Bab 41: Jejak Yang Kembali

Romance Series 1569

Tiga hari berlalu sejak kejadian di bilik guru.

Dan seperti kebanyakan perkara di sekolah...

kehidupan perlahan-lahan kembali seperti biasa.

Murid-murid kembali berlari di koridor.

Guru-guru kembali sibuk dengan tugas masing-masing.

Dan Qaseh...

akhirnya kembali tersenyum seperti dahulu.

Sekurang-kurangnya itulah yang dilihat oleh semua orang.

Namun Nadia tahu.

Ada sesuatu yang berubah.

Tidak besar.

Tidak ketara.

Tetapi tetap ada.

Setiap kali mata mereka bertemu...

Qaseh akan tersenyum.

Tetapi senyumannya kini sedikit berbeza.

Seolah-olah dia sedang menyimpan sesuatu yang tidak mampu diluahkan.

Dan entah kenapa...

itu membuatkan hati Nadia semakin tidak tenang.

***********************************

Petang itu sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum.

Kawasan sekolah sedikit lebih meriah daripada biasa.

Murid-murid bergerak ke sana sini mengikut unit masing-masing.

Nadia pula terlibat dengan beberapa urusan dokumentasi.

Menjelang waktu pulang...

dia kembali ke bilik guru untuk mengambil beg tangannya.

Ketika itulah matanya tertumpu kepada sesuatu di atas meja kecil berhampiran tingkap.

Seekor patung.

Patung kecil yang sudah agak lusuh.

Nadia segera mengenalinya.

Patung milik Qaseh.

Patung yang pernah dilihatnya di Kem Al-Fateh.

Patung yang dipeluk erat oleh kanak-kanak itu ketika tidur.

Patung yang dibawanya ke mana-mana.

"Qaseh tertinggal."

bisiknya perlahan.

Dia mencapai patung tersebut.

Pada mulanya...

tiada apa-apa.

Hanya sebuah patung lama.

Ringan.

Lembut.

Dan sedikit pudar warnanya.

Namun ketika jarinya menyentuh bahagian telinga patung itu...

langkah Nadia tiba-tiba terhenti.

Sesuatu bergetar jauh di dalam dirinya.

***********************************

Sangat pantas.

Sangat kabur.

Namun cukup jelas untuk dirasai.

Satu tangan sedang memegang jarum.

Benang merah.

Kain kecil berwarna biru.

Dan suara seorang wanita.

Lembut.

Penuh kasih sayang.

....."Kalau koyak, ibu jahitkan semula."

Kemudian...

bunyi ketawa seorang kanak-kanak kecil.

Ketawa yang sangat ceria.

Sangat dekat.

Sangat dikenali.

Nadia tersentak.

Patung itu hampir terlepas daripada tangannya.

Nafasnya menjadi laju.

Jantungnya berdegup kencang.

Dia memandang sekeliling.

Bilik guru masih sama.

Kerusi masih sama.

Tingkap masih sama.

Tiada siapa di situ.

Tiada suara.

Tiada ketawa.

Tiada benang merah.

Tiada jarum.

Semuanya sudah hilang.

Seolah-olah tidak pernah wujud.

"Apa tadi tu?"

bisiknya perlahan.

Namun tiada jawapan.

Hanya degupan jantungnya sendiri.


***********************************

Malam itu...

patung tersebut masih berada di rumah Nadia.

Dia sebenarnya bercadang untuk memulangkannya keesokan hari.

Namun entah kenapa...

dia tidak terus memasukkannya ke dalam beg.

Sebaliknya dia meletakkannya di atas meja ruang tamu.

Betul-betul di hadapan matanya.

Dan sepanjang malam itu...

berkali-kali pandangannya jatuh kepada patung tersebut.

Seolah-olah ada sesuatu yang cuba diperingatkan kepadanya.

Tetapi setiap kali dia cuba menangkapnya...

ia menghilang semula.

Seperti asap.

Tidak mampu digenggam.

Nadia mengeluh perlahan.

Kemudian mencapai patung itu sekali lagi.

Matanya meneliti setiap bahagian.

Telinga.

Mata.

Pakaian kecil yang sudah sedikit lusuh.

Dan ketika itulah...

dia menyedari sesuatu.

Ada kesan jahitan lama di bahagian tepi pakaian patung tersebut.

Jahitan yang sangat halus.

Sangat kemas.

Jantung Nadia kembali berdegup laju.

Entah kenapa...

jahitan itu terasa begitu dikenali.

Seolah-olah dia pernah melihatnya sebelum ini.

Berkali-kali.

Sangat lama dahulu.

Namun apabila dia cuba mengingatinya...

kepalanya mula terasa sakit.

Lalu dia segera meletakkan kembali patung tersebut.

Tidak sanggup meneruskan.

***********************************

Keesokan harinya...

sebaik sahaja loceng terakhir berbunyi...

satu suara kecil kedengaran dari pintu bilik guru.

"Cikgu Nadia!"

Nadia mengangkat kepala.

Qaseh sedang berdiri di situ.

Wajahnya kelihatan cemas.

"Kenapa?"

"Patung saya..."

Dia menelan air liur.

"Saya rasa saya tertinggal."

Nadia tersenyum kecil.

"Yang ni?"

Dia mengangkat patung tersebut.

Wajah Qaseh terus berseri-seri.

"Patung saya!"

Kanak-kanak itu berlari mendapatkannya.

Kemudian memeluk patung itu erat-erat ke dadanya.

Seolah-olah baru menemui sesuatu yang sangat berharga.

Nadia memerhatikannya.

Dan sekali lagi...

hatinya terasa aneh.

"Sayang sangat ya?"

Qaseh mengangguk laju.

"Sangat."

"Nak beli baru pun boleh."

Qaseh terus menggeleng.

"Tak sama."

"Kenapa?"

Kanak-kanak itu memandang patung tersebut.

Kemudian tersenyum kecil.

"Sebab ni ibu yang bagi..."

Sunyi.

Untuk beberapa saat,

Nadia hanya memandang wajah Qaseh...

Kemudian tanpa amaran...

satu suara muncul di dalam fikirannya.

Sangat dekat.

Sangat jelas.

Seolah-olah pernah didengarnya berkali-kali.

Seorang kanak-kanak kecil sedang menangis.

Patung itu berada di dalam tangannya.

Bahagian telinganya koyak sedikit.

Kemudian seorang wanita mengambil patung tersebut.

Tangan itu memegang jarum dan benang.

Suara lembut itu kedengaran semula.

"Jangan menangis."

"Kalau rosak..."

"...ibu jahitkan semula."

Nadia terus membeku.

Jantungnya berdegup kencang.

Nafasnya terasa sempit.

Dia tidak tahu siapa wanita itu.

Tidak tahu siapa kanak-kanak itu.

Namun entah kenapa...
suara tersebut terasa begitu dekat.

Begitu akrab.
Seolah-olah sebahagian daripada dirinya sendiri.

Nadia membeku.

Senyumannya hilang.

Jantungnya berdegup begitu kuat sehingga hampir menyakitkan.

Dia tidak pernah mengucapkan ayat itu.

Tidak pernah.

Sekurang-kurangnya itulah yang diyakininya.

Namun kenapa...

kenapa ayat itu terasa begitu biasa?

Begitu dekat?

Begitu nyata?

"Cikgu?"

Suara Qaseh menariknya kembali ke alam nyata.

Nadia tersentak kecil.

"Ya?"

"Terima kasih sebab jumpakan patung saya."

Nadia memaksa dirinya tersenyum.

"Sama-sama."

Qaseh memeluk patung itu sekali lagi.

Kemudian berlari keluar dari bilik guru untuk mendapatkan ayahnya.

Nadia masih berdiri di tempat yang sama.

Matanya mengikuti kelibat kanak-kanak itu sehingga hilang dari pandangan.

Kemudian perlahan-lahan...

tangannya menyentuh dadanya sendiri.

Degupan itu masih belum reda.

Dan buat pertama kalinya...

dia mula takut kepada satu kemungkinan.

Bagaimana jika...

apa yang hilang selama ini...

benar-benar sedang kembali?

Tamat Bab 41

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience