Bab 48: Buku Lama

Romance Series 1569

Malam sebelumnya, Qaseh sukar melelapkan mata.

Bukan kerana demam.

Bukan kerana kerja sekolah.

Tetapi kerana buku lagu yang ditemuinya bersama Amir.

Sehingga ke saat dia tertidur, fikirannya masih teringat tulisan tangan ibunya.

Tulisan yang kemas.

Cantik.

Dan penuh dengan kata-kata yang tidak pernah sempat dibacanya sebelum ini.


******************************

Keesokan harinya, sebelum ke sekolah, Qaseh membuat satu perkara yang tidak dirancang.

Dia membuka semula kotak lama itu.

Kemudian perlahan-lahan mencapai buku lagu milik ibunya.

Buku kulit coklat yang sudah sedikit pudar warnanya.

Dia memandang ke arah dapur.

Amir sedang menyediakan sarapan.

Tanpa berfikir panjang...

Qaseh memasukkan buku itu ke dalam beg sekolah.

Bukan untuk menunjuk kepada sesiapa.

Bukan juga untuk membuka rahsia.

Dia cuma mahu membawanya bersama.

Entah kenapa.


******************************

Hari itu berlalu seperti biasa.

Kelas demi kelas berlangsung mengikut jadual.

Loceng pulang akhirnya berbunyi.

Dan seperti kebiasaannya, Qaseh menunggu Amir di bilik guru sementara ayahnya menyelesaikan kerja.

Petang itu bilik guru agak lengang.

Sebahagian guru sudah pulang.

Sebahagian lagi masih sibuk mengemas meja dan menyemak buku latihan.

******************************

Qaseh membuka beg sekolahnya.

Kemudian mengeluarkan buku lagu tersebut.

Perlahan-lahan dia membelek helaian demi helaian.

Sesekali matanya berhenti pada tulisan tertentu.

Sesekali jarinya menyentuh tulisan itu perlahan.

Seolah-olah takut dakwat lama itu akan hilang.

"Awak baca apa tu?"

Suara Nadia mengejutkannya.

Qaseh segera mengangkat kepala.

"Cikgu."

Nadia tersenyum lalu menghampiri.

"Khusyuk nampak."

Qaseh tersipu kecil.

Kemudian memandang semula buku di tangannya.

"Ini buku lagu ibu saya."

Nadia terdiam seketika.

Entah kenapa dadanya terasa bergetar sedikit.

Buku lagu.

Sekali lagi perkataan itu muncul dalam hidupnya.

"Buku lagu?"

Qaseh mengangguk.

"Saya baru jumpa semalam."

"Jumpa?"

"Ayah tunjuk."

Nadia melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan.

Tidak terlalu dekat.

Tidak terlalu jauh.

Sekadar ingin melihat.

Perlahan-lahan Qaseh membuka satu halaman.

Tulisan tangan itu jelas kelihatan.

Kemas.

Teratur.

Dan sangat cantik.

"Ini tulisan ibu?"

tanya Nadia.

Qaseh mengangguk.

Wajahnya terus berubah ceria.

"Ya."


******************************

Kemudian dia tersenyum kecil.

"Saya tak sempat kenal ibu lama-lama."

Ayat itu keluar begitu sahaja.

Tanpa drama.

Tanpa tangisan.

Namun Nadia terasa seperti ada sesuatu yang mencengkam dadanya.

"Sebab tu saya suka tengok tulisan dia."

sambung Qaseh perlahan.

"Macam saya dapat kenal ibu sikit-sikit."

Nadia terus membisu.

Dia tidak tahu kenapa.

Tetapi matanya mula terasa panas.

Qaseh membuka halaman seterusnya.

Kemudian jarinya berhenti pada satu tajuk.

Harapan

"Yang ni ayah baca semalam."

katanya.

Nadia terus memandang tajuk tersebut.

Jantungnya berdegup sedikit laju.

Harapan.

Nama itu terasa terlalu dekat.

Terlalu dekat dengan melodi yang masih bermain di dalam fikirannya sejak
melodi itu didengarinya di bilik guru semalam.

"Awak dah baca?"

tanya Nadia.

Qaseh menggeleng.

"Tak habis lagi."

Kemudian dia ketawa kecil.

"Banyak sangat."

Nadia turut tersenyum.

Buat pertama kali hari itu.

Senyuman yang benar-benar lahir dari hati.

******************************

Beberapa saat berlalu.

Tiada siapa bersuara.

Hanya bunyi kipas yang berputar perlahan memenuhi ruang bilik guru.

"Qaseh."

"Hmm?"

"Boleh cikgu tengok sekejap?"

Qaseh tersenyum.

Tanpa sedikit pun rasa curiga.

Tanpa mengetahui betapa pentingnya permintaan itu.

Dia terus menghulurkan buku tersebut.

Nadia menyambutnya perlahan-lahan.

Seolah-olah sedang memegang sesuatu yang sangat berharga.

Sangat rapuh.

Dan sangat dekat dengan dirinya.

Walaupun dia sendiri tidak tahu sebabnya.

Pada saat itu...

Amir yang baru selesai berbincang dengan Hanif melangkah masuk ke bilik guru.

Langkahnya terhenti seketika.

Matanya jatuh pada buku kulit coklat yang kini berada di tangan Nadia.

Jantungnya berdegup sekali.

Kuat.

Namun dia tidak berkata apa-apa.

Tidak menghalang.

Tidak meminta kembali.

Hanya memandang dari jauh.

Diam.

Kerana jauh di sudut hatinya...

satu harapan yang telah lama dipendam mula berani hidup semula.

Dan buat pertama kalinya selepas lapan tahun...

sesuatu yang benar-benar milik Nadia...

kembali ke tangan Nadia.

Tamat Bab 48

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience