[BBB] Babak 23 E-MEL

Romance Completed 49406

Di Kuala Lumpur.

Siang menanti malam dan malam menanti siang, Hafiy masih teringat dengan janjinya pada Nathifa. Walaupun dari luaran Hafiy masih kelihatan ceria dan bersemangat, namun batinnya terseksa seolah-olah nyawanya telah diambil oleh isterinya. Hanya rumah Nathifa yang menjadi semangat untuk Hafiy teruskan hidup. Begitulah nasib seorang CEO yang harus bahagikan masa untuk kerjayanya dan keluarganya. Hafiy berasa serba salah untuk tunda dalam misi pencariannya itu oleh kerana urusan kerjanya bertambah dan sebagai ketua besar dalam ‘Dewi Gorgeous’, Hafiy perlu jadikan majikan yang contoh kepada pekerjanya yang lain.

Di Pahang.

Begitu juga dengan Nathifa. Nathifa mampu bertenang dan bersemangat untuk menghadapi cabaran dan dugaan di masa depan. Meskipun Nathifa tambah harungi segala ujian, tapi sudut di hatinya masih terluka akibat cemuhan dan pandangan orang terhadap dirinya. Dua perkara yang membuatkan Nathifa masih bertahan iaitu mata arwah Suhana dan kandungannya.

Mata Suhana adalah lambang kasih sayang seorang kakak kepada seorang adik manakala anak dalam kandungannya itu melambangkan cinta sejati dari suaminya itu. Justeru itu, Nathifa akan menjaga seperti nyawanya sendiri. Nathifa yakin bahawa suaminya akan mencarinya di sini walaupun dia harus menunggu sepanjang hayatnya.

Di Kuala Lumpur.

Hafiy cuba meminta maaf kepada Rostam atas perbuatannya itu. Sejak kejadian perkahwinan itu, Rostam cuba elakkan dirinya dari bertembung dengan Hafiy. Perasaan kecewa Rostam masih berleluasa dan amat sukar untuk dimaafkan. Rostam adalah sahabat Hafiy sejak dari persekolahan dulu. Rostam ingat bahawa Hafiy tidak akan menyakiti kaum wanita seperti mana Hafiy pernah dulu sebelum hilang ingatan tetapi dia silap. Hafiy masih tidak putus asa untuk pujuk Rostam semula.

“Tam… tunggu dulu…”

“Kau nak apa?...”

“Saya nak minta maaf… biarlah saya jelaskan semua itu…”

“Okey… aku berikan kau peluang untuk jelaskan semuanya…”

“Sebenarnya perkahwinan itu adalah satu helah untuk mencari suspek yang membunuh arwah Suhana… pihak polis suspek bahawa Mysha yang upah orang untuk bunuh Thifa… tapi malangnya… Suhana jadi mangsa…”

“Habis tu… kenapa kau sebarkan perkahwinan palsu kau kepada media sosial?... aku tak terfikir kalau Thifa tahu?...”

“Yang itu bukan saya yang sebarkan… tapi Mysha… saya terpaksa lakukan itu semua supaya Mysha berikan tumpuan kepada perkahwinan itu daripada memburu Thifa… kalau kamu berada di tempat saya… sanggupkah kamu melihat orang yang kamu cinta terkorban…”

“Tapi kau yang terkorban… aku risau Thifa akan kecewa dengan kau…”

“Tam… biarlah begitu… yang penting Thifa selamat… tapi ada satu perkara saya nak tanya pada kamu?...”

“Nak tanya apa?...”

“Betul ke Thifa dah boleh melihat semula?...”

“Erhmmm…” Rostam enggan berkata.

“Tolonglah Tam… saya cuma nak tahu je…”

“Okey… aku boleh ceritakan tapi bukan di sini… kita pergi tempat lain…”

“Okey… boleh…” mereka berdua pun pergi ke suatu tempat makan yang berjauhan dari pejabat mereka.

Sesudah sampai di tempat makan itu, mereka berdua mencari tempat duduk dan buat pesanan minuman lalu Rostam mula cerita kejadian semasa Hafiy kerja di luar negeri.

Wajah Hafiy berubah apabila dia dapat tahu betapa peritnya isterinya sedang alami. Hafiy cuma mampu berdoa agar dia boleh temu semula dengan bidadarinya.

Rostam pun meminta maaf sebab tuduh Hafiy tanpa selidik terlebih dahulu. Hafiy pun maafkan Rostam dan mereka menjadi sahabat rapat semula.

Di Pahang.

Dayana mula rasa bimbang. Air peluh di mukanya mengalir tiada henti ibarat kucing hendak beranak. Encik Hafih tidak balas semula dengan e-melnya itu lalu dia menghantar sekali lagi kepada Encik Hafih.

Di Kuala Lumpur.

“Ish… kenapa dengan pemilik butik ini?... bila masa saya nak kahwin minggu depan?...” Hafiy pun terpaksa membalas e-mel itu.

Di Pahang.

Dayana telah menerima e-mel dari Encik Hafih lalu dia membaca.

“Hai,

Maaf. Saya rasa salah orang ini. Saya tak tempah pakaian pengantin.” Dayana pula terasa hairan dan dia membalas semula e-mel itu.

Di Kuala Lumpur.

Hafiy pun menerima semula e-mel itu dan terus membaca.

“Helo Encik,

Tak kan Encik lupa hari perkahwinan Encik itu. Sudah putus tunang ke? Kalau begitu, Encik boleh datang ke butik kami untuk buat keterangan. Terima kasih.” meluap-luap darah Hafiy dibuatnya. Dengan terlalu ikutkan emosinya, Hafiy membalas semula e-mel tersebut.

Di Pahang.

Dayana pun membaca e-mel itu.

“Hai Cik,

Tolong jangan hantar e-mel ini lagi! Saya dah kahwin lah! Tak kan saya nak menduakan isteri saya pula! Awak tengok alamat e-mel dulu. Sebelum hantar! Terima kasih!” Dayana terperanjat lalu dia memanggil Nathifa.

“Kenapa ni Yana?...”

“Encik Hafih ni tak nak mengaku dia ada tempah pakaian dari butik kita…”

“Okey… cuba saya tengok…” Dayana tunjukkan e-mel itu kepada Nathifa.

“Apa alamat e-mel itu?” Tanya Nathifa.

“Oh… ‘’... “ jawab Dayana. Nathifa periksa alamat e-mel itu dengan teliti.

“Lah… awak letak ‘’... “ jelas Nathifa. Dayana mula mengelabah.

“Alamak!... Maafkan saya Thifa…”

“Takpe… biar saya uruskan e-mel ini… awak pergi hantar e-mel yang baharu kepada Encik Hafih… ingat... periksa dulu tau sebelum hantar…”

“Baik Thifa… saya akan lakukan dan tak kan ulangi kesilapan itu lagi..”

Nathifa pun cuba balas semula e-mel itu.

Di Kuala Lumpur.

Hafiy masih menerima e-mel itu lalu dia membaca.

“Helo Encik Wall,

Maafkan saya atas ke kecuaian saya. Saya ni Cik NS pemilik butik ini. E-mel Encik dan pelanggan saya hampir sama. Saya harap Encik boleh maafkan saya.”

“Encik Wall?... dia fikir saya ni muka tembok ke?... tapi dia ni ‘Cik NS’ apa maksud ‘NS’ hahaha… entah-entah… ‘Not Sexy’ atau “Not Slim’?... ish… saya mesti balas dia…” Hafiy cuba balas semula dengan ayat-ayat sinis.

“Dah hantar... tengok je lah apa reaksi Cik ‘Not Slim’ ni…” Hafiy ketawa sendiri.

Di Pahang.

Bunyi e-mel kedengaran dan Nathifa pun membuka e-mel itu lalu dia membacanya.

“Hai Cik NS aka ‘Not Slim’,

Saya dah maafkan dengan Cik sebab kesian Cik ni ‘not slim’. Jadi butik Cik ni buat untuk orang saiz 10XL juga ke? Kesian pelanggan Cik semua. tentu mereka dah terlebih muat kan. “

“Iiiisssshhh!… ada ke patut kau panggil aku ‘Not Slim’?... dia ni pun satu… letak lah nama betul ke tak lah aku panggil dia ‘Encik Wall’...” Nathifa mahukan lelaki dari e-mel itu minta maaf dengannya.

“Okey… ‘send’!...”

Di Kuala Lumpur.

Hafiy mula agak bahawa dia akan terima e-mel dari Cik NS lalu dia membaca.

“Helo Encik Wall aka ‘Muka Tembok’,

Saya dah minta maaf dengan awak kan. Apa lagi awak tak puas hati. Kalau anak jantan marilah datang ke butik saya. kita selesaikan satu sama satu. Lagipun awak kan muka tembok. Atau awak sebenarnya pemalu orangnya? Buat malukan kaum wanita lah. Tak tahu macam bini awak tergila-gila kan awak?”

“Hai… ini dah gurau kasar nampak… takpe saya balas lagi…”

Di Pahang.

“Hai Cik ‘Not Slim’,

Peduli apa kalau saya pemalu ke muka tembok ke. Yang penting, saya dah kahwin. Yang awak tu masih ‘not slim’ lagi. pergi lah turunkan berat badan supaya senang nak dapat jodoh. Ataupun awak nak pemuda saiz 10XL? Tak muat kalau ada bersama di atas katil. Nanti roboh.”

“Aaaahhh!... Ish… berani betul kau cakap aku nak kan pemuda 10XL?... takpe… bawa bertenang Thifa… kau sedang mengandung… tak elok nak marahkan dengan si muka tembok itu!... dah lah… kalau aku layan sangat dengan mamat ni… boleh jadi gila je…” Nathifa mula mengalah sebab tidak berbaloi kalau dilayan dengan e-mel itu.

Di Kuala Lumpur.

“Eh… takde balas e-mel dari Cik ‘Not Slim’... mungkin dia dah mengaku kalah tak?... padan muka… lain kali jangan nak panggil saya ‘Encik Wall’... kan dah kena sentap…” Hafiy terus mengetawakan Cik NS itu.

Manakala di restoran yang mewah, Rostam cuba melamar Julia. Julia sebenarnya orang yang suka berterus terang. Semasa Rostam sedang melamarnya, dia tidak berdolak dalih lalu dia hanya setuju dengan lamaran itu. Akhirnya, parut di hati Julia sudah di sembuh dengan penawar rindu dari Rostam. Rostam pun semakin ceria dan semangat waja umpama bangunan runtuh telah ditegakkan semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience