[BBB] Babak 6 KEHIDUPAN BAHARU

Romance Completed 49409

"Siapakah perempuan itu… mengapa saya selalu ingatkan dia… adakah dia orang istimewa dalam hidup saya?... Kenapa dengan saya ini… tak mampu ingat asal usul saya… saya tak faham… saya boleh ingat Atuk dan Rostam je… orang lain saya tak tahu atau kenal… tapi tiap kali saya cuba mengingatkan keluarga saya… wajah perempuan itu muncul… kenapa semua ini berlaku pada saya?... Mungkinkah saya dulu pernah buat kejahilan?... Atau kebaikan?... Saya tak kenal diri saya ini?…"

Keesokan harinya, Pak Kassim dan Rostam pergi ke kampung Nathifa untuk mencari Nathifa supaya Pak Kassim boleh bawa Nathifa untuk berjumpa dengan cucunya.

"Ini rumahnya…" kata Rostam.

"Assalamualaikum…"

"Waalaikumsalam… korang ni siapa?..."Puan Saadia bertanya.

"Kami berdua nak jumpa dengan Nathifa… dia ada tak?..."

"Oh si buta kotor tu?... Aku dah halau dia dari kampung ini… kalau nak tahu… tanyalah Pak Rahman…" Puan Saadia terus menutup pintu.

"Buta?..."Rostam keliru.

"Rostam… Kamu tahu mana rumah Pak Rahman?..."

"Tahu… Rostam tunjukkan…" mereka pun beralih ke rumah Pak Rahman.

"Assalamualaikum… Pak Rahman…"

"Waalaikumsalam… oh Rostam… mana Hafiy… selalunya...kamu berdua macam isi dan kuku…"

"Hafiy sihat dia di KL…sebenarnya… kami berdua cari Nathifa..."

"Cari Nathifa?... Bukan ke kamu dan Hafiy bencikan dia?…"

"Tolonglah Rahman...cucu aku tak berapa sihat… mungkin dengan kehadiran Nathifa dia akan sembuh…"

"Maafkan aku Kassim… Nathifa aku terpaksa hantar dia di KL…"

"KL?... Boleh bagi kami alamat tempat tinggal dia?..."

"Kassim… aku cuma hantar dia di stesen bas… selepas itu… hanya Allah saja yang tahu… aku hanya mampu berdoa…"

"Tapi dia kan buta… kenapa kau buat keputusan itu?..."

"Kassim… aku takde pilihan lain… semua orang kampung sini bencikan dia… kalau dibiarkan dia disini… keadaan akan bertambah buruk nanti…"

"Baiklah… aku faham… terima kasih Rahman… kami berdua minta diri dulu…" Pak Kassim dan Rostam pun pulang ke Kuala Lumpur.

Semasa perjalanan ke Kuala Lumpur, Rostam dan Pak Kassim sedang berbincang.

"Mana kita nak cari dia Rostam?... KL tu besar…"

"Atuk… kita mesti… ikhtiar cara lain untuk pulihkan semangat Hafiy…."

Sementara itu, Mak Jah mengajak Suhana dan Nathifa ke butik muslimah sambil kenalkan stafnya dengan anak-anak angkatnya. Suhana terpegun melihat suasana butik itu sambil menggambarkan apa yang dia nampak kepada Nathifa supaya Nathifa boleh bayangan suasana itu di mindanya. Tiba-tiba, salah seorang stafnya memberi salam.

*Assalamualaikum Dato' Khadijah…"

"Waalaikumsalam… Rina… macam semua okey?..."

"Alhamdulillah Dato'... Semuanya okey…"

"Dato'?..." Suhana mula keliru manakala Nathifa tidak tahu dengan panggilan itu tapi dia bersyukur dapat merasakan butik itu walaupun pada pandangannya semua kegelapan.

Mak Jah sebenarnya orang dari kedudukan biasa. Dia mendapat gelaran Dato' sebab usaha gigihnya untuk teguhkan butiknya itu. Meskipun dia sudah mendapat gelaran itu, dia lebih suka orang memanggil dirinya 'Mak Jah'. Tiap-tiap 6 bulan, dia akan derma sumbangan untuk orang yang memerlukan. Kadangkala, dia jual desain fesyennya itu untuk didermakan kepada anak yatim dari hasil jualan itu.

“Su… Thifa… suka tak butik ini?...”

“Suka… cantik sangat…” balas Suhana.

“Thifa pun suka…”

“Umi nak kamu berdua boleh bantu Umi untuk kembangkan perniagaan butik ini… sekarang… Umi ada tiga cawangan butik di KL ini… Insya-Allah… kamu berdua boleh bantu Umi…”

“Tapi Su takde kelulusan yang tinggi…”

“Takpe… kita boleh belajar kan… yang penting niat belajar itu mesti ada…”

“Wah… tak sabarnya… Thifa nak belajar semula... “

“Bagus la… kalau kamu berdua ingin belajar… Umi tumpang gembira… Jom kita tengok ke sana pula…” Mak Jah mengajak mereka menikmati sekeliling butik itu.

Sementara itu di sebuah rumah mewah dan besar, ada seorang wanita bernama Puan Zunaidah. Puan Zunaidah seorang doktor pakar perubatan hampir 19 tahun. Dia sedang melamunkan peristiwa 15 tahun dulu.

“Aku nak kau letak ‘benda’ ini ke dalam rahim dia…”

“Baik Bos… Tapi apa ‘benda’ ini Bos?...”

“Itu adalah… sperma sintetik ... ia akan buat dia mengandung tanpa bersetubuh… jadi aku tak nak kau semua rogol dia… cuma letak kan ‘benda’ itu ke dalam rahim dia saja… faham!…”

“Baik Bos…”

Puan Zunaidah sedang fikirkan mangsa yang dianiaya itu.

“Sudah hampir 16 tahun berlalu… takde berita fasal ‘dia’... hebat juga ‘dia’ menghilangkan diri tanpa kesan… kalau ‘dia’ hidup merana… puas hati aku…”

Manakala di rumah Hafiy, Pak Kassim menasihati Hafiy agar mengaji kalau dia masih terbayang wajah perempuan itu. Hafiy sering memberontak dan dia masih ingin tahu siapakah perempuan itu. Rostam ketika itu mula naik angin lalu dia ceritakan fasal perempuan itu.

“Okey ‘fine’!... kau nak tahu sangat kan… sini aku cerita kan…”

“Rostam… jangan dulu nanti emosi Hafiy belum stabil…”

“Atuk… Rostam takleh tahan kalau dia asyik tanya soalan yang sama… maafkan Rostam… biarlah saya ceritakan…”

“Kalau begitu… teruskan…”

“Kalau kau nak tahu… perempuan dalam mimpi kau tu… adalah musuh kau!..”

“Musuh saya?”

“Ya… kau sebenarnya budak nakal… kau buli pelajar sana dan sini… sejak perempuan itu beritahu bahawa kau menghisap rokok dalam bilik stor… kau mula bencikan dia… tiap-tiap hari… kau selalu kacau dia… pukul dia… macam ‘punching bag’ bila bertemu… padahal… dia tak bersalah… dia cuma buat perkara yang betul…”

“Ya… Allah… apa yang saya buat ni?...”

“Bukan itu saja… 2 bulan lepas sebelum kau hilang ingatan… kau cekik dia dan hempas dia ke bawah… setelah itu kau tak rasa bersalah pun dengan perbuatan kau ni…”

“Habis tu mana perempuan itu?...”

“Sebab perbuatan kau itu… dia telah dihalau oleh orang kampung… dan dia kini sedang buta… hanya Allah saja tahu keberadaan dia sekarang…”

“Dia buta… disebabkan saya… Atuk maafkan Hafiy… Atuk… maafkan Hafiy… Hafiy berdosa…”Hafiy merayu-rayu meminta maaf.

“Sabar Hafiy… Atuk dah maafkan… cuma kita semua mesti jumpa perempuan itu…”

“Hafiy berjanji Atuk… Hafiy akan cari dia dan tebus semua kesalahan Hafiy terhadap dia…”

Setelah mendengar kisah perempuan misteri dalam minda Hafiy itu, semangat Hafiy semakin pulih dan dia mula teruskan hidupnya sambil mencari perempuan misteri itu.

Di rumah Mak Jah, selepas solat Isyak berjemaah, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Mak Jah sedang membuat pengumuman penting.

“Su… Thifa… ini surat pendaftaran kamu berdua…”

“Su kena ambil semula SPM?...”

“Betul tu Su… Su belum ambil SPM kan… jadi… sebelum Su belajar universiti, Umi nak Su lulus dalam SPM dulu… dan untuk Thifa… Umi dah daftarkan sekolah khas… bulan depan Thifa boleh mula belajar…”

“Sekolah khas… terima kasih Umi... “

“Su pun nak terima kasih kat Umi juga…”

“Umi harap… kamu berdua belajar sungguh-sungguh dan jadilah insan yang berguna… “

“Baik Umi… kami berjanji…” jawab mereka berdua secara spontan.

“Nama aku Suhana… Lisa Suhana… aku berusia hampir 19 tahun… sebelum aku berjumpa dengan Thifa dan Umi… aku adalah anak yatim… ibu bapaku meninggal akibat kemalangan jalan raya semasa nak menyambut ulang tahunku ke 10… sejak itu aku telah dibesarkan oleh bapa saudaraku dengan seorang anak perempuannya… bapa saudaraku… berat sebelah… mungkin sebab aku bukan anak kandungnya… dia suruh aku berhenti sekolah sewaktu aku sedang berumur hampir 16 tahun… sebab dia tak larat nak menanggung perbelanjaan sekolahku… sejak itu aku cuma duduk di rumah saja… suatu malam… semasa anak perempuannya sedang pergi kelas mengaji… aku tengah mencuci periuk belanga… tiba-tiba, bapa saudaraku cuba mengambil kesempatan untuk buat perkara tak elok pada diriku… mujurlah aku dapat lepaskan diri dari bapa saudaraku itu… sejak itu aku melarikan diri ke hujung kampung itu sehingga aku bertemu seorang makcik… walaupun aku tidak kenal makcik itu… dia memberi aku sedikit duit untuk aku keluar dari kampung itu… dan aku pun pergi ke KL… untuk mulakan hidup baharu… apabila aku jumpa dengan Thifa… aku mula gembira sebab aku ada orang untuk ajak berbual… kehadiran Thifa itu memberikan aku satu kesenangan dalam hidupku… walaupun dia kini buta… tapi hatinya terang dan bersih… semua orang kampung Thifa itu yang buta sebenarnya… sebab selalu menilaikan seseorang itu dari latar belakangnya… perlukah semua itu?... bagi aku ia tidak penting asalkan niat kita baik dan jujur… aku berjanji… aku tak kan sia-siakan peluang yang Umi berikan… terima kasih Umi...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience