[BBB] Babak 31 JEJAKA ITU

Romance Completed 49406

Setelah Nathifa boleh keluar dari hospital, Hafiy menghantar Nathifa dan anak-anaknya ke rumah Nathifa di Pahang. Ibarat air dicincang tidak akan putus, Hafiy dan Nathifa sudah kini berbaik semula dan keceriaan anak-anak mereka semakin berleluasa apabila mereka bertemu dengan bapa mereka.

Jika dulu rumah itu hanya bertiga, kini sudah lengkap seperti permainan gambar teka-teki. Gambar dalam teka-teki itu tidak akan lengkap jika sekeping gambar teka-teki itu hilang. Begitu juga kehidupan Hafiy sekeluarganya.

Najla dan Nayla menarik tangan Hafiy lalu pimpin Hafiy ke bilik mereka. Apabila Hafiy masuk ke dalam bilik anak-anaknya, mulutnya terngah-ngah sambil melihat sekeliling bilik mereka.

“Abah… suka tak?...” tanya Nayla.

“Suka… ni… semua… hadiah… Abah… untuk kamu berdua…” Hafiy terharu dengan anak-anaknya dan air matanya mula mengalir.

“Betul tu Abah… kita simpan dan jaga hadiah Abah…” ujar Najla sambil mengambil anak patung beruang ‘carebears’ berwarna ungu lalu dia tunjukkan kepada bapanya.

“Wah cantiknya bilik anak-anak Abah ni… sini…” Najla dan Nayla pun pergi ke arah bapanya sambil memeluk bapanya.

“Ya… Allah… saya bersyukur… mereka tidak bencikan saya… setelah… 4 tahun berpisah… maafkan Abah… Abah bukan bapa yang baik… Abah berjanji… Abah tak kan tinggalkan kamu berdua…” Hafiy mengucup pipi kedua anak kembarnya satu demi satu. Nathifa sedang intip mereka dari luar pintu bilik.

“Syukur Alhamdulilah… Kau telah temukan aku semula dengan suamiku… terima kasih Allah… Abang… walaupun sekian lama kita berpisah… cinta Thifa masih kekal sepanjang hayat... “
Titisan air mata Nathifa berlinangan.

Tiba-tiba, Eliya pun sampai di depan pintu rumah Nathifa. Tujuannya ingin meminta maaf kepada Nathifa.

“Assalamualaikum… Kak Thifa…”

“Waalaikumsalam oh… Eli… jemput lah masuk…”Nathifa menyambut Eliya dengan hati terbuka.

“Hairan bin ajaib?... dia tak marah kan aku?... bukan ke aku rahsia kan hal ni kepada dia selama 4 tahun… tapi apapun aku mesti minta maaf dari dia…” fikiran Eliya terganggu.

Nathifa mengajak Eliya ke ruang tamu. Eliya pun duduk di atas sofa dan Nathifa mula bertanya tujuan apa Eliya datang di sini. Eliya bangun dari sofa lalu dia beralih ke arah Nathifa. Dia merendahkan badannya di hadapan Nathifa sambil memegang tangan kanan Nathifa.

“Akak… Eli nak minta maaf kat Akak… Eli tak berniat nak rahsiakan ini semua kat Akak… sebenarnya… masa tu memang Eli perlukan kerja… bila sepupu Eli arahkan Eli untuk jaga Akak dan selalu berikan perkembangan tentang Akak… Nayla dan Najla… Eli sebenarnya tak setuju… tapi Encik Hafiy merayu pada Eli… sebab dia ingin Eli jadi bayangan dia semasa dia di London… Eli harap Akak ma…” tersedu-sedu apabila Eliya

“Eli… Akak tak marah dengan Eli… malah Akak bersyukur sangat sebab Eli telah membuatkan anak-anak Akak tidak bencikan Abah mereka… oleh itu… Akak berterima kasih kat Eli…” Nathifa menyampuk sambil mengesatkan air mata Eliya.

“Akak… Eli sangat susah nak cari majikan sebaik Akak… Akak selalu bimbing Eli dalam perniagaan buitk Akak… Eli… risau sebab hal ini… Akak tak nak percaya kan Eli…”

“Eli… hal peribadi dan kerja adalah satu perkara berlainan… hal ini adalah hal peribadi bukan hal kerja… lagipun… Akak lihat prestasi kerja Eli bagus.. Buat apa Akak nak pecat Eli… dah lah tu… tak payah nak fikir bukan-bukan… Akak dah anggap Eli macam adik Akak…”

“Teri...ma… ka...sih… Akak…” Eliya memeluk Nathifa.

Di Kuala Lumpur.

Rostam sedang membawa anaknya berjalan-jalan pusat membeli belah.

“Papa… nak ais krim…" kata Rayhan sambil memandang ke arah gerai ais krim.

"Anak Papa nak ais krim eh… nak perisa apa?..." Tanya Rostam sambil pimpin Rayhan ke gerai ais krim.

"Nak… cok...lat… dan… va...nila…" balas Rayhan dengan suara manja.

"Okey… jap… Papa belikan…" Rostam pun bayar di kaunter juruwang dan menerima semangkuk kecil ais krim.

Rostam beri ais krim itu kepada Rayhan dan Rayhan mengucup pipi kanan Rostam sebagai tanda terima kasih. Rostam bawa Rayhan masuk ke monorel kecil yang bergerak dalam kawasan pusat membeli belah itu. Rayhan dapat merasakan keseronokan bila disamping bapanya. Sejak kehilangan arwah Julia, Rostam cuma memastikan anaknya gembira dan sentiasa ceria.

"Ray… seronok tak?..."

"Seronok Papa… terima kasih Papa…"

"Sama sama… Ray kena janji dengan Papa… selalu dengar nasihat Papa okey…"

"Okey…"

"Pandai anak Papa… lepas ni nak pergi mana?..."

"Nak jumpa Mama…" jawab Rayhan. Rostam merendahkan badannya lalu dia pandang muka anaknya.

"Ray… Papa boleh bawa Ray jumpa Mama… tapi Ray jangan sedih ya…"

"Baiklah Papa… Ray ikut je…" Rostam mendukung Rayhan lalu dia pergi ke kedai bunga.

Setelah itu, mereka berdua pergi makam arwah Julia. Rayhan duduk di peha kiri Rostam sementara Rostam sedang membaca surah Al-Yassin kepada arwah. Kemudian, Rostam mengambil jug berisi air bunga lalu dia menyiram ke makam arwah. Habis menyiram, Rostam dan anaknya beralih ke keretanya.

"Terima kasih Papa…"

"Sama sama… anak Papa...ni tidur eh… nanti dah sampai rumah… Papa akan masak makanan kegemaran Ray… okey…"

Apabila sampai di rumah Rostam, dia cuba kejutkan anaknya dan anaknya tidak sedarkan diri.

"Dah sampai… anak Papa bangun...Ray?… Ray?… Ray bangun… jangan buat Papa risau… Ray?…" Rostam mula rasa cemas.

"Ray… bangun… tolong lah… jangan tinggal Papa...Ray… Ray?... RAY!!!..."

Di Pahang.

Hafiy menerima mesej dari Rostam dan Hafiy mula kelihatan cemas ibarat kucing hendak beranak. Nathifa hairan melihat suaminya sedang bersusah hati lalu dia menegurnya.

"Abang… Abang ada masalah ke?..."

"Oh… Rostam baru mesej kat Abang… anaknya sedang koma…"

"Habis tu… kenapa tak nak pergi jenguk dia?... "

"Macam mana Abang nak pergi jenguk dia?… Sedangkan isteri dan anak-anak Abang ada di sini…"

"Abang… pergi jenguk dia… sekarang dia perlukan sokongan moral dari Abang…"

"Tapi Thifa… Abang dah berpisah lama dengan Thifa… Abang tak nak ulang kali kedua…"

"Abang...Thifa tak kan pergi ke mana mana… Thifa akan disini… "

"Tapi Thifa…"

"Abang ingat tak masa Abang 'accident' dulu… masa tu Rostam sanggup jenguk Abang walaupun Abang masa tu telah hilang ingatan… jadi…Sekarang giliran Abang untuk temankan dia pula…"

"Erhmmm… kalau begitu… baiklah Abang pergi jumpa Rostam… Thifa jaga diri tau…"

"Baiklah Abang… Abang pun baik baik jalan…"

Di banglo mewah, dalam bilik beradu, jejaka itu sedang membelit cincin merisik untuk pujaan hatinya. Dia mula baring di katilnya sambil terbayang-bayang dia bersama pujaan hatinya itu.

"Besok pagi… aku akan melamar dia… aku harap… kau terima lamaran aku…. Sudah 2 tahun aku mengenali kau… perasaan aku sangat mendalam macam kapal selam… eh.. macam 'cliche' je ayat tu… aah… takpe lah… janji aku gembira…" Jejaka itu sedang dilamun cinta bersendirian.

Setelah penat melamun, dia letakkan kotak cincin itu ke dalam laci lalu dia mula pejamkan mata dengan bibirnya senyum tipis.

Keesokan harinya.

Sewaktu Nathifa sedang membuka butiknya, tiba-tiba ada orang menegurnya dari jauh.

"Nathifa… "

"Oh… Encik Khalid… apa mimpi Encik Khalid datang ke butik saya?..."

"Saya datang nak ajak awak…"

"Nak ajak apa Encik Khalid?..."

"Saya nak ajak awak kahwin…"

"Kahwin?... Maafkan saya… saya takleh kahwin dengan awak… sebab saya dah bersuami…" jawab Nathifa. Khalid mula naik minyak apabila hajatnya tidak kesampaian.

"Tipu!... Awak tipu saya kan?… Kalau betul awak dah kahwin… mana cincin nikah awak?... Dan saya tak nampak suami awak pernah datang ke sini…" Khalid tidak percaya sambil mendesak Nathifa bahawa itu semua adalah helah supaya dia menolak lamaran Khalid.

"Betul… saya dah kahwin… tak kan saya nak menipu pula… lagipun suami saya selalu kerja 'outstation'... Sebab itu dia takde disini…"

"Bohong!... Tak kan 2 tahun saya kenal awak… batang hidung suami awak langsung saya tak jumpa… awak tunjukkan saya… mana suami awak?... Buktikan pada saya...yang awak sudah kahwin!..." Khalid menarik tangan Nathifa dan Nathifa cuba melawan dengan tarikan itu. Khalid menggenggam tangan kanan Nathifa sangat kuat.

Mujurlah Eliya datang dan dia terus lepaskan tangan Nathifa dari tangan Khalid.

"Eh… Encik ni… nak buat apa?... Dia dah cakap… dia dah kahwin… apa lagi Encik tak puas hati?..." Eliya menyampuk.

"Kau berdua bohong!… Nathifa… aku tahu kau cakap gitu sebab kau nak tolak cinta aku… tapi aku tak kan mengaku kalah… aku akan pastikan kau milik aku!…" Khalid mula berkata kasar dan dia pun berundur dari situ.

"Akak okey tak?... Dia cuba buat tak elok pada Akak ke?..." Tanya Eliya.

"Akak okey je… cuma Encik Khalid ni terlalu menaruh harapan pada Akak… dia ingat Akak ni janda…"

Eliya pun temankan Nathifa masuk ke dalam butik. Kemudian, Eliya mengambil minyak urut untuk sapu bekas bengkak di tangan kanan Nathifa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience