Bab 27: Awak Nampak Macam Ibu Dia

Romance Series 1569

Seminggu berlalu.

Kehidupan di sekolah berjalan seperti biasa.

Loceng berbunyi.

Murid keluar masuk kelas.

Guru-guru sibuk dengan tugas masing-masing.

Namun tanpa disedari Nadia...

ada sesuatu yang mula berubah.

Atau lebih tepat...

sesuatu yang mula disedari oleh orang lain.

***********************************

Waktu rehat.

Nadia sedang duduk di kantin sekolah bersama beberapa orang guru.

Secawan teh tarik masih berasap di hadapannya.

Perbualan mereka berkisar tentang murid-murid dan tugasan sekolah.

Ketika itu, satu suara kecil kedengaran dari belakang.

"Cikgu Nadia!"

Nadia menoleh.

Qaseh sedang berlari anak menuju ke arahnya.

Wajah kanak-kanak itu berseri-seri.

Nadia terus tersenyum.

Senyuman yang muncul tanpa dipaksa.

"Kenapa lari macam tu?"

Qaseh berhenti di hadapannya.

"Saya nak tunjuk ni."

Dia menghulurkan sekeping kertas.

Nadia mengambilnya.

Markah ujian Matematik.

100%.

"Wah."

Nadia terus mengusap kepala Qaseh.

"Tahniah."

Qaseh tersengih bangga.

"Saya nak tunjuk cikgu dulu."

Nadia ketawa kecil.

"Kenapa bukan tunjuk ayah dulu?"

"Sebab cikgu lagi dekat."

Jawapan itu membuatkan beberapa orang guru di meja tersebut saling berpandangan.

Namun Qaseh langsung tidak menyedarinya.

Dia terus berlalu pergi selepas beberapa minit berbual.

Sebaik sahaja kelibatnya hilang...

Farah tersenyum.

"Budak tu memang sayang awak."

Nadia ketawa kecil.

"Dia memang manja."

"Manja dengan awak je."

Seorang lagi guru menyampuk.

"Betul."

"Saya tak pernah nampak dia cari guru lain macam dia cari awak."

Nadia hanya menggeleng.

"Awak semua ni..."

Namun entah mengapa...

dia tidak mampu menghilangkan senyumannya.

***********************************

Petang itu.

Di bilik guru.

Nadia sedang menanda buku latihan.

Qaseh muncul lagi.

Kali ini hanya untuk menyampaikan pesanan.

"Cikgu."

"Ya?"

"Ayah kata saya balik lambat hari ni."

"Kenapa?"

"Ayah ada latihan bola."

"Oh."

Nadia mengangguk.

"Baiklah."

"Terima kasih cikgu."

Qaseh terus beredar.

Sebaik sahaja dia keluar...

Cikgu Rahman yang sedang membelek-belek buku di meja sebelah tersengih.

"Nampaknya semua laporan keluarga sampai dekat awak dulu."

Beberapa orang guru ketawa.

Nadia mengangkat wajah.

"Laporan keluarga apa pula?"

Rahman menyandar ke kerusi.

"Ayah dia cikgu Amir."

"Anak dia pula asyik cari awak."

"Lengkap pakej."

Gelak ketawa memenuhi bilik guru.

Nadia terus menjeling.

"Mengarut."

"Mana mengarutnya?"

Rahman masih tersenyum.

"Kalau saya tak tahu, saya ingat awak ibu dia."

Gelak ketawa semakin kuat.

Namun Nadia tidak ketawa.

Tidak seperti selalu.

Entah mengapa.

Dadanya terasa berdebar.

Ibu.

Perkataan itu lagi.

Sekali lagi.

***********************************

Petang itu juga.

Farah dan Nadia tinggal berdua di bilik guru.

Guru-guru lain sudah pulang.

Suasana menjadi lebih tenang.

Farah membuka fail di hadapannya sambil matanya memandang Nadia.

"Nadia."

"Hmm?"

"Saya nak tanya sesuatu."

"Tanya lah."

Farah tersenyum kecil.

"Awak sedar tak awak layan Qaseh berbeza?"

Nadia mengerutkan dahi.

"Mana ada."

"Ada."

"Tak ada."

Farah ketawa.

Kemudian bersandar ke kerusi.

"Saya dah mengajar dekat sini hampir sepuluh tahun."

"Jadi?"

"Saya pernah tengok ramai guru sayang murid."

Nadia diam.

"Tapi awak lain."

"Lain macam mana?"

Farah memandang tepat ke arahnya.

"Awak nampak macam ibu dia."

Jantung Nadia berdegup kencang.

Buat beberapa saat...

dia tidak mampu berkata apa-apa.

Kemudian dia memaksa dirinya ketawa.

"Awak ni pun sama."

"Saya serius."

Farah tidak ketawa.

"Saya tak tahu kenapa."

"Tapi setiap kali awak dengan Qaseh..."

Dia berhenti seketika.

"...awak nampak macam seseorang yang sedang menjaga sesuatu yang sangat berharga."

Nadia segera mengalihkan pandangan.

Entah kenapa.

Dia tidak selesa mendengar kata-kata itu.

Kerana jauh di sudut hatinya...

sebahagian daripada dirinya bersetuju.

***********************************

Farah menutup fail di hadapannya.

"Nadia, saya gerak dulu."

Nadia mengangguk.

"Saya pun nak balik."

Mereka sama-sama mengemas meja.

Beberapa minit kemudian, kedua-duanya melangkah keluar dari bilik guru.

*********************************

Petang semakin beransur senja...

Di padang sekolah, latihan bola sepak baru sahaja tamat.

Murid-murid mula bersurai.

"Jangan lupa latihan minggu depan."

"Baik, cikgu!"

Di hujung padang, Hanif yang turut membantu mengendalikan latihan itu sedang mengutip beberapa biji bola yang bertaburan.

"Budak-budak ni makin kuat berlari."

Amir ketawa kecil.

"Mereka yang kuat atau kita yang makin tua?"

"Yang tua tu kau."

"Kurang ajar."

Kedua-duanya ketawa.

Selepas memastikan semua murid beredar, mereka berjalan bersama menuju ke bilik guru.

Peluh masih membasahi wajah masing-masing.

Sebaik melangkah masuk ke bilik guru, Amir mencapai botol air di atas mejanya lalu meneguknya panjang.

"Fuh..."

Hanif pula menarik kerusi lalu duduk.

Suasana tenang seketika...

"Amir."

"Hmm?"

"Anak kau dah jumpa guru kesayangan."

Amir tersenyum sambil menutup botol airnya.

"Memang dia suka cikgu Nadia."

"Semua orang tahu."

Amir tidak mengesyaki apa-apa.

Namun Hanif menyambung.

"Bukan anak kau je."

Amir meletakkan kembali botol airnya di atas meja.

Perlahan-lahan dia mengangkat wajah.

"Apa maksud kau?"

Hanif tersenyum nipis.

"Aku tak tahulah."

Dia menyandar pada kerusi sambil mengelap peluh di dahinya.

"Tapi sejak kebelakangan ni..."

"Cikgu Nadia pun nampak lain bila dengan Qaseh."

Amir terdiam.

"Masa budak tu demam hari tu..."

Hanif berhenti seketika.

"Satu sekolah tahu dia datang melawat."

"Itu perkara biasa."

Amir cuba kedengaran tenang.

"Mungkin."

Hanif mengangkat bahu.

"Tapi aku dah lama mengajar."

"Guru yang ambil berat memang ramai."

"Tapi yang sampai pergi melawat murid di rumah sebab tak senang hati..."

Hanif tidak menghabiskan ayatnya.

Amir hanya memandang meja.

Entah kenapa jantungnya mula berdegup sedikit laju.

Hanif bangun dari kerusinya.

Sebelum berlalu, dia sempat menepuk bahu Amir.

"Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku."

"Tapi kadang-kadang..."

Dia berhenti seketika.

"...orang luar nampak benda yang orang dalam tak nampak."

Hanif terus melangkah keluar.

Meninggalkan Amir sendirian di bilik guru.

Fikirannya jauh melayang.

Kata-kata Hanif terus bergema dalam kepala.

"...orang luar nampak benda yang orang dalam tak nampak."

Perlahan-lahan Amir menghela nafas.

Kemudian matanya tertumpu ke arah pintu bilik guru...

Dan buat pertama kali selepas sekian lama...
dia membenarkan dirinya menyimpan sedikit harapan.


********************************

Malam itu.

Nadia berbaring di atas katil.

Lampu bilik sudah dipadamkan.

Namun matanya masih terbuka.

Perkataan Farah kembali bermain dalam fikirannya.

"Awak nampak macam ibu dia."

Ibu.

Lagi.

Kenapa semua orang asyik mengaitkannya dengan perkataan itu?

Nadia memejamkan mata.

Cuba mengusir fikiran tersebut.

Tetapi ketika itulah...

satu bayangan muncul.

Sangat pantas.

Sangat kabur.

Seorang bayi.

Sedang ketawa.

Hanya beberapa saat.

Kemudian hilang.

Nadia terus membuka mata.

Nafasnya menjadi laju.

Jantungnya berdegup kencang.

Dia duduk di atas katil.

Memandang ke dalam gelap.

Dan buat pertama kali...

dia benar-benar takut.

Takut kepada sesuatu yang sedang cuba kembali dari masa lalunya.

Tamat Bab 27

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience