Series
1569
Pagi itu, suasana bilik guru Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang tidak banyak berbeza daripada hari-hari sebelumnya.
Masih ada gelak ketawa.
Masih ada bunyi kerusi ditarik.
Masih ada guru yang tergesa-gesa menyiapkan buku rekod sebelum masuk ke kelas.
Namun bagi Nadia...
pagi itu terasa berbeza.
Sangat berbeza.
Sejak melihat buku lagu semalam, dia hampir tidak tidur sepanjang malam.
Setiap kali dia memejamkan mata...
melodi lagu Harapan kembali bermain di fikirannya.
Setiap kali itu juga...
wajah Amir dan Qaseh muncul silih berganti.
Seolah-olah ada sesuatu yang sedang berusaha keluar daripada satu pintu yang selama ini terkunci rapat.
Dan pagi itu...
dia dapat merasakan pintu itu semakin retak.
Nadia duduk di mejanya.
Namun tiada satu pun kerja yang berjaya disiapkan.
Matanya sesekali melirik ke arah meja Amir.
Kemudian cepat-cepat dialihkan semula.
Dia sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku kepada dirinya.
Ketika loceng pertama hampir berbunyi...
dia bangun untuk mengambil botol air.
Langkahnya perlahan.
Fikirannya masih berserabut.
Ketika itulah matanya tertumpu pada sesuatu.
Bingkai gambar kecil di atas meja Amir.
Entah kenapa...
hari itu dia tidak mampu mengalihkan pandangan.
Dia mendekat.
Perlahan-lahan.
Gambar Amir dan Qaseh sedang tersenyum.
Bahagia.
Akrab.
Seperti sebuah keluarga kecil yang lengkap.
Dadanya tiba-tiba terasa sesak.
Kemudian dia menyedari sesuatu.
Bahagian belakang bingkai itu sedikit terbuka.
Seolah-olah ada sesuatu yang terselit di dalamnya.
Tanpa sedar...
tangannya mencapai bingkai tersebut.
Jantungnya mula berdegup laju.
Semakin laju.
Semakin kuat.
Perlahan-lahan dia menarik keluar gambar yang tersimpan di belakang bingkai itu.
Dan dunia Nadia berhenti berputar.
Seorang wanita sedang duduk di tengah.
Memeluk seorang kanak-kanak kecil.
Di sebelah mereka...
Amir.
Tersenyum.
Bahagia.
Lengkap.
Wanita itu...
adalah dirinya!
Nafas Nadia tersekat.
Tangannya menggigil hebat.
Matanya membulat.
Kemudian...
segala-galanya datang serentak.
Suara tangisan bayi.
Bunyi ketawa seorang kanak-kanak perempuan.
Rumah kecil mereka.
Malam-malam ketika dia mendodoikan Qaseh.
Suara Amir memanggilnya sayang.
Lagu-lagu yang ditulisnya.
Hari perkahwinan mereka.
Pelukan.
Tangisan.
Janji.
Kasih sayang.
Dan hari hitam yang meragut semuanya.
Satu demi satu.
Tanpa belas kasihan.
"Qaseh..."
bisiknya.
Air mata mula mengalir.
"Anak aku..."
Tubuhnya menggigil.
"Amir..."
Dia terduduk di kerusi berhampiran.
Menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan.
Air matanya jatuh tanpa mampu ditahan.
Segala kepingan yang selama ini berselerak...
akhirnya bercantum.
Puisi itu.
Lagu itu.
Patung arnab.
Kuaci.
Buku lagu.
Qaseh.
Amir.
Semuanya akhirnya masuk akal.
Dan hakikat itu terlalu berat untuk ditanggung seorang diri.
Di sudut bilik guru...
Amir sedang berbual dengan Hanif.
Membelakangi Nadia.
Dia tidak tahu bahawa dunianya baru sahaja berubah.
Hanif sedang bercakap tentang jadual peperiksaan.
Tetapi Amir sebenarnya tidak begitu memberi perhatian.
Fikirannya masih teringat Nadia.
Seperti biasa.
Kemudian Hanif tiba-tiba berhenti bercakap.
Matanya membesar.
"Amir..."
Namun Hanif tidak menyambung ayatnya.
Amir mengerutkan dahi.
"Hmm?"
Hanif hanya memandang ke belakang Amir.
Pada masa yang sama...
Farah yang sedang menyusun buku turut terdiam.
Seorang demi seorang guru mula memandang ke arah yang sama.
Suasana bilik guru perlahan-lahan menjadi sunyi.
Nadia sedang berjalan.
Perlahan.
Longlai.
Dengan gambar lama masih berada di tangannya.
Air mata mengalir tanpa henti.
Satu langkah.
Kemudian satu langkah lagi.
Matanya tidak pernah lari daripada Amir.
Lelaki yang pernah menjadi dunianya.
Lelaki yang menunggu selama lapan tahun.
Lelaki yang tidak pernah berhenti berharap.
Amir masih tidak menyedari apa-apa.
Sehinggalah Nadia berdiri tepat di belakangnya.
Tangannya terangkat perlahan.
Menggigil.
Lalu hujung jarinya menyentuh lembut bahu Amir.
Hanya satu sentuhan kecil.
Namun seluruh tubuh Amir terus kaku.
Ayatnya terhenti di tengah-tengah.
Entah kenapa...
jantungnya berdegup kencang.
Sentuhan itu.
Terlalu dikenali.
Terlalu dekat.
Terlalu mustahil.
Namun sebelum dia sempat berpaling...
dua tangan Nadia sudah melingkar di pinggangnya.
Memeluknya dari belakang.
Erat.
Terlalu erat.
Seolah-olah dia sedang berpaut pada sesuatu yang hampir hilang buat kali kedua.
Seluruh tubuh Amir membeku.
Hanif menundukkan wajah.
Matanya mula berkaca.
Farah menekup mulut.
Beberapa orang guru lain turut terdiam.
Tiada siapa berani bersuara.
Kerana mereka tahu...
mereka sedang menyaksikan sesuatu yang luar biasa.
Amir masih tidak berpaling.
Tidak mampu.
Kerana saat pelukan itu memeluk tubuhnya...
sesuatu yang telah mati selama lapan tahun hidup semula.
Dia mengenali pelukan itu.
Pelukan yang pernah menyambut kepulangannya setiap petang.
Pelukan yang pernah menemaninya ketika susah.
Pelukan yang pernah menjadi rumah buat hatinya.
Air mata mula memenuhi mata Amir.
Kemudian satu esakan kecil kedengaran di belakangnya.
"Amir..."
---
Suara itu pecah.
Lemah.
Namun cukup untuk menghancurkan seluruh benteng yang dibinanya selama ini.
"Amir..."
---
Pelukan itu semakin erat.
"Maafkan saya..."
---
Air mata Amir akhirnya gugur.
Perlahan-lahan dia menutup mata.
Menahan sebak yang terlalu lama dipendam.
--
"Maafkan saya sebab tak kenal awak..."
esak Nadia.
"Maafkan saya sebab lupakan awak..."
Tubuhnya menggigil hebat.
"Maafkan saya sebab lupakan keluarga kita..."
------
Pada saat itu...
Amir tidak lagi mampu menahan dirinya.
Dia menggenggam erat tangan Nadia yang masih memeluknya dari belakang.
Seolah-olah takut semua ini hanyalah mimpi.
Kemudian dia berpaling perlahan.
Dan buat pertama kali selepas lapan tahun...
mata mereka bertemu semula.
Sebagai suami.
Dan isteri.
"Nadia..."
suara Amir bergetar.
Nadia mengangguk sambil menangis.
"Saya ingat semuanya..."
"Saya ingat awak."
"Saya ingat Qaseh."
"Saya ingat rumah kita."
"Saya ingat semuanya, Amir..."
---
Tangisan Nadia semakin kuat.
Amir memegang kedua-dua belah wajah isterinya.
Seolah-olah masih tidak percaya wanita itu benar-benar berada di hadapannya.
"Nadia..."
Hanya itu yang mampu diucapkannya.
Kerana lapan tahun penantian tidak mungkin dapat diringkaskan dengan kata-kata.
Nadia tiba-tiba tersentak.
Matanya membesar.
"Qaseh..."
Nama itu keluar seperti panggilan dari dasar jiwanya.
"Qaseh... anak kita..."
Dia memandang Amir dengan wajah cemas.
"Di mana dia sekarang?"
"Di kelas."
jawab Amir perlahan.
Belum sempat Amir berkata apa-apa lagi...
Nadia sudah berlari keluar.
Meninggalkan seluruh bilik guru yang masih terpaku.
Air matanya terus mengalir ketika menyusuri koridor sekolah.
Di dalam fikirannya hanya ada satu wajah.
Wajah seorang anak kecil yang selama ini menunggunya.
Dan buat pertama kali selepas lapan tahun...
Nadia berlari mendapatkan anaknya.
Tamat Bab 51
Share this novel