[BBB] Babak 40 PILIHAN MENCABAR

Romance Completed 49406

Di Pahang.

Di pejabat Khalid, ada tiga pegawai polis sedang berjalan ke bilik Khalid untuk memberkas Khalid atas tujuan untuk memukul Hafiy. Khalid berasa keliru dan dia cuba terangkan bahawa dia tidak bersalah namun pihak polis masih menahannya.

Di pondok kecil itu.

“Kalau kau nak tahu… sebentar lagi Khalid akan ditangkap dengan polis…” Kata Mysha.

“Apa kau cakap ini?... macam mana kau kenal Khalid?...”

“Aku upah orang untuk ambil pemukul besbol di bilik pejabatnya… kemudian aku suruh orang untuk pukul laki kau…”

“Kenapa kau nak semua ni?...”

“Supaya aku nak kau fikir Khalid punca laki kau dipukul… dan kau mesti tahu… aku juga mengupah orang untuk pukul kawan laki kau!...”

“Apa?... jadi kau buat semua ini… supaya Abang Hafiy boleh pergi KL dan kau boleh menangkap aku…”

“Eh… bukan kau je aku tangkap… anak-anak kau pun… aku dah letak bom di rumah kecil yang berjauhan dari sini…”

“Kau dah gila!...”

“Apa?... kau kata aku gila?... kau tengok aku… segila-gila aku ni… aku dah buat ‘research’ tau dan cari jalan untuk menghapuskan keluarga kau… bijak tak aku?... “ jelas Mysha sambil menarik rambut Nathifa. Nathifa hanya menahan kesakitan itu dan Mysha menampar Nathifa secara melulu.

Di Kuala Lumpur.

"Hafiy… awak bawa bersabar… saya akan membantu awak… tapi… kita mesti ada rancangan untuk menindas Mysha…”

“Saya dah buntu ni… sekarang saya ada 18 jam je… kalau kita dah bertindak cepat… Thifa dan anak-anak saya akan jadi mangsa…”

“Baiklah… kita bergerak di Pahang dulu… dan pihak kami akan memantau tempat tinggal Mysha di sana… sementara itu… awak cuba kol Mysha…”

“Kol Mysha?... buat apa?...”

“Kol dia je… nanti saya jelaskan dalam perjalanan ke Pahang… lagipun kita takde masa lagi…”

“Baiklah… saya cuba kol dia…” Hafiy dan DSP Nahiz bersama dengan 6 ahli kumpulannya menuju ke Pahang untuk membantu kes penculikan itu.

Di Pahang.

Di balai polis Pahang, Hadiya membawa peguambela untuk berjumpa dengan Khalid di sel mereka berdua mengangkat telefon di dinding lalu mereka mula dengan perbualan.

“Diya… kau mesti tolong aku… aku tak bersalah... “

“Sabar Khalid… aku faham perasaan kau… ini aku bawa peguambela untuk selesaikan kes fitnah ni… kau sabar sikit je…”

“Sabar?... kau tahu tak… aku boleh didakwa sebagai niat membunuh orang dan dipenjarakan selama 10 tahun... “ Khalid mula berontak dan dia hentak tangan kirinya di depan pagar besi.

“Kau ni… jangan lah cepat putus asa… aku janji… aku akan buktikan bahawa kau tak bersalah…”

“Baiklah… tapi aku kena tunggu sampai bila?...”

“Okey… kau nak cepat… kau terangkan kepada peguambela… sebab… bahan bukti itu adalah kepunyaan kau… jadi kau mesti jelaskan kepada dia… jangan risau… aku akan pastikan kau keluar dari sini….”

“Okey… aku jelaskan…” Khalid pun ceritakan hal sebenar kepada peguam Mikayla. Mikayla pun merakamkan setiap perbualannya dengan Khalid. Hadiya pun sedang buat panggilan di pejabatnya untuk sediakan rakaman CCTV sebulan lepas supaya dia boleh semak orang keluar masuk di bilik pejabat.

Di Kuala Lumpur.

Fikiran Jinan mula terganggu dan dia masih terpinga-pinga akan kejadian yang menimpa Rostam. Pada firasatnya, JInan syak bahawa bekas tunangnya yang lakukan semua itu dan dia pun bergegas untuk mencari beruk bertopengkan manusia itu.

Tanpa berfikir panjang, Jinan sampai ke rumah banglo Fadli lalu dia menjerit-jerit seolah-olah dirinya kurang siuman.

“Oh… perempuan haram datang… apa kau nak?...” pertanyaan sinus dari Fadli.

“Aku datang sini… sebab aku dah perhitungan dengan kau!...” Jinan mula naik minyak.

“Nak hitung apa?... kira duit?... berapa kau nak?... aku boleh bagi… tapi aku pelik lah… laki kau kan ada… kenapa kau nak minta duit dari aku?... macam pelacur pula…” Jinan menampar.

“Hei binatang!... kau dengar sini… aku tak hadap duit kau walau satu sen sekalipun… aku tahu kau yang pukul Rostam kan?... “

“Jap… jap… apa kau merepek ni?... bila masa aku nak pukul dia?... kau ada bukti?...”

“Takpe… memang sekarang aku takde bukti… tapi kau ingat… kalau pihak polis dapat tahu bahawa kau terlibat kes ini… aku akan pastikan kau merenkuk dalam penjara!…” Jinan berundur dari situ tanpa hiraukan Fadli.

“Boleh belah lah!... kalau dah anak haram… anak haram juga… hei!... aku tak takut dengan ugutan kau!...” Fadli pun menendang pagar rumahnya untuk melepaskan geram terhadap Jinan.

Jinan begitu menyesal sebab ditemukan hamba ibliss seperti Fadli yang tidak berhati perut itu.

“Kenapa perasaan aku serupa orang kehilangan suami?... adakah aku dah jatuh hati pada Rostam?... selama ini… aku tak pernah risaukan seseorang semacam ni… tapi… kalau aku cintakan dia… nak ke dia terima aku sebagai isteri?... aku bukan sempurna… ramai orang melihat keburukan aku berbanding dengan kebaikan aku… adakah gelar anak haram itu yang menyebabkan diriku tidak layak menikmati cinta?... mungkin aku cuma penyelamat nyawa orang walaupun masyarakat pandang serong pada dirikku,,, aku rasa… lebih baik aku berundur diri… aku tak nak disebabkan aku… ramai akan jadi mangsa… ini baru kena Rostam… kalau terkena Rayhan pula macam mana?... maafkan aku Rostam… aku terpaksa tinggalkan kau… mungkin ini adalah pilihan terbaik untuk kedua pihak…” Rintihan seorang wanita yang membawa dirinya dengan hati terluka.

Di Pahang.

Sementara Mysha sedang keluar dari pondok untuk membeli makanan sambil membiarkan Nathifa kelaparan dan kehausan.

Nathifa melihat persekitaran dalam pondok itu untuk mencari Ikhtiar supaya dia boleh melepaskan diri. Nathifa memaksakan dirinya untuk membuka ikatan itu tetapi ikatan itu telah dicampurkan dengan minyak dan sangat liat untuk membukanya.
“Kenapakah nasib aku macam ni?... aku tak tahu… kenapa… aku diuji seperti ini?… apa salah aku?... kalau mereka tak puas dengan aku… mengapa anak-anak aku jadi mangsa?... sedangkan diriku pun mengandung… apa lagi mereka tak puas hati?... aku tak minta dilahirkan menjadi...bahan ejekan orang… Ya Allah… Kau… selamatkanlah… Najla dan Nayla… “Nathifa memilu sambil berdoa kepada yang maha Esa.

Di tempat kecil pula, Najla dan Nayla sedang cuba memutuskan ikatan itu. Najla duduk 50 sentimeter berjauhan dari adiknya, Nayla.

“Akak… kenapa kita kat sini?...” tanya Nayla.

“Kita kena culik… adik jangan risau… nanti Mama Papa… selamatkan kita…” jawab Najla.

“Adik lapar lah Kak…”

“Akak pun...kita bersabar ya... “

Di Kuala Lumpur.

Di bilik ICU, Rostam sedang terbayang kelibat arwah isterinya dalam mindanya. Di dalam mimpi itu, Rostam dua kelibat wanita sedang memandang ke arahnya.

“Abang… bangun sayang… anak kita sedang menunggu Abang…” kata Julia dalam mimpinya.

“Julia… tolong jangan tinggalkan… Abang…”

“Abang… Julia akan sentiasa di dalam hati Abang… Julia harap… Abang akan cari pengganti untuk jaga anak kita…” Bayangan Julia semakin pudar dan jelmaan kelibat wanita tersebut semakin jelas.

“Julia… Julia pergi mana?... tolong… jangan tinggalkan Abang!...” Rostam berlari untuk mengejar bayangan Julia. Sesudah dia menghampiri di belakang wanita misteri itu, dia terus memegang bahu wanita tersebut dan wanita itu berpaling ke arah Rostam. Rostam mula lemah semangat apabila melihat raut wajah wanita itu dengan senyuman manis.

“Jinan?...” Rostam mula cemas.

“Tam… Tam… Tam…” Puan Habsah cuba mengejutkan Rostam setelah dia melihat kepala Rostam mula bergerak tidak tentu arah.

“Jinan?…. Jinan?… Jinan.... JINAN!...” Rostam terjaga dari koma.

Sori sebab lambat update... lagi 4 babak untuk menghabiskan cerita ini... kalau nak tahu kesudahannya... nanti kan babak babak akhir BBB...

Share this novel

Syaa.__01
2021-03-23 01:03:36 

mana nie, lambt nyaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience