[BBB] Babak 24 RAKAN BAHARU

Romance Completed 49409

Seminggu kemudian.

Di Kuala Lumpur.

Hafiy sedang duduk di sofa sambil melihat telefon pintarnya. Dia lihat e-melnya sama ada Cik NS sudah balas e-melnya itu atau tidak.

“Sudah seminggu… saya tak terima e-mel dari dia… adakah dia dah betul mengaku kalah?... ish… tak kan pula… dari tengok e-mel dia hantar macam tak nak mengalah je… takpe… saya cuba tanya…”

Di Pahang.

Semasa Nathifa sudah selesai bersihkan dirinya, dia terdengar bunyi dari telefon pintarnya lalu dia membuka dan lihat.

“Ish… mamat muka tembok itu pula… takpe… aku baca apa yang dia nak…” Nathifa pun buka dari peti masuk e-melnya.

“Hai Cik ‘Not Slim’,

Lama tak balas. Dah mengaku kalah ke? Atau takleh tahan dengan ayat sinis saya tu?”

“Wah… wah… dah melampau ni… takpe biar aku cuba ayat manis pula… dia mesti cair…” Nathifa pun balas semula.

Di Kuala Lumpur.

Bunyi mesej dari telefon pintar Hafiy dan Hafiy pun membaca dari e-mel itu.

“Helo Encik Wall,

Terima kasih atas prihatin Encik. Sebenarnya saya tak berapa sihat maklumlah sedang berbadan dua katakan. “ wajah Hafiy berubah.

“Eh… pelik?... dia puji saya pula?... mengandung?... nasib baik lah dia isteri orang… tak payah saya nak ganggu dia… nanti tak pasal-pasal… cemburu pula suami dia...”

“Erhmmm…. Hantar!”

Di Pahang.

“Hai Cik ‘Not Slim’,

Saya minta maaf sebab ganggu awak. Sebenarnya saya sedang mencari isteri saya. Oleh kerana saya terlalu emosi masa itu, saya terlepas pada awak. Okey. saya berjanji tak kan ganggu awak lagi.”

“Tengok… kan dah cair… okeylah… kesian pula mamat ni… isteri dia tinggalkan dia pula…” Nathifa terus balas e-mel itu.

Di Kuala Lumpur.

“Helo Encik Wall,

Sudah lah tu. saya dah maafkan awak. Apa kata kita jadi kawan? Jadi rakan e-mel. Apa kata awak?”

“Jadi rakan e-mel? Boleh lah… jadi kawan… buat apa nak jadi musuh pula…” Hafiy pun balas dengan meletakkan syarat.

Di Pahang.

“Hai Cik ‘Not Slim’,

Baiklah saya sudi jadi rakan e-mel awak. Tapi kita cuma kenalan menggunakan nama ini. Awak Cik ‘Not Slim’ dan saya Encik Wall. setuju tak?”

“Haiz… aku Cik ‘Not Slim’?... NS tu nama aku lah… Nathifa Syakura… takpelah… layankan je… asalkan dia bahagia lah… lagipun aku ada kawan baharu…” Nathifa pun setuju dan balas e-mel itu.

Di Kuala Lumpur.

“Helo Encik Wall,

Baiklah. Saya setuju. Tapi saya nak tanya sikit. Encik bergaduh dengan isteri Encik eh? Sampai isteri Encik lari tinggalkan Encik? Apa hal?”

“Ish… sibuk je… baru nak jadi kawan dah tanya pula… soalan cepu emas… tapi… okey lah tu… maknanya dia prihatin orangnya… takpe… jujur kan bagus…” Hafiy pun ceritakan tentang isterinya pada Cik NS.

Di Pahang.

Nathifa pun berduka cita apabila membaca penjelasan dari Encik Wall dan dia tumpang sedih lalu dia ceritakan tentang suaminya pada Encik Wall.

Sejak itu, Hafiy dan Nathifa sering berhubung melalui e-mel itu. Walaupun mereka tidak bertentang mata, mereka berdua dapat merasakan bahawa mereka sudah kenal lama.

Setiap hari selepas Hafiy bekerja, dia akan balas e-mel dari Cik NS manakala Nathifa pula akan balas e-mel dari Encik Wall selepas solat isyak.

Di Kuala Lumpur.

“Ya Allah… kenapa bila saya berhubung dengan Cik NS ni hati saya mula lega dan tenang?...” Hafiy terasa lapang bagaikan batu yang berat di bahunya sudah hilang.

Di Pahang.

“Ya Allah… kenapa perangai Encik Wall tu hampir sebiji dengan perangai suamiku?... terubat rasa rindu bila berhubung dengannya…” Nathifa mula rasa bahawa rindu yang dipendam itu telah diluahkan sesudah dia balas mesej-mesej dari e-mel itu.

Di Johor, rumah Ain .

Nahiz sedang menghulurkan tangannya pada Tok Kadi untuk mulakan lafaz akad nikah. Dengan keizinan dari yang maha Esa, Nahiz dan Ain sudah menjadi pasangan yang sah.

“Alhamdulilah… aku bersyukur sebab ada hamba Allah yang sudi menerima aku seadanya… memang betul… aku telah buat kesalahan yang dimurkai Allah… tapi Allah itu maha Pengasih lagi maha Penyayang… tiap-tiap hari aku berdoa padaNya agar segala dosa-dosa aku diampunkan… pengalaman pahit itu telah mengajarkan erti kesabaran… kalau dulu aku tak keluar dari rumah mungkin aku masih suci lagi… tapi kalau tak alami keseksaan itu… aku tak mungkin bertemu Abang Nahiz… ini semua ada hikmahnya… seperti orang pernah cakap… Allah uji kita sebab Dia sayang dengan kita supaya kita lebih dekat denganNya… kalau lah diberi peluang kedua… aku ingin meminta maaf kepada Nathifa… walaupun aku cuba membantu Nathifa dari berita fitnah itu… aku masih berdosa pada dia… sejak kejadian yang menakutkan itu… aku sedar bahawa orang anak luar nikah itu bukan seburuknya aku sangka… malah mereka tidak berdosa… kalau aku tidak jumpa dengan arwah Iman dulu… aku mungkin akan lakukan dosa-dosa yang sukar dihentikan itu.... Terima kasih Iman sebab membantu aku untuk melarikan diri… aku berjanji aku akan jadi isteri dan ibu yang baik dan aku akan bimbing anak-anak aku bahawa janganlah kita menilai seseorang itu dari latar belakangnya… aku selalu berdoa agar kau ditempatkan dari orang yang soleh…” Ain tengah termenung di bilik pengantinnya. Nahiz kemudian masuk ke dalam bilik itu untuk mengajak isterinya ke luar menyambut tetamu lalu dia menegurnya.

“Ain… kenapa awak menangis ni… kita kan sedang menyambut hari kebahagiaan ini…” Nahiz menyampuk.

“Maafkan Ain Abang… Ain cuma kenang kan arwah Iman...kalau dia tak bantu Ain… Ain tak…”

“Dah lah tu… tak mau sedih-sedih… kalau arwah ada pun… dia pun tak nak lihat kawannya bersedih hati… “

“Baiklah Abang”

“Dah… kesat kan air mata awak… nanti ‘make-up’ awak rosak pula…”

“Ish... apa lah Abang…”

“Kan dah comel itu isteri Abang… jom kita pergi luar… kita sambut tetamu…”

Di Kuching, rumah Julia.

“Begini lah Pakcik… Makcik… saya datang nak meminang anak Pakcik…” bapa Julia, Pak Bidin, mula naik angin.

“Kau takde adat ke?!... kau ingat anak aku macam pasar… jual beli ikan ke?!... mana adat kau?!... mentang-mentang tinggal di KL… dah lupa adat resam kita?!...” mendidih hati Pak Bidin bila bersuara.

“Bawa bertenang dulu… Pakcik… saya minta maaf… sebenarnya tujuan saya datang kemari hendak beritahu pada Pakcik dan Makcik… kalau Pakcik dan Makcik setuju… Insya-Allah minggu depan keluarga saya akan bawa rombongan untuk pinang anak Pakcik dan Makcik…”

“Oh begitu… maafkan Pakcik ya… maklum lah kita ada budaya… mestilah...kita perlu ikut adat resam kita…”

“Saya faham Pakcik… Makcik… itu saja yang saya perlu sampaikan…”

“Sabar dulu… Makcik dah masak lebih tu… jom lah kita makan dulu…”

“Tak keberatan ke?...”

“Eh taklah… Pakcik minta maaf sekali lagi… kalau cakap Pakcik tadi menyinggung perasaan kamu…”

“Takpe Pakcik… saya faham… setiap ibubapa nak kan terbaik untuk anaknya kan…”

“Rostam… kau makan lah dulu… sebelum pergi… aku masak tau… Abah dah ajak itu…”

“Ish… kamu ni Lia… kenapa cakap ‘Aku… Kau’ je dengan Rostam?... cuba bersopan santun sikit… macam ‘ Saya… Awak’ ke?... kan lebih manis gitu...” pesan Mak Senah kepada Julia.

“Alah… Mak… kita dah biasa da…”

“Mak tak kira… kamu cuba cakap ‘saya… awak’ dengan Rostam sekarang…”

“Okey… Okey…Lia cuba… Aaawak… jemputlah makan… Saaaya… masak tau…” ujar Julia sambil mencuba untuk bersopan santun dengan Rostam.

“ Hah… kan manis macam tu…” tambah Mak Senah.

“Dah.. dah… kita makan bersama…”

Di Pahang.

“Hai Cik ‘Not Slim’,

Apa awak akan buat bila awak rindukan suami awak? Saya rindukan isteri saya lah.”

“Haiz… soalan apa mamat tu bagi?... rindu isteri pun nak tanya aku ke?... macam lah aku ni kaunter pertanyaan… tapi aku pun rindukan suami aku juga… Okeylah… aku balas je lah…”

Di Kuala Lumpur.

“Helo Encik Wall,

Kalau saya rindukan suami saya, saya akan kenangkan saat-saat indah bersamanya. Kenangan manis itu yang berikan saya semangat untuk teruskan hidup. Dan saya juga doakan agar dia sentiasa selamat dan sejahtera. Kalau awak, macam mana awak buat?”

“Kenangan indah… alamak dia pula tanya soalan sama?... takpe saya akan jawab soalan dia…”

Di Pahang.

“Hai Cik ‘Not Slim’,

Terima kasih dengan nasihat awak. Kalau saya rindukan isteri saya, saya akan lihat gambarnya dalam telefon saya. Dan juga saya doakan supaya dia dilindungi oleh Allah dari segala malapetaka. “

“Tengok gambar… ish… kenapa dengan aku ni?... boleh tersenyum seorang diri selepas baca mesej itu… kau kena ingat Thifa… kau tu isteri orang… jangan fikir ke lain pula… tapi… kenapa cara ayat-ayat dari Encik Wall tu serupa dengan kata-kata Abang Hafiy?...” Nathifa tertanya-tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience