[BBB] Babak 1 NUR SALINA

Romance Completed 49406

“Ya Allah...Tuhanku… mengapakah Kau berikan aku peluang untuk hidup… aku ini perempuan kotor… masyarakatku padang serong pada diriku… hina sangat ke aku ini?... kenapa Kau tak cabut saja nyawaku ini... aku tak sepatutnya lahir di dunia ini… kenapa?... kenapa?!... kenapa… kenapa… aku tak minta untuk dilahirkan sebagai anak haram…” Nathifa tersedu-sedu berdoa sambil menitiskan air matanya.

“Hoi!... amboi… amboi… dah mula menangis pula kau ni… kalau dah habis solat tu… buat kerja kat dapur… yang kau ni menangis buat apa…” Puan Saadia menyampuk dengan nada yang tinggi.

“Maaf Puan… Thifa...Thifa…”

“Sudah!… aku dah masak perangai kau… nak curi tulang kan… dah cukup bagus… aku kutip kau… kasi tempat tidur… dah mula malas pula kau ni kan…”Puan Saadia memulas telinga kiri Nathifa lalu mengheret Nathifa ke dapur.

“Maaf Puan… sakit… Puan… Maaf Puan…”

Puan Saadia pun menolak Nathifa dan dia menyuruh Nathifa mencuci semua periuk belanga sebab bau hampas.

“Perempuan kotor macam kau… lebih sesuai duduk di tempat kotor!… kau takleh tidur selagi kau tak habiskan semua kerja ini… Faham!...”

“Baiklah Puan…” Puan Saadia pun pergi ke ruang tamu sementara Nathifa sedang mencuci periuk.

“Sejauh manakah aku harus bertahan… “

15 tahun dulu.

Dr. Nur Salina, seorang doktor pembedahan yang terkenal di Pahang. Semua pesakit-pesakit suka dengan cara Salina yang cekap dan tekun semasa melakukan pembedahan.

Suatu hari, semasa Salina hendak pulang dari tempat kerjanya, dia telah diekori oleh sebuah van dan van itu telah berhenti di depan Salina lalu menangkap Salina masuk ke dalam van. Salina tidak ada peluang untuk menjerit sebab dia telah ditutup mulutnya dengan kain mengandungi styrofoam.

“Padan muka kau… kau fikir kau hebat sangat… kau tunggu saja nanti…” seorang wanita misteri yang iri hati dengan Salina.

“Aku nak kau masuk ‘benda’ ini ke dalam rahim dia…”

“Baik bos…”

“Baru puas hati aku… hahaha…”tambah wanita misteri itu.

Pada keesokan pagi, apabila Salina bangun, dia berada di tong sampah dengan badannya terdedah. Salina pun memakai semula pakaiannya lalu pulang ke rumah sewaannya.

Salina tidak ingat apa-apa kejadian itu cuma dia hanya ingat van berhenti di depannya. Pada fikirannya mungkin hanya satu mimpi saja. Justeru, dia tidak beritahu sesiapa mengenai kejadian itu sebab tiada tanda-tanda bahawa dia dirogol.

Sebulan kemudian.

Salina sedang dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya untuk menanya khabar setelah dah lama tidak bertemu. Apabila sampai di rumah ibu bapanya, kepala Salina bertambah pusing dan dia berjalan huyung-hayang lalu dia rebah. Ibu Salina terperanjat melihat anaknya pengsan di depan pintu lalu dia memanggil suaminya. Mereka kemudian menghantar Salina ke hospital.

Selepas di periksa keadaan Salina, doktor berjumpa dengan ahli keluarga Salina dengan kelihatan ceria.

“Macam mana Doktor?... anak saya sakit apa?...”

“Tahniah… tuan... tuan akan menjadi datuk…”

“Saya jadi datuk?... saya tak faham...”

“Anak tuan… mengandung… sudah 3 minggu...”

“Apa?... Mengandung?...” bapa Salina mula naik minyak lalu dia bergegas ke bilik wad itu.

“Kau cakap… betul-betul!... kau dah berzina kan?!..”

“Apa...Abah cakap ni?… Lina tak berzina…”

“JANGAN BOHONG! CAKAP! KAU TIDUR DENGAN JANTAN SIAPA?!...”

“Betul Abah… Lina tak tidur mana lelaki pun... “

“Habis tu… kau nak cakap… kau makan buah pauh terus mengandung?!... macam cerita dongeng?!..”

“Mengandung?...”wajah Salina berubah apabila dia dapat tahu bahawa dirinya mengandung.

“Abang… jangan buat bising kat sini… kita bincang di rumah je… bawa mengucap…”

“Kau tengok anak kau ini… macam mana aku tak marah?... dia dah mencemarkan nama baik kita…”

“Abah… Abah… betul… Lina tak pernah buat perkara terkutuk itu…”

“Sudah!... diam!... kau kemas barang ini… kita bincang di rumah!...”

Salina pun bangun dari katil itu lalu dia mengambil barang dia. Sebak di dada bapa Salina masih meluap-luap dan dia hanya membisu sepanjang perjalanan ke rumahnya. Sementara itu, Salina sedang berfikir lalu dia merasa pelik sebab dia hanya fokus dengan kerjayanya dan tidak terlintas di fikirannya untuk bersetubuh sebelum nikah.

Setelah sampai ke rumah, bapa Salina humban beg pakaian Salina ke luar rumah.

“Abah… kenapa ni?...”

“Abah nak kau keluar dari rumah Abah…”

“Abah… jangan buat begini… kesian lah Lina… Lina tak tergamak nak malu kan… Abah dan Umi…”

“Sudahlah… kau masih tak mahu mengaku… apa kau nak bela jantan itu ke?...”

“Tak Abah… Lina tak ada teman lelaki… tolong lah Abah… percayalah Lina…” Salina melutut kaki bapanya sambil merayu.

“Sudah la… aku malu… dan terkilan… tergamak kau menconteng arang di muka kami… Apa salah kami?... aku dah mendidik kau… kasi kau belajar sampai keluar negeri… tapi… inikah balasan kau terhadap kami?... kalau aku tahu perangai kau macam begini… aku suruh Umi kau gugur kandungannya dulu… aku rela takde anak daripada mendapat anak yang tidak bermaruah seperti kau!...”

“Abah?!... sampai hati… Abah tak patut berkata begitu… Lina tak bersalah…”

“Selagi… kau masih cuba dolak-dalih dan tak mahu mengaku… Abah haramkan kau jejak kaki dalam rumah ini… jangan sesekali kau berhubung dengan kami…” Salina yang tersedu-sedu sambil mengambil beg pakaiannya.

“Kau dengar sini… mulai hari ini… Nur Salina binti Hussien… bukan lagi anak aku… aku tak kan ambil tahu segala urusan kau…”

Nasi sudah menjadi bubur. Salina tidak mampu berkata panjang dan dia pun beredar dari rumah itu lalu dia pulang ke rumah sewaannya itu.

“Apa salah aku?... sampai ada orang nak dengki aku macam begini…”

Setelah semua orang dapat tahu bahawa Salina mengandungkan anak sebelum nikah, dia telah diberhentikan kerjanya dan tuan rumah sewa telah menghalau dia. Sejak itu, Salina telah kehilangan ibu bapanya, kerjayanya, tempat tinggal dan yang paling menyedihkan lagi adalah kehilangan harga dirinya.

Meskipun Salina dihina dan dicaci, dia tidak sanggup menggugurkan anak dalam kandungannya itu sebab ia tidak bersalah. Sebagai bekas doktor pembedahan, Salina boleh merasakan betapa sakit dan peritnya kalau dia gugurkan kandungnya itu.

Untuk mengelakkan dirinya dari celaan orang, Salina telah membawa dirinya di kampung daerah Johor.

Penghulu kampung itu bertanya kepada Salina puncanya berhijrah ke kampung ini. Salina beritahu kepada Penghulu itu bahawa dia adalah balu berbadan dua dan ingin bertukar angin sebab hendak melupakan kehilangan suaminya itu. Oleh itu dia dapat tinggal di situ di pondok kecil yang berjauhan dari kawasan perkampungan itu. Salina tidak merungut malah dia bersyukur sebab ada tempat pelindungan.

“Aku mesti mulakan hidup baharu… tak kisah apa orang kata… anak ini tidak berdosa… dan dia adalah anugerah dari Allah untuk aku menjaga dia…”

Dengan duit simpanan yang Salina ada, dia membuka kedai kecil dan menjual nasi kerabu. Itulah pendapatan Salina kini dan dia tidak rasa malu dengan pekerjaan itu walaupun dia memiliki PhD dalam bidang pembedahan. Salina memaksa dirinya untuk menyesuaikan diri di kampung.

Sejak Salina tinggal di kampung itu, ia telah menjadi rebutan dari teruna kawasan kampung itu. Sudah lebih 10 jejaka cuba melamar Salina tetapi dia menolak semua lamaran itu. Bagi Salina, dia masih ada wali dan dia tak mahu berkahwin tanpa persetujuan dari keluarganya walaupun dia telah diusir.

9 bulan kemudian.

Salina berjaya melahirkan cahaya mata perempuan.

“Siapa nama arwah bapanya?...” Mak bedan bertanya

“Oh nama arwah suami saya Abdullah…” Salina terpaksa berbohong.

“Baiklah… apa nama kamu nak bagi kepada anak ini?…”

“Nathifa… Nathifa Syakura…”

“Nathifa Syakura… sedap nama itu…”

“Kamu tak nak kahwin lagi ke?... kesian budak ini… tanpa bapa…”

“Tak… saya masih mencintakan arwah saja…” sekali lagi Salina berbohong.

“Mampu ke kamu jaga dia seorang diri?...”

“Selagi saya masih hidup… saya akan besarkan Nathifa dengan usaha saya sendiri…”

“Baiklah…” Mak Bedan itu pun menyapu ubat di dahi Salina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience