[BBB] Babak 8 LAMARAN

Romance Completed 49409

Selepas Isyak, Hafiy hanya duduk di katil sambil melamun raut wajah gadis itu dan dia memuji kecantikan gadis itu. Tiba-tiba, Pak Kassim ke dalam bilik Hafiy dan tegurnya.

“Jauh… termenung… dah sampai planet mana?...”Pak Kassim menyampuk.

“Oh Atuk… takde apa-apa… Atuk.. Hafiy ada perkara nak cakap ni…”

“Kenapa ni Cu?... Hafiy ada masalah?...”

“Takleh… tengahari tadi… Hafiy terjumpa seorang gadis buta… cantik rupanya Atuk…”

“Habis tu? Hafiy nak Atuk buat apa?... masuk meminang dia?...”

“Boleh juga…” Balas Hafiy dengan suara perlahan.

“Apa?....”

“Eh… tak… Hafiy cuma siasat je… mana tau dia adalah perempuan yang Hafiy cari tu…”

“Sudahlah tu… tak payah cari lagi… sudah 8 tahun kamu mencari dia.. Entah hidup atau mati… hanya Allah saja yang tahu… berbalik pada gadis buta itu… Hafiy dah berkenan dengan dia?...”

“Itulah Atuk… susah nak cakap… Hafiy sukakan dia… cuma takut Mak Long tak setuju je… maklumlah seleranya tinggi sampai ke menara KL…”

“Hafiy… Atuk tak kisah siapa calon menantu cucu Atuk… yang penting… Atuk nak Hafiy tahu bahawa janganlah Hafiy nak kahwin dengan dia sebab simpati…”

“Maknanya… Atuk tak setuju?...”

“Bukan begitu maksud Atuk… maksud Atuk… Hafiy kahwin dengan dia sebab Hafiy betul-betul ikhlas mencintai dan menyayangi dia… bukan sebab simpati… fasal orang kurang upaya ini mudah terasa… jadi Hafiy mestilah pandai memujuknya…”

“Baiklah kalau begitu… besok juga Hafiy tanya dia…” Hafiy terus baring lalu dia melelapkan matanya.

Keesokan harinya, Hafiy tidak boleh fokus semasa bekerja. Fikirannya merayau ke gadis buta itu ibarat termakan pil khayal. Rostam pun perhatikan kelakuan Hafiy dan mula berasa pelik.

“Hei… lama termenung… macam orang dilamun cinta pula…” Rostam menyampuk sambil hentakan meja untuk beri perhatian.

“Oh Tam… bila kamu sampai?...”

“Bila kau cakap?... aku dah lama berdiri di sini…kau ni dah kenapa… cuba cerita?...”

“Erhmmm… kamu ingat tak gadis buta itu yang buka butik di cawangan baharu?...”

“Ya… ingat kenapa?...”

“Saya dah jumpa dia semalam… sungguh cantik wajah gadis itu…”

“Aku tahu dia cantik… kan aku dah tengok gambar dia…”

“Tapi Tam… lain sangat kalau lihat sendiri… “

“Okey… cantik… habis tu kau buat apa?... masuk meminang?...”

“Saya nak melamar dia hari ni juga…”

“MELAMAR?...” Rostam mula terkejut.

“Ya melamar… kenapa?…”

“Kau tak terfikir ke yang ini terlalu awal… kau baru kenal dia semalam… hari ni nak melamar pula…”

“Kenapa kamu panik ni?... saya bukan buat perkara salah... “

“Tapi… Mak Long kau macam mana?... Atuk kau okey ke?...”

“Saya tak kisah… lagipun Atuk dah setuju cuma Mak Long je payah sikit… lagipun yang nak kahwin itu Saya… bukan Mak Long saya…”

“Kau dah kata begitu… aku okey je… cuma satu perkara aku nak tanya…”

“Apa dia?... “

“Kau yakin ke dia akan terima lamaran kau?...”

“Tam… kita mampu merancang… dan selebihnya… terserahlah pada Allah… yang penting saya boleh tahu jawapannya…”

“Baiklah… aku berdoa semoga niat kau itu tercapai....”

Hafiy terus dengan pekerjaannya sebelum menghadiri mesyuarat kliennya sementara Rostam sedang mengumpulkan invois bahan-bahan keperluan untuk membuat produk masing-masing.

Di butik Nathifa, semasa dia mencari lukisan reka bentuknya, dia terjumpa hasil reka bentuk Mak Jah lalu dia mula terkenang saat-saat bersama.

“Thifa… cuba pegang ni… ini hasil lukisan Umi semasa Umi buta dulu… Thifa kena yakin… yang Thifa boleh buat… ingat pesan Umi… Thifa hendak lah rendah diri dan terima komen-komen orang… gunakan itu sebagai pembakar semangat supaya Thifa boleh dapat idea yang kreatif dan menarik…” pesan Mak Jah sebelum dia meninggalkan dunia.

“Umi… Thifa akan selalu ingat semua pesanan Umi… Thifa sangat rindukan Umi…”

Manakala di rumah mewah itu, semasa Puan Zunaidah sedang menanam bunga di halamannya, dia terima panggilan dari orang suruhannya.

“Helo apa kau nak?...”

“Bos… kita tahu mana ‘dia’ sedang bersembunyi…”

“Okey… kat mana ‘dia’ sekarang?...”

“Di johor…”

“Johor?...”

“Tapi… ‘dia’ dah meninggal dunia 8 tahun lalu…”

“Habis tu… anak ‘dia’ ada tak?...”

“Takde Bos… anak ‘dia’ dah keluar dari kampung itu…”

“Jadi kau tahu tak di mana anak ‘dia’ sekarang?...”

“Tak tahu Bos… sedang masih mencari…”

“Okey… kalau kau jumpa anak ‘dia’... tangkap dan serahkannya pada aku faham!...”

“Baik Bos...”

“Aku akan pastikan anak ‘kau’ akan hidup merana…”

Di pejabat Hafiy, setelah selesai mesyuarat, Hafiy masuk dalam biliknya lalu dia duduk di sofa sambil memikirkan bentuk cincin yang nak beli nanti.

“Hei… kau ni… dari tadi asyik termenung je... “

“Dah lah kamu tu… takde kerja lain ke… asyik nak mengusik orang je…”

“Aku cuma risau je..”

“Tak payahlah nak risau sangat… saya nak keluar jap…”

“Eh… eh… kau nak pergi mana ni?...”

Hafiy pun pergi ke pusat membeli belah untuk mencari sebentuk cincin supaya dia boleh melamar gadis buta itu.

“Ish… mana satu nak pilih ni?... pening kepala saya ni…”

Hafiy pun mencari dari satu ke satu kedai sehingga dia terjumpa sebuah kedai mempunyai reka bentuk yang menarik lalu dia masuk untuk melihat.

“Selamat datang ke kedai kami… Encik nak pilih cincin mana?...”

“Oh… saya nak tengok… yang ini… ini dan yang ini…”

“Okey… ini dia…”

Hafiy merenung ketiga-tiga cincin itu sambil sarungkan ke jari kecilnya. Setelah 10 minit buat pertimbangan, dia mengambil cincin yang bentuk mutiara kecil itu dan dia membelinya tanpa hiraukan harga cincin itu.

“Dengan cincin ini… Saya harap dia akan terima…” Hafiy tutup cincin itu dengan kotak kecil berwarna hijau kelabu lalu menyimpannya dalam kocek seluarnya.

Kemudian, Hafiy pun mula bergerak dari pusat membeli belah itu untuk ke butik gadis buta itu. Rostam cuba menelefon Hafiy untuk mesyuarat penting tapi tiada jawab.

“Ish… mana Fiy ni… jawablah Fiy…” Rostam cuba menelefon Hafiy berkali-kali tapi tiada hasil.

Sementara itu, di butik Suhana terdapat ramai pelanggan sehingga tidak cukup kaki tangan. Kesibukan Suhana itu telah membuat diri Suhana lupa untuk makan tengahari bersama Nathifa. Manakala Nathifa sedang menunggu Suhana. Setelah 30 minit menunggu, Nathifa masuk semula dalam butiknya dan teruskan semula dengan kerjanya.

Kemudian, Hafiy pun sampai ke butik gadis buta itu lalu dia masuk ke dalam.

“Selamat datang… Encik cari siapa?... boleh saya bantu?...” staf dari butik itu menyambut Hafiy.

“Saya sebenarnya nak cari bos awak?...”

“Bos saya?... maaf… kita takde bos di sini…”

“Habis tu… seorang gadis buta yang bekerja di butik ini siapa?...”

“Oh… itu Cik Syakura… dia bukan bos… dia adalah CEO dalam semua cawangan butik ini… kakaknya Cik Suhana… pembantu pengarah….”

“Oh… jadi kamu takde bos?...”

“Takde… Cik Syakura layan kami semua sama je walaupun dia berpangkat CEO... bagi dia… jawatan itu adalah nama saja… dan dia suka mengambil berat tentang stafnya...“

“Oh macam begitu… boleh saya jumpa dengan Cik Syakura?…”

“Boleh… tunggu sekejap ya…” Staf itu pergi ke bilik Syakura lalu beritahunya bahawa ada lelaki sedang mencarinya.

“Masya-Allah... baik betul dia tu… walaupun dia buta… tapi dia tetap peramah…prihatin dan berhati mulia... dia... bukan bidadari biasa…” Hafiy fikirkan tentang gadis buta itu.

“Encik… kenapa Encik cari saya?...” Syakura bertanya.

“Awak Cik Syakura ke?...”

“Ya… Saya Syakura… Encik nak apa dari saya?...”

“Saya nak ajak awak kahwin dengan saya…”jawab Hafiy sambil keluarkan kotak kecil dalam koceknya.

“Apa?... Kahwin?!...” Syakura terus rebah dan tidak sedarkan diri.

Hafiy kelihatan cemas lalu dia mengangkat Syakura dan bawanya ke hospital. Sementara itu, staf Syakura menelefon Suhana dan beritahu tentang Syakura.

“Apa?... adik saya pengsan?... baik… saya akan ke hospital sekarang…” tanpa berfikir panjang, Suhana bergegas ke hospital untuk menjenguk adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience