Series
1569
Majlis makan malam tahunan guru yang sepatutnya berakhir dengan kenangan manis meninggalkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada yang disangka.
Bagi kebanyakan guru, ia mungkin sekadar malam yang menyeronokkan.
Malam yang dipenuhi gelak ketawa.
Cabutan bertuah.
Persembahan spontan.
Dan cerita yang boleh dikenang semula pada hari-hari mendatang.
Namun bagi Nadia...
malam itu seperti membuka satu pintu yang selama ini terkunci rapat.
Pintu yang tidak pernah berjaya dibukanya walau berkali-kali dia cuba memahami kekosongan yang wujud dalam dirinya.
Dan yang paling menakutkan...
dia sendiri tidak tahu apa yang sedang menunggu di sebalik pintu itu.
Malam itu Nadia tidak dapat tidur lena.
Setiap kali dia memejamkan mata, suara Amir kembali bergema di dalam fikirannya.
Suara yang tenang.
Suara yang perlahan.
Tetapi entah mengapa mampu menggoncang seluruh jiwanya.
"Walau dunia menghukum, cinta ini tetap kekal..."
Bait itu berulang-ulang tanpa henti.
Sehingga Nadia sendiri tidak pasti sama ada dia sedang mengingatinya...
atau sedang dihantui olehnya.
Lebih menyakitkan apabila setiap kali suara itu muncul, bayangan-bayangan aneh turut datang bersama.
Seorang lelaki.
Tubuhnya penuh luka.
Diikat pada sebatang pokok.
Seseorang sedang menangis.
Merayu.
Menjerit.
Tetapi wajah-wajah mereka tetap kabur.
Tidak jelas.
Seolah-olah sengaja disembunyikan daripada dirinya.
Nadia terjaga beberapa kali sepanjang malam.
Dadanya berdebar-debar.
Peluh dingin membasahi dahinya.
Namun setiap kali dia cuba mengingati dengan lebih jauh...
kepalanya mula berdenyut.
Seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya.
Seolah-olah fikirannya sendiri enggan membenarkan kebenaran itu keluar.
**********************************
Subuh itu, dia duduk bersendirian di ruang tamu rumah sewanya sambil memandang langit yang masih gelap di luar tingkap.
Untuk pertama kali selepas sekian lama...
Nadia mula takut.
Takut kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat.
Takut kepada sesuatu yang sedang kembali.
**********************************
Di sekolah, suasana bilik guru tidak jauh berbeza seperti biasa.
Buku latihan masih bertimbun di atas meja.
Guru-guru masih sibuk berbual tentang murid, kelas dan tugasan harian.
Namun di sebalik semua itu, ada satu perkara yang tidak disebut secara terbuka tetapi bermain dalam fikiran ramai.
Kejadian malam semalam.
Farah yang sedang menyusun buku latihan akhirnya menghela nafas panjang.
"Entahlah, Hanif."
Hanif yang sedang menyemak kertas ujian mengangkat wajah.
"Kenapa?"
Farah memandang sekeliling sebelum merendahkan sedikit suaranya.
"Saya masih teringat muka Nadia semalam."
Hanif tidak menjawab.
Kerana dia juga teringat.
Siapa yang tidak teringat?
Nadia yang tiba-tiba bangun.
Nadia yang menangis.
Nadia yang memandang Amir seolah-olah sedang mencari sesuatu yang hilang.
Dan Nadia yang akhirnya rebah di hadapan semua orang.
"Saya rasa ada sesuatu yang kita tak tahu."
Farah menyambung perlahan.
Hanif menutup pen di tangannya.
Kemudian tersenyum kecil.
"Banyak perkara dalam hidup orang lain yang kita tak tahu."
"Itu saya faham."
balas Farah.
"Tapi saya risaukan dia."
Hanif memandang ke arah pintu bilik guru.
Dan pada saat itu...
Nadia melangkah masuk.
Wajahnya pucat.
Matanya sedikit sembap.
Seperti seseorang yang tidak berehat sepanjang malam.
Dia tetap tersenyum apabila memberi salam.
Tetapi senyuman itu tidak seperti biasa.
Tidak seperti Nadia yang mereka kenal selama ini.
Farah yang pada mulanya ingin bertanya sesuatu akhirnya membatalkan niatnya.
Entah kenapa...
hatinya mengatakan Nadia sedang membawa beban yang terlalu berat untuk dikongsi.
**********************************
Waktu rehat.
Nadia duduk bersendirian di kantin guru.
Secawan kopi panas diletakkan di hadapannya.
Namun sehingga hampir habis waktu rehat...
kopi itu masih tidak terusik.
Fikirannya jauh melayang.
Terlalu jauh.
Dia teringat semula puisi itu.
Kemudian teringat semula wajah Amir.
Dan anehnya...
setiap kali nama lelaki itu muncul dalam fikirannya, dadanya akan terasa sesak.
Seolah-olah ada satu hubungan yang tidak mampu dijelaskan oleh akal.
"Nadia."
Suara itu mengejutkannya.
Dia mengangkat wajah.
Tengku Zafran sedang berdiri di hadapannya.
Lelaki itu tersenyum seperti biasa.
Namun Nadia dapat melihat kegusaran yang cuba disembunyikannya.
"Awak tak jawab mesej saya pagi tadi."
kata Zafran lembut.
"Saya sibuk sikit."
jawab Nadia.
Walaupun dia sendiri tahu itu bukan alasan sebenar.
Zafran duduk di hadapannya.
Memerhati wajah wanita yang bakal menjadi isterinya itu beberapa saat.
"Malam semalam..."
Dia berhenti seketika.
"...awak buat saya takut."
Nadia menundukkan pandangan.
Jari-jarinya mula bermain dengan cawan kopi di hadapan.
"Saya okey."
"Betul?"
tanya Zafran.
Nadia mengangguk.
Tetapi untuk pertama kali...
dia tidak mampu memandang mata lelaki itu ketika mengatakannya.
Dan hakikat itu membuatkan dirinya sendiri berasa bersalah.
**********************************
Petang itu, hampir semua guru telah pulang.
Bilik guru kembali sunyi.
Hanya tinggal bunyi kipas yang berputar perlahan di siling.
Nadia masih duduk di mejanya.
Dia sebenarnya tidak tahu apa yang sedang dicarinya.
Namun hatinya enggan pulang.
Seolah-olah ada sesuatu yang masih tertinggal.
Perlahan-lahan dia membuka laci meja.
Mengeluarkan sekeping kertas kosong.
Kemudian mencapai pen.
Dan tanpa sedar...
tangannya mula bergerak.
Satu perkataan.
Kemudian satu lagi.
Kemudian satu lagi.
Dia menulis tanpa berfikir.
Tanpa merancang.
Seolah-olah tangannya sedang dipandu oleh sesuatu yang lebih tua daripada ingatannya sendiri.
Beberapa minit kemudian...
pen itu terhenti.
Nadia memandang apa yang ditulisnya.
Dan pada saat itu...
darahnya terasa berhenti mengalir.
Di atas kertas putih itu tertulis:
"Walau dunia menghukum, cinta ini tetap kekal.
Walau luka memenuhi tubuh, hati ini tetap milikmu.
Kerana cinta bukan tentang darjat,
Tapi tentang janji yang kita ikat."
Tangannya mula menggigil.
Matanya mula berkaca.
Dia tidak cuba mengingatinya.
Dia tidak cuba menulisnya.
Tetapi bait-bait itu keluar sendiri.
Seolah-olah pernah hidup jauh di dalam hatinya.
Seolah-olah pernah menjadi sebahagian daripada dirinya suatu ketika dahulu.
Air mata akhirnya jatuh ke atas kertas tersebut.
Setitis.
Kemudian setitis lagi.
Nadia memandang tulisan itu lama.
Terlalu lama.
Sehingga pandangannya menjadi kabur.
"Siapa awak sebenarnya, Amir?"
bisiknya perlahan.
Dan untuk pertama kali sejak lapan tahun lalu...
dia mula merasakan bahawa jawapan kepada segala kekosongan dalam hidupnya bukan berada di hadapan.
Tetapi berada di masa lalu yang selama ini gagal diingatinya.
Tamat Bab 43
Share this novel