[BBB] Penghargaan

Romance Completed 49406

Kepada para-para pembaca yang setia,

Saya sangat membesar hati atas sokongan anda semua dan memberi komen-komen yang menarik agar saya mampu teruskan dengan novel ini.

Novel ini bertajuk ‘Bukan Bidadari Biasa’ kerana saya ingin memaparkan bahawa golongan anak yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah mampu berhak memiliki kebahagiaan mereka. Walaupun kita tahu bahawa mereka ini tidak diminta untuk dilahirkan sedemikian rupa, namun masyarakat kita masih memandang serong kepada mereka.

Cerita ini dihasilkan supaya menyedarkan kita bahawa masyarakat sekeliling kita juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, kalau Pak Rahman tidak menghantar Nathifa pergi ke KL, apa yang akan berlaku kepada Nathifa? Adakah dia menyimpan dendam kepada penduduk kampungnya atau ingin membunuh Puan Saadia? Jawapan itu semua ada di tangan anda. Contohnya lagi adalah Nathifa masih menganggap bahawa dirinya tidak berguna tetapi Dato’ Khadijah mendorongnya dan memberinya semangat untuk teruskan hidup. Oleh itu, kebaikan dan keburukan seseorang itu tidak seharusnya dinilai dari sudut latar belakang mereka.

Saya meminta maaf sebab idea untuk menggunakan konsep rogol secara sulit dengan meletakkan sperma sintetik itu ke dalam rahim seorang wanita. Ibarat cerita dongeng dulu, ada wanita memakan buah pauh dan terus mengandung seperti filem lama. Saya faham cara ini adalah salah di sisi agama dan saya harap bahawa ini boleh dijadikan iktibar pada anda semua.

Saya ingin memberitahu bahawa perwatakan ini semua adalah rekaan semata-mata dan ia tidak bersangkut paut pada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Sekali lagi saya meminta maaf kalau cerita ini sangat kelam dan ia boleh menggugat perasaan anda semua bila membaca.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua. Semoga anda semua berhibur dan sentiasa menyokong karya saya.

Sekian.

Taqidin Ismail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience