[BBB] Babak 7 BERTEMU KEMBALI

Romance Completed 49409

8 tahun kemudian.

“Saya Hafiy Iffat… CEO dalam syarikat ‘Dewi Gorgeous’... Saya mengambil alih jawatan ini 4 tahun lepas… Saya kini cuma ada ingatan baharu beradukan dengan cebisan memori lama… walaupun saya sudah teruskan hidup… tetapi bayangan perempuan itu masih belenggu di minda saya… ibarat roh sedang menghantui diri saya… kata kawan saya Rostam…. Saya dulu jahil… mungkin ini adalah pembalasan saya untuk lupakan orang tersayang termasuk Mama Papa saya… namun begitu… saya masih ada Atuk yang menyayangi saya. Saya ada Mak Long… tapi… sejak saya hilang ingatan… hubungan kami menjadi renggang dan saya selalu ada perselisihan faham… Mak Long saya tu… seorang ‘perfectionist’... semua dia nak kan sempurna… termasuk mencari calon isteri saya… terpulanglah… dengan calon pilihan Mak Long saya… saya cuma tolak je… lagipun… saya dah berjanji pada diri saya… selagi saya belum jumpa perempuan itu dalam bayangan saya… saya tak kan kahwin… kalau sampai ke tua pun.... Saya reda je… sekarang saya mahu berubah dan tebus semua kesilapan saya dulu...”

Hafiy sedang duduk sambil memandang komputer untuk membuat pemeriksaan dalam bajet setiap produk yang akan dipasarkan. Kawannya, Rostam, pun adalah salah satu pengurus produk-produk itu. Produk-produk ini merupakan masker muka, ‘lip bum’, syampu, sabun badan dan lain-lain lagi. Justeru itu, kalau bajet tidak pantau dengan teliti, maka produk tersebut akan dapat kerugian. Arwah bapanya telah amanahkannya untuk majukan syarikat tersebut dan oleh itu, dia tidak mampu untuk membuat sembarang kesilapan.

Tiba-tiba, Rostam masuk ke bilik Hafiy sambil mengajak makan tengahari.

“Helo Bos… tak nak makan ke?...”

“Kamu pergi makan dulu… saya nak habiskan kerja ini…”

“Takpe lah… aku boleh tunggu…”

“Baiklah… kalau begitu…” Rostam duduk di sofa sambil menggunakan telefon pintarnya sementara Hafiy masih tekun di komputer itu.

Rostam terjumpa sesuatu dalam media sosial.

“Wau.... seorang gadis buta bernama Syakura mempunyai 5 cawangan butik muslimah…” Rostam terpegun apabila membaca berita itu.

“Gadis buta?... sini… saya nak tengok…” Hafiy terhenti dari kerjanya apabila mendengar berita itu. Rostam bangun dari sofa itu lalu dia beralih ke meja Hafiy sambil menunjuk gambar gadis buta kepada Hafiy.

“Tam… saya rasa mungkin dialah orangnya…”

“Tak mungkin kut… sebab perempuan tu selekeh dan tak kaya… cuba kau tengok dia ni… kelihatan cantik… kemas… dan anggun walaupun dia buta…”

“Tapi… dah 8 tahun… apa-apa boleh berlaku…”

“Aku tak pastilah Fiy...sebab penghulu tu kata perempuan tu pergi sehelai pinggang... “

“Mungkin… ada orang bantu dia… sebab kalau dia tinggal merempat…. Kita dah lama boleh jumpa dia kan…”

“Betul juga tu… Ish.. kau ni kan… sejak hilang ingatan… asyik fikir positif je…”

“Kenapa?... kamu tak suka?...”

“Tak… aku cuma bangga sebagai kawan... melihat kau berubah…”

“Tam… Saya dah tersasar jauh dulu… sekarang saya nak memperbaiki kesalahan saya… saya banyak berdosa Tam... sampai saya belum nak minta maaf ibu bapa saya… sebelum mereka meninggal…”

“Fiy… aku minta maaf… kalau kata-kata aku menyinggung kau…”

“Takpe… jom… kita pergi ‘lunch’...”

“Baiklah… aku belanja…”

“Boleh… takde masalah…” kedua sahabat karib itu pun keluar untuk makan tengahari.

Sementara itu, Nathifa dan Suhana sedang membuka majlis perasmian untuk cawangan butik yang kelima. Majlis itu diiktiraf satu butik khas untuk semua pelanggan termasuk yang kurang upaya. Dalam cawangan butik itu, terdapat penurapan tekstil, setiap kawasan mempunyai butang loceng dan lain-lain lagi.

Keunikan butik ini adalah setiap staf di situ sudah dilatih dengan bahasa isyarat untuk menyambut pelanggan kurang upaya dan harga label pun sudah dicetak dengan tulisan ‘Braille’ untuk dimudahkan bagi mereka yang kurang upaya. Tujuan Nathifa membuka cawangan ini adalah dia mahukan semua orang untuk mengalami suasana di butiknya tidak dikecualikan orang kurang upaya seperti dirinya.

“Thifa… syukur Alhamdulillah… akhirnya berjaya juga kita sekarang kan…”

“Betul Kak Su… Thifa pun tak sangka… yang Thifa ada bakat…”

“Kalau arwah Umi ada…. Dia mesti bangga dengan kita kan…”

“Itulah… Allah lebih sayangkan Umi…. kita berdoa semoga Umi tenang disana…”

“Amin… jom kita ke depan pintu…” Suhana pimpin Nathifa ke depan pintu butik.

“Sudah 8 tahun berlalu… masa berjalan dengan pantas… aku bersyukur… dengan berkat Umi dan Kak Su… aku berjaya membuka cawangan baharu itu… siapa sangka orang buta merempat seperti aku boleh menikmati kejayaan… walaupun aku dah berjaya… tapi aku tak pernah lupa asal usulku… aku masih rindukan arwah Emak aku… Umi? Aku rindukan dia juga… kehadiran Umi dalam hidupku telah mengajarkan aku erti kehidupan yang sebenar… dugaan dan cabaran tak pernah hilang… tapi… semangat kita boleh hilang kalau kita tak berusaha dengan gigih… Umi adalah mentorku… dia sebaik-baik Emak aku… tapi… Allah lebih sayangkan Umi dan Emak aku… Umi meninggal dunia 2 tahun lepas akibat serangan jantung… walaupun 6 tahun aku bersamanya… aku dapat mempelajari banyak dari pengalamannya… aku masih ingat pesanan Umi… ‘biarlah cacat anggota…. Janganlah cacat budi bahasa…’ oleh tu… aku ingin menggunakan kebolehan aku untuk menyumbang pada masyarakat… Terima kasih Umi… sebab berikan Thifa peluang untuk alami nikmat kehidupan… Terima kasih Emak sebab menjaga dan bimbing Thifa…”

Setelah majlis perasmian itu selesai, Suhana dan Nathifa pun pulang ke rumahnya. Rumah itu adalah dari peninggalan arwah Mak Jah untuk anak-anaknya.

Sementara di rumah Hafiy, bayangan perempuan itu semakin berleluasa dan pada pendapatnya, dia mesti berjumpa dengan gadis buta untuk memastikan sama ada gadis itu adalah perempuan yang sama dalam mindanya,

Pada keesokan harinya, sejam sebelum makan tengahari, Hafiy keluar dari pejabatnya lalu tuju ke butik gadis buta itu. Manakala, Nathifa sedang melukis fesyen terbaharu di biliknya dan Suhana pula berada di butik lain.

Selalunya, Suhana akan pergi 4 cawangan lain secara ganti mingguan sementara Nathifa cuma jaga satu butik saja. Setiap makan tengahari, Suhana akan keluar dari butiknya lalu dia menuju ke butik Nathifa untuk makan bersama. Walaupun bukan adik-beradik kandung, Suhana terlalu prihatin dengan Nathifa dan dia akan buat apa saja untuk lindungi Nathifa.

Setelah Nathifa habis melukis, dia pun mengemaskan barang lalu dia ke depan pintu untuk menunggu kakaknya. Hafiy kemudian pun sampai di butik gadis buta itu lalu dia letak keretanya jauh dari butik itu.

Semasa Hafiy berjalan ke arah butik gadis buta itu, dia ternampak seorang lelaki meragut beg tangan gadis buta itu lalu dia mengejar lelaki sehingga jumpa. Apabila Hafiy hampir capai ke belakang lelaki itu, dia mula melompat dan tangkap lelaki itu dari belakang sehingga keduaannya rebah. Hafiy mula bangun lalu dia merampas semula beg itu dan dia beredar dari situ.

Ketika Hafiy sampai ke butik gadis buta itu, dia mengembalikan semula kepada gadis buta itu.

“Ini beg tangan awak…” Hafiy memberi semula beg itu ke tangan gadis buta itu.

“Oh… terima kasih… sebab tolong saya…” balas gadis buta sambil memberikan senyuman manis kepada Hafiy.

“Masya-Allah… cantiknya rupa dia... “ Hafiy terhenti seketika.

“Encik?... Encik?... Encik masih ada di situ ke?...” Gadis buta itu bertanya.

“Oh… erhmm… ya saya masih ada di sini… kenapa awak tunggu di luar?…bahaya kan…”

“Saya sedang tunggu kakak saya… nanti dia nak sampai…”

“Kakak?... perempuan dalam bayangan itu takde adik-beradik… mungkin betul cakap Rostam itu… salah orang lah…”fikiran Hafiy terganggu.

“Encik?... Encik?...”

“Oh sori… sedang tengok butik awak ini…”

“Oh… ingatkan apa tadi… jadi Encik nak masuk butik saya?...

“Ya… tapi tengok macam awak nak pergi ‘lunch’ je… nanti saya datang balik…”

Tiba-tiba, Suhana muncul dari keretanya lalu dia mula naik minyak apabila dia melihat seorang lelaki sedang bercakap dengan adiknya.

“Hoi!... apa kau buat dengan adik aku?... kau nak buat tak elok eh?...”

“Taklah saya cuma…”

“Jangan tipu!... mentang-mentang adik aku buta… senang-senang je kau nak ambil kesempatan… dah... baik kau pergi dari sini!... sebelum aku panggil polis!…”

“Bawa bersabar Cik…”

“Suhana…”

“Cik Suhana… tadi adik Cik kena ragut… jadi saya selamatkan beg adik Cik…”

“Jap… Adik… betul ke apa mamat tu cakap ini?...”

“Betul Kak Su… dia dah pulangkan beg ini kepada Adik…”

“Sini Kak Su nak tengok… Kak Su kena periksa… mana tahu… dia dah ambil barang yang Adik tak tahu…” Suhana mengambil beg adiknya lalu dia periksa.

“Hais… Cik tak percaya kan saya?...”

“Memang aku tak percaya… ini Adik aku… jadi aku nak Adik aku selamat… kenapa?... kau tak puas hati ke?...”

“Takde la… saya cuma kagum dengan Cik ni… susah tau nak cari kakak jaga adiknya macam intai payung…”

“Peduli aku la… okey… semua ada… aku silap… maafkan aku… terima kasih sebab tolong adik aku tadi…”

“Sama-sama… saya minta diri dulu ya… kakak…”Hafiy tersasul.

“Kakak?!...” Suhana mula meninggikan suaranya.

“Eh...eh… bukan... Cik Suhana…”

“Baiklah… selamat jalan…” Hafiy pun beredar dari situ sementara Suhana dan adiknya pergi ke tempat makan.

Hafiy masuk ke dalam keretanya lalu dia berfikir.

“Cantik betul gadis… tapi kesian pula… dia buta… kalau dia jadikan isteri saya kan bagus… sejuk… mata memandang… ish… alamak… susahlah… Mak Long mungkin tak kan terima… maklumlah… ‘mrs perfect’... itu tak kena...ini tak kena… Atuk saja yang faham saya… takpe… nanti balik rumah… saya bincang dengan Atuk senyap-senyap…”

Tiba-tiba, Hafiy menerima panggilan dari Rostam.

“Helo Rostam…”

“Helo… Fiy… kau kat mana ni?... kita ada mesyuarat lagi sejam nanti…”

“Saya tahulah… itu fasal saya pergi ‘lunch’ awal… nanti kita jumpa di ofis je…”

“Okey… jangan lambat tau…”

“Ya… okey… babai…” Hafiy pun meletakkan telefon pintarnya lalu dia mula bertolak ke pejabatnya.

Pada masa yang sama, Suhana dan Nathifa sedang menikmati makanan timur sambil bersembang.

“Kak Su… kenapa Kak Su marah dia… kesian dia tau…”

“Thifa… kau tu adik aku… lagipun… semua lelaki nak ambil kesempatan pada kaum yang lemah macam kita…”

“Tu lah… yang Thifa sayang sangat kat Kak Su… Kak Su… Thifa nak tanya ni…”

“Tanya apa?...”

“Kak Su…. tak teringin nak berumah tangga ke?...” Suhana tersedak apabila mendengar perkara itu.

“Kenapa Thifa tanya Akak macam gitu?...”

“Takde… Kakak tak nak jadi ibu ke?... ada bayi… dodoi bayi… seronok tau…”

“Eleh… macam kau ni dah kahwin pula…”

“Thifa ni lain Kak… siapalah nak kahwin dengan perempuan buta macam Thifa ni… macam mana nak uruskan suami kalau diri Thifa ini pun tak terurus… kalau Kak Su… boleh lah… kahwin… dapat anak… nanti Thifa jadi mak saudara… ‘best’ sangat…”

“Ish kau ni… suka je berangan… Akak tak kan kahwin selagi Akak tak jumpa lelaki yang sayang dan jaga Thifa seikhlas hati dia… jadi Thifa doa lah banyak-banyak supaya Thifa ditemukan jodoh… kalau Thifa nak kan Akak kahwin…”

“Baiklah… Thifa selalu berdoa…”

“Dah… cepat makan… nanti lambat nak pergi butik…”

“Okey… “ Nathifa pun sambung makan dan setelah itu, Suhana menghantar adiknya ke butik adiknya lalu dia beralih ke butiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience