[BBB] Babak 32 HARAPAN TIPIS

Romance Completed 49409

Di Kuala Lumpur.

Rostam masuk ke bilik doktor lalu dia duduk di kerusi dan doktor itu mula bicara.

“Encik Rostam… tujuan saya ingin panggil Encik kemari sebab ada perkara nak disampaikan…”

“Kenapa doktor?... anak saya sakit apa?... teruk sangat ke sakitnya?...”

“Macam gini Encik… anak Encik sedang mengalami tekanan darah yang rendah… dan itu menyebabkan dia lemah dan pengsan…”

“Jadi apa harus saya buat untuk selamatkan?...”

“Buat setakat ini… kami perlu mencari penderma darah untuk pulihkan semula sel-sel darah merah dalam tubuh anak Encik…”

“Okey kalau begitu… saya nak dermakan darah saya…”

“Boleh tapi darah Encik jenis apa?...”

“Darah saya jenis B plus…”

“Oh… kalau begitu… Encik tak boleh derma sebab darah anak Encik jenis AB dan ia hanya sebati dengan jenis yang sama…”

“Jadi apa sekarang saya harus lakukan?...”

“Buat masa ini… Encik perlu sabar dan kami akan usaha kan mencari penderma darah yang sesuai…”

“Apa?... sabar?... doktor suruh saya sabar?... doktor tahu tak anak dalam bilik ICU itu adalah anak kandung saya… tak kan saya nak duduk diam je…”

“Bawa bertenang Encik… kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak Encik… harap bersabar…”

“Senang lah doktor cakap… suruh kita sabar… saya dah kehilangan isteri saya tahun lepas tau… tak kan saya nak kehilangan anak saya pula!…” emosi Rostam terganggu dan dia luahkan perasaannya itu.

“Maafkan saya Encik… kami di sini mengikut prosedur… kalau Encik nak mempercepatkan lagi… Encik boleh cari kawan atau keluarga Encik untuk bantu derma darah untuk anak Encik…”

“Baiklah… saya akan tanya mereka… terima kasih…” Rostam pun beredar dari bilik doktor dengan keadaan kebingungan.

Hafiy pun sampai lalu dia bergegas mencari sahabat karibnya. Apabila Rostam jumpa dengan Hafiy, dia mula bertanya jenis darah Hafiy.

“Jenis darah saya A… kenapa ni bro?... Ray mana?...”

“Ray… masih dalam ICU sebab dia koma… aku perlukan darah jenis AB…”

“Jenis darah AB… macam sama dengan arwah Julia…”

“Itu lah… aku sekarang dah buntu… mana lagi nak cari hamba Allah yang ada jenis darah AB?...”

“Okey bro saya cuba tanya yang lain… “ Hafiy cuba buat panggilan kepada keluarganya dan rakan kerja yang kalau mereka boleh bantu jika mereka mempunyai jenis darah yang sama sementara Rostam sedang merayu pada orang awam untuk mendermakan darah anaknya.

Rostam pergi dari seorang ke seorang untuk meminta bantuan. Kebanyakan dari orang-orang di sekeliling tempat itu beranggap bahawa Rostam sudah hilang akal. Namun begitu, Rostam tebalkan mukanya untuk mencari penderma darah yang sesuai demi anaknya yang dikasihi.

“Tolonglah… anak saya sakit… saya cuma nak tahu jenis darah Encik…” Rostam merayu kepada lelaki tidak dikenali.

“Kau ni apa hal… nak tanya jenis darah aku?... pergilah… dah gila ke apa?... baik kau pergi sebelum aku panggil polis!...” lelaki itu menghalau Rostam.

Kelakuan Rostam itu telah menarik perhatian kepada seorang gadis di sana. Gadis itu sedang temankan kawannya buat pemeriksaan kehamilan dan dia masa itu sedang duduk di kerusi sambil membaca risalah kesihatan sementara menunggu kawannya. Bunyi riuh rendah itu telah membuatkan gadis itu terpinga-pinga lalu dia bertanya pada jururawat.

“Nurse… saya nak tanya… apa yang kecoh di situ?...” tanya gadis itu.

“Oh… lelaki itu sedang mencari penderma darah untuk pulihkan anaknya…”

“Oh… berapa umur anaknya?...”

“Tak pasti… dari segi bentuk tubuhnya… mungkin 2-3 tahun…”

“Kesian… kecil-kecil dah sakit… oh ya… boleh saya tanya… darah jenis apa dicarinya?...”

“Oh jenis AB…”

“Jenis AB?... kalau begitu… saya nak dermakan darah saya…”

“Oh… boleh Cik… mari ikut saya… kita pergi ke bilik derma darah…”

“Okey… tapi… saya nak identiti saya dirahsiakan…”

“Boleh… pihak kami tidak akan beritahu sesiapa tapi kami perlu Cik isikan nama dan nombor kad pengenalan Cik…”

“Baiklah… saya setuju…” jururawat itu membawa gadis itu ke bilik derma darah.

Setelah 3 jam mencari penderma yang sesuai, Rostam pun kelihatan penat dan dia mula mengeluh. Hafiy cuba memberi kata-kata semangat kepada Rostam tetapi dia tidak bermaya.

“Mana lagi aku mesti cari… tak kan aku sanggup kehilangan anakku…”

“Tam… kamu harus bersabar… ini adalah ujian Allah… kamu mesti kuat…”

“Aku tahu Fiy… ini ujian Allah… tapi aku tak sanggup kehilangan orang yang aku sayang… aku dah berjanji pada arwah… tak kan aku nak mungkir janji?...”

“Okey… apa kata kita buat solat hajat… kita minta pertolongan dari Dia…” pujukan Hafiy.

“Baiklah… jom kita pergi surau…” Rostam dan Hafiy sedang berjalan ke surau. Di hujung jalan, semasa Rostam memutar ke arah kanan, dia terlanggar seorang gadis.

“Erh… sori… Cik… saya tak perasan tadi…”

“Takpe… takpe… saya pun minta maaf…” masing-masing pun menuju ke arah lain. Gadis itu memegang lengan kirinya sambil berjalan.

Semasa dalam surau, sesudah selesai solat hajat, Rostam memohon pertolongan dari maha yang Esa dengan kedua telapak tangannya.

“Ya Allah… Tuhanku… sesungguhnya hambaMu ni meminta pertolongan dari Mu… aku tahu Kau lebih sayangkan anakku… tapi Kau berikanlah aku peluang untuk membesar dan menjaga dia… aku merayu padaMu… Kau selamatkan lah anakku… biarlah nyawa aku jadi pengganti… asalkan dia selamat… hanya padaMu aku bersujud… Amin…” Rostam menyapu mukanya dengan kedua telapak tangannya.

“Aku tak tahu macam mana harus aku hidup… kalau aku kehilangan Ray… dia satu-satunya aku ada… Ray… Papa berjanji… Papa akan cari penderma darah yang sesuai untuk Ray… Papa harap Ray boleh bertahan…”

Di dalam bilik ICU, badan Rayhan mula bergerak sedikit.

“Mama… Mama... “ Rayhan memanggil ibunya.

Semasa Rostam hendak menuju ke bilik ICU, doktor memanggilnya untuk pergi ke biliknya.

“Ada apa doktor?... macam mana keadaan anak saya?...”

“Bawa bertenang… ini ada berita baik…”

“Berita apa?...”

“Alhamdulilah… ada orang sudi menderma darah untuk anak Encik…”

“Betul ke doktor?...”

“Betul… penderma itu mendermakan darahnya dengan hati terbuka…”

“Syukur Alhamdulilah… jadi macam mana keadaan anak saya doktor?...”

“Anak Encik dah semakin stabil… kami akan pantau dia lebih lanjut… jika dia dah semakin pulih… Encik boleh lihat dia…”

“Terima kasih… doktor… terima kasih banyak-banyak…”

“Tak mengapa… itu memang tanggung jawab kami…”

Lapang dada Rostam apabila mendengar ada orang yang sanggup menderma darah untuk anaknya seolah-olah batu yang berat di bahunya telah menjadi pasir halus. Hafiy pun mencari Rostam, setelah dia cuba menelefon rakan kerja untuk membantu Rostam, lalu dia ingin beritahu sesuatu bahawa dia tidak dapat mencari penderma yang sesuai dan Rostam terus mula perbualan itu.

“Hafiy...Fiy… anak aku selamat Hafiy… anak aku selamat…”

“Selamat? Syukur Alhamdulilah… apa yang jadi?...”

“Ada insan yang mulia telah menderma darahnya kepada anak aku... aku bersyukur sangat...“

“Saya tumpang gembira… jadi kita boleh tengok Ray tak?...”

“Belum lagi… Ray masih di dalam ICU… mungkin esok dia boleh dipindahkan ke wad biasa…”

“Syukur Alhamdulilah… kalau begitu… senang hati saya… kita… balik dulu…”

“Aku tak nak balik… aku nak tunggu sini sampai dia sedar…”

“Bro… saya faham… tapi kamu perlu bersihkan diri… kamu nak jumpa Ray dengan kusut masai ni?... sekurang-kurangnya kamu tengok dia bila kamu kelihatan segar…”

“Tapi aku tak sanggup… nak biar kan dia keseorangan…”

“Okey… macam gini… saya tunggu di sini dulu… sementara kamu pergi balik bersihkan diri… sesudah itu… kamu boleh balik semula…”

“Baiklah kalau begitu… apapun kau kol aku kalau Ray dah sedar nanti…”

“Insya-Allah… kamu balik jangan tergesa-gesa… pandu dengan cermat…”

“Okey… terima kasih bro… kau lah sahabat aku dunia akhirat…”

“Tak mengapa… dah pergi dulu… lagi lama kat sini… lagi lambat kamu kembali…”

‘Okey… aku pergi dulu…”

Rostam pun memandu dan menuju ke rumahnya. Dalam perjalanannya itu, ada satu soalan yang berlegar-legar di mindanya.

“Siapakah penderma itu?... aku harus berterima kasih padanya…” ujar Rotam sambil memandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience