[BBB] Babak 12 ORANG KETIGA

Romance Completed 49406

Ketibaan anak Puan Zunaidah, Mysha Atiya atau nama samarannya Shasha, dari Paris setelah 4 tahun bekerja sebagai ‘modeling’ di sana. Tujuan Puan Zunaidah memanggil anaknya pulang sebab dia mahukan anaknya berumah tangga. Pada awalnya, Mysha kurang selesa untuk pulang ke tanah airnya sebab dia dah serasi dengan kehidupannya di Paris. Namun begitu, Puan Zunaidah memaksa Mysha untuk pulang ke Kuala Lumpur juga.

Puan Zunaidah sambut kepulangan Mysha di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mysha teruja melihat ibunya di KLIA lalu dia memeluknya.

"Shasha apa khabar?..."

"Shasha okey je… Mama… Shasha laparlah…"

"Okey… kita balik rumah nanti Mama masakan makanan kegemaran Shasha…"

" 'You're the best mum ever!'... Sebab itu Shasha sayang sangat kat Mama…"

"Jom kita balik…"

Di butik Nathifa, Nathifa sering mendapat kad ucapan yang di cetak huruf ‘braille’ disertakan bunga coklat dari Hafiy dan Nathifa mula tersenyum lebar apabila menerima hadiah-hadiah itu.. Nathifa mula teringat kata arwah Mak Jah semasa bersama dengannya dulu
3 tahun lalu.

“Thifa… baca kad ucapan ini…” Mak Jah memberi kad-kad ucapannya kepada Nathifa.

“Kad ucapan?... kenapa tulisan menggunakan huruf ‘braille’?...” Nathifa mula berasa hairan.

“Semua itu adalah dari arwah suami Umi… sebelum Umi boleh nampak… dia selalu bagi Umi kad-kad itu… kadangkala… dia bawa Umi pergi ke taman bertema ‘walk in the dark’... tempat itu… sangat gelap… kalau Umi perlukan orang untuk pimpin Umi… tapi bila di sana...lain sikit… Suami Umi perlukan Umi untuk pimpin dia…”

“Baik sungguh Suami Umi ya… susah betul… nak cari lelaki sebaik arwah Suami Umi tu…”

“Thifa… kalau ada jodoh… Thifa tak perlu cari… dia akan datang ke Thifa…”

“Thifa tak faham Umi?...”

“Jodoh… Umi dan arwah… bukan Umi cari tapi dia mencari Umi… orang kurang upaya ini… fikirannya berlainan… sebab kita akan merasakan bahawa kita tidak berhak menikmati kebahagiaan… bila ada seorang yang sanggup datang untuk melamar Umi… Umi terima dengan hati terbuka…”

“Tapi kalau lelaki itu nak kahwin sebab simpati macam mana?...”

“Thifa… kalau orang nak kan kita disebabkan simpati… dia akan merungut bila pertama kali Thifa menolaknya… orang yang ikhlas akan berusaha untuk memahami perasaan Thifa… Thfia ingat Umi tidak jumpa orang yang nak kahwin dengan Umi atas simpati… banyak juga lelaki yang melamar Umi disebabkan simpati… namun mereka berhenti mencari Umi setelah Umi menolaknya…”

“Oh… jadi… Umi pun pernah menolak lamaran arwah?...”

“Betul… tapi dia lain sikit… dia selalu datang tanya khabar Umi walaupun Umi sudah tolak lamarannya… sejak itu… Umi yakin bahawa dia ikhlas nak kahwin dengan Umi...“

“Wah.. romantik juga Arwah pada Umi…”

“Dia lah cinta sejati Umi… Umi sayangkan dia sangat…”

“Umi rasa… ada tak... lelaki sebaik Arwah datang melamar Thifa?...”

“Insya-Allah… Umi yakin Thifa akan jumpa lelaki sebaik Arwah…”

Sekarang.

“Ya Allah… adakah Hafiy jodoh untukku?...”

Keesokan harinya.

Di rumah Mak Long Hafiy, Puan Samiyah, Puan Zunaidah datang bersama dengan Mysha untuk berjumpa dengan kawannya Puan Samiyah. Puan Samiyah teruja apabila Mysha sudah pulang dari Paris.

Semasa di rumah Puan Samiyah, mereka sedang berbincang untuk satukan Mysha dengan Hafiy. Puan Samiyah memberi harapan palsu bahawa Hafiy setuju berkahwin dengan Mysha tanpa pengetahuan dari Hafiy. Mysha senang hati bila mendengar pengumuman itu. Sebenarnya Mysha bukan cintakan Hafiy tapi dia nak kan harta Hafiy saja sebab Hafiy adalah anak jutawan.

Tiga hari kemudian.

Setelah Nathifa timbangkan masak-masak, akhirnya dia terima lamaran Hafiy. Oleh itu dia ingin mengajak Hafiy ke rumahnya untuk beri kata putus. Hafiy sangat girang sebab pertama kali dia diajak oleh Nathifa.

Selepas Hafiy sampai, Suhana menjemput Hafiy di dewan kecil bersebelahan rumahnya sebab tidak mahu menimbulkan fitnah. Nathifa mulakan dengan perbualan tersebut.

“Terima kasih sebab sudi datang…”

“Itu tak mengapa…”

“Sebenarnya saya… saya… saya…” Nathifa mula tergagap.

“Cik Syakura… apa dia?...”

“Saya nak… nak… nak…” darah gemuruh Nathifa meluap-luap.

“Takpe… kalau Cik Syakura sudah sedia nanti… boleh bilang kepada saya… lagipun tak manis kalau saya duduk sini lama-lama…” Hafiy mula bangun dari kerusi itu.

“Saya terima lamaran awak…”sepantas kilat Nathifa menyebutnya.

“Apa?... cuba ulang lagi?...” Hafiy pura-pura tidak dengar.

“Saya cakap… saya terima lamaran awak…”

“Kurang jelas… boleh ulang sekali lagi…” Hafiy cuba mengusik Nathifa.

“SAYA CAKAP…. SAYA TERIMA LAMARAN AWAK!...” Nathifa mula meninggikan suara.

“Aah… baru saya boleh dengar… terima kasih awak…”

“Hah… bunyi apa itu… macam gaduh je….” Suhana menyampuk.

“Taklah… Abang Hafiy tu… pekak sangat… Adik kena cakap kuat sikit lah…”

“Abang Hafiy?...” Suhana mula curiga.

“Ya Abang Hafiy tu…”

“Awak jawablah... soalan kakak awak itu... siapa yang pekak…” Hafiy mengusik.

“Akak… betul…. Abang Hafiy yang pekak…”

“Akak hairanlah… sejak bila Adik panggil Hafiy… ‘Abang Hafiy’?...”

“Erhmmm…. Erhmmm… hmmm…” Nathifa membisu dan pipinya menjadi merah.

“Cik Suhana… sebenarnya Syakura sudah terima lamaran saya…”

“Syukur Alhamdulillah… Adik Akak nak jadi isteri…” Suhana pegang bahu dari belakang Nathifa lalu memberi kucupan di kepala Nathifa.

Hafiy pun beredar dari situ dengan hati yang girang. Tiba-tiba, semasa Hafiy sampai di rumahnya, dia ternampak Pak Kassim sedang menyambut Mak Long, Puan Zunaidah dan Mysha di rumahnya.

Pak Kassim cuba jelaskan bahawa kedatangan mereka membawa hajat iaitu perkahwinan Hafiy dengan Mysha. Hafiy terus masuk ke biliknya tanpa memberi sembarang kata putus. Pak Kassim cuba tenangkan keadaan dan nasihatkan mereka agar berikan Hafiy masa untuk berfikir sebab ia terlalu cepat.

Oleh kerana tiada apa-apa hendak dibincangkan, mereka bertiga pun beredar dari rumah Hafiy. Selepas itu, Pak Kassim masuk ke bilik Hafiy.

“Hafiy… boleh Atuk masuk?..”

“Oh… Atuk… masuklah…”

“Hafiy… Atuk tahu… Hafiy tak suka kan Mysha… Hafiy sukakan Syakura kan?...”

“Betul Atuk… tadi Syakura dah terima lamaran Hafiy…’

“Syukur Alhamdulillah... “

“Atuk tak kecewa kalau Hafiy tak pilih Mysha…”

“Hafiy… kebahagiaan Hafiy adalah kebahagiaan Atuk… kalau Syakura mampu bahagiakan cucu Atuk ni… Atuk terima... jadi apa keputusan Hafiy?...”

“Atuk… kalau Hafiy kahwin lari… Atuk setuju tak?...”

“Hafiy… apa kata kita bincang perkara ini dengan Syakura… mungkin kalau Syakura setuju… sebab kalau kamu berdua dah sepakat… Atuk boleh kelentong Mak Long kamu…”

“Baiklah Atuk..”

“Besok bawa Atuk jumpa dia… kita bincang.

“Terima kasih Atuk…” Hafiy memeluk Pak Kassim.

Keesokan harinya, Hafiy dan Pak Kassim pergi ke rumah Nathifa.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam…. Hafiy… jemput masuk…” Suhana menyambut Pak Kassim dan Hafiy.

“Siapa tu?...” Nathifa bertanya.

“Oh… Hafiy dengan…”

“Atuk saya… Pak Kassim…”

“Oh Atuk… Hafiy… sila duduk…”

“Ada apa Atuk dan Abang Hafiy datang kemari?...”

“Maaf sebab kami datang mengejutkan… tujuan kami untuk meminang Syakura…”

“Pinang saya?... kenapa cepat sangat?...”

“Sebenarnya… Hafiy ingin berkahwin dengan kamu tapi secara rahsia…”

“Erhmm… maaf kalau saya bertanya sebab saya ni kakak Syakura…. Kenapa nak kahwin secara rahsia?…”

“Sebenarnya… Mak Long Hafiy nak jodohkan calon pilihannya… tapi Hafiy tak setuju… Atuk pun tak setuju… sebab Atuk nak Hafiy bahagia…”

“Kalau begitu… biarlah Adik saya beri kata putus… Adik… mereka sedang tunggu jawapan Adik…”

“Atuk… Abang Hafiy… kalau Atuk restu perhubungan kami… Syakura sanggup terima pinangan Hafiy…”

Pak Kassim dan Hafiy menghulurkan kedua telapak tangannya mengucap kesyukuran. Akhirnya, Nathifa dan Hafiy akan berkahwin tapi secara sulit. Mereka berempat itu hendaklah pergi ke luar negeri iaitu Negeri Sembilan untuk mengelakkan dari pengetahuan Puan Samiyah. Demi mengelakkan Puan Samiyah dari ikuti Pak Kassim, Pak Kassim terpaksa menipu Puan Samiyah bahawa dia dan Hafiy hendak ke kampungnya selama seminggu. Pak Kassim tahu bahawa Puan Samiyah tidak suka dengan pemandangan kampung dan oleh itu, ia amat sukar untuk Puan Samiyah mengikut Pak Kassim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience