[BBB] Babak 9 KATA PUTUS

Romance Completed 49409

Hafiy sedang menunggu di luar bilik pemeriksaan dan dia risaukan keadaan Syakura. Tiba-tiba Suhana sampai ke hospital sambil tergesa-gesa mencari adiknya. Suhana ternampak lelaki yang datang semalam itu lalu menyusul ke arah lelaki itu.

"Oh… Cik Suhana… saya boleh…" Suhana menamparnya.

"Kau tak serik-serik kan?!... Aku kata kau jangan ganggu adik aku lagi!… kalau apa-apa terjadi dengan adik aku… Aku tak kan maafkan kau… faham!... Dah pergi dari sini!..."

"Saya minta maaf… sebenarnya saya nak mela…." Hafiy cuba jelaskan.

"Keluar!... Pergi!..." Darah Suhana meluap-luap. Hafiy pun berundur diri dengan hajatnya tidak kesampaian dan dia tercicir dompetnya.

Doktor pun keluar dari bilik pemeriksaan itu lalu mencari ahli keluarga pesakit itu.

"Awak ni ahli keluarga Cik Syakura?..."

"Ya… saya kakaknya… macam mana adik saya?..."

"Oh… adik Cik… cuma kurang tenaga… mungkin dia bekerja berat atau kurang pemakanan…"

"Oh… boleh saya tengok adik saya?..."

"Boleh… tapi selepas dia 'discharge' beri dia berehat secukupnya…"

"Faham doktor... terima kasih…" Suhana pun masuk dalam bilik itu.

"Thifa… Thifa… adik…Akak takde apa-apa ke?..."

" Akak tolong halau lelaki itu… dia nak…"

"Dia nak apa?... Dia nak rogol Thifa?… cabul Thifa?...atau ragut Thifa ke?..."dengan pantas Suhana balas.

"Ish… Akak ni… ada ke situ pula…"

"Habis tu dia nak apa?... Adik cakaplah… jangan buat Akak suspen je…"

"Dia nak… melamar Thifa…"

"Apa?... Melamar?!..." Suhana mula gelakkan adiknya.

" Akak ni...orang tengah serabut ni… masih nak ketawa pula…"

"Lucu lah adik Akak ni… semalam kita baru je cakap fasal kahwin… tiba-tiba hari ni… ada orang nak melamar kau pula…"

"Thifa tak nak kahwin lah…"

Tiba-tiba, jururawat datang sambil memberi sesuatu.

"Maaf menganggu… Mungkin suami puan tertinggal dompetnya…" jururawat itu beri dompet itu kepada Suhana.

"Baiklah terima kasih…"Suhana menerima dompet itu.

"Suami?... Suami siapa?..." Syakura mula bingung.

"Bakal suami kau lah… Hafiy Iffat… CEO Dewi Gorgeous…" Suhana bergurau sambil membaca nama lelaki itu dalam dompet itu.

Sementara di pejabat Hafiy, Hafiy duduk di sofa sambil merenung cincin itu. Rostam pun masuk ke dalam bilik Hafiy dengan keadaan cemas.

"Lah… sini kau berada… kau pergi mana tadi?... Puas aku kol kau… tak dapat… tadi ada mesyuarat tergempar tau… aku juga kena 'handle'... Nasib baik…" Rostam melihat kawannya ibarat manusia tidak bernyawa. Hafiy membeku tanpa hiraukan orang sekelilingnya.

"Fiy… kau ni kenapa?... Cuba cerita sikit…"

"Syakura… pengsan… bila saya melamarnya… kakak dia pula tak nak dengar penjelasan saya lalu saya ditamparnya…"

"Lah… fasal itu je… kau cuba ambil hati dia… dia itu mungkin sensitif… mungkin dia ingat kau kahwin dengan dia sebab kesian dan simpati…"

" Tapi saya tak bermaksud begitu… saya ikhlas sukakan dia…"

"Itu kata kau… bukan kata dia… kau cuba bayangkan kalau kau itu buta… lepas itu ada gadis nak ajak kau kahwin… apa perasaan kau ketika itu?..."

" Saya akan tolak... sebab akan menjadi beban untuk gadis itu…"

" Kan… mungkin itu sama yang dia lalui… dia takut dia tak boleh jadi isteri sempurna untuk kau…"

"Habis itu, apa harus saya buat?..."

"Kau mesti bukti kan dengan dia bahawa kau kahwin sebab ikhlas… bukan simpati…"

"Macam mana?..."

"Kau buat apa yang dia suka… dan buat dia selesa dengan kau… aku tak tahu apa kau perlu buat… yang itu terpulang pada kau untuk fikirkan…"

"Tam… terima kasih… saya akan cuba untuk mengambil hati… si cantik manis itu…"

"Lah… dah mula da… jiwang pula kawan aku ni…"

Sementara itu, Nathifa dan Suhana pulang ke rumah mereka untuk berehat. Dompet Hafiy ada dalam genggaman Suhana. Suhana ingin mahu pulangkan sendiri tapi Nathifa mahu ikut pergi bersama.

“Kenapa Thifa nak ikut Akak?... Akak cuma nak hantar dompet ini je…”

“Thifa nak bertemu dengan lelaki itu… mungkin dia sedang menunggu jawapan dari Thifa…”

“Oh… jadi apa jawapan Thifa?...”

“Memang tak lah… Thifa tak nak kahwin… Thifa bukan wanita pilihan lelaki… ia akan beri beban pada dia…”

“Jangan berkata begitu… jodoh… ajal… maut... semua ditangan Allah… apa kata Thifa buat solat Istikharah… sebelum buat kata putus…”

“Insya-Allah Kak Su… Thifa akan lakukan itu… Thifa masuk ke bilik dulu...”

“Baiklah… jangan lupa rehat tau… besok kita nak ke pejabat bakal suami kau…” Suhana masih mengusik Nathifa.

“Ya lah… Ya lah... “ balas Nathifa dengan buat tidak indah.

Nathifa buat solat Istikharah selepas solat Isyak. Kemudian, dia berdoa untuk mendapat petunjuk dari Ilahi.

“Ya Allah... Tuhan aku… sesungguhnya hambaMu yang hina ini memohon petunjuk dariMu ya Allah… jika benar lelaki yang melamarku itu adalah jodohku… Kau dekat kan lah aku padanya.... Kalau lelaki itu bukan lah jodohku… aku redha dan Kau jauhilah aku dengannya… hanya padaMu aku bersujud…. Hanya padaMu aku meminta pertolongan… Amin…” Nathifa mula menitiskan air matanya.

“Layakkah aku menjadi seorang isteri?… yang sempurna di mata suami?... kenapa dengan lelaki itu?... banyak-banyak gadis cantik… kenapa lah aku yang si buta kotor ini… yang jadi pilihan hatinya… dia buta ke?... adakah niat dia ikhlas?... atau dia simpati pada diriku?... aku tak mahu orang kecewa… tapi aku terpaksa menolak lamaran itu… sebelum dia menyesal di kemudian hari…”

Nathifa buka telekungnya dan mengemasnya dengan rapi. Dia pun baring di katil sambil melelapkan matanya.

Di rumah Hafiy, Hafiy di biliknya sambil belit kotak kecil itu.

“Kenapa lah… awak pengsan tadi… saya belum dengar jawapan dari awak… kakak awak pula garang sangat… ‘overprotective’... tapi saya tak salahkan kakak awak… sebab dia sayang kan awak… kalau lah saya dapat kahwin dengan awak… saya akan jadi orang yang bahagia di dunia ini… esok saya akan cuba lagi…” Hafiy memberi kucupan pada kotak itu lalu dia tidur.

Keesokan harinya, semasa Hafiy mahu keluar awal dari pejabatnya, ada dua gadis sedang menantinya ibarat langkah kanan.

“Oh… Cik Suhana dan Cik Syakura… ada apa datang ke sini?...”

“Oh… aku nak pulangkan dompet ini kat kau…” Suhana memberi dompet itu kepada Hafiy.

“Terima kasih Cik…” Hafiy terima dompetnya.

“Aku nak minta maaf sebab tampar kau semalam…”

“Takpe… saya pun minta maaf sebab buat Cik Syakura pengsan semalam…”

“Kak… adik nak cakap dengan dia sendirian…”

“Okey adik…”

“Jom lah masuk ke dalam bilik saya…”

“Adik pergi lah masuk...Akak tunggu di luar… kau jangan buat tak elok tau… dia tu... adik aku…”

“Baiklah Akak… oops… Cik Suhana…” Hafiy tersasul sambil memberi senyuman tipis.

Nathifa mula dengan perbualan itu.
“Encik Hafiy… saya nak bilang… bahawa lamaran awak... ditolak…”

“Ditolak… tapi kenapa?...”

“Awak ni rabun ke buta?... saya ni buta dan serba serbi kekurangan… saya tak mampu nak jadi isteri awak… saya akan doakan semoga awak bertemu wanita yang lebih baik dari saya…”

“Tapi saya sukakan awak…”

“Suka tak bermakna setia… sekarang awak sukakan saya… kalau dah kahwin nanti… mampukah awak setia dengan saya seumur hidup?...”

“Saya mampu…”

“Jangan lah awak beri kata putus seolah olah awak sedang terdesak…”

“Saya tak faham… kenapa awak tak sudi terima saya?...”

“Bukan begitu… saya kagum dengan keberanian awak untuk melamar saya… tapi saya nak lelaki boleh terima saya sebab dia ikhlas bukan sebab simpati…”

“Apa yang boleh saya buat untuk buktikan… yang saya ikhlas kahwin dengan awak?...”

“Jangan melamar saya…” jawab Nathifa.

“Cik Syakura… itu bukan jawapan dari hati awak kan?...”

“SUDAHLAH… APA LAGI NAK AKU CAKAP KAN… AKU TOLAK LAMARAN KAU! TAK FAHAM BAHASA KE?...”Nathifa mula meninggikan suaranya.

“Bawa bersabar… saya cuma nak tahu je… kalau awak boleh beritahu kekurangan saya… saya janji tak akan ganggu awak lagi…”

“Kau akan terseksa zahir batin kau… kalau kau kahwin dengan aku… sebab aku bukan wanita sempurna… aku sendiri tak mampu uruskan diriku… kau fikir lah… macam mana aku nak uruskan suamiku?...”air mata Nathifa mula mengalir.

“Tapi… boleh kita jadi kawan dulu?...”

Nathifa tidak jawab soalan itu lalu dia keluar dari bilik Hafiy. Hafiy boleh merasakan bahawa Syakura bukan calang-calang wanita dia kenal. Hafiy tidak putus asa untuk memikat hati Syakura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience