.
Tiba-tiba, Maira menjengulkan diri dari pintu bilik. Anayra terkebil-kebil memandang Maira yang sedang resah gelisah itu.
Eh, baru lepas habis berlari 100 meter ke apa madu dia ni?
"Aaran demam panas. M.. Maira tak tahu n.. nak buat apa! " jelas Maira tersekat-sekat. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Tanpa membuang masa lagi, Anayra terus berlari menuju ke bilik Maira. Aaran yang sedang terbaring lemah berkelubung dengan duvet Anayra dekati. Tangan dilekapkan pada dahi suaminya.
Allahu... Panas sangat suami dia ni.
"Abang, kita pergi klinik nak? " soal Anayra lembut.
Aaran menggeleng laju. Tidak mahu. Anayra mengeluh.
Dia kemudiannya meluru ke arah Maira.
"Tolong tengokkan abang. Anayra nak masak bubur"
Maira hanya diam tidak berkutik. Tidak angguk atau geleng. Tanpa menghiraukan reaksi Maira, Anayra terus menuju ke dapur. Periuk dicapai.
Tangannya habis bergetar-getar. Api dihidupkan. Anayra tidak duduk diam. Dia ke sana dan kemari, sibuk di dapur dengan tubuh yang masih tersarung baju kurung.
Peluh yang merintik jatuh di dahi dia kesat laju. Selepas beberapa minit, bubur nasi siap dimasak dituangkan ke dalam mangkuk plastik sederhana besar. Kemudian, mangkuk itu diletakkan diatas dulang bersama air gelas kosong dan ubat-ubatan.
Dia membawa dulang itu menuju ke bilik Maira dan mendekati Aaran. Maira disebelah hanya memerhati.
"Abang... Bangun abang. Jom makan dulu lepastu makan ubat. Saya dah masak bubur untuk abang makan"
Aaran menggeleng.
"Taknak... " rengek Aaran menolak.
"Lepas makan ni, kalau abang nak tidur pun tidurlah. Saya takkan kacau abang" Anayra memujuk lagi. Akhirnya Aaran mengalah.
Anayra membantu Aaran bangun perlahan-lahan. Lemah tubuh suaminya dengan peluh satu badan.
Seperti kata Puan Dareena, setiap kali demam, Aaran akan bersifat manja. Beberapa kali juga Anayra melayan sifat 'tidak mahu' Aaran itu selama setahun melayani bahtera perkahwinan.
Sesudu bubur disuakan pada Aaran.
"Maira... " rintih Aaran.
Anayra diam.
"Maira... " rintih Aaran lagi.
Tangan itu sudah bergetar kuat. Senyum cuba diukir paksa. Dia menarik balik sudu bubur tersebut ke dalam mangkuk. Bibir diketap kuat.
Dia memalingkan wajah. Maira berkelip-kelip memandang Anayra.
"Abang perlukan awak"
Selepas sahaja menuturkan kata-kata itu, Anayra terus meletakkan mangkuk bubur tersebut ke atas meja dan berlalu pergi menuju ke biliknya. Tangisan cuba ditahan.
Dia... Perlu... Kuat...
TODAY IS MY BIRTHDAY>_<
Share this novel