Series
1569
Beberapa hari telah berlalu sejak Program Jati Diri di Kem Jugra berakhir.
Namun sesuatu masih tertinggal di sana.
Bukan beg galas.
Bukan fail program.
Bukan gambar-gambar yang dimuat naik ke media sosial.
Tetapi sesuatu yang jauh lebih sukar dijelaskan.
Sesuatu yang dibawa pulang oleh dua insan tanpa mereka sedari.
Bagi Amir...
ia ialah harapan.
Harapan yang selama ini hanya berani disimpan jauh di sudut hati.
Dan bagi Nadia...
ia ialah persoalan.
Persoalan tentang mengapa lirik terakhir lagu itu boleh keluar dari bibirnya tanpa berfikir.
Sejak malam di gazebo itu...
dia sudah berkali-kali cuba mengingatinya semula.
Namun semakin dicari...
semakin jauh ia menghilang.
Seolah-olah memori itu sengaja bermain sorok-sorok dengannya.
Namun satu perkara yang pasti.
Setiap kali dia teringat wajah Amir malam itu...
dadanya akan berdebar sedikit.
Dan dia tidak suka perasaan itu.
Kerana dia tidak tahu apa maksudnya.
**************************************
Waktu rehat.
Bilik guru seperti biasa dipenuhi suara dan gelak ketawa.
Hanif sedang bercerita tentang pengalaman semasa explorace di Kem Jugra.
"Kau semua tahu tak..."
Semua orang memandang.
"Aku sebenarnya tahu jalan tu salah."
"Tipulah."
Farah terus membidas.
Hanif mengangkat tangan.
"Betul."
"Habis kenapa tak cakap?"
Hanif memandang Amir.
"Sebab aku nak tengok dia sesat sekali."
Gelak ketawa terus meletus.
Amir hanya menggeleng sambil menyambung kerja.
"Kau ni memang tak boleh harap."
"Itu sebab aku bagi peluang kau jadi hero."
"Terima kasih."
"Sama-sama."
Gelak ketawa kembali memenuhi bilik guru.
Nadia yang sedang menyemak buku latihan turut tersenyum.
Entah mengapa...
suasana itu terasa menyenangkan.
**************************************
"Eh Nadia."
Farah tiba-tiba bersuara.
"Hmm?"
"Aku nak tanya."
"Apa?"
Farah tersengih.
"Masa dekat gazebo tu..."
Nadia terus mengangkat kepala.
"Gazebo apa?"
"Alah..."
Farah semakin lebar tersenyum.
"Malam kau hilang tu."
Jantung Nadia berdegup sedikit laju.
Nasib baik tiada siapa tahu apa yang berlaku malam itu.
"Saya tertinggal fail."
"Yalah."
Farah mengangguk panjang.
"Tertinggal fail."
Nadia terus menjeling.
Hanif yang mendengar dari jauh terus menyampuk.
"Eh, apa cerita ni?"
"Tak ada apa."
Jawab Nadia cepat.
Namun entah mengapa...
apabila dia menoleh ke arah Amir...
lelaki itu sedang menundukkan kepala sambil tersenyum kecil.
Dan senyuman itu membuatkan Nadia segera mengalihkan pandangan.
**************************************
Petang itu sekolah menganjurkan jamuan ringkas untuk guru-guru.
Salah seorang guru baru sahaja menyambut hari lahir.
Meja di bilik mesyuarat dipenuhi pelbagai makanan.
Karipap.
Mi goreng.
Kek.
Biskut.
Dan beberapa bekas makanan ringan.
Guru-guru duduk berbual dalam suasana santai.
Tiada mesyuarat.
Tiada kerja rasmi.
Hanya masa untuk berehat.
Nadia duduk bersebelahan Farah.
Sambil berbual, tangannya mencapai semangkuk makanan ringan yang berada di tengah meja.
Tanpa melihat.
Dia mengambil segenggam kecil.
Kemudian memasukkannya ke dalam mulut.
Farah yang sedang bercakap tiba-tiba terdiam.
Matanya membulat.
"Nadia."
"Hmm?"
Farah menunjuk mangkuk tersebut.
"Itu kuaci."
Nadia ketawa kecil.
"Kenapa?"
Belum sempat Farah menjawab...
satu suara kedengaran dari hujung meja.
"Nadia!"
Nada suara itu begitu kuat sehingga seluruh bilik terus senyap.
Semua mata memandang ke arah yang sama.
Amir sudah berdiri.
Wajahnya berubah.
"Nadia, jangan makan."
Nadia mengerutkan dahi.
"Kenapa pula?"
Amir melangkah beberapa langkah ke hadapan.
Wajahnya jelas cemas.
"Awak alah kuaci."
Sunyi.
Benar-benar sunyi.
Nadia terpaku.
Farah turut terpinga-pinga.
"Alah?"
Nadia ketawa kecil.
"Saya tak pernah tahu pun."
Namun Amir tidak ketawa.
Dan itulah yang membuatkan suasana menjadi semakin janggal.
Kerana wajah lelaki itu kelihatan terlalu serius.
Terlalu yakin.
Seolah-olah dia tidak sedang meneka.
Seolah-olah dia benar-benar tahu.
**************************************
Beberapa orang guru mula berpandangan sesama sendiri.
Hanif mengangkat kening.
"Betul ke?"
Amir tidak menjawab.
Matanya masih tertumpu kepada Nadia.
"Luahkan."
Nadia tersenyum kecil.
"Saya dah telan pun."
"Tak apa kot."
Namun entah mengapa...
kata-kata itu sendiri tidak begitu meyakinkannya.
**************************************
Beberapa minit kemudian...
Nadia mula berasa gatal pada bahagian leher.
Pada mulanya dia tidak mengendahkannya.
Dia menyangka mungkin gigitan serangga.
Atau cuaca yang terlalu panas.
Namun rasa gatal itu semakin merebak.
Kemudian datang pula rasa panas.
Farah yang duduk di sebelah terus berubah wajah.
"Nadia..."
"Apa?"
"pipi awak."
Nadia segera menyentuh pipinya.
Bengkak.
Tompok-tompok merah mula muncul.
Jantungnya terus berdegup laju.
"Astaghfirullah..."
Hanif bangun dari kerusi.
"Eh, betul lah."
Seorang guru lain segera menghampiri.
"Cepat tengok tangan dia pula."
Ruam merah mula timbul sedikit demi sedikit.
Suasana terus menjadi kecoh.
Kerusi ditolak.
Guru-guru mula berdiri.
Ada yang mencari air.
Ada yang mencari ubat.
Ada yang sudah mula mencadangkan supaya Nadia dibawa ke klinik.
Namun Amir sudah berada di sisi Nadia terlebih dahulu.
"Nadia."
Wanita itu mula bernafas sedikit laju.
"Saya..."
"Jangan cakap."
Suara Amir tenang.
Tetapi wajahnya tidak.
"Kita pergi hospital sekarang."
**************************************
Perjalanan ke hospital terasa terlalu panjang.
Walaupun hakikatnya hanya beberapa minit.
Farah duduk di belakang.
Manakala Nadia di tempat duduk penumpang.
Ruam pada kulitnya semakin jelas.
Dan nafasnya mula terasa berat.
"Nadia."
Amir memanggil perlahan.
"Hmm..."
"Jangan tidur."
"Saya tak tidur."
Namun suaranya semakin lemah.
Farah memandang dari belakang.
Sepanjang perjalanan itu...
Amir tidak pernah melepaskan pandangan daripada jalan raya.
Tetapi setiap beberapa saat...
dia akan menoleh ke arah Nadia.
Seolah-olah takut sesuatu yang buruk akan berlaku.
Dan buat pertama kali...
Farah melihat ketakutan yang selama ini tersembunyi di dalam diri lelaki itu.
**************************************
Sebaik tiba di hospital...
Nadia terus dibawa masuk ke bahagian kecemasan.
Farah menguruskan pendaftaran.
Amir pula berdiri tidak jauh dari katil rawatan.
Menunggu.
Diam.
Namun seluruh tubuhnya tegang.
Doktor mula memeriksa.
Jururawat mula bergerak ke sana sini.
Suntikan diberikan.
Pemeriksaan dilakukan.
Masa berlalu perlahan.
Terlalu perlahan.
Sehingga akhirnya doktor keluar semula.
"Alahan makanan."
Amir segera bangun.
"Macam mana keadaan dia?"
"Dah stabil."
"Alhamdulillah."
Hanya itu yang mampu keluar daripada bibirnya.
**************************************
Beberapa ketika kemudian...
Nadia dipindahkan ke ruang pemerhatian.
Ruam masih ada.
Tetapi semakin berkurangan.
Nafasnya juga kembali normal.
Farah keluar sebentar untuk membeli minuman.
Tinggallah Amir dan Nadia di situ.
Suasana menjadi sunyi.
Nadia memandang lelaki itu lama.
Lama.
Sehingga Amir sendiri mula berasa tidak selesa.
"Amir."
"Ya?"
Nadia terdiam beberapa saat.
Kemudian bertanya perlahan.
"Soalan saya tadi..."
Jantung Amir terus berdegup laju.
Dia sudah tahu soalan itu akan datang.
Dan dia juga tahu...
dia tidak mempunyai jawapan yang selamat.
"Macam mana awak tahu saya alah kuaci?"
Sunyi.
Terlalu sunyi.
Amir membuka mulut.
Namun tiada jawapan yang keluar.
Kerana tiada jawapan yang mampu menjelaskan perkara itu tanpa membuka lebih banyak rahsia.
Nadia terus memandangnya.
Menunggu.
Dan semakin lama Amir diam...
semakin kuat rasa curiga yang mula tumbuh di dalam hati wanita itu.
**************************************
Ketika itulah...
pintu ruang pemerhatian terbuka.
Seorang lelaki melangkah masuk dengan wajah cemas.
Tengku Zafran.
Matanya terus mencari Nadia.
Namun langkahnya perlahan apabila terlihat seseorang berdiri di sisi katil wanita itu.
Amir.
Mereka berpandangan.
Beberapa saat.
Tanpa sepatah perkataan.
Tanpa senyuman.
Tanpa salam.
Namun suasana yang wujud di antara mereka cukup untuk dirasai sesiapa sahaja.
Nadia memandang Amir.
Kemudian memandang Tengku.
Entah mengapa...
dadanya terasa semakin sesak.
Bukan kerana alahan.
Tetapi kerana sesuatu yang tidak mampu dijelaskan.
**************************************
Tengku akhirnya menghampiri katil.
"Nadia."
"Saya okey."
Lelaki itu menghela nafas lega.
Kemudian duduk di sisi katil.
Namun sebelum sempat dia bertanya apa-apa...
Nadia kembali memandang Amir.
Soalan tadi masih belum terjawab.
Dan kali ini...
ia terasa lebih penting daripada sebelumnya.
"Amir."
Suara Nadia perlahan.
Tetapi cukup untuk membuatkan kedua-dua lelaki itu memandangnya.
"Awak belum jawab lagi."
Jantung Amir berdegup kencang.
Tengku turut mengerutkan dahi.
"Jawab apa?"
Nadia memandang tepat ke arah Amir.
Lama.
Terlalu lama.
Kemudian dia bertanya sekali lagi.
"Macam mana awak tahu saya alah kuaci?"
Dan buat pertama kalinya...
Amir benar-benar kehabisan jawapan.
Tamat Bab 33
Share this novel