[BBB] Babak 37 KHABAR ANGIN

Romance Completed 49406

Di Pahang.

Keesokan harinya.

Panas terik cuaca hari ini. Namun, tidak sepanas daripada mendengar cemuhan dari pelanggan-pelanggan Nathifa. Nathifa membuat pengumuman penting dan tujuannya memanggil rakan-rakannya di bilik mesyuarat adalah untuk bincang jalan penyelesaian mengenai kes fitnah itu.

"Thifa… kita sudah bersama membangunkan butik-butik kita… apa kata kita panggil jambatan undang-undang Islam untuk periksa kain-kain kita…" ujar Aniqah.

"Betul tu… kita pun periksa 'supplier' kita kalau pihak mereka terbabit dalam hal ini…" tambah Laila.

"Dan kita juga perlu ada strategi untuk menyakinkan pelanggan kita supaya mereka boleh percayakan kain-kain kita…." Kata Rosnah.

"Saya dan Noreen akan buat poster baharu dan video untuk menyakinkan pelanggan kita semula…" kata Shila.

"Hmmm… kalau begitu… Yana… awak buat senarai untuk kita catatan cadangan kita supaya saya akan agihkan tugasan pada awak semua… saya dan Eli akan siasat siapa yang penyebar…" jawab Nathifa.

"Baik Thifa...saya akan laksanakan tugas itu…" balas Dayana.

Hafiy ingin membantu isterinya untuk mencari penyebar itu tetapi Nathifa nasihatkan suaminya agar tumpukan kepada cawangan baharu 'Dewi Gorgeous'. Hafiy cuma berikan sokongan moral sahaja jika itu kehendak isterinya.

Justeru itu, Hafiy pergi ke pejabat baharu itu untuk memastikan bahawa pelengkapan semua telah disediakan. Tanpa disedari, tetamu tidak undang muncul di hadapannya.

"Sally?... Apa awak ada di sini?..." Tanya Hafiy.

"Helo Hafiy… saya nak jumpa dengan awak lah… awak kan bakal suami saya…" jawab Salimah dengan nada yang manja sambil memegang tangan Hafiy. Hafiy menepis dari pegangan itu.

"Cukup Sally!... Saya dah kahwin… lagipun itu dulu… setelah awak mengambil keputusan untuk pergi ke Australia… saya takde perasaan kat awak…"

"Saya tahu… awak kahwin dengan perempuan buta tu kan… saya tak tahu… kenapa si buta yang awak pilih?..."

" Dia buta ke…celik ke… dia sudah menjadi isteri saya… saya dah hidup bahagia dengannya…"

"Okey… kalau begitu… jadikan saya isteri kedua awak…"

"Apa?... Kahwin dengan awak?... 'a big no'... Saya cuma setia pada yang satu…"

"Awak mesti kahwin dengan saya… itu kan wasiat dari arwah mak ayah awak…"

"Itu dulu… kalau awak tak lari ke Australia…Kita dah menjadi suami isteri… jadi bukan salah saya pun… awak buat keputusan mengikut nafsu…"

"Ooh… jadi semua salah aku?... hei… kau dengar sini baik-baik… aku tak teragak-agak nak apa-apa kan isteri kau…"

"Apa lagi awak tak puas hati ni?... "

"Aku nak kau… kau mesti kahwin dengan aku… kalau tak aku akan jatuhkan bisnes isteri kau…"

"Bisnes isteri saya?... Jadi awak yang menyebar fitnah itu kan?!..."

" Fitnah apa?... Aku belum buat apa-apa lagi… lagi pun… kalau aku nak buat… aku boleh lebih dari tu!..."

"Takpe… saya akan siasat hal ni… kalau sekiranya awak dalangnya… saya akan saman awak habis-habisan!…" Hafiy pun berundur dari wanita yang tidak bermaruah itu lalu dia pergi ke keretanya untuk mengambil anak-anaknya di taska.

“Iiissshhh… kau belah… macam tu je… takpe kau tunggu… aku akan pastikan isteri kau merana… “ bisikan di hati Salimah dengan senyuman tipisnya.

Di Kuala Lumpur.

Adriana menerima panggilan dari satu salah klien tetap. Dia mula terpaku apabila mendengar berita yang mengejutkan. Adriana mula gelisah lalu dia terpaksa menelefon Rostam di Pahang untuk memberitahu hal tersebut.

Di Pahang.

“Apa?... ada masalah di pejabat?... baiklah… saya akan balik sekarang.” Rostam pun mula mengemaskan barang-barangnya lalu dia dan anaknya berangkat ke Kuala Lumpur.

Manakala Nathifa dan Eliya sedang siasat penyebar itu. Pihak polis berjaya menangkap penyebar itu lalu mereka memanggil Nathifa. Nathifa dan Eliya pun menuju ke balai polis yang disebut oleh pihak polis itu. Setelah sampai di balai polis, Nathifa dan Eliya pun berjumpa dengan penyebar itu untuk mendengar pengakuan dari penyebar itu dan yang menghairankan lagi adalah penyebar mengaku bahawa diri sendiri yang buat tanpa arahan orang lain.

“Kak… Eli tak rasa dia ni buat semua ini… “

“Kenapa Eli berkata begitu?...”

“Akak tengok penampilan dia tu… dia masih mentah dari cara dia menipu orang…”

“Tapi apa boleh kita buat… kita takde bukti… kalau dia dah mengaku… biarlah pihak polis selesaikan…”

“Baiklah Akak… “ balas Eliya sambil merasa curiga terhadap penyebar itu.

“Pihak polis pun dah tangkap penyebar itu… biarlah mereka soal siasat dia tu…” Nathifa pun mengajak Eliya pulang. Semasa dalam kereta, pelbagai soalan bermain di minda Eliya dan Eliya ingin mencari jawabannya.

“Ish… macam tak percaya je… ada ke keterangan penyebar tu betul?... tak kan dia buat sebab tak suka desain kain kita?... pelik kan… aku tengok rupa dia pun bukan orang yang suka merancang ini semua… entah-entah… dia ni dijadikan sebagai kambing hitam?…” Eliya termenung jauh.

Sementara itu, rakan-rakan kerja Nathifa sedang bertungkus lumus untuk menjernihkan bisnes mereka yang keruh. Sifat bergotong-royong itu telah mempercepatkan proses pemulihan untuk butik-butik mereka. Nathifa amat bersyukur mendapat mereka bertujuh itu. Noreen telah mendapat sijil halal dari pihak jambatan undang-undang Islam dan pihak mereka telah mengesahkan bahawa kain-kain itu tidak menggunakan kulit khinzir.

“Rosnah… tak pelik ke?... butik kita ada sijil halal?...” tanya Shila.

“Nak pelik apanya?... halal itu tak bermaksud… untuk makanan sahaja… ia bermaksud… selamat dimakan dan dipakai… alah… sedangkan ubat gigi pun ada sijil halal… tak kan butik-butik kita tak boleh…” jawab Rosnah.

“Betul juga… harap-harap… takde lah fitnah lain pula…” balas Shila.

“Takpe lah… biarlah sebesar ombak nak melanda butik kita ini… selagi kita masih bersama… Insya-Allah kita boleh hadapi dan ikhtiar bersama... “ ujar Noreen.

Di rumah Nathifa, semasa Hafiy dan Nathifa di bilik mereka, Hafiy sedang bertanya kepada Nathifa siapa yang menyebar berita palsu itu. Nathifa pun jelaskan mengenai penyebar itu. Hafiy mula syak ada sesuatu tidak kena sebab pada pendapatnya tiada orang akan mengaku kesalahan semudah itu tanpa diberi soal siasat. Hafiy bukan tidak percayakan Nathifa cuma dia syak bahawa penyebar itu diupah cuma Hafiy tidak mempunyai alasan yang kukuh.

Nathifa cuma menenangkan suaminya agar suaminya tidak rasa bimbang terhadap fitnah itu kerana polis akan soal siasat pada penyebar itu. Oleh kerana hal ini sangat aneh, Hafiy cuba menyelidiki sendiri tanpa diketahui oleh isterinya.

Di Kuala Lumpur.

Keesokan harinya.

Di bilik mesyuarat, Rostam memanggil kepada ahli lembaga pengarah untuk memeriksa apa yang berlaku dan membincang jalan penyelesaian terhadap hal tersebut.

“Ada orang sabotaj dengan bahan-bahan produk losyen…” ujar Encik Rafi, salah satu daripada ahli lembaga itu.

“Okey… kita mesti siasat siapa punya angkara ini semua… sebab… ini akan menjejas reputasi syarikat kita…” kata Rostam.

“Baiklah Encik Rostam… saya akan periksa di kilang membuat losyen itu… jika ada parasit… kami akan beritahu kepada Encik Rostam…” balas Encik Mahjid.

Setelah selesai mesyuarat itu, Rostam pun beralih ke biliknya lalu dia menduduki kerusinya sambil menelefon kepada Hafiy untuk memberitahu perkembangan dan menyakinkan Hafiy bahawa dia akan kendalikan masalah itu secara rasional.

Hari sudah menjadi senja, Jinan pun mula mengemaskan barangnya untuk pulang. Dalam perjalanannya ke tempat letak kereta di tingkat bawah tanah 2, seorang lelaki sedang terjah Jinan dari belakang lalu dia menutup mulut Jinan. Jinan cuba melawan dari terkapan itu tetapi lelaki itu sangat kuat. Mujurlah Rostam muncul secara tidak sengaja lalu dia memukul lelaki dari belakang. Lelaki itu terbaring di bawah dan Rostam pun membuka topeng lelaki itu. Raut wajah Jinan berubah seolah-olah dia melihat hantu.

“Kau Fadli?... kenapa kau sanggup buat aku macam gini?...” tanya Jinan.

“Kau nak tahu tak… pasal kau malukan aku di tempat awam hari tu… ada orang ‘upload’ video semasa kau tuangkan jus di kepala aku… sejak itu… semua gadis-gadis tak nak jumpa dengan aku… jadi aku nak balas dendam…” jelas Fadli.

“Sampai hati kau kan… kau nak putus tunang… aku terima… kau pernah malukan aku dan panggil aku perempuan haram… aku terima… tapi bila aku malukan kau sekali je… kau dah nak balas dendam kat aku… “

“Hei… perempuan haram!... kau ingat ada lelaki nak kan kau ke?... kalau ada pun… mungkin lelaki itu bodoh!...” Rostam menumbuk Fadli.

“Hei… kau jangan nak menghina dia!... dia pun manusia biasa macam kau!... kalau kau cakap lelaki bodoh je yang boleh kahwin dengan dia!… lelaki bodoh tu adalah aku!... aku lah suami dia!... kau ingat baik-baik!... kalau kau tak nak aku heret kau ke balai… kau jangan ganggu Jinan lagi… sebab dia isteri aku!... faham!...” Rostam menarik baju kolar Fadli sambil menghempaskan Fadli di dinding.

“Ya… Allah… belum pernah ada lelaki sanggup mempertahankan maruah seorang wanita macam aku… kenapa Encik Rostam nak pertahankan aku?... sedang aku ni anak haram… apa dia sukakan aku?... atau dia kesiankan aku?... pelbagai soalan di dalam mindaku....” fikiran Jinan bercelaru. Rostam memegang tangan kanan Jinan lalu mereka beredar dari situ.

“Bagus tu… kau ambil lah bekas tunang haram aku tu!... hahaha…” kata-kata sinis dari Fadli.

Rostam menghantar Jinan pulang menggunakan keretanya.

“Awak okey ke?...” tanya Rostam sambil memandu.

“Sa.. saya okey… terima kasih… sebab selamat saya tadi…”

“Takpe… saya faham… dah lah ambil ni.... kesatkan air mata awak…” Rostam memberikan kotak tisu kepada Jinan.

“Oh… terima kasih… romantik juga awak ni kan…”

“Siapa kata saya ni romantik?...”

“Ni… awak bagi tisu kat saya… bukan ke itu romantik…”

“Eh tak lah… saya bagi tisu itu untuk awak kering kan air mata awak… kalau tak…. banjir nanti dalam kereta saya… “ Rostam cuba mengusik

“Iiisssshhhh… awak ni… suka je nak sakat saya…” Jinan mula bengang dengan Rostam.

“Takpe lah… mula-mula sakat… lambat laun hati pula terpikat…”

“Erhmmm… awak… saya nak tanya…”

“Tanya lah… apa dia?...”

“Betul ke… awak nak kahwin dengan saya?...” Rostam mula tersedak dengan persoalan itu.

“Kenapa?... awak tak sudi ke?...” tanya Rostam.

“Takde… saya ni bukan gadis pilihan lelaki… maklumlah… awak tahu kan… saya ni anak luar nikah… sejak kecil lagi orang tak suka kan saya… saya ingat Fadli tu lain daripada lelaki lain… rupanya… dia pun dua kali lima je…”

“Habis tu saya ni macam mana?...sama juga ke?...”

“Oh… Erhmmm….” Jinan tersipu malu.

“Kenapa senyap ni?... “

“Oh… takde… saya terfikir… mana anak awak?...” Jinan sedang bertukar topik.

“Oh… saya tengah nak mengambil dia di rumah Mummy saya… lepas itu saya hantar awak pulang...”

“Okey… boleh…”

Setelah sampai di rumah ibu Rostam, Rayhan berlari ke arah Rostam sambil memeluknya. Rostam mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu dia masukkan anaknya ke dalam duduk belakang kereta.

“Mama!...” Rayhan peluk Jinan dari belakangnya.

“Erhmmm… adik… Akak ni bukan Mama adik....”

“Ray… ini Cik Jinan… rakan kerja Papa…”

“Papa… Papa,,, boleh… Ray panggil dia Mama?...”

“Itu… Ray kena tanya Cik Jinan sendiri…”

“Cik Jinan….Cik… boleh Ray panggil Cik… Mama?...” Jinan tidak sampai hati hendak menghamparkan permintaan seorang budak kecil.

“Baiklah… adik boleh panggil Akak ni Mama… tapi janji… jangan nakal-nakal tau…”

“Baik Mama...Ray berjanji… Papa… boleh kita pergi makan?...”

“Nanti dulu Ray… Papa nak hantar Mama pulang dulu… lepas tu… kita pergi makan ya…”

“Mama… tak leh ikut ke?...”

“Mama tu penat… dia perlu…”

“Takpe… Encik Rostam… saya… boleh temankan Ray… “Jinan menyampuk.

“Awak okey ke?... tak malu ikut dengan duda macam saya ?...”

“Tak lah… lagi pun tak manis nak hampakan permintaan Ray…”

“Ray… dengar tak… Mama Ray ikut sekali…”

“Horeey!... “ Rayhan teruja sambil berduduk diam.

Mereka bertiga itu pun menukar arah ke restoran yang berhampiran di rumah Jinan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience