[BBB] Babak 34 KEHADIRAN ORANG BAHARU

Romance Completed 49409

Setelah sampai apartmen Jinan, Jinan terus ke biliknya sambil menghempaskan pintu biliknya lalu dia duduk di katil dengan titisan air matanya. Falisha rasa curiga apabila melihat kelakuan aneh Jinan itu.

“Pelik… tak sampai tiga jam… dah balik… mereka gaduh ke?... “ Falisha bersusah hati lalu dia masuk ke dalam bilik Jinan. Falisha memandang ke arah Jinan lalu dia menegurnya.

“Jinan… kau okey ke?...” tanya Falisha sambil memegang bahu kiri Jinan.

“Fadli… Fadli… dia dah…” tersedu-sedu Jinan bila bersuara.

“Dia dah apa?...”

“Dia dah putus tunang dengan aku… dia dah bencikan aku…” tangisannya berleluasa.

“Dah putus?... kenapa?... apa yang terjadi?...”

“Tadi… semasa… kami berdua nak pergi restoran kegemaran kita… tiba-tiba ada budak lelaki peluk kaki aku kuat-kuat…”

“Lah pasal budak lelaki itu dia nak putus?... dia tu kecil je kut… tak kan itu Fadli pun nak cemburu…”

“Bukanlah… dia masih waras lagi… tak kan dia cemburu budak lelaki umur 2-3 tahun… yang aku terperanjat… budak itu panggil aku Mama…”

“Budak itu panggil kau Mama?... jadi apa reaksi Fadli?...”

“Dia apa lagi naik darah lah… dia tuduh aku… yang aku dah kahwin… dan budak itu pun mati-mati mengaku aku Mama dia… macam mana Fadli tak panas hati…”

“Oh… kenapa kau tak jelaskan?...”

“Aku belum sempat nak jelaskan… dia dah nak putus tunang dengan aku…”

“Aku faham perasaan kau… pada pendapat aku… kau cari lah lelaki lain…”

“Aku tak kisah kalau dia putus tunang sebab… hal lain… tapi sebab… aku curang dengan dia...walaupun aku tak buat… dan yang lebih pedih sekali… dia tengking aku di tempat awam sambil menghina aku sebagai anak haram…”

“Ya Allah… biadab betul Fadli tu… dah kau lupakan je dia… dia tu bukan baik sangat…”

“Aku rasa… Aku nak berhenti kerja… aku nak cari kerja lain…”

“Jinan… apapun keputusan kau… aku sokong kau seratus peratus…”

“Terima kasih Falisha… kau sahabat aku dunia akhirat…”

“Kalau kau ada masalah kewangan… jangan malu-malu tanya kat aku tau…”

“Insya-Allah… sekarang aku cuba lupakan dia…”

“Jangan risau… kita dah macam keluarga… dah jangan sedih pasal jantan tak guna itu…”

“Aku cuba… sekarang aku nak bersendirian…”

“Baiklah… nanti kalau kau dah okey… pergi makan tau… aku tahu kau belum makan lagi…”

“Okey… terima kasih… nanti aku makan…”

Falisha keluar dari bilik Jinan lalu dia pergi ke ruang tamu. Jinan ambil kotak berisi rantai arwah ibunya lalu dia mengenangkan kisah silamnya itu.

“Namaku… Jinan Ajwad… aku seorang kerani dari firma kecil… memang betul… aku ni anak luar nikah… ibuku meninggal dunia semasa dia melahirkan aku… sejak itu… aku telah dibesarkan oleh keluarga angkat yang sebenarnya kawan dari arwah ibuku…. Bila aku berusia 17 tahun… keluarga angkat aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya… ahli keluarga arwah tak nak jaga aku sebab aku punca kematian keluarga angkat aku… mereka halau aku…

sejak itu… aku telah hilang pedoman… aku seolah-olah… bagaikan kucing tanpa penjaga… aku berjalan seluruh KL untuk mencari kerja… tapi takde siapa yang nak pengemis macam aku… suatu hari… semasa aku kelaparan… aku cuba pergi ke gerai makanan memohon kerja sambilan agar perutku berisi… namun tuan punya gerai itu menghalau aku seakan-akan aku ni nak mencuri makanan dari gerai mereka… tiba-tiba aku terasa pitam dan badanku lemah… aku pun rebah di tepi gerai itu...

Seorang insan bersifat mulia membawa aku ke apartmennya dan dia memberikan aku makanan… insan mulia itu adalah Falisha… Falisha seorang anak yatim piatu dipenuhi harta kekayaan arwah keluarganya… meskipun begitu… dia tak angkuh… sombong… dan cakap takbur… sudah 6 tahun aku tinggal bersamanya… dia layan aku macam adiknya sendiri… aku ada nak bayar sedikit duit sebagai sewa bilik… tapi dia tak nak… dia nasihatkan aku supaya aku simpan duit itu untuk masa yang akan datang…”

“Sudah hampir 4 tahun aku kerja di firma itu… sekarang aku mesti tukar angin… aku tahu… kalau aku masih ada di situ… Fadli akan mengata aku bukan-bukan pada rakan kerjaku di sana… maklumlah Fadli tu seorang ‘influencer’... apa dia cakap… orang akan percaya… termasuk fitnah… mungkin betul apa Falisha cakap tu…aku harus teruskan hidup… aku pun takleh paksa kalau orang dah tak suka… tapi yang aku pelik sangat… kenapa budak lelaki itu panggil aku Mama?... harap-harap lah… aku tak jumpa dia lagi…” Jinan pun kesat air matanya lalu dia keluar untuk mengisi perutnya yang kosong.

Di rumah Rostam, Rostam masih teringat kejadian petang tadi dan dia masih rasa hairan dengan kelakuan anaknya itu.

“Pelik… kenapa Ray panggil dia Mama?... orang lain dia jumpa tak panggil macam tu?... aku terpaksa tipu dia pasal Ray panggil semua wanita adalah Mama dia… kalau tak dia dah cincang aku hidup-hidup… ish… aku serba salah ini… sebab aku dia putus tunang… nasib baik dia tunang orang… kalau dia isteri orang… iiiissshhh… aku takleh bayangkan suaminya ceraikan dia ‘on the spot’… tentu aku kena saman… sebab runtuhkan masjid orang… tapi apapun aku mesti cari dan minta maaf kepada dia…”

Dua bulan kemudian.

“Hari ini… aku mulakan hidup baharu… di tempat kerja baharu… ‘come on Jinan, you can do it’...” ujar Jinan sambil memandang cermin lalu dia menyolek mukanya.

Setelah banyak kerja yang Jinan telah temuduga, akhirnya dia mendapat kerja di ‘Dewi Gorgeous’ sebagai kerani. Girang hatinya apabila mendapat kerja dan hari ini adalah hari pertama dia mula berkerja.

Jinan memastikan bahawa dia tidak lambat sampai ke pejabat baharunya. Jinan keluar dari biiliknya lalu ke meja makan. Dia hanya menyantap sekeping sandwic dan menghirup teh bermadunya. Kemudian dia beralih ke depan pintunya sambil menyarungkan kasut tumit tinggi dan mengunci pintunya lalu dia bergegas ke tempat letak kereta di lobi bawah.

Dengan aura yang baharu dan segar, Jinan menyanyi sambil memandu seakan-akan dia sedang dilamun cinta atau gila bayang. Setelah Jinan sampai di pejabat itu, dia naik lif untuk ke tingkat 8 dan berjumpa dengan Adriana, setiausaha Hafiy, sebelum bermula bekerja.

“Assalamualaikum… Cik Adriana kan?...”

“Waalaikumsalam…. Ya betul… awak ni mesti Cik Jinan Ajwad…”

“Tak perlu panggil nama penuh… panggil saya Cik Jinan je…”

“Oh… erhmmm… Cik Jinan… hari ini Encik Hafiy takde di ofis sebab dia sekarang kat ‘out-station’... jadi awak perlu jumpa dengan Encik Rostam…”
“Oh… kalau begitu… saya okey je…”

“Erhmm Encik Rostam sekarang ada mesyuarat… jadi… saya tunjukkan awak sekitar sini dan meja kerja awak…”

“Boleh Cik… saya teruja sangat…”

“Okey… mari ikut saya…” Adriana mengiringi Jinan ke kawasan kerjanya seperti pantry, tandas, bilik mesyuarat, bilik CEO dan sebagainya.

Setelah sejam Rostam selesai dengan mesyuaratnya, dia pergi ke biliknya lalu memanggil Adriana untuk bawa kerani baharu jumpa dengannya. Adriana pun membawa Jinan untuk berjumpa dengan Rostam.

“Encik Rostam… ini Cik Jinan… kerani baharu kita…”

“Baiklah… terima kasih… awak boleh keluar dulu... “ balas Rostam sambil menandatangani surat perjanjian dari kliennya. Adriana pun biarkan Jinan di situ dan dia beredar dari bilik Rostam.

“Apa khabar Encik Rostam?...” tanya Jinan dengan senyuman yang manis.

“Khabar baik… Cik Jinan…” jawab Rostam sambil berpaling ke arah Jinan. Dia tergamam seketika lalu dia bangun dirinya perlahan. Jinan cuma merenung wajah Rostam sambil memikirkan bahawa dia pernah llihat Rostam dulu.

Bila mereka mula teringat wajah mereka masing-masing, mereka berdua mula bertindak balas sesama mereka.

“AWAK?...” Jinan dan Rostam respons secara serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience