[BBB] Babak 25 SURAT ARWAH

Romance Completed 49406

Di Kuala Lumpur.

Hari Ahad. Hari untuk hampir semua orang berehat dan bersantai. Hafiy sangat giat untuk keluar dan dia hanya duduk di rumah isterinya sambil membaca majalah hiburan.

Tiba-tiba, ada pasangan pengantin baharu muncul di rumah isteri Hafiy. Hafiy pun buka pintu itu lalu menyambutnya dengan hati terbuka.

"Oh… inspektor Nahiz… silakan masuk…" pelawaan Hafiy.

"Baiklah terima kasih Encik…"

3 hari sebelumnya.

Di Johor.

Ain rasa gelisah. Wajahnya pucat, matanya ibarat tidak cukup tidur dan badannya lemah lesu. Sebenarnya Ain ingin berjumpa dengan Nathifa untuk minta maaf dan dia akan rasa serba salah selagi tidak mendapat keampunan dari Nathifa.

“Kenapa ni Ain?... Ain tak suka kat Abang ke?...” soal Nahiz.

“Bukan itu Abang… Ain cuma fikirkan Nathifa..”

“Nathifa?... kenapa dengan dia?...”

“Ain dulu pernah buat banyak dosa kat dia… semasa dia tinggal di sini… Ain nak jumpa dia untuk minta maaf….”

“Ain… Abang tahu Ain pernah buat kesilapan dan Abang kagum dengan sebab Ain nak tebus semua kesilapan itu… tapi Ain harus bersabar... “

“Abang… Ain nak pergi KL jumpa Nathifa…”

“Tapi Ain pergi seorang ke?...”

“Tak lah Abang…. Kita pergi bersama… lagipun Abang ada alamat rumah suaminya kan…”

“Baiklah… Abang akan ikut Ain… tapi janji tau… “

“Janji apa Abang?...”

“Janji kat Abang bahawa Ain tak mau sedih-sedih lagi…”

“Baiklah… Ain berjanji…”

Sekarang.

Hafiy mengiringi Nahiz dan Ain ke ruang tamu sambil mengajak mereka duduk di sofa sementara Hafiy buat minuman untuk tetamunya. Ain terpegun melihat rumah semewah ini dan dia bersyukur sebab ada orang boleh menjaga Nathifa. Kemudian, Hafiy membawa dulang dari dapur lalu letakkan atas meja sambil berikan minuman kepada mereka masing-masing. Ain terpandang wajah Hafiy seolah-olah dia pernah jumpa dulu.

“Erhhmmm… kalau tak salah awak ni Hafiy kan kaki buli di sekolah?...”

“Ya betul… tapi itu dulu… sekarang tak lagi…”

“Ain kenal Encik Hafiy?...”

“Cukup kenal Abang… dia lah suka buli Nathifa… dulu…”

“Betul… saya yang punca Thifa hilang penglihatannya… tapi sekarang saya dah insaf… saya pun hilang ingatan saya selepas saya cederakan matanya…”

“Dah lah… Hafiy… saya pun buat silap.... Sebab itu kedatangan kami ingin berjumpa dengan Nathifa…”

“Oh… cari Nathifa… sebenarnya Thifa takde di sini…”

“Dia pergi mana?...”

“Thifa kini berada di Pahang mencari saudara yang hilang bersama rakan kerjanya…” Hafiy terpaksa menipu.

“Oh… kalau begitu… Hafiy tolong bagi surat ini kepada Thifa…” Ain memberi surat itu dan Hafiy pun menerimanya.

“Surat apa ni?...” tanya Hafiy.

“Ini surat dari arwah Emak Thifa yang telah dirampas oleh Mak Ain… Ain sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari dan mohon ampun… sebab simpankan surat ini dari Thifa dulu...“

“Jadi surat ini... Thifa belum baca?...

“Belum… Mak Ain simpan surat itu sebagai bukti bahawa Thifa adalah… Hafiy faham-faham sendiri lah…”

“Kenapa awak berikan surat ini sekarang?...”

“Hafiy… maafkan Ain… sebab dulu Mak dan Ain layan Thifa macam hamba abdi… tujuan… Mak Ain simpan surat itu adalah kalau sesiapa nak masuk meminang Thifa dulu… dia akan buruk-burukkan Thifa… tapi sejak Mak Ain sakit… dia ingin pulangkan surat itu cuma kita tak tahu keberadaan Thifa… “

“Encik Hafiy… saya suami Ain… ingin mohon maaf atas kesalahan isteri saya… kalau Encik nak tahu… Ain yang pujuk saya untuk bantu kes Encik demi ingin tebus semula kesalahan Ain sekeluarga… pada Cik Nathifa...”

“Nahiz… Ain… Saya faham… cuma awak berdua datang salah masa… isteri saya masih di Pahang…”

“Takpe… yang penting hajat Ain untuk berikan surat itu telah tercapai…”

“Terima kasih sebab pulangkan surat ini…”

“Kalau begitu… kami berdua minta diri dulu…” Nahiz dan Ain pun bangun dari sofa lalu mereka berundur diri.

Di Pahang.

“Kenapa… hari ini… Encik Wall tak hantar e-mel?... selalunya hari Ahad… dia akan hantar waktu macam gini… dia sakit ke?.... Atau banyak kerja?... Ishh… kenapa dengan aku ni?... macam dah gila bayang pula… Thifa… kau mesti ingat… kau tu… isteri orang… kena jaga batas kau… kalau Abang Hafiy tahu… tak kesian ke dia… ingat… Thifa… Thifa…” Nathifa berfikir sambil memandang komputer ribanya.

10 minit kemudian.

“Aahhh… aku cuma nak tanya je lah… tak salah kan kalau aku tanya khabar dia sebagai kawan… lagipun aku tak buat perkara tak elok…” Nathifa pun hantar e-mel kepada Encik Wall.

Di Kuala Lumpur.

Hafiy asyik terbelit-belit surat itu dan dia ingin tahu apa isi kandungan surat itu tapi dia masih ragu-ragu. Tiba-tiba, dia terima e-mel dari Cik NS lalu dia letak kan surat itu di atas permai solek dan dia pun baca mesej itu.

“Helo Encik Wall,

Awak apa khabar? Sihat ke? Maaf kalau bertanya khabar je. Saya di sini Alhamdulilah sihat cuma lemah sikit maklumlah sejak jadi mak buyut ini, asyik nak tidur je.” Bibir Hafiy tersenyum lebar sambil teruja apabila membaca mesej itu.

“Ishh… kenapa lah dengan saya ni?... macam mabuk cinta pula… ish… jangan lah… tak kan saya nak menduakan Thifa pula… lagipun dia ni isteri orang… bawa mengucap Hafiy… awak mesti setia pada yang satu… jangan kecewa kan Thifa… ingat janji-janji awak pada Thifa…” Hafiy berfikir sambil menampar pipinya agar pijak bumi yang nyata.

Setelah itu, Hafiy kini telah menyukat penuh sudah lalu dia baca surat itu.

“Assalamualaikum anakku Nathifa,

Tujuan Emak menulis surat ini adalah untuk beritahu kamu tentang asal usul kamu.

Emak sebenarnya adalah seorang doktor pembedahan di Pahang dan oleh kecekapan Emak itu, Emak telah dikenal di Pahang. Keluarga Emak sebenarnya dari orang yang berada. Bapa Emak adalah seorang CEO di sebuah syarikat kewangan yang tersohor di serata Pahang.

Tujuan Emak cerita hal ini bukanlah hendak menunjuk-nunjuk kamu Thifa, malah Emak nak kamu tahu kenapa Emak tinggal di Johor berasingan dengan keluarga Emak. Emak sebenarnya telah melahirkan anak luar nikah. Demi Allah, Emak tidak pernah lakukan perkara terkutuk dan masa itu Emak hanya tumpukan dengan kerjaya Emak.

Setelah keluarga Emak dapat tahu bahawa Emak sedang mengandung, mereka paksa Emak untuk mencari lelaki yang bertanggung jawab itu. Emak betul-betul tidak tahu sebab sewaktu Emak mengandungkan kamu, Emak tidak pernah ada tanda-tanda kehamilan. Oleh kerana, Emak masih mengaku bahawa Emak tidak bersalah, keluarga Emak halau dan tidak akan mengaku bahawa Emak ini anak mereka.

Huru-hara jadinya setelah semua orang dapat tahu bahawa Emak mengandung tanpa pertalian yang sah. Banyak orang paksa Emak untuk gugurkan kandungan Emak itu tetapi Emak enggan buat perkara itu sebab kamu tidak berdosa Thifa. Tambahan pula, Emak ini doktor pembedahan dan Emak tidak boleh bayangkan keperitan setelah digugur. Justeru itu, Emak nekad untuk berhijrah ke Johor demi menjaga kamu Thifa.

Thifa, walaupun kamu adalah anak luar nikah, tapi bagi Emak, kamu bukan bidadari biasa malah kamu adalah bidadari istimewa yang Allah anugerah kan untuk Emak. Maafkan Emak sebab Emak tidak boleh hidup lama disebabkan penyakit barah rahim ini. Emak harap kamu tabahkanlah hati dan selalu berdoa pada Allah semoga Dia berikan kamu pelindungan. Emak tahu mungkin kamu akan dihina, dicaci dan dilayan macam kucing kurap. Jangan pedulikan apa yang mereka kata sebab mereka tidak pernah alami apa yang kamu alami.

Emak sentiasa mendoakan kamu agar kamu selalu selamat dan insya-Allah ada hamba Allah akan melindungi kamu dari segala bencana. Ingat pesan Emak, janganlah kamu cuba menyimpan dendam kepada orang yang telah menganiayakan kamu sebab ia akan memakan dirimu sendiri. Itulah saja Emak ingin sampaikan. Sekian. Nur Salina.”

“Sungguh kejam perbuatan Puan Zunaidah itu… disebabkan dia… masa depan Thifa sudah tercemar… mereka ini semua tak bersalah… kerana ‘benda’ tu… Emak Thifa jadi mangsa… semua orang dah pandang serong pada Thifa… termasuk saya dulu… Ya… Allah mengapa terlalu berat Kamu berikan ujian kepada insan yang berhati mulia ini?... kenapa berat untuk saya berjumpa isteri saya semula?... memang betul Puan Salina cakap… Thifa bukan bidadari biasa… saya mesti cari dia…”

Setelah sejam memikirkannya, akhirnya Hafiy ingin bertemu dengan Cik NS sebab dia sedang berada di Pahang dan oleh itu, dia balas semula mesej dari e-mel itu.

Di Pahang.

“Hai Cik ‘Not Slim’,

Maaf sebab lambat balas. Saya di sini sihat belaka. Terima kasih. Sebenarnya, kalau saya nak jumpa dengan awak di Pahang boleh tak?”

“Apa?! Nak jumpa?! Gila ke apa?! Aku kan isteri orang… nanti apa pula orang cakap pasal aku?... sudah cukup aku dihina sebagai perempuan kotor… tak kan nak tambah dengan gelaran baharu pula… ish… mamat ni… kau pergilah cari isteri kau… nak jumpa aku apa pasal?..” fikiran Nathifa terganggu.

Di Kuala Lumpur.

“Helo Encik Wall,

Saya minta maaf. Bukan saya tak nak jumpa dengan awak tapi saya masih mengandung dan lagipun saya ini isteri orang. Tak manis kalau berjumpa. Awak carilah isteri awak itu kan lebih afdal.”

“Betul juga itu… tapi… macam mana nak jumpa supaya tak timbul fitnah?...” Hafiy hendak balas mesej itu tiba-tiba Cik NS hantar e-mel lagi.

“Helo Encik Wala,

Apa kata awak datang seminggu sebelum saya bersalin. Sekurang-kurangnya kita ada alasan dan awak boleh jumpa dengan anak saya juga. Apa kata awak?”

“Jumpa dia semasa bersalin?... boleh juga… okey saya akan balas semula…”

Di Pahang.

“Hai Cik ‘Not Slim’,

Saya setuju. Nanti awak beritahu dengan saya sebulan sebelum itu supaya saya boleh mengambil cuti kerja. Terima kasih. Saya doakan awak dan kandungan awak selamat. Amin.”

“Okey… ‘set’... ‘sweet’ juga dia ni kan… ish… nasib baik kau tu suami orang… kalau tak… aku boleh… Aaaah iiissshhh… kenapa dengan aku lagi?... apa yang aku fikirkan ni?... bawa mengucap Thifa… kau tu isteri orang… setia pada Abang Hafiy...kau mesti ingat… dia yang terima kau seadanya semasa kau sedang buta dulu… jangan hampakan dia…” fikiran Nathifa semakin kusut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience