[BBB] Babak 22 KLU PENCARIAN

Romance Completed 49409

Pada waktu malam selepas Isyak, setelah Hafiy selesai solat hajat, dia memohon petunjuk dari yang maha Esa.

“Ya Allah… Kamu berikanlah saya petunjuk dan hidayah agar saya mampu mencari isteri saya… andai kata Kamu berikan saya peluang kedua untuk bersama dengan isteri saya… dekat kan lah hati saya dengannya… jika benar… cinta kita sudah berakhir … Kamu berikanlah saya kekuatan untuk lupakan dia… sesungguhnya Kamu maha mengetahui dan penyayang… Amin…” Hafiy menyapu mukanya dengan kedua telapak tangannya. Kemudian, dia melipat sejadah itu. Apabila Hafiy sedang tunduk bawa, dia terjumpa sepucuk surat di bawah katilnya lalu dia mengambil surat itu dan membacanya.

“Assalamualaikum Thifa,

Surat ini ditulis setelah Thifa dapat melihat semula.

Kalau Thifa sudah boleh baca surat ini, bermakna Thifa sudah melihat semula. Akak tumpang gembira dengan Thifa. Akak harap Thifa akan jaga mata Akak elok-elok seperti nyawa Thifa sendiri.

Seperti Akak beritahu pada Thifa dalam surat pertama, Akak memang nak dermakan mata Akak sebab Thifa adalah satu-satunya adik Akak walaupun kita tak ada pertalian darah. Mungkin Allah berikan Akak penyakit ini supaya Akak boleh bagi mata Akak untuk Thifa. Thifa tak perlu rasa bahawa Thifa ini berikan beban pada semua orang. Bagi Akak, Thifa memberi Akak erti keluarga dan kesabaran dalam kehidupan. Kalau arwah suami Umi sanggup berikan matanya kepada Umi, kenapa tidak Akak berkorban untuk Thifa.

Sebenarnya, Akak letakkan 3 keping gambar dalam sampul surat ini supaya Thifa boleh lihat wajah Umi, Akak dan Dr Nur Salina. Kalau Thifa rasa hairan kenapa Akak letak gambar Dr Nur Salina, sebab arwah Umi pernah pesan pada Akak untuk mencari doktor yang pernah buat pembedahan matanya. Dia ingin berterima kasih padanya sebab doktor itu telah membantunya. Akak tidak tahu tentang keberadaan doktor itu tetapi Akak cuma tahu dia berada di Pahang. Thifa, tolong Akak carikan dia supaya kita mampu tunaikan amanah arwah.

Ingat pesan Akak, walau apapun terjadi, jangan putus asa dan sentiasa ingat pada yang Esa. Akak akan sentiasa menjadi mata Thifa selamanya. Jangan bersedih hati. Teruskan semangat. Sekian. Lisa Suhana.” Hafiy mula terkejut.

“Thifa boleh melihat semula?...”Hafiy pun cuba mencari 3 keping gambar di bawah katil itu.

Manakala di Pahang, dalam bilik Nathifa, dia sedang mencari surat arwah kakaknya berikan itu. Dia hanya boleh mencari 3 keping gambar saja.

“Pelik lah… gambar ada… surat takde… jangan-jangan aku tercicir di rumah aku kat KL tak?...”

Pada masa yang sama di Kuala Lumpur, gambar-gambar tersebut tidak ditemui.

“Pelik?… surat ada… tapi gambarnya takde… mungkin Thifa… dah ambil gambar-gambar itu dan pergi ke Pahang?...”

Di Pahang.

“Aku harap Abang Hafiy jumpa surat itu…” ujar Nathifa sambil melihat gambar-gambar itu.

Di Kuala Lumpur.

“Mungkin Thifa sekarang di Pahang untuk mencari Dr Nur Salina…” telahan Hafiy sambil merenung surat itu.

“Terima kasih Allah… sebab Kamu telah berikan hambaMu petunjuk untuk mencari isteri saya…” Hafiy bersyukur pada Ilahi dan dia akan Ikhtiar untuk mencari isterinya.

Di Pahang.

“Sempatkah Abang mencari aku sebelum aku melahirkan anak kita?...” kata Nathifa sambil menyentuh perutnya.

Di Kuala Lumpur.

Hafiy keluarkan komputer ribanya dari begnya lalu dia mencari beberapa hospital di Pahang dan dia berjaya jumpa senarai hospital di Pahang. Tujuannya mencari hospital tersebut untuk menjejak keberadaan Dr Nur Salina. Itulah langkah permulaannya untuk mencari isteri yang tersayang.

Oleh kerana Hafiy perlu selesaikan tugasnya di pejabatnya, dia terpaksa ditundakan pencariannya itu. Hafiy percaya bahawa suatu hari nanti dia akan bertemu semula dengan isterinya.

Manakala di Kuching pula, Rostam perlu balik ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan oleh itu dia terpaksa tunda semua itu. Rostam pergi ke rumah Julia.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam… kau belum balik lagi?...” tanya Julia.

“Dah nak balik ni… nah… aku cuma nak berikan sampul surat ini untuk kau…” Rostam berikan sampul itu kepada Julia

“Haiz… okey… aku terima surat ini... asalkan kau balik...”balas Julia dengan muka selamba.

“Aku pergi dulu… kau jaga diri… selamat tinggal…”

“Ya… ya… okey… babai…” Julia terus menutup pintu rumahnya.

Memang sukar untuk menyembuhkan parut di hati Julia. Namun begitu, Rostam mengalah untuk berikan Julia masa dan dia tidak akan memaksa Julia lagi.

Julia pun masuk ke biliknya lalu dia duduk di katilnya sambil membuka sampul itu dan membaca surat itu.

“Assalamualaikum Julia,

Aku sebenarnya tidak pandai berayat-ayat manis tapi aku boleh berkata jujur.

Betul memang aku pernah cintakan Suhana tapi cinta aku telah ditolak. Aku pun tidak tahu bahawa kau sukakan aku. Sebab kita selalu bertengkar bila bertemu. Kadangkala, kau suka sakit kan aku dan aku tidak tahu kenapa? Adakah kau cuba buat itu supaya aku dekat dengan Suhana? Aku pun keliru.

Bila kau menghantar semua kad ucapan dan bunga-bunga itu dengan gunakan nama Suhana, aku sebenarnya jatuh cinta dengan si penulis kad ucapan itu. Aku ingatkan Suhana yang menulis kad-kad itu semua tetapi disebaliknya kau.

Memang aku sedang marah waktu itu sebab aku telah ditipu dan cuba kau bayangan apabila lelaki idaman kau tidak menulis kad ucapan itu malah disebaliknya lelaki lain yang tulis. Tentu kau akan merasakan seolah-olah kau telah dipermainkan oleh lelaki.

Mungkin salah aku sebab tidak berikan peluang untuk kau jelaskan semua ini dan selalu elak dari kau. Aku minta maaf sebab selalu berkata kasar dengan kau. Kalau masa itu boleh berputar semula, aku akan cari si penulis itu dan berkata ‘aku cintakan kau’.

Itu saja yang aku mampu katakan. Sekian. Rostam.” tersedu-sedu Julia bila membaca surat itu.

Dua bulan kemudian.

Hafiy akhirnya mendapat dua minggu cuti untuk mencari isternya. Dia pun kini sudah berada di Pahang dan mulakan pencariannya itu.

Manakala Nathifa pula berada di butiknya sambil melayan pelanggan. Walaupun binesnya belum maju tapi dia berusaha keras untuk masa depan anaknya.

Mujurlah, Shila mendapat idea iaitu membuat lelaman web untuk butik mereka supaya pelanggan boleh buat tempahan secara dalam talian. Noreen pula berjaya menghasilkan alat antaramuka pengguna supaya pelanggan mereka boleh ubah suai desain fesyen agar mengikut citarasa pelanggan mereka. Alat itu masih diuji kaji dan Nathifa ingin memastikan bahawa alat itu akan dijadikan mesra pengguna. Pelbagai cara dan kaedah Nathifa dan rakan-rakannya berikhtiar untuk maju butik mereka.

Sudah 3 buah hospital dia bertanya dan tiada siapapun mengenali Dr Nur Salina. Haripun semakin senja dan dia perlu pulang ke bilik sewanya.

Sebelum pulang, dia singgah ke restoran yang tidak jauh di persekitaran bilik sewanya. Dia duduk di kerusi meja makan dan buat pesanan kepada pelayan. 10 minit kemudian, Nathifa pun masuk ke dalam restoran yang sama lalu dia hanya membungkus makanan untuk rakan-rakannya. Walaupun Hafiy dan Nathifa berada di restoran yang sama, mereka tidak ada peluang untuk bertegur sapa.

“Mengapakah aku dapat merasakan bahawa Abang Hafiy ada di sini?...” fikiran Nathifa terganggu.

“Pelik… saya seolah-olah merasakan bahawa Thifa ada di sini?...” naluri Hafiy mula terusik.

“Tapi... dimanakah dia?...” kata Nathifa dan Hafiy dengan serentak.

Namun begitu, mereka tidak sempat bertemu.

Hari demi hari, pada masa yang sama di tempat yang sama, Hafiy dan Nathifa akan berada situ tetapi mereka masih belum sempat bertemu.

Hari terakhir sebelum Hafiy pulang ke Kuala Lumpur, Hafiy ternampak kelibat Nathifa di depannya lalu dia berlari bagaikan lipas kudung. Setelah hampir capai dari belakang kelibat itu, Hafiy sentuh di bahu kanan kelibat itu lalu memanggil nama isterinya. Wanita itu berpaling ke arah Hafiy lalu dia menampar Hafiy seolah-olah Hafiy adalah orang jahat. Hafiy kemudian meminta maaf kepada wanita itu sebab tersalah orang.

“Kenapa lah susah sangat nak cari awak Thifa… takpe lah… selagi saya masih bernafas… saya tak kan putus asa… Thifa… Abang harus pergi dulu sebab urusan kerja… insya-Allah… Abang akan kembali di sini…untuk mencari Thifa semula...” Hafiy pun pulang dengan kehampaan.

Seminggu kemudian.

Di Pahang.

Dayana sedang menghantar e-mel kepada Encik Hafih untuk memaklumkan bahawa pakaian pengantin bakal isterinya sudah siap.

"Yana… awak dah hantar e-mel kepada Encik Hafih pasal pakaian pengantin itu?..." Tanya Nathifa.

" Dah Thifa… baru je hantar…"

"Okey… awak pantau e-mel itu ya…"

"Baik Thifa…"

Di Kuala Lumpur.

Sewaktu Hafiy sedang makan tengahari, Hafiy tiba-tiba menerima e-mel bahawa dia perlu mengambil pakaian pengantin dan setahunya, dia tidak menempah pakaian pengantin dari mana-mana butik. Dari sudut pandangan Hafiy, mungkin penghantar itu tersalah hantar alamat e-mel pengirimannya. Justeru itu, Hafiy tidak balas e-mel itu.

Manakala, di pejabat, Rostam masih kelihatan muram suram. Dia jarang makan tengahari dan hanya terperap dalam bilik ofisnya. Tanpa disedari, seorang gadis rupawan datang lalu masuk ke dalam bilik Rostam. Gadis itu memandang wajah Rostam sedang termenung sambil memegang kad ucapan itu lalu gadis itu cuba menegurnya.

"Itulah… bila ada di depan mata… tak nak hargai… kan… sekarang dah tergigit jari…" kata sinis dari gadis itu.

"Sudahlah Fifah… kalau kau datang sini setakat nak sindir aku… baik…"

"Baik apanya Encik Rostam?..." Gadis itu menyampuk. Rostam mula pandang ke arah gadis itu.

"Julia?... bila kau sampai?... Aku bermimpi ke?..." Rostam tertanya-tanya. Julia menampar manja di pipi Rostam.

"Kau tak bermimpi kan?..."

"Tapi kau kata kau tak nak…" Julia menutup bibir Rostam dengan jari tunjuknya dan Rostam mula membisu.

"Aku minta maaf… aku tak sepatutnya layan kau macam itu… di Kuching dulu… sebenarnya… aku masih takleh lupakan kau… setiap kali aku cuba melupakan kau… tapi… perasaan rindu mula menyentuh di hatiku… cuma aku pendam saja perasaan itu sebab aku tak mahu bertepuk sebelah tangan buat kali kedua…"

"Julia… kali ini aku akan tepuk sebelah tangan kau… supaya ia berbunyi rindu…"

"Rostam… sejujurnya… sejak pertama kali aku bekerja di sini dan melihat kau… aku sudah jatuh cinta dengan kau… cuma kau tak tahu… bila Suhana hadir dalam hidup kau… aku mengalah dan aku sanggup hantar semua itu pada kau supaya kau dan Suhana bahagia… aku minta maaf…"

"Dah lah Julia… kita lupakan perkara yang lepas… kita bina hidup baharu ya…"

"Baiklah… kita kosong-kosong…"

"Kosong-kosong…"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience