[BBB] Babak 44 Akhir KEINDAHAN HIDUP

Romance Completed 49406

Penjaga-penjaga pesakit mental itu sedang mencari kehilangan Mysha dari pusat rawat mental. Malangnya, mereka tidak berjaya menangkap Mysha semula. Mysha mampu menghindari dari penjaga-penjaga itu dan bersembunyi seketika sehingga keadaan menjadi tenang.

“kau semua akan menyesal nanti.... aku akan pastikan kau dan Hafiy pisah selama-lamanya... kalau dengan cara dulu... aku gagal... mungkin dengan cara baharu... aku dapat buat kau merana... Nathifa... kau tunggu dan santai dulu...” bisikan hati Mysha.

Tiga bulan kemudian.

Hari perkahwinan Rostam dan Jinan akan berlangsung dua hari lagi. Memandangkan Hafiy sangat rapat Rostam, Hafiy sekeluarga turut bergotong-royong untuk meriahkan majlis pernikahan sahabat yang telah bersamanya dari masa persekolahan sehingga sekarang dan sering membantunya bila susah dan senang.

Jinan mengajak Nathifa untuk pergi tukar pakaian pengantin kerana saiznya labuh sikit. Justeru itu, Nathifa memesan Eliya untuk menjaga anak-anaknya sementara dia sedang keluar.

Tujuan asalnya untuk bertanya pendapat Nathifa kerana Jinan masih tidak ada keyakinan diri untuk menjadi seorang isteri. Setelah selesai menukar pakaian pengantinnya, Jinan dan Nathifa pergi ke restoran yang berhampiran dari butik tersebut. Sekilas pandang raut wajah Jinan, Nathifa dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang belenggu di fikirannya.

Jinan termenung sambil mengaul jus mangga dengan straw manakala Nathifa memerhatikan tingkah laku Jinan.

“wah... termenung jauh... kenapa ini... macam ada masalah je...kalau ada masalah... Jinan boleh kongsi kat Thifa.” Tegur Nathifa.

“takde apa-apa... Cuma Jinan risau... kalau Jinan tak mampu jadi isteri yang baik...” jelas Jinan.

“Jinan... kita tak perlu menilaikan diri ke tahap tinggi... sebab kita semua manusia biasa... Thifa yakin Jinan boleh jadi isteri yang baik dan juga ibu yang penyayang kepada Ray...”

“Tapi... Jinan takut... nanti bila Jinan ada anak dan anak-anak Jinan tanya latar belakang Jinan... apa nak Jinan cakap pada mereka kelak?” ujar Jinan.

“Thifa faham perasaan Jinan... tapi... Jinan tak perlu malu atau bimbang... setiap orang akan ada sejarah silam... Thifa yakin mereka tetap sayangkan Jinan sebab kasih sayang seorang ibu itu adalah mulia... di sebaliknya... mereka akan berterima kasih sebab Jinan menjaga mereka dengan ikhlas...” pesan Nathifa.
“sebenarnya... Jinan ni anak luar nikah... sebab itu Jinan masih ragu-ragu pada diri Jinan...” Air mata Jinan mula menitis.

“Jinan... di dalam hidup ini... kita akan jumpa pelbagai orang dan kita perlu hadapi pelbagai tohmahan mereka... bagi Thifa... Thifa tak perlu cemuhan mereka... yang penting Thifa ada orang yang sayang kan Thifa... Thifa akan kuat...” tambah Nathifa.

“tapi... Jinan tengok Thifa dan Hafiy sangat mesra dan bahagia...”

“setiap kebahagiaan itu ada juga kesedihan... banyak pahit manis kita lalui bersama... apa yang Jinan lalui sekarang... Thifa dah lalui... jadi... tak perlu risau... kalau nanti Jinan perlu kan Thifa... bilang je... Thifa ada dengan Jinan ya...” pesan Nathifa sambil menyentuh tangan kanan JInan.

“terima kasih Thifa sebab sudi dengar luahan Jinan... “

“tak mengapa... jom kita pulang... Thifa dah penat ni... maklum la tengah berbadan dua... cepat penat...” kata Nathifa.

“oh... terlupa pula... lama juga kita sembang... Jom...” Jinan dan Nathifa bangun dari kerusi mereka masing-masing lalu mereka beredar dari restoran itu.

Tanpa disedari, ada seorang wanita sedang memantau pergerakan Jinan dan Nathifa lalu dia mengekori mereka. Wanita itu memakai jaket ‘hoodie’ berwarna kelabu dan seluar panjang dengan jalur sukan berwarna yang sama. Wanita itu juga membawa akbar yang dilipat dua ke lengan kanannya untuk menyembunyikan sesuatu di tangan kanannya.

Semasa Nathifa dan Jinan meletakkan barang mereka di belakang kereta, Jinan terlihat kelibat orang dari cermin sisinya yang sedang menunjuk ke arah Nathifa.

“Thifa awas!” Jinan menolak Nathifa dan bunyi ledakan pistol itu kedengaran.

“isshh... kenapa tak kena ni...” ujar wanita itu. Wanita itu pula bergerak perlahan dan cuba acukan kepada Nathifa.

Malangnya, pegawai keselamatan telah tiba dan melihat wanita itu lalu cuba mengejar wanita. Wanita itu mula rasa ketakutan dan dia melangkah seribu.

Mujurlah, tiada sesiapa yang cedera parah hanya kaki Nathifa terseliuh. Kandungan Nathifa juga tidak ada apa-apa hentakan dan Nathifa tiba-tiba pengsan. Oleh itu, Jinan menghantarnya ke hospital untuk diperiksa kandungan Nathifa itu.

Wanita itu berlari di luar tempat letak kereta sambil di kejar oleh pegawai sekuriti itu. Oleh kerana wanita itu hanya memikirkan untuk lolos dari pegawai itu, dia memandang lurus tanpa melihat kiri dan kanan.

Tiba-tiba, sebuah lori sedang menyusul di sisi kiri wanita itu dan hentakan kuat di bahagian kiri wanita itu menyebabkan dirinya melayang seratus meter jauh. Pegawai itu melihat kemalangan tersebut lalu dia memanggil polis.

Di hospital.

Hafiy dan anak-anaknya sampai ke hospital setelah mendapat panggilan kecemasan dari Jinan. Najla dan Nayla berlari ke katil wad Nathifa sambil teriak menyebutkan nama ibunya. Hafiy tidak berkata apa-apa selain hanya berdoa kepada yang Esa agar isteri dan anak dalam kandungannya itu selamat. JInan beritahu kepada Hafiy kejadian tersebut.

Bunyi getaran di telefon Hafiy dan dia melihat ada panggilan lalu dia keluar dari wad serta menyuruh JInan menjaga anak-anaknya buat sementara waktu. Hafiy kemudian menjawab panggilan tersebut.

“helo... Encik Hafiy... saya Nahiz...”

“Ya... kenapa Encik Nahiz kol saya?...”

“maaf kalau saya menganggu Encik... ini berkaitan kejadian isteri Encik...”

“isteri saya?... kenapa?” Hafiy bertambah cemas.

“kita dapat menangkap penembak itu... dia adalah...”

“siapa penembak itu?... “ Hafiy menyampuk.

“dia adalah Mysha Atiya binti Zameer... musuh ketat Encik...”

“Mysha?... bukan ke dia sedang ada di pusat rawatan mental?....”

“sebenarnya... dia berjaya melepaskan diri dari pusat itu... tujunya hanya membunuh anak dalam kandungan isteri Encik... ada sekeping kertas tulisan mengatakan bahawa dia ingin membunuh isteri Encik supaya Encik kehilangan orang yang Encik sayang...”

“MYSHA... di mana dia sekarang?!...” Hafiy mula naik minyak.

“bawa bertenang dulu Encik... sebenarnya Mysha sudah meninggal dunia... dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semasa dia cuba melarikan diri dari pegawai sekuriti...” jelas DSP Nahiz.
Kemarahan Hafiy telah dipadamkan oleh ucapan itu dan dia bersyukur kepada Ilahi yang memberikannya semangat untuk bertahan segala dugaan itu. Setelah itu, mata Nathifa mula celik dan dia melihat anak-anaknya sedang merenungkan dirinya.

Dua hari kemudian.

Bunyi kompang bergema. Muzik rancak memukau seluruh dewan. Ramai orang datang menyambut hari perkahwinan antara Rostam dan Jinan.

“syukur Alhamdulillah... aku telah menjadi isteri dan ibu kepada orang yang aku sayang... aku berjanji pada diriku... aku akan berusaha untuk menjadi isteri soleha dan juga ibu prihatin... terima kasih Rostam...” Jinan merenung wajah Rostam.

“Terima kasih Jinan... sebab sudi menjadi suri hati Abang... Abang berjanji... Abang akan melindungi Jinan dan anak-anak kita dari segala musibah yang melanda kita... Abang sangat bersyukur pada yang Esa... sebab memberi Abang peluang untuk membina mahligai baharu dengan awak, Jinan...” Rostam memandang tajam kepada Jinan.

Setelah majlis menjadi reda, Rayhan membisik kepada Nathifa untuk membuat pengumuman. Nathifa berikan perhatian kepada seluruh jemputan untuk memberi peluang kepada Rayhan supaya Rayhan boleh mengucap sepatah dua kata.

“Terima.... kasih... semua... Ray... ada sikit ucapan... Ray nak cakap...” kata Rayhan dengan nada yang rendah. Para jemputan itu bertepuk tangan untuk memberikan semangat kepada Rayhan.

“ Ibu... Orang yang mengorbankan masa... dan tenaganya... untuk menjaga saya...
Bila saya sedih atau gembira... Ibu selalu ada padaku... saya tak mampu balas jasa Ibu...
Ibu... Ibu... Ibu... Ray merindumu...” Rayhan memandang arah Jinan apabila mengucap kata-kata itu. Semua jemputan bangun dari meja makan lalu mereka memberi tepukan yang gemuruh. Jinan pula berasa terharu sehingga dia bangun dari pelaminnya lalu bergegas ke arah Rayhan dan memeluk Rayhan.

Dalam majlis tersebut, DSP Nahiz dan keluarganya pun turut hadir atas permintaan Ain sebab dia ingin meminta maaf kepada Nathifa. Justeru itu, Ain pula pergi ke arah Nathifa lalu dia menegurnya.

“Thifa... “ titisan air mata Ain mengalir. Nathifa pun berpaling ke Ain setelah mendengar namanya dipanggil.

“Ain... kau ke tu?...” tanya Nathifa.

“Ya Thifa... aku Ain... orang yang suka buli kau dulu...” jelas Ain. Nathifa dan Ain memeluk bersama.

“Thifa... aku minta maaf... atas kesalahan dan dosaku dulu... aku dah sedar... dan insaf... “ rintihan Ain.

“Ain... aku dah maafkan kau... aku bersyukur kau dah insaf... sudahlah tu... kita mula hidup ya...” jelas Nathifa.

“Oh ya... ini anak-anak aku... Muhsin Nasif dan Maaiyah Rida.... pergi salam makcik Thifa...” Ain memperkenalkan anak-anaknya kepada Nathifa.

“wah... comelnya... oh... yang ini anak-anakku... Nayla dan Najla... pergi salam makcik Ain...” Nathifa pun mengurut perutnya itu.
Perdamaian antara Ain dengan Nathifa sudah selesai. Bak pepatah orang tua, buang yang keruh , ambil yang jernih. Mereka bersembang sambil mengongsikan pengalaman hidup mereka masa kini masing-masing. Begitu juga dengan anak-anak mereka.

“Bidadari... malaikat yang datang melengkapi hidupku... dia bukan calang-calang wanita... Wanita yang tabah menghadapi dugaan... cabaran... dan... kesusahan... bila senang... dia rasa girang... bila susah... dia tidak rasa bimbang... dia selalu berada di sisiku...wanita yang sanggup berkorban demi orang lain daripada diri sendiri... dia... sangat luar biasa... Dia... bukan bidadari biasa... terima kasih Thifa...” bisikan di hati Hafiy apabila melihat keluarganya yang bersuka ria dengan suasana itu.

Tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience