[BBB] Babak 39 MUSUH LAMA

Romance Completed 49409

Di Kuala Lumpur.

Rostam telah dihantar di hospital dan dia kini berada dalam bilik kecemasan. Puan Habsah dan Rayhan baru sahaja tiba lalu mereka hanya duduk di bangku untuk menunggu keterangan dari doktor.

Setelah itu, Jinan pun datang ke hospital untuk menjenguk Rostam. Rayhan terus memeluk Jinan dengan raut wajahnya yang sedih pilu itu.

“Mama?...” tanya Puan Habsah.

“Oh… maafkan saya Makcik… saya Jinan… rakan kerja Encik Rostam…” jawab Jinan.

“Ooh… habis tu… kenapa Ray panggil kamu Mama?... kamu dah kahwin dengan Tam ke?...”

“Erhmmm…. Pasal itu… panjang ceritanya… sebenarnya… saya yang....”

“Maaf mengganggu… kamu semua ni ahli keluarga mangsa ke?...” Doktor menyampuk.

“Ya… betul… saya ni mummy dia… kenapa dengan anak saya doktor?...”

“Sebenarnya… anak Puan takde apa-apa parah cuma dia sedang koma akibat serangan yang mengejutkan… tambahan pula… dia kehilangan darah… akibat hentakan yang kuat di bahagian belakangnya...”

“Kalau begitu... boleh saya dermakan darah saya kepada anak saya?...”

“Apakah jenis darah Puan?...” tanya Doktor.

“Jenis darah saya A minus…” jawab Puan Habsah.

“Oh… kalau macam itu… tak boleh Puan… sebab jenis darah Encik Rostam adalah B plus…”

“Jadi macam mana doktor?...”

“Erhmmm… saya boleh derma…” Jinan menawarkan dirinya.

“Boleh… tapi saya nak tahu jenis darah kamu?…”

“Jenis darah saya AB minus… dan setahu saya… jenis darah saya boleh derma jenis darah yang lain…”

“Betul… kalau Cik dah setuju… sila ikut saya ke bilik derma darah…” Jinan menyusul Doktor ke bilik derma darah sementara Puan Habsah dan cucunya sedang menunggu dari luar.

Di Pahang.

Nathifa sedang merawat kesan bengkak di dahi kiri Hafiy. Kesakitan dari bengkak itu menyebabkan Hafiy teriak bagai anak kecil.

“Alah… Abang ni… luka tak seberapa… jeritnya kuat…” usik Nathifa.

“Sakit tau… tapi Abang bersyukur… Abang masih ada peluang untuk jaga Thifa dan anak-anak kita….”

“Abang ada musuh ketat ke?... sampai kena pukul bagai?...” tanya Nathifa.

“Setahu Abang… takde… mungkin perompak kut…” jawab Hafiy.

“Tapi… pelik lah… kalau perompak… kenapa dia tinggalkan bahan bukti?...” tambah Nathifa.

“Yang itu… Abang tak pasti… mungkin dia perompak amatur… sebab… Abang tengok dia macam ketakutan je…biarkan lah… lagipun pihak polis sedang siasat si pemukul itu...”

“Haiz… lain kali Abang mesti berhati-hati tau… gugur jantung Thifa bila dapat tahu Abang kena pukul... “ bebelan seorang isteri.

“Ya… lain kali Abang berwaspada…” Hafiy cuba meyakinkan Nathifa.

Tiba-tiba, Hafiy menerima panggilan dari Adriana. Hafiy menjawab panggilan itu dan Adriana mula ceritakan mengenai keadaan Rostam.

“Apa?... Rostam sedang koma?... baiklah… nanti saya kesana… terima kasih…”

“Kenapa Abang?... apa yang berlaku?...”

“Kawan Abang… Rostam ada di bilik ICU dan dia masih koma…”

“Koma?... kenapa boleh sampai begitu?...”

“Rostam kena pukul orang…”

“Dia kena pukul juga?... “

“Jadi Abang perlu pergi KL untuk mengantikan Rostam buat sementara waktu… sambil itu Abang boleh melawat dia…”

“Baiklah… Thifa faham… nanti hari sabtu… Thifa dan anak-anak kita pergi KL…”

“Okey… kalau begitu… Abang siapkan barang-barang Abang.

Di balai polis Pahang.

“Tuan... suspek sedang menggunakan pemukul besbol untuk pukul si mangsa…”

“Okey… saya nak awak siasat… apa motif suspek serang si mangsa… dan juga saya nak tahu kesan cap jari di pemukul besbol itu…”

“Baik tuan… kami akan mendapat laporan kesan cap jari itu esok di makmal forensik…”

Di Kuala Lumpur.

Setelah Jinan mendermakan darah kepada Rostam, dia menuju ke arah Puan Habsah dan Rayhan. Apabila Habsah bertemu semula dengan Jinan, dia mula bertanya.

“Erhmmm… Jinan… Makcik nak tanya… kenapa Ray panggil kamu Mama?...”

“Oh… sebenarnya saya sendiri tak tahu Makcik… tapi saya cuma agak mungkin sebab saya dermakan darah saya untuk Ray dulu…”

“Jadi… kamu yang dermakan darah kepada Ray?... Tam tahu tak yang awak telah selamatkan nyawa anaknya dulu?...”

“Dia tak tahu Makcik… saya takut kalau dia serba salah pada saya…”

“Eh… kenapa nak serba salah… kamu kan ikhlas membantu dia…”

“Susah lah Makcik kalau nak jelaskan… sebab saya ada sejarah hitam… saya bukan wanita seperti mana Makcik idamkan…”

“Jinan… Makcik tak kisah… siapa calon menantu Makcik… asalkan dia sanggup menjaga Tam dan Ray…”

“Tapi saya ni… “

“Jinan… Tam pernah ceritakan tentang diri kamu… cuma hari ini kita baru bertentang mata… Makcik tak kisah latar belakang kamu Nak… lagipun siapa kita nak menghukum sesama manusia… biarlah orang berkata… asal niat Jinan baik dan ikhlas…” tambah Puan Habsah sambil memegang tangan Jinan.

Titisan air mata Jinan berlinangan dan Puan Habsah memeluk Jinan dengan penuh mesra. Rayhan pun memeluk Jinan dari belakang Jinan.

Di Pahang.

Keesokan harinya ketika matahari terbit, semasa di dalam tandas, Nathifa sedang melihat ujian kehamilan di tangan kirinya dan ternyata dia mengandung.

“Syukur Alhamdulilah… aku mengandung… Abang Hafiy mesti suka…” ujar Nathifa dengan hati yang girang.

Nathifa pun keluar dari tandas itu lalu dia berjumpa dengan anak-anaknya di ruang tamu untuk menghantar Najla dan Nayla ke taska sebelum pergi ke butik.

Di Kuala Lumpur.

Hampir lima jam kemudian, Hafiy baru saja sampai di hospital dan dia bergegas ke arah ibu Rostam. Puan Habsah memberitahu perkembangan mengenai keadaan Rostam. Hafiy tidak mampu melakukan apa-apa melainkan berdoa pada yang maha Esa. Bagi Hafiy, Rostam adalah sahabat yang baik dan mereka berdua menghadapi cabaran mereka bersama sewaktu jatuh bangun mereka. Kini, Rostam sedang koma dan Hafiy akan mengganti tempat kawannya untuk mengurus syarikatnya di Kuala Lumpur.

Tiba-tiba, Hafiy menerima panggilan misteri.

“Helo… siapa ni?...” tanya Hafiy.

“Hai… sayang… kau tak kenal aku ke?...” balas sinis dari Mysha.

“Mysha?... apa kamu nak dari saya?!...”

“Shush… aku tak nak apa-apa dari kau… aku cuma nak melawat anak-anak dan isteri kau….” Mysha mengalihkan telefon pintarnya kepada Nathifa dan anak kembarnya. Hafiy mula naik minyak.

“Apa kamu nak buat dengan mereka?!...” tanya Hafiy dengan intonasi yang tinggi.

“Alah… sayang… tak payah nak marah-marah… aku cuma nak kau rasa apa yang aku rasa... kehilangan orang yang kau sayang…”

“Mysha… Mysha… jap… kalau kamu bencikan saya… lepaskan mereka… biarlah saya jadi gantinya…”

“Jap… aku fikir… nak bunuh kau ke tak… bunuh kau ke tak…. Kau fikir lah sendiri!... hei kau dengar sini… aku dah mengasingkan anak-anak kau dan bini kau!... aku berikan kau tempoh 24 jam saja untuk selamatkan mereka… kau kena pilih antara satu… nak selamatkan anak kau ke atau bini kau!... Mysha menutup panggilan itu lalu dia ketawa dengan nada yang mengerikan.

“Kamu jangan nak apa-apakan mereka!... helo… helo?... HELO?...” Hafiy semakin bengang seakan-akan dia gagal melindungi keluarganya.

“Ya Allah… ujian apakah yang Kamu berikan pada saya?...” ujar Hafiy sambil duduk di kerusi dengan menyentuh kedua telapak tangannya.

Di Pahang.

Mysha sedang membuka topeng Nathifa. Nathifa tidak mengecam wajah Mysha tetapi dia boleh mendengar suara Mysha. Mysha biarkan Nathifa di sebuah pondok kecil. Dalam pondok itu terdapat tin besar berisi minyak kerosene dan tuju Mysha hendak membakar Nathifa hidup-hidup manakala Najla dan Nayla telah diletakkan ke tempat terpencil. Di tempat itu mempunyai peranti pengeboman dan ia hanya meletup jika Mysha menekan butang di aplikasi telefon pintarnya.

“Awak ni siapa?...” tanya Nathifa.

“Kau tak kenal aku ke?... cuba kau dengar suara aku betul-betul…” balas Mysha.

“Cik Mysha?... kenapa Cik Mysha nak buat saya macam ni?...” tambah Nathifa sambil cuba melepaskan dari ikatan itu.

“Oh… kenapa ya?... jap… jap… NAK BUNUH KAU!...” nada Mysha berubah menjadi suara garau.

“Nak bunuh aku?... tap kenapa aku?... aku tak buat apa-apa kat kau…”

“Itu memang betul… LAKI KAU YANG MENYEBABKAN MAK AKU MATI DALAM PENJARA… SEKARANG AKU NAK DIA RASA ORANG YANG DIA SAYANG DAH MATI…” ujar Mysha sambil menunjukkan pisaunya ke arah Nathifa. Nathifa menjadi ketakutan apabila Mysha sedang menguris manja di perut Nathifa.

“Mysha… ajal maut itu semua ditangan Tuhan… kau harus terima takdir…”

“Hei… kau tak payah nak ceramah dengan aku… kau pun sama macam aku je... “

“Apa kau maksudkan itu?...”

“Okey… aku jelaskan… kakak…”

“Kakak?... kau ni siapa?... aku takde adik?...”

“Betul… tapi kita dilahirkan dengan ‘air mani synthetic’ yang sama… jadi lain mak… sama bapa… bukan ke itu bermakna kita ni adik beradik?...”

“Aku tak percaya… apa ini semua?...”

“Haiz… kau kata dengan aku… aku kena terima hakikat… tapi kau sendiri tak nak terima hakikat bahawa aku ni adik kau… dasar perempuan munafik… ada hati nak ceramah kat aku…”

“Okey… aku minta maaf… kau lepaskan lah aku… bolehlah aku peluk adik aku yang cantik ni…” Nathifa cuba memujuk Mysha.

“Nak aku lepaskan kau… boleh… tapi... aku nak kau minta cerai dengan laki kau… baru lah kau boleh dibebaskan…”

Di Kuala Lumpur.

Tanpa berlengah lagi, Hafiy terus ke balai polis Kuala Lumpur untuk berjumpa kepada Timbalan Pengawas Polis (DSP) Nahiz agar dia boleh membantu Hafiy untuk menyelamatkan isteri dan anak-anaknya.

“Ya Allah… apa yang harus saya lakukan?… yang mana satu saya harus selamatkan?...” fikiran Hafiy menjadi serabut sambil memandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience