[BBB] Babak 27 KECIL DUNIA

Romance Completed 49409

Keesokan harinya.

Di Pahang.

"Alah… comel nya anak-anak Thifa… bertuah lah Thifa ni dua anak sekali gus…" Ujar Aniqah.

"Seronoknya kan… lepas ni riuh rendah rumah kita kan…"kata Rosnah.

"Thifa bersyukur sangat… cuma Abang Hafiy… takde disini melihat anak-anaknya…"

"Itulah… Encik Hafiy tu tak guna tau… lupakan isterinya … ish kalau saya...dah lanyak dia…" emosi Shila tidak terkawal.

"Shila!..." Yang lain memanggil Shila dengan serentak.

"Oops… sori Thifa… terlepas cakap… maafkan saya…"

"Takpe… saya faham… awak cuba kawal emosi sikit… Thifa tak nak anak-anak Thifa ni… dengar buruk pasal ayahnya…"

"Maafkan saya Thifa… saya tak kan cakap buruk pasal Encik Hafiy…" Shila mencium tangan kanan Nathifa.

"Jap...jap korang semua tahu tak cara-cara pantang larang setelah bersalin?..."tanya Laila. Semua orang tergarut kepala sebab mereka semua belum bersuami.

"Aah… aku kol mak aku… dia kan veteran… korang semua jangan… risau okey?..." Jelas Dayana.

"Rosnah… tolong ambil gambar anak-anak saya…"

"Okey… jap saya ambilkan…" Rosnah pun petikan gambar bayi-bayi itu.

"Cantik… comel… Thifa dah ada ke nama untuk mereka berdua ni…" soal Noreen.

"Oh...dah… yang ada tahi lalat di dagu kiri itu… 'Najla Ani' dan tahi lalat di tepi kanan hidung itu… 'Nayla Ani'... Najla adalah kakak… dan Nayla adalah adik…"

"Wow… Najla… Nayla… sedap nama itu… pandai Thifa beri nama-nama itu…" puji Aniqah.

"Bila nak 'discharged' ni?... Thifa nak balik lah…"

"Oh… pasal itu… tadi Laila dah tanya… nanti petang dah boleh pulang…" jelas Laila.

Mereka berenam sanggup tunggu Nathifa sampai matahari gerhana. Nathifa terharu sangat dengan mereka berenam itu. Rosnah bercadang untuk ambil giliran menjaga Nathifa semasa dalam pantang. Walaupun pelbagai kerenah dan tingkah laku mereka berbeza, namun mereka saling membantu sesama mereka bila jatuh bangun Nathifa.

"Ya Allah… aku bersyukur sebab ada mereka berenam ini dalam hidupku… aku tak tahu kenapa mereka begitu setia untukku… tapi yang aku tahu… mereka adalah insan yang mulia disisi Allah… kadangkala… hidup ini mempunyai cahaya yang kecil… pengalaman dan dugaanku yang membuatkan cahaya itu menjadi luas… tanpa pengalaman dan dugaan… maka kegelapan akan muncul dan mengepung cahaya itu… justeru itu… Rosnah… Laila… Dayana… Noreen... Shila… dan Aniqah… adalah cahaya dalam hidupku… tapi… mampukah aku menjaga kedua-dua anakku tanpa seorang suami disisi?..." Bisikan di hati Nathifa sambil memandang anak-anaknya sedang didodoi oleh Noreen dan Aniqah.

3 bulan kemudian.

Di London.

Semasa Hafiy baru balik dari kerjanya, dia baring di atas katil sambil memikirkan khabar Cik NS.

"Sudah hampir 3 bulan… Cik 'Not Slim'... tak hantar e-mel ke?... Tentu anak dia comel kan?... Perempuan ke lelaki eh?... Saya e-mel je lah…" Hafiy pun mesej e-mel itu.

Di Pahang.

Selepas Nathifa menyusu kedua anaknya dan dodoi mereka tidur, dia pun hendak ke dapur. Tiba-tiba, bunyi mesej kedengaran dan Nathifa baca e-mel itu.

"Helo Cik 'Not Slim',

Awak apa khabar? Sihat? Macam mana dengan anak awak? Mesti comel macam maknya kan? Saya betul minta maaf sebab tak tengok awak bersalin. Saya harap kita masih kawan kan."

"Ya Allah… macam mana aku boleh terlupa nak hantar gambar anak-anak aku kat dia?… Dia ni kan mengalahkan suami… tapi takpe lah… kawan kan lagipun aku suka cara dia balas mesej itu semua…" Nathifa sangat teruja membalas e-mel itu.

Di London.

Selepas Hafiy membersihkan diri, dia terdengar bunyi mesej di telefon pintar. Dia membuka dan membaca e-mel tersebut. Raut wajah Hafiy berubah bagaikan darah tersembur seakan-akan dia membaca berita yang mengejutkan. Badannya mula beku dan tangannya bergelenyar sehingga telefon pintarnya terjatuh.

"Kem... Kembar?... Najla Ani binte Hafiy Iffat?... Nayla Ani binte Hafiy Iffat?... Itu… anak-anak saya?... Jadi… cik NS itu adalah Nathifa Syakura?... Ya Allah… kecilnya dunia ini… kenapa lah saya tak tahu?... Kalau saya tahu… sebelum saya pergi London… saya mesti sempat jumpa dia… Maafkan Abang Thifa… demi Allah Abang tak tahu… Abang tak berniat nak meninggalkan Thifa bersalin tanpa Abang…"

Hafiy kemudian mencari alamat butik itu dan dia buat penghantaran habuan untuk anak isterinya ke butik Nathifa di Pahang. Oleh kerana Hafiy tidak mahu Nathifa risau, dia teruskan dengan gelarannya 'Encik Wall' itu dan berjanji akan jelaskan semuanya selepas pulang dari London kelak.

Di Pahang.

"Hai Cik 'Not Slim',

Comel sungguh anak-anak awak. Kembar pula tu. Bertuah awak. Tahniah! Sebenarnya, saya ada permintaan dari awak. Boleh tak kalau saya jadi bapa angkat untuk si comel manis itu? Dan boleh tak awak hantar gambar mereka setiap tahun? Jangan risau, saya tahu batas kita. Nanti awak risau suami awak cemburu kan. "

"APA?!... Nak jadi bapa angkat?! Mamat ni gila ke apa?... Tapi… selama aku kenal dia ni… tak ambil kesempatan… kalau orang lain… dah nak buat scam ke minta duit ke… tapi dia ni lain sikit… takpe lah aku hantar je gambar anak-anak aku kat dia…"

Di London.

" Helo Encik Wall,

Baik. Saya setuju. Tapi bersyarat. Pertama, awak mesti buat pengakuan bahawa awak bukan 'pedophile'. Kedua, setiap dua minggu kita balas e-mel. Dan terakhir sekali, awak jangan sebar kan gambar-gambar anak saya di media sosial. Kalau awak setuju dengan syarat itu. Saya akan laksanakan permohonan awak."

" Saya 'pedophile'? Thifa… Thifa… kalau lah awak tahu saya ni Hafiy… tentu awak boleh bagi permohonan saya itu… tapi pelik kan? Kenapa dia boleh bagi percayakan pada saya?... Walaupun Encik Wall cuma rakan e-mel dia je… terima kasih Thifa sebab beri kepercayaan kepada Abang walaupun Thifa tak tahu Abang ni 'Encik Wall'..."

Di Pahang.

"Hai Cik 'Not Slim',

Saya mengaku saya bukan 'pedophile'. Saya tak akan sebar kan gambar-gambar anak awak di media sosial. Saya pun setuju untuk balas e-mel dua minggu sekali. Terima kasih sebab sudi tunaikan permintaan saya." Tersenyum sipu Nathifa bila membaca e-mel itu.

“Bagus… dia dah setuju… jadi senang lah aku nak buat tanpa ragu… tapi baik juga hati dia kan… sanggup hadiahkan aku habuan untuk Najla dan Nayla… okeylah… dia pun bukan musuh pun… buat apa nak syak was sangka…”

Di London.

Hafiy sedang memilih pakaian untuk Nayla dan Najla di lelaman web dan membuat penghantaran ke butik Nathifa.

“Walaupun… saya tak jumpa dengan Thifa… tapi saya rasa lega sebab Thifa berada dengan keadaan selamat… mungkin saya terlambat tapi belum terlambat untuk menjaganya dari jauh… saya tak tahu berapa lama harus saya tinggal di sini… mencari penolong pengarah yang beramanah dan berdisiplin amat sukar… saya tak nak pisang buah dua kali… Thifa… Abang harap… Thifa akan tabah… Abang akan pantau Thifa dari jauh…”

Sejak itu, Hafiy meminta bantuan dari Rostam untuk pantau isterinya di Pahang. Dia arahkan Rostam mengupah orang untuk perhatikan isterinya dari jarak jauh.

Di Kuala Lumpur.

“Haiz… Hafiy… Hafiy… setahu aku… orang suruh aku jadi ‘babysitter’ tapi kau nak aku jadi ‘wifesitter’ pula? Hilang akal ke apa?... kalau Julia tahu mampus aku dikerjakan… takpe lah… kawan punya pasal… aku sanggup buat… tapi siapa nak tolong aku eh?...” Rostam sedang berfikir.

Setelah lama memikirkan hal itu, Rostam baru teringat bahawa sepupunya, Eliya, sedang mencari kerja selepas tamat pengajian dalam bidang akauntan. Dia pun cuba buat panggilan Eliya.

“Helo… Rostam… apa hal kau kol aku?...”

“Eliya… kau masih cari kerja ke?...”

“Ya lah… sekarang susah nak dapat… asyik nak pengalaman je… aku baru je habis belajar… macam mana nak ada pengalaman…”

“Okey… takpe… aku ada jumpa kerja sesuai untuk kau…”

“Kerja apa?... di mana?...”

“Kau kat Pahang berkawan kau kan?...”

“Ya… betul… kenapa?...”

“Ada satu kedai butik ni tengah cari pekerja… aku hantar alamatnya kat kau…”

“Oh ya ke?... aku perlu hantar resume aku dulu tak?...”

“Tak perlu sebab ini macam ‘walk-in interview’... jadi kau bawa sijil ijazah kau dan sijil-sijil lain…yang kau rasa perlu bawa...”

“Okey… ini kau tolong aku ikhlas ke... atau ada benda nak aku tolong?...”

“Haiz… kau ni… macam tahu-tahu je… memang ada benda perlu pertolongan kau… tapi kau kena pastikan kau dapat kerja itu dulu… nanti aku jelaskan kau semua…”

“Okey… tapi kau tak tipu aku kan?...”

“Eliya… kita kan sepupu… tak kan aku nak bohong kau pula…”

“Okey.. besok aku pergi temu janji… kau tu jangan lupa kasi alamatnya… ‘anyway’ terima kasih sebab kau tolong carikan lobang kerja untuk aku…”

“Sama-sama lah… kau bilang aku tau kalau kau dah dapat kerja tu…”

“Ya… Encik Rostam… aku akan ‘update’ kau… okey… babai…”

Di Pahang.

Eliyya sangat teruja apabila dia dapat lobang kerja.

Keesokan harinya.

Eliya sedang memakai pakaian kemas seolah-olah dia sudah mendapat kerja lalu dia terus ke butik tersebut. Apabila Eliya sampai ke butik itu, dia telah disambut oleh Noreen.

“Selamat datang ke butik kami… Cik nak cari apa?...” Tanya Noreen.

“Maaf… sebenarnya saya datang nak cari kerja… sini ada kerja kosong tak?...” jawab Eliya sambil menjelaskan kehadirannya di butik itu.

“Oh nak cari kerja… sini Cik… saya kenalkan dengan Cik Nathifa…” Noreen mengiringi Eliya ke bilik Nathifa. Noreen pun mengetuk bilik Nathifa dan memberitahu padanya.

“Thifa… ada seorang gadis ni nak cari kerja… boleh saya berikan dia masuk?...”

“Nak cari kerja?... okey… biarkan dia masuk…”

“Baiklah Thifa… erhmmm… Cik… silakan masuk…”

“Terima kasih…” Eliya pun masuk ke dalam bilik Nathifa.

“Jemput duduk… jangan malu-malu… siapa nama awak?...”

“Terima kasih Cik Nathifa…. Nama saya Eliya Sandra. Saya baru habis belajar dalam bidang akauntan.... Tujuan saya ke sini nak cari kerja... “

“Oh… begitu… saya faham… sebab sekarang ramai orang perlukan pengalaman dari orang baru je graduan kan..”

“Ya betul Cik… sudah hampir 2 bulan saya cari kerja… takde syarikat atau firma lain nak terima saya Cik... “

“Erhmmm beginilah… butik kami sebenarnya tidak perlukan pekerja tetapi… saya boleh terima awak bekerja disini…”

“Betul ke Cik?... syukur Alhamdulilah… terima kasih Cik… saya sanggup buat apa saja… asalkan rezeki yang halal…”

“Saya faham… okey beginilah… butik kami unik sikit sebab… semua staf saya akan dilatih belajar bahasa isyarat dan bahasa ‘Braille’... ini untuk menarik pelanggan kurang upaya dan saya suka kalau semua orang datang ke butik kami... “

“Erhhmm… maafkan saya Cik… saya tak pandai menggunakan bahasa isyarat dan baca ‘braille’...”

“Eliya… kita dibesarkan untuk menimba ilmu… dan ilmu itu hendaklah dikongsi sesama insan… saya tak ambil pekerja yang tahu semua tapi malas buat tugasan… malah saya ambil pekerja yang kurang pengetahuan tapi ingin berusaha untuk maju ke depan…”

“Oh… jadi staf Cik semua perlu belajar sebelum kerja?...”

“Saya berikan mereka khusus supaya mereka belajar sambil bekerja…”

“Oh kalau begitu… saya setuju asalkan saya ada pengalaman bekerja…”

“Baiklah… kalau dah setuju… saya akan berikan dua borang… satu ni untuk awak isikan biodata awak sebagai pekerja dan lagi satu adalah untuk awak daftar khusus ini dan jangka masa khusus ini adalah 6 bulan…”

“Daftar?... maknanya saya perlu bayar?...”

“Oh… tidak… saya akan tanggung semua kos untuk khusus itu… awak cuma boleh buktikan bahawa awak mampu berikan tenaga awak untuk butik kami ini…”

“Baiklah… saya tak kan sia-sia peluang ini… terima kasih Cik…”

“Jadi esok awak boleh mula bekerja?...”

“Boleh Cik…”

“Okey… jumpa awak esok…”

“Baik Cik… terima kasih… terima kasih…” Eliya menarik tangan kanan Nathifa lalu dia mencium tangan itu berterusan.

Eliya pun beredar dari butik itu lalu dia pulang ke apartmennya dengan hati yang girang.

“Wow… aku tak sangka… ada lagi orang sebaik macam Cik Nathifa itu… semua tempat aku pergi ‘interview’ kena tengking lah… kena maki hamun lah... dan layanan kurang baik… aku janji… aku tak kan sia-sia peluang ni… aku akan banting tulang untuk menjadi usahawan yang berjaya…” ujar Eliya sambil berjalan ke perhentian bas untuk pulang.

Setelah Eliya sampai ke apartmennya, dia terima mesej dari Rostam. Dalam mesej itu, Rostam menjelaskan tujuannya ingin Eliya bekerja di butik itu adalah untuk beri perkembangan tentang Nathifa. Setiap hari, Eliya akan mengambil gambar Nathifa secara sulit lalu dia akan menghantar gambar-gambar itu kepada Rostam. Manakala Rostam pula akan hantar semua gambar itu kepada Hafiy. Dari awalnya Eliya tidak setuju sebab ia akan menjejaskan privasi Nathifa. Namun, setelah Rostam ceritakan semua kepada sepupunya, Eliya setuju melakukan kerja itu demi menjaga keselamatan Nathifa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience