[BBB] Babak 19 PERKAHWINAN

Romance Completed 49406

Setelah 8 tahun Hafiy tidak naik darah dan panas minyak, tetapi kini, kemarahannya meluap-luap bagaikan api yang membara yang terlalu kuat. Dengan perasaannya tidak terkawal, Hafiy merasakan bahawa Mak Longnya yang sebarkan berita palsu itu lalu dia terus ke rumah Puan Samiyah.

“MAK LONG!!... MAK LONG!!!”

“Hei… kenapa terjerit jerit ni macam orang gila…”

“MAK LONG CAKAP! APA MAK LONG KATA PADA THIFA!”

“Eh apa aku cakap?... kau jangan nak tuduh aku!...”

“JANGAN BOHONG! KALAU TAK KENAPA DIA LARIKAN DIRI?...”

“Kalau dia nak lari ke… nak mampus ke… itu bukan urusan aku… biar si perempuan buta kotor itu… keterunanan pelacur!...”

‘HAFIY TAHU… MAK LONG YANG SEBAR KAN BERITA PALSU ITU!”

“Eh… bukan aku lah… aku masih waras lagi tau… tak kan aku nak buat perkara itu…”

“SUDAHLAH… HAFIY AKAN BUAT ADUAN DARI PIHAK POLIS!... MAK LONG SIAP SEDIA TERIMA DARI KEADILAN!...” Hafiy pun beredar dari situ lalu dia pergi ke balai polis untuk membuat aduan.

Tiba-tiba, Inspektor Nahiz terserempak Hafiy lalu dia cuba menegur.

“Encik… maaf menganggu… Encik ni suami Nathifa Syakura mangsa fitnah dari artikel tu kan?...”

“Ya betul… kenapa?...”

“Sebenarnya saya ni Inspektor Nahiz sedang siasat kes isteri Encik…”

“Siapa yang buat aduan?... “

“Oh sebenarnya ada orang beritahu pada saya bahawa isteri Encik telah difitnah…”

“Oh… jadi Mak Long saya yang terlibat?...”

“Siapa nama Mak Long Encik?...”

“Puan Samiyah…”

“Oh itu bukan suspek saya cari… suspek sebenarnya adalah Mysha Atiya dan Puan Zunaidah…”

“Apa?... mereka yang dalang?...”

“Tak pasti… sebab takde bukti yang kukuh…”

“Tak kan Mysha terlibat?..”

“Dia disyaki ingin membunuh isteri Encik sebab kereta suspek itu adalah kereta sewa didaftar mengguna nama Mysha…”

“Apa?...”

“Boleh saya tahu… apa hubungan Encik dengan mereka?...”

“Sebenarnya… Mak Long saya nak jodohkan saya dengan Mysha… tapi saya tolak sebab saya dah kahwin dengan Nathifa… Mysha pernah ugut saya… tapi saya cuma tak peduli saja…”

“Okey… kalau begitu… saya perlu bantuan dari Encik…”

“Bantuan apa?...”

Dua hari kemudian.

Hafiy mengajak semua orang hadir di rumahnya untuk buat pengumuman penting.

“Baiklah… semua dah kumpul… saya ada hal nak disampaikan…”

“Hal apa tu Fiy?” Pak Kassim bertanya.

“Sebenarnya… saya setuju nak kahwin dengan Mysha…”

“Hafiy?... kamu betul ke?...”

“Betul Atuk… tapi ada 3 syarat….”

“Apa syaratnya?...” Puan Samiyah tidak sabar hendak tahu.

“Okey… syarat pertama - perkahwinan itu akan berlangsung sebulan dari sekarang. Yang kedua - dalam sebulan itu… Mysha tidak dibenarkan berjumpa dengan saya…”

“Tapi kenapa?...” Mysha bertanya.

“Sebab saya nak elakkan dari fitnah… dan yang terakhir… Mak Long akan uruskan semua persiapan perkahwinan kami dan saya cuma datang untuk buat tempahan pakaian pengantin… jadi semua setuju?...’

“Hafiy… Atuk nak tanya… Thifa tahu tak Hafiy nak kahwin ni?...”

“Tak Atuk… lagipun dia dah tinggal kan Hafiy… takpe Atuk… Hafiy reda…”

“Itu lah… bagus kan dia lari tinggalkan kau… kalau tak dia hanya bagikan beban saja…” tambah Puan Samiyah.

“Sudahlah… Mak Long… dia dah pergi kan… apa lagi tak puas hati?... nanti saya tarik balik apa yang saya cakap tadi kan… baru tahu…”

“Okey… okey...kalau begitu… Mak Long minta diri dulu…” Puan Samiyah, Puan Zunaidah dan Mysha sedang beredar dari situ. Riang hati Puan Zunaidah bila cita-citanya hampir tercapai.

Pak Kassim masih curiga dengan keputusan Hafiy.

“Hafiy… kamu betul-betul yakin ke nak kahwin lagi?... Hafiy tak sayangkan Thifa lagi ke…”

“Atuk… orang dah tak nak kan Hafiy… apa boleh Hafiy buat… ini adalah keputusan Hafiy…”

“Baiklah… kalau itu keputusan kamu… Atuk terima…”

“Maafkan… Hafiy… Atuk… sebab berkata bohong pada Atuk… Hafiy buat semua ni sebab nak pertahankan maruah Thifa… Atuk akan faham nanti…” bisikan di hati Hafiy.

“Hafiy… Atuk tahu Hafiy tipu Atuk… Atuk faham Hafiy buat ini semua ada sebab… Atuk harap Hafiy buat keputusan yang tepat....” kata Pak Kassim di dalam mindanya.

Setelah itu, tanpa disedari, majlis perkahwinan Hafiy dengan Mysha telah disebarkan ke dalam media sosial. Rostam mula naik minyak apabila membaca artikel itu. Dia terus berdepan dengan Hafiy lalu menunjukkan buku limanya ke arah Hafiy.

“Tam?... apa ni semua?!...”

“Apa ini semua?... kau tengok artikel ini?...” Rostam tunjukkan artikel itu kepada Hafiy.

“Betul… saya nak kahwin… kenapa?...”

“Kau memang lelaki dayus!... sanggup kau kahwin lain tanpa Thifa tahu!…”

“Kamu jangan nak menuduh saya… saya bukan lelaki macam itu…”

“Habis tu apa?... gila bini?... sampai nak tambah kouta pula?…”

“Tam… cakap apa yang kamu nak… saya tetap akan kahwin dengan Mysha… titik…”

“Sampai hati kau… nak lukakan hati Thifa… mana cinta kau seagung dulu?... kau cuba banyak kali nak pikat dia… sekarang kau tipu perasaan dia pula…”

“Tam… sabar dulu… saya boleh….”

“Boleh apa?... kalau kau nak tahu… hidup Thifa terseksa sejak berita fitnah dia disebarkan… ramai orang datang ke butiknya… untuk dimaki hamun… sampai Mak Long kau datang pun dan beri amaran kepada dia supaya dia tinggalkan kau…”

“Mak Long saya datang?... macam mana kamu tahu?...”

“Hafiy… Thifa dah bilang semuanya kepada aku semasa dia di hospital… dia beritahu aku rahsiakan semua itu… tapi kini aku tak tahan… sebab kau telah menyakiti hatinya…”

“Tam… biarlah saya jelaskan…”

“Sudahlah!… aku betul-betul kecewa dengan sikap kau ni… aku sangat menyesal mendapat kawan yang tak hargai isterinya sendiri…” Rostam pun beredar dari situ.

Dengan keputusannya untuk mengahwini Mysha telah membuatkan dirinya kehilangan sahabat karibnya itu.

Manakala di Pahang, dalam butik Nathifa, Dayana terbaca artikel mengenai perkahwinan Hafiy dengan Mysha.

“Thifa… Thifa… cuba tengok artikel ini…” Dayana tergesa-gesa tunjukkan artikel itu.

“Oh… artikel itu…” jawab Nathifa dengan muka selamba.

“Thifa tak rasa sedih?...”

“Sedih?... tak lah lagipun… lelaki boleh kahwin empat kan…”

“Encik Hafiy tu… mata keranjang… ish… kalau saya… saya nak belasah dia cukup-cukup…”

“Eh… apa awak mengarut ni?… kita takleh salahkan dia seratus peratus… mungkin ada sebab dia sendiri…”

“Saya tak faham lah… Thifa masih boleh kelihatan tenang je... “

“Dah lah tu… kadang kala… kalau kita mengalah… tak bermakna kita kalah… “

“Tapi sekarang Thifa… kan dah tak buta… masih boleh dapat hak Thifa sebagai isteri…”

“Takpe… itu semua tak penting… sekarang… Thifa nak tumpukan kandungan Thifa ini… doktor pesan supaya Thifa takleh ada stres... “

“Baiklah… sori Thifa kalau saya menyinggung perasaan awak…”

“Takpe awak mengambil berat pasal saya kan… saya bersyukur sangat sebab saya boleh melihat wajah awak semua…”

“Okey lah… saya sambung kerja dulu…”

Di Kuching, ke daerah kampung Julia yang indah permai, Julia sedang duduk di buaiannya sambil terkenangkan kehidupannya di Kuala Lumpur.

“Aku ni Julia… aku berasal dari kampung di Kuching… keluargaku orang sederhana… jadi aku pergi KL untuk sara hidup keluargaku… kini aku dah berhenti kerja… dan aku sedang mencari kerja… keluargaku ingat aku dibuang kerja… tapi sebenarnya… aku nak berhenti sebab ingin lupakan kenanganku di sana… sekarang aku cuba melupakan Rostam… tapi aku tak tahu kenapa susah sangat untukku lupakan dia?... semakin aku paksa lupakan dia… semakin rindu pula jadinya… balik KL?... memang tak lah… lagipun dia bukan nak cari aku pun… aku tak nak orang menganggap aku sebagai perempuan tidak bermaruah sebab kejarkan seorang lelaki… mungkin aku ni bukan orang senang… jadi… siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan Suhana atau wanita kaya di sana… biarlah aku redha dari ketentuan Ilahi… walau pahit sekalipun… aku harus telan semua ni… biarlah aku mengalah… kalau betul… Rostam itu adalah jodohku… ia tidak pergi ke mana…” Julia pun berhenti bermain buaian lalu dia masuk ke dalam rumahnya untuk membantu ibunya masak untuk hidangan makan malam.

“Julia… dimanakah kau menghilang?... puas merata KL aku mencari kau… kenapa kau nak larikan diri?... maafkan aku… aku sedar aku buat banyak salah pada kau… ” raungan Rostam sambil melihat peta di kawasan Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience