[BBB] Babak 41 HANGUS TERBAKAR

Romance Completed 49406

Di apartmen Falisha, Jinan sedang mengemaskan barang-barangnya untuk beralih ke tempat lain. Falisha tidak tahu apa jenis hantu telah merasuk ke dalam tubuh Jinan sehingga Jinan kelakuan aneh.

“Kau nak pergi Jinan?...” tanya Falisha.

“Maafkan aku… Falisha… aku terpaksa pergi jauh dari semua orang… “ jawab Jinan sambil menitiskan air matanya.

“Tapi kenapa?... kau tak sayang aku ke?... kita kan kawan?...”

“Aku tak nak menyusahkan orang… kau cuba tengok keadaan Rostam sekarang… sebab aku… dia kena pukul… aku tak nak orang lain jadi mangsa…”

“Jinan… itu semua bukan salah kau… dah memang tertulis bahawa Rostam dipukul… mungkin ada Hikmah di sebalik kejadian itu…”

“Hikmah?... Hikmah apa?... kalau buat dia terlantar di hospital dengan tak sedarkan diri… apa hikmahnya?...” balas Jinan dengan nada yang tinggi seakan-akan dia telah hilang pedoman hidup.

“Jinan… aku faham perasaan kau… tapi kau perlu tabahkan diri… ini semua ujian kau…”

“Kau tak kan faham perasaan orang yang digelar anak haram… aku dihina dan dicaci oleh masyarakat… sepatutnya… aku tak layak hidup di muka bumi ini… kan lebih bagus orang itu pukul aku je daripada…” Falisha menampar Jinan.

“Kau kata aku tak faham perasaan kau… kau silap… aku yang orang tidak pedulikan asal usul kau dan terima segala baik buruk kau… ya… memang… kau dilahirkan anak luar nikah… jadi apa beza kau dengan manusia lain?... darah kita sama je… aku pun bukan malaikat nak hukum sesama insan… Jinan… kita ni sama je… mangsa keadaan… cuma nasib kita je berbeza…”

“Kau tahu kan apa Fadli dah buat pada aku selepas kejadian itu?...dia canang keburukan aku semua syarikat untuk tutup periuk nasi aku…”

“Betul… tapi kau tahu tak kenapa syarikat ‘Dewi Gorgeous’ masih terima kau?...”

“Entahlah… mungkin mereka belum baca fitnah itu kut…”

“Tak… sebab syarikat arwah Papa aku pernah berkhidmat lama dengan syarikat itu… dan aku yang memujuk mereka supaya mereka terima kau bekerja di situ…”

“Tapi kenapa?...”

“Sebab aku suruh kau kerja dengan aku… kau kata kau nak cari pengalaman baharu… jadi… sebab aku tak sampai hati melihat kau bermuram duka… aku cuba bantu kau… kau kena faham… dunia ini memang tak kan adil… tapi… selagi kita masih hidup… kita harus hadapi dugaan dunia ini…” Falisha cuba menasihatkan kawannya.

“Tapi aku dari kecil dipandang hina oleh masyarakat… aku cuma mampu menghilangkan diri…” ujar Jinan dengan air matanya masih mengalir.

“Okey… kalau kau nak pergi… aku takleh paksa… tapi… sebelum kau pergi… tunggu lah habis aku bersalin dan selesai pantang larang… dua bulan lagi je… lagipun kau janji kat aku... nak jaga aku semasa aku dalam pantang nanti…” Jinan tergamam sambil membuat keputusan.

“Okey baiklah… tapi aku akan berhenti kerja dan duduk sini je sampai kau bersalin dan habis pantang…”jawab Jinan.

“Baiklah… kalau itu keputusan kau… aku terima je asalkan kau jaga aku…” Falisha membelai rambut Jinan lalu dia memeluk Jinan. Walaupun hampir 7 tahun bersama Jinan, Falisha sudah menganggap Jinan sebahagian dalam keluarganya. Dari pelukan itu, Falisha dapat merasakan betapa pahitnya penderitaan yang Jinan lalui.

“Ya Allah… maafkan aku… sesungguhnya hamba-Mu yang lemah ini tidak mampu berdepan dugaan-Mu… Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala rintangan yang Kau berikan kepadaku… aku bersyukur mempunyai kawan baik seperti Falisha… kalau aku tak berjumpa dengannya… tentu aku kini sudah hidup merempat tanpa arah tujuan… Falisha… terima kasih… sebab sudi menerima aku seadanya… aku berjanji… aku akan jaga kau dan anak kau nanti… maafkan aku jika aku masih hilang semangat untuk teruskan hidup… aku cuma nak hidup seperti orang lain… aku tak tahu sampai bila harus aku bertahan dengan cemuhan orang…” bisikan di hati Jinan ketika memeluk Falisha.

“Jinan… aku sayangkan kau… kau lain daripada wanita-wanita yang aku kenal… mereka semua nak berkawan dengan aku semata-mata aku ni anak orang kaya… tapi kau sanggup terima aku bila aku jatuh dan bantu aku walaupun kau masa itu masih keadaan susah… terus terang aku cakap… aku boleh dapat duit semula kalau duit hilang… tapi aku takleh dapat kawan berhati mulia macam kau… kalau kau pergi… aku akan bersusah hati seolah-olah aku kehilangan adikku sendiri… aku harap kau jangan pergi meninggalkan aku…” tangisan dari Falisha sambil berterusan membelai dan mencium kepala Jinan.

Di hospital, Rostam telah pulih seperti sedia kala dan dia hanya melihat sekelilingnya jika ada kelibat Jinan di sampingnya.

“Mummy…. Jinan mana?...” tanya Rostam.

“Oh… Jinan ada datang… masa kamu sedang koma… dan dia memberi sampul surat ini kepada Mummy untuk kamu…” Puan Habsah membagi surat itu kepada Rostam lalu dia dan cucunya keluar di bilik wad itu untuk memberi ruang kepada Rostam. Rostam kemudian membuka sampul itu lalu dia membaca.

“Assalamualaikum Encik Rostam,

Saya minta maaf kerana menyusahkan awak. Sudah berkali-kali saya dah kata, kita tak mampu hidup bersama dengan awak. Sekarang mungkin awak cedera, esok lusa kalau Rayhan diapa-apakan, saya takleh maafkan diri saya jika itu terjadi.

Sebenarnya saya tak tahu kenapa perasaan saya berdebar bila berada di sisi awak. Semakin saya cuba hilangkan perasaan itu, semakin bertambah perasaan saya pada awak. Tapi kalau saya sukakan awak sekalipun, awak mungkin tak kan terima saya sebab awak hanya setia pada yang satu.

Kalau awak nak tahu sebenarnya saya adalah penderma darah untuk memulihkan Rayhan tiga bulan yang dulu. Saya segan beritahu hal ini kepada awak sebab saya tak nak awak terima saya disebabkan terhutang budi. Kali pertama saya terjumpa awak sedang mencari penderma darah untuk menyelamatkan Rayhan, saya mula kagum sebab awak adalah bapa yang bertanggung jawab dan prihatin kepada anak awak. Sungguh bertuah arwah isteri awak kerana mempunyai suami yang penyayang dan pengasih. Tingkah laku awak masa itu telah menarik hati saya untuk membantu anak awak.

Saya malu pada masa itu sebab masyarakat masih tidak mahu terima saya dan saya adalah anak luar nikah. Kalau awak tahu bahawa orang macam saya mendermakan darah kepada awak, tentu awak tak kan terima. Justeru itu, saya terpaksa rahsiakan identiti saya kepada awak.

Mungkin kejadian di pusat beli belah itu adalah takdir untuk bertemu semula dengan awak cuma masa itu, fikiran saya sedang serabut. Saya tak tahu ingin berterima kasih pada sebab sedarkan saya terhadap perangai sebenar bekas tunang saya atau marahkan awak sebab saya telah putus tunang. Kali ketiga kita bertemu semula semasa saya mula bekerja dengan awak. Saya masih keliru dan curiga atas pertemuan yang tidak dijangka itu.

Pada awalnya, saya tak tahu kenapa Rayhan memanggil saya Mama tapi kini baru saya faham sebab darah saya telah mengalir ke dalam tubuhnya seolah-olah ibunya telah selamatkan dirinya. Saya juga telah mendermakan darah saya kepada awak. Jangan awak risau, saya tak akan meminta apa-apa balasan dari awak dan saya harap awak jangan menganggap ini semua sebagai terhutang budi pada saya. Itu memang wajar pada setiap manusia untuk menghulurkan mereka pada insan sedang kesusahan.

Sejak kita sering bertegur sapa, hati dan perasaan saya mula berputik bagaikan mawar sedang mengembang mekar. Tipulah kalau saya cakap saya tak suka kan awak. Dan tipulah kalau saya cakap saya tak rindukan awak. Saya memang sayangkan awak. Sejak awak telah dipukul orang, jantung saya hampir gugur dan mula gelisah bila awak sedang koma. Tapi apakan daya saya, saya takleh hidup bersama awak sebab nyawa awak akan terancam jika awak bersama dengan saya.

Oleh itu, saya sudah mengambil keputusan untuk berjauhan dari awak dan anak awak demi keselamatan awak berdua. Terima kasih sebab berikan saya peluang bekerja di syarikat awak. Saya akan berdoa agar awak dapat bertemu wanita yang lebih sempurna daripada saya dan dia akan menjaga anak awak lebih baik daripada saya. Sekali lagi saya meminta maaf.

Sekian. Jinan Ajwad.” begitu isi kandungan surat yang panjang lebar itu. Rostam tidak menyangka ada wanita bersifat mulia seperti arwah isterinya.

“Ya Allah… kenapalah orang yang aku sayang… akan melarikan diri?… dulu Julia… sekarang Jinan… nasib aku agaknya… tak pelah… aku cuba pujuk dia… “

Di Pahang.

“Iiissshhh… lagi 4 jam… dan laki kau masih tak datang… aku rasa dia dah bencikan kau…” ujar Mysha.

“Aku tak kisah kalau dia tak nak datang… sebab aku percayakan suami aku…” tegas Nathifa.

“Okey… kau dah percayakan suami kau… jadi… aku cuma mampu buat ini…” Mysha menyiram minyak kerosin di seluruh tempat itu.

“Kau nak buat apa ni?...” Nathifa mula kurang selesa.

“Apa lagi… nak panggang kau hidup-hidup lah…” jawapan sinis dari Mysha.

“Aku kan kakak kau… jadi kenapa kau nak aku macam gini?...”

“Betul… kau kakak aku…. Tapi sebab kau kahwin dengan musuh aku… jadi kau juga musuh aku… macam pakej... ‘kill 1 gets 3 dead’…hahaha...” balas Mysha sambil humbankan tong minyak ke tepi.

Mysha kemudian mengambil tali yang telah direndamkan dengan minyak kerosin lalu dia pergi keluar dari pondok itu. Tali itu berada jauh dari pondok itu supaya dia boleh membakar pondok itu dari jarak jauh.

Nathifa berteriak sambil mencuba untuk melepaskan diri. Tiba-tiba, Mysha mengeluarkan kotak mancis di dalam koceknya lalu dia mengambil tiga batang mancis dari kotak dan gesekan di bahagian tepi kotak itu untuk menyalakan api.

“Selamat tinggal kakakku… hahaha…” Mysha mencampakkan batang mancis itu ke tali itu. Api mula merebak dari jejak Mysha hingga ke arah pondok itu. Kepanasan api itu semakin ketara dan kayu-kayu yang kukuh itu sudah runtuh. Atap-atap pondok itu telah jatuh dan semuanya telah menjadi hitam.

Wajah Mysha yang mengerikan itu sedang menyaksikan kebakaran itu sebelum dia menuju ke tempat kecil itu.

“Seronoknya melihat orang kena panggang… kalau binatang buas makan… tentu ia kenyang… hahaha... “ gelakkan yang mengerikan dari Mysha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience