[BBB] Babak 5 PERUBAHAN

Romance Completed 49406

Setelah mengemaskan barang-barang mereka lalu mereka keluar dari tempat itu. Wang simpanan Suhana cukup untuk sewa bilik seorang saja. Namun begitu, Suhana tetap teman kan Nathifa untuk mencari tempat teduh yang sesuai untuk mereka.

Sudah hampir seminggu Suhana dan Nathifa tidur merempat di luar. Nathifa masih serba salah dan dia tidak mahu Suhana bernasib sama pada dirinya. Itu dari fikiran Nathifa, tapi dari fikiran Suhana pula, Suhana akan berusaha untuk mencari tempat teduh demi Nathifa. Walaupun baru saja kenalan, Suhana dapat melihat kesucian hati pada diri Nathifa dan dia akan buat apa saja untuk buktikan bahawa Nathifa mampu mencari kebahagiaan.

Dengan keikhlasan dan ketabahan dua sahabat baharu itu, pada keesokan harinya semasa Suhana nak pergi kedai runcit untuk beli roti, dia ternampak seorang wanita tua sedang diragut oleh penunggang motosikal dan penunggang itu sedang menuju ke arah Suhana. Suhana berhenti depan motosikal itu lalu dia cuba melawan dan Suhana berjaya merampas semula beg diragut itu lalu dia memberi beg itu kepada yang punya.

“Terima kasih Nak… ini upahnya…”

“Takpe Makcik… saya tolong ikhlas je…”

“Janganlah begitu… sekurang-kurang Makcik nak bantu kamu... “

“Takpe la… saya ikhlas…”

“Okey kalau begitu… apa kata kamu ikut Makcik di rumah Makcik…”

“Tak susahkan Makcik ke?...”

“Tak… jom… ikut Makcik…”

“Okey… sekejap ya…” Suhana membawa Nathifa lalu di jumpa pada wanita tua itu.

“Ya Allah kesian… buta…”

“Ini adik saya… Nathifa… dia ni buta akibat kemalangan jalan raya…”

“Kesian… nama kamu ni siapa?...”

“Nama saya… Suhana…”

“Baiklah… Suhana… Nathifa… ikut Makcik… kita sembang di rumah Makcik…” wanita tua itu mengajak Suhana dan Nathifa ke rumahnya.

Setelah sampai rumah wanita tua itu, wanita tua itu menjemput mereka dengan hati terbuka.

“Masuklah… jangan segan-segan…”

“Wau… besarnya… rumah ni… Makcik… Makcik tinggal seorang je?...” Suhana bertanya.

“Oh rumah ini peninggalan arwah suami Makcik… Makcik tinggal seorang je…”

“Mana anak Makcik?...” Nathifa bertanya.

“Anak lelaki Makcik dah meninggal dunia 4 tahun dulu akibat menghidap penyakit ‘brain tumour’...”

“Maafkan saya Makcik… saya tak berniat nak membuat Makcik bersedih…”

“Takpe… Makcik faham… oh ya… nama Makcik ni Khadijah… panggil Mak Jah je…”

“Baiklah Mak Jah…”

“Kamu berdua pergi mandi dan saling pakaian… nanti kita makan malam bersama…”

“Baiklah terima kasih Mak Jah…”

“Jom… Mak Jah tunjukkan bilik kamu berdua…” Mak Jah tunjukkan mereka ke bilik mereka masing-masing. Setelah itu, Mak Jah pergi ke dapur lalu bersiap untuk makan malam nanti.

Manakala di rumah Hafiy, kelibat perempuan itu sering muncul di minda Hafiy dan Hafiy tidak mampu cuba untuk lupakan itu. Pak Kassim tak sampai melihat keadaan cucunya. Oleh itu, dia bertanya pada Rostam sama ada Rostam tahu tak siapa perempuan itu. Mungkin dengan keberadaan perempuan itu, ia akan memulihkan ingatan Hafiy.

“Rostam… Atuk nak tanya sikit…”

“Apa dia Atuk?...”

“Hafiy tu ada kawan perempuan ke?...”

“Setahu saya… Hafiy takde kawan perempuan… kenapa Atuk?...”

“Mustahil… kalau dia takde… habis tu kenapa Hafiy tanya perempuan itu?...”

“Sebenarnya… mungkin perempuan itu musuh Hafiy…”

“Musuh?... boleh Rostam ceritakan…”

“Atuk ingat tak… Hafiy pernah kena ‘Public caning’ sebab merokok di sekolah…”

“Ya… Atuk ingat… tapi apa kaitan dengan perempuan itu?...”

“Perempuan itu bernama Nathifa… dia sebenarnya anak luar nikah… tapi dia tak buat jahat… hari tu dia ternampak Hafiy sedang merokok dalam bilik stor… lalu dia beritahu kepada guru… sejak itu… Hafiy mula bencikan dia… dia pun ada simpan dendam terhadap Nathifa…”

“Masya-Allah… habis itu apa dia buat?...”

“2 bulan lepas… dia terserempak Nathifa di pekan… lalu dia pergi jumpa Nathifa dan cekik leher Nathifa… kemudian dia hempas Nathifa ke bawah… masa itu Hafiy kelihatan cemas sangat dan dia larikan diri…”

“Oh begitu… mana nak cari Nathifa ini?...”

“Dia tinggal di johor hujung kampung Atuk tu…”

“Boleh tak Rostam teman kan Atuk pergi jumpa?...”

“Boleh Atuk… tapi Hafiy tinggal seorang di rumah ini?...”

“Jangan risau… nanti Atuk telefon Mak Senah suruh dia jaga Hafiy sementara waktu…”

“Bolehlah Atuk kalau begitu… esok kita pergi…”

“Baiklah… kita kemaskan pakaian sikit dulu…”

Sementara itu, Mak Jah memanggil Suhana dan Nathifa untuk makan malam bersama.

“Wah sedapnya… bau…” tegur Suhana.

“Alah… masakan biasa je… jemputlah makan jangan malu…”

“Terima kasih Mak Jah…” jawab Suhana dan Nathifa secara serentak.

“Ya Allah… sungguh baiknya Mak Jah… ini kali pertama… aku dapat menjamu selera santapan semewah macam begini…. Walaupun aku tak dapat melihat wajah Mak Jah… tapi aku pasti dia berhati mulia… tapi patutkah… aku berterus terang bahawa aku ni anak haram?... aku tak pandai berbohong… tak baik menipu orang yang berbaik pada aku... aku mesti beritahu hal sebenar…”

Setelah menjamu selera, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Kemudian, Nathifa mula dengan percakapan itu.

“Terima kasih Mak Jah… sebab masak makanan sedap untuk kami… tapi Thifa nak minta maaf sebab berbohong dengan Mak Jah…”

“Berbohong?... kenapa ni?...”

“Sebenarnya Su dan Thifa bukan adik beradik…kita cuma kawan je… tapi sebelum Mak Jah nak marah… biar Thifa jelaskan…”

“Thifa sebenarnya anak luar nikah… Thifa tak tahu asal usul Thifa… tapi Thifa tak pernah berbuat jahat… semua orang kampung bencikan Thifa dan memberi Thifa gelaran ‘perempuan kotor’... sejak Thifa menjadi buta… orang kampung menghalau Thifa… ketua penghulu bantu Thifa untuk pergi ke KL untuk cari kehidupan baharu… sekali lagi Thifa meminta maaf kalau buat Mak Jah tersingung... “ Mak Jah terharu dengan kejujuran Nathifa itu dan dia bangun dari sofa lalu ke arah Nathifa sambil memeluknya. Nathifa mula berasa pelik.

“Kesiannya kisah kamu ni… Thifa… dah lah… kamu berdua tinggal je di rumah Mak Jah…”

“Mak Jah tak marah kan Thifa dan Su?...”

“Tak… Su dah selamatkan Mak Jah dari ragut orang dan kamu sudah berterus terang… buat apa Mak Jah nak marah?...”

“Tapi… Thifa ni perempuan kotor dan buta pula… ia akan beri beban pada Mak Jah…”’

“Thifa… dalam hidup ini… tak ada yang sempurna… mungkin pendapat orang kampung Thifa menganggap Thifa ni perempuan kotor… tapi pada Mak Jah… Thifa sangat istimewa…”

“Istimewa?... Thifa ni istimewa?...”

“Kalau perempuan lain… dia akan balas dendam… bunuh sesiapa yang menghina dia… tipu orang… tapi Thifa tak buat begitu… Mak Jah nampak kejujuran dalam hati Thifa… Thifa tak patut berendah diri… mungkin ibu Thifa dirogol secara paksa… Thifa harus bersyukur… sebab masih ada orang sayangkan Thifa… biarlah mereka berkata bukan-bukan pada Thifa… asalkan niat Thifa itu baik...”

“Mak Jah… betul ke Mak Jah nak kami berdua tinggal di sini…”Suhana bertanya.

“Betul… Su… kamu berdua tinggal je disini… lagipun Mak Jah takde sesiapapun… sudi tak?...”

“Hmm… sudi sangat… terima kasih…”

“Mak Jah sebenarnya ada butik muslimah… Mak Jah kekurangan pekerja… kamu berdua nak tak kerja dengan Mak Jah?...”

“Boleh Mak Jah… tapi… Thifa tak ada bakat…. Su boleh bantu Mak Jah...”

“Thifa… tak baik tau kau nak tolak permintaan Mak Jah… kecil hati dia…”

“Kau kan tahu Su… aku ni buta… aku tak boleh nilai pakaian mana yang cantik… semuanya hitam… gelap… saja… aku rela berterus terang dari awal sebelum Mak Jah kecewa nanti…”

“Okey… kamu berdua tak perlu bergaduh… Mak Jah faham… tunggu sekejap…” Mak Jah pergi ke biliknya lalu dia mengambil dokumen penting dan dia pergi semula ke ruang tamu.

“Su cuba tengok dokumen ini…”Mak Jah berikan dokumen itu kepada Suhana.

“Pereka fesyen untuk orang buta?... Mak Jah pernah buta dulu?...” Suhana mula keliru.

“Ya… Mak Jah dulu dilahirkan buta semula jadi… keluarga Mak Jah menghantar Mak Jah ke sekolah istimewa…”

“Tapi Mak Jah boleh nampak…”

“Mata ini dari arwah suami Mak Jah… sebelum dia meninggal… dia ada buat derma organ kalau dia pergi nanti… suatu hari… suami Mak Jah terlibat satu rompakan dan perompak itu telah menembak ke dada suami Mak Jah… selepas itu, Mak Jah diberi pembedahan oleh seorang doktor pakar Dr Nur Salina di Pahang pada 16 tahun dulu… dengan kecekapan dia… Mak Jah… bersyukur sebab Mak Jah mendapat melihat keindahan dunia walaupun Mak Jah kehilangan orang yang Mak Jah sayangi…” tersedu-sedu apabila Mak Jah ceritakan kisah silamnya.

“Jadi… Thifa… kamu masih muda… semua masa depan kamu ada di dalam tangan kamu… kalau kamu sudi… Mak Jah nak kamu belajar ‘braille’ dan jadi orang yang berguna pada masyarakat…”

“Thifa… kau ambil je peluang ini… lagi pun kau nak belajar kan?...”

“Tapi kosnya mahal…”

“Fasal kos perbelanjaannya… jangan risau… Mak Jah boleh tanggung… asalkan Thifa ada niat nak belajar…”

“Mak Jah… kalau Mak Jah berkata begitu… kecil tapak tangan… nyiru Thifa tadahkan…” Nathifa memeluk Mak Jah. Suhana bangun dari sofa lalu dia memeluk belakang Mak Jah.

“Terima kasih Umi…” Suhana dan Nathifa berkata secara spontan.

“Umi?...”

“Maaf… Mak Jah tak suka ke?...” Suhana bertanya.

“Mak Jah lebih dari suka… Anak-anakku… panggil lah Mak Jah ini ‘Umi’ kamu... Mak Jah suka…”

“Hari tu adalah hari bermakna dalam hidup aku… muncul lah kedatangan dua insan yang melengkapi kekosonganku… Suhana dan Mak Jah… Aku bersyukur sangat… sebab Allah telah temukan aku dengan hamba-Nya yang mulia… aku dah ada ibu angkat…dan kakak angkat… oleh itu… aku berjanji pada diriku untuk berjasa pada masyarakat dan buat orang yang aku sayang bangga dengan kerjaya aku… Emak… jangan risaukan Thifa… Thifa berjanji… Thifa akan belajar sungguh-sungguh buat Emak bangga di sana nanti… Thifa akan selalu berdoa semoga Emak tenang disana…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience