[BBB] Babak 43 SATU PERMAINAN

Romance Completed 49406

“Ini tak mungkin…. Kau dah mati!... mungkin… ini khayalan aku…” Mysha berpaling dari mereka sambil menutup matanya.

“Ya... aku masih hidup Mysha...” ujar Nathifa. Mysha maju ke depan untuk menyerang namun, dua pegawai polis itu menahannya dari serangan itu.

“Kenapa?... terkejut?” Hafiy mula bertanya.

2 hari sebelum kebakaran itu terjadi.

DSP Nahiz telah memberi arahan kepada pasukannya berpecah ke Pasukan Alpha dan Pasukan Bravo. Pasukan Alpha bergabung dengan Nahiz untuk menuju ke lokasi di mana Nathifa berada manakala Pasukan Bravo digabung dengan Hafiy untuk menyelamatkan kedua anaknya.

Di lokasi Nathifa.

Nahiz dan sepasukannya menuju di belakang pondok itu dari jarak jauh. Salah seorang dari pasukannya ternampak Mysha sedang keluar sekejap. Oleh itu pasukan Alpha mula bertindak untuk memecah masuk secara sulit. Apabila Nahiz berjaya masuk, Nathifa memberi tahu Nahiz bahawa Mysha akan kembali semula setelah membeli makanan untuknya. Disebabkan kesuntukan masa, Nahiz melonggarkan kayu di belakang Nathifa agar Nathifa boleh keluar dari pondok itu nanti. Nahiz bersembunyi di tepi pohon yang berhampiran di belakang pondok itu.

Tiba-tiba, Mysha pun sampai dan masuk ke dalam pondok itu. Dia memulakan dengan menyimbah kerosin ke tubuh Nathifa. Setelah itu, Mysha keluar dari pondok itu sambil menyalahkan api dan melepaskan ke tali supaya api itu membiak ke pondok tanpa dikesan. Ketika Mysha di luar, Nahiz bergegas masuk lalu menarik Nathifa keluar dengan pantas. Dari pandangan Mysha, pondok itu dibakar mengikut rancangannya.

Pada waktu yang sama, Hafiy berjaya menemukan pondok kecil menurut pergerakan GPS jam tangan anak-anaknya. Pasukan Bravo pula memecah masuk tanpa dikesan lalu melepaskan Najla dan Nayla. Hafiy mengeluarkan dua buah pita perakam di dalam beg kecilnya lalu memutar perakaman suara anak-anaknya, yang memekik meminta pertolongan, di atas kerusi masing-masing. Setelah itu Hafiy membawa anak-anaknya ke dalam keretanya dan beredar dari situ manakala pasukan Bravo sedang memerhatikan pergerakan Mysha di persekitaran itu.

Apabila Mysha sedang mengaktifkan letupan bom itu, bunyi kuat yang mendalam serta kayu-kayu pondok itu melayang dan berkecai. Lahap api membara keliling pondok itu. Dari pandangan Mysha, ia telah berlaku seperti yang di rancang.

Sekarang.

DSP Nahiz mengambil tangan kanan Mysha lalu mengarinya. Mysha mula memberontak, menjerit tanpa henti, dan dia tidak percaya bahawa Nathifa masih hidup. Nahiz tidak memberi sembarang penjelasan dan dia serta rakan kerjanya yang lain membawa Mysha ke balai polis yang berdekatan untuk disoal siasat. Oleh kerana Mysha masih menghadapi tekanan jiwa, dia telah diletakkan pusat rawatan taman bahagia buat selamanya.

Di Kuala Lumpur.

Jinan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Rayhan walaupun hatinya masih berbelah bagi. Setiba di rumah Rostam, Jinan memberi salam dan Rayhan pun keluar dengan hati riang sambil berlari ke pagar rumah walaupun dirinya kurang sihat.

“Mama... Mama...” teriakan manja dari Rayhan.

“Ya... Ray... Mama... datang... Ray sihat?” Jinan merendahkan badanya di pagar sambil meluruskan tangan kanannya untuk membelai pipi Rayhan.

Rostam keluar dari rumahnya setelah mendengar teriak dari Rayhan dari luar. Apabila berjalan di tepi keretanya, dia terpandang raut wajah Jinan dan terpaku. Seluruh anggota tubuhnya tidak bergerak dan matanya hanya melihat jelas kelibat Jinan. Jinan berpaling ke Rostam dan memandang kelibat Rostam juga. Masing-masing tidak bergerak.

“tolonglah Jinan... berikanlah aku peluang untuk membahagiakan kau...” kata hati Rostam.

“aku sayang kau Encik Rostam... tapi aku tak mampu membahagiakan kau...” hati Jinan berkata.

“aish... kenapalah nasib aku semacam begini?... kenapa hati kau keras sangat?... apa harus aku buat untuk membuktikan yang aku sayangkan kau?...” tambah Rostam di hatinya.

“bukan aku tak sudi terima cinta kau... aku... aku takut.... aku akan menyusahkan kau di masa hadapan kelak...” hati Jinan mula berkocak.

“Mama... masuklah rumah... Papa... tolong buka kan pagar ini...” sampukkan Rayhan sambil menggoyangkan pagar itu.

Jinan berdiri tegak apabila Rostam sedang membukakan mangga itu dan sorong pagar itu ke kiri. Jinan mendukung Rayhan sambil memberi kucupan ke pipi kanan Rayhan. Rayhan mengajak Jinan pergi ke biliknya dan Rostam menunjuk arah bilik Rayhan dan Jinan melangkah ke bilik Rayhan. Rostam hanya menunggu di ruang tamu.

Puan Habsah terserempak Rostam semasa hendak pergi ke dapur lalu menegurnya.

“Tam... kenapa Tam ada di ruang tamu?... mana Ray?...” tanya Puan Habsah.

“Oh... Ray ada kat bilik dia... Jinan sedang tengok kan dia...” jelas Rostam.

“la... kenapa tak pergi atas tengok mereka?” tegur Puan Habsah.

“ish... Mummy ni... mana boleh?... kita belum kahwin lagi...” jelas Rostam.

“oh ya... Mummy lupa... Mummy pergi naik atas jumpa mereka...” kata Puan Habsah dan dia berjalan ke tangga untuk pergi ke bilik Rayhan manakala Rostam pula masih tercegat di sofa sambil membaca risalah usahawan.

Setelah Jinan menemani Rayhan tidur, Jinan pun turun bawah ke ruang tamu untuk menuju di hadapan pintu keluar. Apabila Rostam melihat Jinan tergesa-gesa di hadapannya, Rostam mula menegur Jinan.

“Jinan...” Rostam bangun dari sofa itu lalu berpaling ke arah Jinan.

“ya Encik... ada apa?...” Jinan bertanya.

“ tolong pandang saya... “ tambah Rostam. Jinan berpaling ke Rostam.

“kenapa Encik?” Jinan cuba menafikan perasaannya itu.

“Jinan... saya faham... awak ada sejarah silam... dan itu hanya membuatkan awak fobia dengan kehidupan awak...” Rostam belum selesai dengan ucapannya itu.

“Cukup Encik!... Saya sudah jelaskan semuanya pada Encik.... apa lagi Encik nak dari saya?!” Sampuk Jinan sambil memandang arah lain. Rostam mengeluarkan sekotak kecil berwarna hijau gelap dalam poketnya lalu berjalan di hadapan Jinan.

“Saya... Saya nak jadikan awak teman hidup saya... Ibu kepada Ray... Bidadari saya...” jelas Rostam sambil membuka kotak itu dan menghulurkan ke Jinan.

“Encik... saya...saya... “ Jinan tergagap.

“Jinan... saya tak kisah... kalau awak bukan sempurna... biarlah orang terus menghina, mencaci dan mencela awak... saya tak peduli... sebab bagi saya... awak sudah cukup sempurna di mata saya... saya cinta kan awak... bukan sebab membalas budi... tapi dari keikhlasan dan ketulusan awak itu telah menambat hati saya...” tambah Rostam.

“Saya... saya pun cinta kan awak... Rostam... tapi...” Jinan masih kelu.

“Jinan... tolong berikan saya satu peluang... untuk membahagiakan awak... “ Rostam merenung mata Jinan sambil menghulurkan kotak itu.

5 minit kemudian.

Setelah masing-masing bertentang mata, Jinan menggayung tangan kanan di hadapan sambil menunjukkan jari jemarinya ke Rostam. Girang hati Rostam setelah memandang jari jemari Jinan lalu dia menarik cincin dari kotak itu dan menyarungkan ke jari manis kanan Jinan. Tepukkan kuat di atas tangga dari Puan Habsah telah menambah kegirangan dan keceriaan dalam situasi tersebut.

Di rumah Hafiy.

Khalid dan Hadiya sedang sampai di luar pagar rumah Hafiy dan Khalid menuju ke arah butang loceng dan menekannya. Bunyi nyaring itu telah memberi perhatian Nathifa dan Nathifa pergi keluar untuk melihat siapa yang hadir di luar pagar itu. Gugur jantung Nathifa apabila melihat Khalid datang tanpa dijemput.

“Thifa... maaf sebab datang secara mengejutkan... boleh saya jumpa dengan Hafiy?...” ujar Khalid.

“erm... boleh... tapi ada sebab apa ya?” tanya Nathifa sambil membuka pintu pagar itu. Hafiy pun keluar untuk melihat siapa yang datang di luar rumahnya itu.

“Kau?!... apa kau nak dari kami?!!” tegur Hafiy.

“Abang Hafiy... bawa bersabar... biar kita bincang di dalam rumah... tak manis kalau bertengkar di sini...” Nathifa memujuk Haify lalu mengajak Hadiya dan Khalid ke rumahnya. Setelah itu, mereka semua berada di ruang tamu dan Khalid memulakan perbualan tersebut.

“Hafiy.... Thifa... aku sebenarnya... nak meminta maaf atas kesalahan aku dulu... memang betul... aku ada rasa nak memukul kau Hafiy... tetapi itu semua hanya luahan hatiku bila sedang marah dan tak berniat untuk pukul kau betul-betul... orang yang memukul kau itu bukan aku... tapi orang upahan Mysha... aku tak tahu siapa Mysha itu tapi aku terdengar dia telah diberkas... sekali lagi aku minta maaf...” ujar Khalid sambil menyusun sepuluh jarinya.

“Khalid... aku pun minta maaf pada kau... sebab hal kita berdua... kau pun terlibat... sebenarnya... Mysha itu adalah musuh ketat Thifa... bila dia dapat tahu kau sering bersama Thifa... dia akan merancangkan untuk memburukkan kau supaya kita anggap kau yang punca aku cedera hari tu...” jelas Hafiy lalu dia membangun dari sofa itu dan berjabat tangan dengan Khalid.

“ itu saja kedatangan aku ke mari... terima kasih...” tambah Khalid.

“nanti dulu... sekarang dah makan malam... apa kata kita makan bersama?...” Nathifa mengajak Khalid dan Hadiya. Khalid dan Hadiya memandang sesama diri lalu tersenyum sipu.

“takpe Thifa... kami berdua... nak pergi makan malam di suatu tempat istimewa... sebab kami berdua nak kahwin dan kami ingin meraikan bersama...” kata Khalid sambil memandang Hadiya.

Hafiy dan Nathifa mengucapkan tahniah kepada pasangan yang akan mendirikan masjid itu. Khalid dan Hadiya pun beredar dengan hati yang tenang.

Bulan sedang menyinari bumi dan bintang-bintang berkelipan di awan biru. Saat Nathifa sedang melihat keindahan malam itu dari tingkap biliknya, Hafiy berjalan di sisi Nathifa lalu memulakan dengan perbualannya.

“Thifa... awak tengah tengok apa tu?...” soal Hafiy.

“oh... Abang... Thifa cuma mengenangkan nasib Thifa dulu... Thifa mengenangkan arwah emak, umi dan kak Su... Thifa rindu kan mereka... mereka telah berkorban untuk Thifa... Thifa bersyukur sangat... “ ulas Nathifa dengan air matanya mengalir.

“Thifa... maaf kan Abang... kalau dulu Abang tak...” Hafiy belum menghabiskan dengan percakapannya dan Nathifa meletakkan jari penunjuk ke bibir Hafiy sambil menggeleng kepala.

“tak perlu Abang minta maaf... ini sudah jodoh yang tertulis dari Allah... kalau Allah ingin kan kita bersatu... jika kita terpisah sekali pun... di hujung pangkalnya... kita akan bertemu semula... Thifa berjanji tak akan mensia-siakan pengorbanan mereka yang telah menjaga Thifa... Thifa akan berusaha keras untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak Abang kelak... “ kata Nathifa. Hafiy memegangkan kedua tangan Nathifa sambil menatap wajah isterinya.

“Terima kasih Thifa... sebab menjaga Najla dan Nayla semasa Abang tidak bersama Thifa... kali ini... biarlah Abang menjagakan Thifa... sampai Thifa habis pantang nanti... sekarang hampir 3 minggu... Thifa mengandung...” ujar Hafiy.

Seminggu kemudian.

“Kenapa awak cuai sangat?... tempat ini kan dah dikawal rapi... macam mana dia boleh melepaskan diri?”

“maaf tuan... dia melarikan diri dari tingkap dengan menggunakan cadar katil... mengikut dari rakaman CCTV... dia berlari ke arah barat menuju ke seberang bandar...”

“okey... awak dan dua rakan kerja yang lain pergi ke sana dan cari dia sampai dapat... saya akan beritahu dari pihak atasan dan juga laporkan pada polis...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience