Bab 38: Sebuah Keputusan

Romance Series 1569

Empat hari berlalu sejak Hari Kokurikulum sekolah.

Empat hari yang dipenuhi pelbagai perkara.

Kerja sekolah.

Mesyuarat.

Tugasan harian.

Namun bagi Nadia...

empat hari itu terasa jauh lebih panjang daripada biasa.

Kerana dia tahu.

Dia tidak boleh terus menangguhkan keputusan itu.

Cepat atau lambat...

dia tetap perlu memberikan jawapan.

***********************************

Petang itu, Nadia duduk bersendirian di ruang tamu rumah sewanya.

Di hadapannya terletak secawan kopi yang sudah hampir sejuk.

Telefon bimbit pula berada di atas meja.

Sunyi.

Terlalu sunyi.

Namun kali ini...

dia tidak lagi melarikan diri daripada persoalan yang selama ini menghantuinya.

Dia memejamkan mata.

Dan perlahan-lahan memikirkan segala-galanya.

Tentang dirinya.

Tentang masa lalunya yang hilang.

Tentang Amir.

Tentang Qaseh.

Tentang Zafran.

Tentang keluarga.

Tentang masa depan.

Semuanya bercampur menjadi satu.


***********************************

Namun akhirnya...

satu perkara menjadi jelas.

Dia tidak boleh terus hidup dalam keraguan.

Kerana bukan dirinya sahaja yang sedang menunggu.

Ada orang lain yang turut menunggu.

Ayahnya.

Keluarganya.

Dan seorang lelaki yang sudah hampir dua tahun setia berada di sisinya.

Tengku Zafran.

Nadia membuka mata perlahan.

Kemudian mencapai telefon.

Jarinya teragak-agak beberapa saat.

Sebelum akhirnya menekan satu nama.


***********************************

"Helo?"

Suara Zafran kedengaran hampir serta-merta.

Seolah-olah lelaki itu memang sedang menunggu.

"Nadia."

"Ya."

Sunyi.

Kedua-duanya diam.

Kemudian Nadia menarik nafas perlahan.

"Saya dah buat keputusan."

Di hujung talian...

tiada suara.

Hanya bunyi nafas yang semakin jelas.

"Saya setuju."

Nadia memejamkan mata.

Kemudian menyambung.

"Kalau keluarga kita setuju..."

"Saya setuju kita awalkan tarikh nikah."

Sunyi.

Beberapa saat.

Kemudian Nadia mendengar satu hembusan nafas yang panjang.

Seolah-olah satu beban besar baru sahaja terangkat daripada bahu seseorang.

"Alhamdulillah."

Suara Zafran kedengaran serak.

Dan buat pertama kalinya sejak sekian lama...

Nadia mendengar lelaki itu benar-benar lega.

Terima kasih."

Hanya dua perkataan itu.

Namun cukup membuatkan dada Nadia terasa sesak.

Kerana dia tahu.

Tiada siapa dipaksa dalam keputusan ini.

Dia membuat pilihan itu sendiri.

Namun entah mengapa...

hatinya masih terasa berat.

***********************************

Malam itu juga...

berita tersebut sampai kepada kedua-dua keluarga.

Dan seperti yang dijangka...

semuanya berjalan pantas.

Terlalu pantas.

Telefon tidak berhenti berbunyi.

Ucapan tahniah mula masuk satu demi satu.

Perancangan baru mula dibuat.

Tarikh baru mula dibincangkan.

Dewan.

Katering.

Kad jemputan.

Segalanya bergerak semula.

Dan semua orang kelihatan gembira.

Semua orang.

Kecuali seorang.

***********************************

Lewat malam itu...

Nadia berdiri di balkoni rumah.

Telefonnya masih dipenuhi mesej ucapan tahniah.

Namun dia tidak membacanya.

Sebaliknya dia memandang langit malam.

Kosong.

Lama.

Terlalu lama.

Dia sudah membuat keputusan.

Jadi kenapa hatinya masih tidak tenang?

Kenapa?

***********************************

Beberapa hari kemudian...

malam itu di rumah Amir.

Qaseh sedang menyiapkan kerja sekolah.

Mak Mah pula sedang menonton televisyen.

Telefon Amir berbunyi.

Hanif.

"Hello, Amir."

Suara Hanif kedengaran perlahan.

"Aku baru dapat tahu ni."

Amir tidak menjawab.

Entah kenapa....

hatinya sudah dapat meneka.

"Tarikh pernikahan Nadia akan diawalkan."

Tiada siapa bercakap selama beberapa saat.

Sehinggalah Hanif menghela nafas perlahan.

"Amir?"

"Ya."

"Kau okey?"

Amir memandang ke arah Qaseh.
Kanak-kanak itu sedang menulis sesuatu di buku latihan.

Tidak tahu apa-apa. Tidak mengesyaki apa-apa. Masih tersenyum sendiri.

Amir akhirnya tersenyum kecil. Senyuman yang terlalu biasa digunakan untuk menyembunyikan luka.

"Okey."

Dan kali ini...

Hanif tidak mempercayainya.

***********************************

Malam semakin larut.

Qaseh sudah tidur.

Mak Mah juga sudah masuk ke bilik.

Tinggallah Amir seorang diri di beranda.

Angin malam bertiup perlahan.

Telefon masih berada di atas meja.

Berita itu terus bermain dalam fikirannya.

Nadia akan berkahwin.

Lebih awal daripada yang dirancang.

Mungkin itulah yang terbaik.

Mungkin memang itu jalannya.

Bukankah selama ini dia sendiri yang mahu Nadia bahagia?

Bukankah itu doa yang tidak pernah putus dipanjatkannya?

Jadi kenapa dadanya terasa begitu sakit?

***********************************

Perlahan-lahan Amir mengangkat wajah memandang langit.

Matanya mula berkaca.

Namun kali ini...

dia tidak menangis.

Dia cuma duduk diam.

Membiarkan malam berlalu bersama kesunyian yang sudah lama menjadi temannya.

***********************************

Di dalam bilik...

Qaseh bergerak sedikit dalam tidur.

Kemudian berbisik perlahan.

"Ibu..."

Bisikan itu terlalu perlahan.

Terlalu sayu.

Namun cukup untuk membuatkan seorang ayah menutup mata.

Kerana buat pertama kalinya...

Amir merasakan masa semakin suntuk.

Dan buat pertama kalinya...

dia benar-benar takut kehilangan Nadia sekali lagi.

Tamat Bab 38

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience