[BBB] Babak 16 TEMBAKAN

Romance Completed 49406

3 hari kemudian.

Hafiy terpaksa pergi ke luar negeri atas urusan kerjanya selama sebulan. Manakala di butik Nathifa dan Suhana sedang menghadapi kemerosotan dan mereka tidak tahu apa puncanya yang menyebabkan semua pelanggan tetapnya tidak mahu melanggan di butiknya. Secara tiba-tiba, Puan Samiyah datang ke butik Nathifa lalu dia menampar Nathifa.

“Hei… Anak haram!... pandai betul kau berlakon eh.... Aku tak tahu ubat guna-guna apa yang kau bagi pada Hafiy… sampai dia boleh tergila-gila dengan kau…”

“Puan?... apa Puan cakap ni?...”

“Eleh… pura-pura tak tahu… orang kalau buang najis tepi jalan susah nak mengaku…”

“Betul Puan… Thifa tak tahu… “

“Kau tak tahu ke?... kau tak baca ke berita terkini?... oops… aku lupa kau kan buta… macam mana nak baca?... takpe… takpe… biar aku baca… ‘seorang usahawan buta bernama Nathifa Syakura sebenarnya anak luar nikah dan ibunya seorang pelacur’…” dengan bangganya Puan Samiyah membaca artikel itu.

“Betul… Thifa tak tahu…”

“Sekarang… aku nak kau keluar dari hidup anak saudara aku… kau ingat perempuan buta kotor macam kau… boleh diterima dari masyarakat… kau tu dah macam sampah…”

“Puan… tolonglah… Puan boleh hina saya… caci saya… pukul saya… tapi jangan pisahkan saya dan Abang Hafiy… tolonglah...” Nathifa merayu.

“Eh… kau tu buta… tak rasa beban ke kalau suami kau jaga kau… kalau aku jadi kau… aku bunuh diri je lah… aku bagi kau tempoh sebulan untuk pisah dengan Hafiy… kalau tak nahas kau aku kerjakan… Faham!...” Puan Samiyah pun beredar dari butik Nathifa.

“Ya Allah… kenapa berat ujianku Kau berikan?… kenapa aku masih dipandang hina?… siapa yang sebarkan berita palsu itu?... Emak aku bukan pelacur… sampai mereka menuduh Emak aku… Emak… maafkan Thifa… walaupun jasad Emak takde di muka bumi ini… masih ada orang iri hati dengan Emak… Thifa tak tahu siapa… tapi Thifa harap Emak tenang di sana… mungkin dari awal aku harus sedar… bahawa aku tak berhak menikmati kebahagiaan… kalau aku berasal dari merempat… merempat juga… mana boleh nak hidup senang… biarlah aku pergi jauh dari semua orang ini… maafkan Thifa Abang… Thifa terpaksa tinggalkan Abang… Thifa harap Abang akan dapat wanita yang lebih baik dan sempurna dari Thifa...”

Nathifa kini sudah kehilangan 25 pekerjanya dan kini dia buat pengumuman penting kepada 6 pekerjanya.

“Maafkan saya… saya rasa awak semua dah tahu tentang berita itu… kalau awak rasa malu dan jijik dengan saya… awak boleh pergi… saya tak paksa... “ semua 6 pekerjanya tidak berganjak walau setapak sekalipun. Rosnah, salah satu dari mereka bersuara.

“Cik Syakura… kami semua dah sepakat… kami tak kan berhenti dari sini…”

“Tak nak berhenti?... kenapa?... saya ni insan yang hina dimata masyarakat…”

“Cik… jangan cakap begitu… Cik pernah bantu saya bayar kos rawatan ayah saya dan dia kini masih mampu berjalan atas bantuan Cik…”ujar Laila.

“Betul tu Cik… CIk yang bantu saya bayar yuran untuk 2 adik saya sambung belajar sebab saya tak mampu tanggung kos pembelajaran mereka dulu…” tambah Shila.

“Cik terima saya kerja... semasa saya hidup merempat dulu… takde orang yang sanggup menerima pengemis macam saya selain Cik…” kata Noreen.

“Saya ni bekas banduan Cik… semua orang tak nak bagi peluang kedua untuk saya berubah… tapi Cik berikan saya hidayah untuk berubah…” Aniqah berkata sambil memegang bahu kanan Nathifa.

“Ibu saya sakit Parkison… Cik sanggup berikan saya RM100 ribu supaya Ibu saya boleh sembuh dan kini… Alhamdulilah… Ibu saya boleh bergerak seperti orang biasa…” Dayana bersuara.

“Tapi… kawasan kita ini dah kekurangan pelanggan… semua orang dah tahu… kalau kita tukar tempat lain… macam mana tempat tinggal awak semua?...”

“Cik… pasal tempat tinggal kami… Cik tak perlu risau… yang penting… kita fikirkan tempat baharu yang sesuai untuk kita mula…”jelas Rosnah

“Baiklah… kita bincang hal ini esok… saya akan tanya Kak Su… terima kasih awak semua…”

“Sama-sama Cik…” 6 pekerjanya jawab dengan serentak. Mereka pun memeluk Nathifa. Nathifa berasa terharu dan bersyukur sebab mendapat pekerja-pekerjanya yang setia.

Di rumah Ain, Ain terbaca artikel bahawa Nathifa telah difitnah. Ain ingin tebus kesilapannya pada Nathifa lalu dia cuba menelefon Inspektor Nahiz untuk bantu dia siasat kes fitnah itu.

“Helo Assalamualaikum… Abang Nahiz…

“Waalaikumsalam… Ain… apa khabar?...”

“Saya sihat Alhamdulilah… Abang sihat ke?...”

“Abang?... macam gini lah... sama je… ada apa Ain kol Abang ni?... rindu Abang eh?...”

“Ish… Abang ni… suka je usik Ain tau… tak sebenarnya… Ain perlu pertolongan dari Abang…”

“Pertolongan apa Ain?...”

“Abang boleh tolong siasat mengenai kes fitnah…”

“Kes fitnah?... siapa?... “

“Alah… berita baharu yang sedang panas ni…”

“Oh… kes usahawan buta itu… kenapa Ain nak Abang bantu dia?...”

“Sebab dia kawan sekampung Ain… dia tak bersalah cuma mangsa keadaan je…”

“Baiklah… kalau begitu… Abang akan bantu Ain…”

“Terima kasih Abang…”

“Sama-sama… kirim salam Abang pada Mak Ain ya…”

“Insya-Allah… Abang jaga diri ya…”

Di rumah Nathifa, Nathifa dan Suhana sedang berbincang mengenai bisnis mereka. Nathifa cadangkan untuk berpindah di Pahang. Suhana mula terkejut dengan cadangan itu.

“Pahang?...kenapa?...”

“Saja-saja je… tukar angin… lagipun sini semua orang dah tahu pasal artikel itu…”

“Okey… tapi kita perlu gulung tikar dari butik-butik kita itu… lepas itu kita kena cari pekerja baharu…”

“Okey… pasal pekerja… jangan bimbang… Thifa akan uruskan… asalkan Akak setuju dengan cadangan Thifa…”

“Okey… esok kita mula bersama…”

Nathifa masuk ke biliknya lalu dia cuba merakam pesanan suara dalam rakaman suara supaya Hafiy dapat mendengar selepas dia pulang dari kerjanya. Walaupun Nathifa terpaksa berpisah dengan suaminya,

Keesokan harinya, Rostam ingin melamar Suhana untuk menjadikan isterinya. Manakala 6 pekerja Nathifa sedang bertungkus lumus kemaskan barang-barang supaya boleh beralih ke Pahang. Setelah itu, mereka semua pergi ke bilik mesyuarat untuk bincang strategi membuka butik baharu di Pahang.

“Rosnah dan Laila… awak berdua tolong dapat lokasi baharu untuk butik kita…”

“Baik Cik… tempatnya perlu jauh atau dekat dengan bandar?…” Laila bertanya…”

“Erhmmm… saya berikan keputusan itu pada awak…”

“Terima kasih Cik… kami tak kan kecewa dengan Cik…” tambah Laila.

“Aniqah dan Noreen… awak berdua bantu buat desain butik itu supaya nampak tertarik di mata pelanggan manakala Shila dan Dayana pula, awak buat kan poster, banner atau ‘flyers’ untuk promosikan butik baharu kita itu…”

“Baik Cik…” keempat pekerjanya jawab dengan seterentak.

Sementara itu, ada perbualan sedang berlaku.

“Jangan kau gagal pula… Faham!...”

“Baik Bos…”

Di tempat kerja Hafiy di luar negeri, Hafiy terjatuhkan secawan kopi lalu kopi itu tertumpah ke seluar kirinya. Hafiy mula risaukan keadaan isterinya di Kuala Lumpur.

“Ya Allah… Kau lindungilah Thifa dari segala bencana… Amin…”

Manakala Rostam pula, dia sedang memilih cincin untuk melamar Suhana. Rostam masih belum putus asa lagi. Baginya, selagi Suhana belum kahwin, ada peluang untuknya cuba memikat hati Suhana.

“Aku harap… Suhana terima dengan lamaran aku ni… Suhana… aku akan cuba semampu aku untuk buat kau terima aku…” girang hati Rostam bila dia sudah beli cincin itu lalu dia letak ke dalam kotak kecil berwarna merah.

Di butik Nathifa, Suhana pun sampai setelah dia selesai tutup 4 cawangan yang lain lalu di cuba membantu Nathifa. Nathifa pula masih duduk dalam biliknya sambil termenung kenangan indah sewaktu dia berada di butik ini. Butik ini adalah hasil kerja kerasnya untuk mula dari bawah sehingga ia telah dibuka.

“Selamat tinggal butik ini… aku harap aku akan buka butik baharu di Pahang… aku akan mula hidup baharu…”

“Hoi… amboi… bukan main termenung Adik Akak ni sampai Akak kat sini pun Adik tak perasan…”

“Oh… Akak… sori… Adik cuma kenang tempat ini…”

“Akak faham… sebab Adik yang buka cawangan ini kan…”

“Tapi sekarang Adik perlu mula dari bawah semula…”

“Adik… biar kita mula dari bawah… tapi sekarang Adik sudah matang dan berpengalaman… kalau dulu Adik perlukan setahun setengah untuk buka butik ini… Akak yakin… Adik mampu buka butik baharu kurang dari setahun… lagipun… sekarang… adik ada pekerja Adik yang setia… tak macam dulu…”

“Terima kasih Akak… Akak selalu sokong Adik… Adik tak tahu apa harus Adik buat tanpa Akak…”

“Adik… Akak nak Adik janji sesuatu…”

“Janji apa Akak?...”

“Kalau Akak takde suatu hari nanti… Adik mesti janji untuk jaga butik kita… sebab itu adalah amanah arwah Umi… dan Adik mesti tabah hadapi cabaran dan rintangan yang akan datang... “

“Kenapa Akak cakap begitu?... buat Adik seram sejuk je…”

“Akak cuma pesan je… dan sebenarnya Akak pun ada hajat…”

“Hajat apa Akak?...”

“Kalau Akak pergi dulu… Akak nak dermakan mata Akak untuk Thifa…”

“Akak?!... jangan cakap begitu… kalau Akak pergi dulu… Thifa takde sesiapa lagi dalam hidup Thifa..”

“Eh… Thifa… Akak cuma cakap ‘kalau’ je bukan betul-betul terjadi pun…”

“Tapi hari… Akak ni macam pelik lah…”

“Pelik apanya… dah kita balik lepas itu kita makan bersama ya?...”

“Baiklah Kak… jom…”

Semasa pasangan adik-beradik itu keluar dari butik itu, ada sebuah kereta berwarna ungu dan cermin kereta itu terbuka. Ada pistol sedang acukan ke arah Nathifa. Suhana ternampak kereta itu dengan kelibat pistol lalu dia menolak adiknya ke tepi kemudian bunyi tembakan pistol.

“Akak!!!” Nathifa menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience