Bab 58: Janji Seorang Kanak-Kanak

Romance Completed 1646

Beberapa hari telah berlalu sejak pertemuan Nadia dan Dato' Rizal.

Rumah Amir kembali seperti biasa.

Qaseh ke sekolah.

Amir ke sekolah.

Nadia juga ke sekolah.

Mereka ketawa.

Mereka berbual.

Mereka makan bersama.

Namun jauh di sudut hati Nadia...

dia tahu ada sesuatu yang masih belum selesai.

Ayahnya.

Walaupun marah itu masih ada...

walaupun luka itu masih belum sembuh...

dia tetap tidak mampu membuang lelaki tua itu daripada hatinya.

Kerana bagaimanapun juga...

itu ayahnya.

Satu-satunya ayah yang dimilikinya.

Petang itu, selepas selesai menyiapkan kerja sekolah, Qaseh duduk di ruang tamu sambil membelek buku latihan.

Tiba-tiba dia mengangkat kepala.

"Ibu."

Nadia yang sedang melipat pakaian menoleh.

"Ya?"

"Saya belum tunaikan janji lagi."

Nadia mengerutkan dahi.

"Janji apa?"

"Saya janji dengan atuk."

Tangannya terhenti.

Untuk beberapa saat, Nadia hanya memandang anaknya.

Qaseh menyambung.

"Dulu masa saya balik dari rumah atuk..."

"Saya janji saya akan datang lagi."

Nadia terdiam.

Dia masih ingat.

Janji itu memang pernah diucapkan.

Malah Dato' Rizal sendiri kelihatan begitu gembira ketika mendengarnya.

"Saya nak pergi jumpa atuk."

kata Qaseh perlahan.

"Atuk mesti tunggu saya."

Nadia menundukkan pandangan.

Dadanya terasa sedikit sesak.

Belum sempat dia menjawab, Amir yang baru keluar dari dapur turut mendengar kata-kata itu.

Lelaki itu memandang anaknya.

Kemudian memandang Nadia.

Tiada siapa bersuara.

Akhirnya Amir berkata perlahan.

"Kalau ibu benarkan."

Qaseh segera memandang Nadia.

Wajahnya penuh harapan.

Nadia menghela nafas panjang.

Dia masih terluka.

Masih marah.

Tetapi dalam masa yang sama...

dia tahu hubungan antara Qaseh dan Dato' Rizal lahir tanpa penipuan.

Tanpa kepentingan.

Tanpa dendam.

Ia lahir secara jujur.

Dan dia tidak mahu merosakkannya.

Akhirnya Nadia mengangguk perlahan.

"Baiklah."

Senyuman Qaseh terus melebar.

"Betul?"

Nadia tersenyum kecil.

"Betul."

Kanak-kanak itu terus memeluk ibunya.

Kemudian berlari mendapatkan Amir.

Seolah-olah dia baru mendapat hadiah paling besar dalam hidupnya.

Amir dan Nadia saling berpandangan.

Kemudian Amir tersenyum kecil.

"Nampaknya ada orang gembira."

Nadia turut tersenyum.

"Macam budak dapat cuti sekolah."


*******************************

Keesokan petangnya...

kereta Nadia berhenti di hadapan rumah agam Dato' Rizal.

Qaseh segera membuka pintu.

Beg kecilnya tersangkut di bahu.

Sama seperti kali pertama dahulu.

Namun kali ini suasananya berbeza.

Nadia tidak turun.

Dia hanya memandang dari dalam kereta.

Qaseh menoleh.

"Ibu tak masuk?"

Nadia menggeleng perlahan.

"Pergilah."

"Salam atuk."

Qaseh mengangguk.

Kemudian berlari ke arah pintu utama.

Nadia memerhati dari jauh.

Dan untuk pertama kali selepas beberapa hari...

hatinya terasa sedikit tenang.


*******************************

Loceng rumah berbunyi.

Seorang pembantu rumah membuka pintu.

Belum sempat dia berkata apa-apa...

satu suara kecil sudah kedengaran.

"Atuk ada?"

Pembantu rumah itu tersenyum.

"Ada."

Tidak lama kemudian...

Dato' Rizal muncul dari dalam rumah.

Pada mulanya dia berjalan seperti biasa.

Namun sebaik sahaja melihat siapa yang berdiri di hadapan pintu...

langkahnya terus terhenti.

"Qaseh?"

Kanak-kanak itu tersenyum lebar.

"Assalamualaikum, atuk."

Untuk beberapa saat...

Dato' Rizal tidak mampu berkata apa-apa.

Dia benar-benar tidak menyangka.

Selepas segala yang berlaku...

selepas apa yang dilakukannya...

budak itu masih datang.

Akhirnya dia menjawab perlahan.

"Waalaikumussalam."

"Masuklah."

Qaseh terus melangkah masuk.

Seperti rumah sendiri.

Seperti dahulu.

Dan entah kenapa...

mata Dato' Rizal mula terasa panas.


*******************************

Mereka duduk di gazebo berhampiran kolam ikan.

Tempat kegemaran mereka.

Qaseh membuka bekas makanan ikan.

Kemudian menaburnya ke dalam kolam.

Ikan-ikan segera berenang menghampiri.

"Atuk."

"Hm?"

"Saya datang sebab saya janji."

Dato' Rizal memandangnya.

"Saya kata saya nak datang lagi."

Kanak-kanak itu tersenyum.

"Saya tak suka mungkir janji."

Hati Dato' Rizal terasa seperti ditusuk sesuatu.

Dia hanya mampu mengangguk.


*******************************

Petang itu mereka berbual tentang banyak perkara.

Tentang sekolah.

Tentang Cikgu Dila.

Tentang peperiksaan.

Tentang kucing yang selalu tidur di kantin sekolah.

Perkara-perkara kecil.

Namun buat pertama kali selepas sekian lama...

rumah itu kembali hidup.

Sesekali Qaseh ketawa.

Sesekali Dato' Rizal tersenyum.

Tetapi jauh di dalam hati lelaki tua itu...

rasa bersalah semakin membesar.

Kerana setiap kali memandang wajah budak itu...

dia teringat kata-kata Nadia.

...Ayah ambil lapan tahun daripada Qaseh.

"Atuk."

Panggilan itu mengejutkannya.

"Hm?"

Qaseh memandangnya.

"Atuk sihat?"

Dato' Rizal tersenyum kecil.

"Sihat."

"Tipu."

Dato' Rizal tergamam.

Qaseh menyambung.

"Atuk nampak sedih."

Lelaki tua itu terdiam.

Kanak-kanak itu tidak tahu.

Tetapi ayatnya tepat mengenai sasaran.

"Atuk gaduh dengan ibu ke?"

soalnya lagi.

Dato' Rizal menundukkan pandangan.

Lama.

Kemudian mengangguk perlahan.

"Sikit."

Qaseh mengangguk.

Seolah-olah memahami.

Kemudian dia berkata sesuatu yang membuatkan dada Dato' Rizal semakin sesak.

"Saya pun pernah gaduh dengan kawan."

Dato' Rizal tersenyum hambar.

"Yakah?"

"Ya."

"Habis tu?"

"Saya minta maaf."

Jawapan itu terlalu mudah.

Terlalu ringkas.

Tetapi bagi seorang lelaki yang telah hidup berpuluh tahun dengan ego dan kebanggaan...

ia terasa begitu berat.


*******************************

Beberapa minit berlalu.

Kemudian Qaseh bersuara lagi.

"Atuk."

"Hm?"

"Kalau orang buat salah..."

"Orang boleh minta maaf kan?"

Dato' Rizal terus membeku.

Angin petang yang bertiup terasa semakin dingin.

Dia memandang wajah budak itu.

Wajah yang begitu jujur.

Begitu bersih daripada dendam.

Qaseh tidak menuduh.

Tidak memarahi.

Tidak menghukumnya.

Dia hanya bertanya.

Seperti seorang kanak-kanak biasa.

Dan itulah yang paling menyakitkan.


*******************************

Petang mula beransur senja.

Matahari semakin rendah.

Qaseh berdiri di tepi kolam.

Kemudian menoleh ke arah Dato' Rizal.

"Atuk."

"Hm?"

"Saya suka datang sini."

Dato' Rizal tersenyum kecil.

"Sebab ikan?"

Qaseh ketawa.

"Sebab atuk."

Lelaki tua itu terus terdiam.

Tidak mampu membalas.

Kerana pada saat itu...

sesuatu akhirnya pecah.

Selepas segala penipuan.

Selepas segala kesilapan.

Selepas segala dosa yang dilakukannya...

budak itu masih menyayanginya.

Masih memanggilnya atuk.

Masih datang menunaikan janjinya.

Dan buat pertama kali...

air mata Dato' Rizal akhirnya gugur di hadapan Qaseh.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut.

"Atuk?"

Dato' Rizal segera mengesat matanya.

Namun air mata lain terus jatuh.

Tanpa mampu ditahan.

Qaseh mendekat.

Kemudian memeluknya.

Seperti selalu.

Seperti yang pernah dilakukannya dahulu.

Pelukan kecil.

Tetapi cukup untuk menghancurkan seluruh benteng seorang lelaki tua.

Dato' Rizal memeluknya semula...dengat sangat erat.

Dan buat pertama kali...

dia berani mengaku kepada dirinya sendiri.

Qaseh bukan sekadar seorang budak yang disayanginya.

Bukan sekadar anak murid Nadia.

Bukan sekadar teman di rumah yang sunyi itu.

Qaseh ialah cucunya.

Darah dagingnya sendiri.

Dan dia telah kehilangan lapan tahun daripada hidup budak itu.

Kerana kesalahannya sendiri.

Tamat Bab 58

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience