[BBB] Babak 15 PENGHINAAN

Romance Completed 49406

6 bulan kemudian.

"Suhana... kenapa kau tolak cinta aku?… Jahat sangat ke aku ni?... Sudah 6 bulan… aku cuba memikat hati kau… tak kan kau rasa apa yang aku rasa?..." Fikiran Rostam semakin runsing sambil melihat bunga di tangan kanannya.

"Maafkan aku Rostam… bukan niat aku nak menolak cinta kau… cuma masa aku dah suntuk… sebenarnya aku dah sukakan kau… tapi apakan dayaku… aku tak mampu hidup bersama kau… aku berdoa semoga kau akan ditemukan wanita yang lebih baik dari aku... maafkan aku…" bisikan di hati Suhana sambil pandang nombor telefon Rostam.

Sementara di rumah Puan Zunaidah, dalam bilik Mysha, Mysha mula berontak tidak tentu arah.

"Arghh… kenapa susah sangat aku nak goda kau?... 6 bulan aku cuba buat kau suka kat aku… tapi kau masih jual mahal kat aku… takpe… kalau jalan ini gagal… aku cuba jalan lain… hahaha… kau jangan cabar aku… aku akan buat apa saja asalkan aku dapat apa yang aku nak…" naik bulu kening kiri Mysha.

Keesokan harinya, Suhana pergi ke hospital besar di Kuala Lumpur untuk mendaftarkan dirinya sebagai penderma organ selepas dia pergi. Walaupun hanya adik angkat, namun kasih sayangnya terhadap Nathifa tidak terkata. Sejak 8 tahun mengenal Nathifa, Suhana merasa bahawa dirinya sudah lengkap dan kali ini adalah hajat terakhirnya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Manakala Hafiy mengajak Nathifa ke rumahnya untuk melawat Pak Kassim. Nathifa setuju untuk ikut suaminya. Nathifa sangat teruja sebab hendak bertemu dengan Pak Kassim. Setelah sampai ke rumahnya, Hafiy terkejut melihat kelibat Mak Long dan Mysha.

"Abang kenapa tak nak masuk… kita kena berdiri sini ke?..." Tanya Nathifa.

Puan Samiyah terperanjat melihat anak saudaranya dengan perempuan buta.

"Siapa perempuan tu?... Cakap siapa perempuan tu?!... Apa dah bisu ke?..." Puan Samiyah mula naik minyak.

"Ini isteri Hafiy… Nathifa…"

"Apa?... Isteri?... Hei Hafiy… kau rabun ke apa?... Sampai si buta ni kau jadi bini…"

"Cakap apa Mak Long nak cakap… Hafiy tak kisah… Thifa dah sah jadi isteri Hafiy…"

"Eh… kau tak fikir panjang ke?... Dia tu buta… mampu ke dia jaga kau… entah entah kau yang jaga dia… Eh perempuan!... Kau takde jantan lain ke nak mengurat?.. dia ni juga kau nak cuba…*

"Mak Long!... Thifa tak bersalah dalam hal ini… lagipun Hafiy berhak buat keputusan Hafiy sendiri…"

" Hafiy… Mak Long boleh terima kalau perempuan itu sempurna… tapi dengan si buta itu… Mak Long tak terima lah… lebih bagus kalau kau kahwin dengan Shasha…"

"Hafiy tak kan kahwin dengan mana perempuan sekalipun… termasuk Mysha…"

" Hafiy… kau yakin ke kalau kau kahwin dengan si buta… zuriat kau sempurna ke?... Entah-entah cacat macam dia tu…"

"Sudah cukup!... Mak Long jangan nak menghina isteri Hafiy… rezeki itu semua datang dari Allah… bukan dari Mak Long!..."

"Kau tak payah nak sekolah kan aku… kau kenal ke asal usul dia… mana tahu dia keturunan cacat…"

" Miyah!.. jaga mulut kamu itu… jangan nak tuduh meluluh je…" Pak Kassim naik angin.

"Kenapa Abah nak bela si betina buta tu?... Tak betul ke apa aku cakap… dia keturunan cacat…"

"Puan!... Puan boleh hina saya… caci saya… maki saya… kutuk saya… tapi jangan mengata keluarga saya… mereka dah meninggal… "

"Elok pun mereka takde… kalau hidup… jadi beban je macam kau… kau pun satu… kenapa tak mampus je… boleh teman keluarga kau ke sana… tak payah nak kahwin dengan Hafiy…" kata tajam dari Puan Samiyah.

Nathifa berundur dari situ tanpa hiraukan sesiapa pun. Dia menaik teksi lalu dia pulang ke rumahnya. Hafiy pun cuba mengejar Nathifa.

"Inilah penghinaan buat diriku… aku tak minta hidup seperti ini… aku boleh terima kalau Puan Samiyah kutuk… caci… maki aku… tapi aku takleh terima kalau Puan itu mengata keluargaku… kini baru aku sedar bahawa sejauh mana aku cuba mencari sinaran cahaya… secebis kegelapan akan muncul dan mengepung cahaya itu… mungkin aku bukan untuk Abang Hafiy… biarlah kali ini aku mengalah… sebab siapalah aku kalau nak di bandingkan dengan calon pilihan Mak Long dia… biarlah aku membawa diri… "rintihan seorang isteri buta.

"Thifa… maafkan Abang… demi Allah… Abang tak tahu Mak Long Abang ada di rumah Abang… kalau Abang tahu… Abang rela tinggal di rumah Thifa dari keluar ambil angin… Abang faham perasaan Thifa… Abang sendiri tak sangka perangai Mak Long seteruk macam tu… maafkan Abang…" fikiran Hafiy kusut sambil memandu.

"Miyah… Kamu dah melampau!..."

"Melampau apanya Abah?... Miyah nak kan kesempurnaan… Hafiy tu berhak dapatkan isteri sempurna… bukan macam betina buta tu…"

"Dah… kamu berdua balik!... balik!..." Pak Kassim sedang naik darah. Mereka berdua pun keluar dari situ.

Setelah Hafiy sampai ke rumah Nathifa, Suhana keluar dari rumahnya lalu susul ke arah Hafiy dan dia menampar Hafiy.

"Apa kau dah buat dengan adik aku?.. sampai dia menangis?..." Suhana mula melenting.

"Maafkan Hafiy...Kak… Hafiy tak tahu Mak Long Hafiy datang… tiba-tiba… dia mengata dengan bahasa kesat pada Thifa…"

"Oh… patutlah… Hafiy… Akak percayakan Hafiy… sebab Akak yakin Hafiy boleh jaga Thifa kalau Akak takde… cuma Akak tak suka orang perlekehkan Thifa… Hafiy tahukan… Thifa itu satu-satunya adik Akak…"

"Hafiy faham Akak… Hafiy minta maaf…"

"Dah… pergi pujuk isteri kau… dia ada kat biliknya…"

"Baiklah Kak Su… Hafiy masuk dulu…"

Hafiy pun pergi ke bilik Nathifa lalu dia duduk di katil sambil cuba memegang tangan isterinya.

"Thifa… maafkan Abang… Abang tak tahu Mak Long Abang datang… kalau Abang tahu… demi Allah… Abang tak kan ajak Thifa…"

"Abang… Thifa tak marah kat Abang… cuma Thifa ni memang tak sesuai untuk Abang…"

"Kenapa Thifa berkata begitu?..."

"Abang tak takut ke… kalau zuriat kita senasib dengan Thifa… mereka akan beban Abang…"

"Thifa… Abang tak peduli semua itu… bagi Abang itu semua rezeki Allah… apa-apa berlaku… Abang tetap sayangkan Thifa dan anak-anak kita…"
“Tapi Thifa akan beri beban pada Abang nanti…”

“Thifa… Thifa ingat tak apa Thifa kata pada Abang dulu semasa kali pertama Thifa tolak lamaran Abang?…”

“Thifa ingat… kenapa?...”

“Thifa kata… bahawa sukakan orang tak cukup… perlu kesetiaan…”

“Thifa tahu… tapi Abang perlu tahu… kalau Mak Long Abang tahu yang Thifa anak luar nikah… tentu dia akan meradang…”

“Insya-Allah… dia tak kan tahu punya…” Hafiy peluk isterinya dengan penuh manja.

Hafiy berjaya memujuk Nathifa dan Nathifa cuba kebalkan dirinya untuk terima semua ini. Malangnya, ada perkara lain yang tidak dijangka, orang suruhan Puan Zunaidah dapat berita baharu untuk disampaikan kepada Puan Zunaidah.

“Helo… macam mana?... kau dah dapat anak ‘dia’?...”

“Dah Bos… nama dia Nathifa Syakura… dia sekarang kerja di butik muslimah... dan dia telah kahwin dengan CEO ‘Dewi Gorgeous’ … Encik Hafiy Iffat secara rahsia…”

“Bagus… kalau begitu… kau tolong aku cari seorang yang boleh sebar berita di media sosial…”

“Baiklah Bos… bila Bos nak?...”

“Sekarang… dan kau mesti bilang aku secepat mungkin…”

“Baik Bos…”

“Akhirnya… aku dah jumpa anak ‘kau’... kenapa lah ‘kau’ dan anak ‘kau’ sama je?... kaki rampas… dulu ‘kau’ cuba rampas kekasih aku… sekarang… anak ‘kau’ pula dah rampas calon menantu aku… Nathifa… Nathifa… aku akan buat hidup kau lebih merana daripada mak kau…” Puan Zunaidah.

Mysha pun balik dan dia beritahu pada ibunya bahawa Hafiy sudah berkahwin dengan perempuan buta. Puan Zunaidah pun nasihat anaknya buat sesuatu untuk jatuhkan perempuan buta itu. Mysha terpedaya dengan ajaran ibunya walaupun dia tidak sedar bahawa ajaran itu seperti bengkok batang, bengkoklah bayangnya.

Sementara Rostam pula, dia masih tertanya-tanya mengapa Suhana jauhkan dirinya dari Rostam. Sejak itu, dia mula syak bahawa hadiah dan kad ucapan itu mungkin bukan dari Suhana. Rostam pun cuba siasat siapa penghantarnya.
Keesokan harinya, Rostam pergi ke alamat kedai bunga lalu dia bertanya dengan penjual itu.

“Selamat datang Encik… boleh saya bantu?...”

“Oh… saya nak siapa yang selalu suruh kamu hantar bunga-bunga dan kad ucapan ini?...”

“Sekejap ya… saya akan periksa…”penjual itu mencari nama penghantar itu dalam buku rekodnya.

“Oh… ini orangnya Encik…” Rostam membaca nama yang ditulis oleh penjual itu.

“Julia?... dia ni kerani di ofis aku?... tapi kenapa dia menghantar bunga dan kad ini gunakan nama Suhana?... ish… takleh jadi ni… aku mesti bersemuka dengannya” Rostam terus berpaling ke arah pintu lalu dia beredar dari kedai itu.

Rostam perlukan jawaban yang sedang belenggu di mindanya. Manakala Suhana sedang dalam perjalanannya ke pejabat Rostam untuk beri sampul surat untuk Rostam. Namun, apabila Suhana sampai, dia ternampak Rostam sedang meradang dengan seorang kerani bernama Julia. Suhana pun menarik Julia lalu dia ajak Julia ke sebuah kafe untuk dibincang. Rostam terus masuk ke biliknya sambil tenangkan dirinya.

“Hhmmm… kenapa Cik Suhana nak jumpa dengan saya?...”

“Julia kan?... boleh cakap jujur dengan saya… awak ke yang hantar hadiah dan kad ucapan itu gunakan nama saya?...”

“Ya… saya minta maaf… memang saya yang buat semua itu…”

“Tapi kenapa?... bukan ke awak telah mainkan perasaan dia…”

“Ya saya tahu… tapi sejak awak ada dalam hidup dia… dia selalu ceria.. senyum… tak garang… sebab saya tak sampai hati melihat dia bersedih… muram je…”

“Tapi kenapa awak buat semua itu?...”

“Sebab… sebab… saya cintakan Rostam… tapi Rostam tak sukakan saya… dia sukakan awak… saya tak faham kenapa awak tolak cinta dia?.... Kalau saya jadi awak… saya akan terima…”

“Julia… bukan niat saya nak tolak cinta Rostam… tapi keadaan yang memaksakan…”

“Keadaan apa?... saya tak faham…”

“Okey… kalau saya ceritakan… awak jangan bilang sesiapa hal ini… janji?...”

“Baiklah… Saya berjanji…”

“Sebenarnya saya menghidap ‘Gastric Cancer’ dan mengikut ramalan doktor… saya sekarang mampu hidup tidak kurang setahun je…”

“Suhana… maafkan saya… saya tak tahu…”

“Julia… memang betul saya sukakan Rostam… tapi awak lebih berhak memiliki cintanya…”

“Macam mana?... sekarang dia dah mula bencikan saya…”

“Julia… kalau awak sanggup buat apa saja untuk melihat Rostam bahagia… saya yakin awak boleh sesuatu supaya dia boleh maafkan awak…”Suhana memegang tangan Julia.

“Terima kasih Suhana…”

“Oh ya… tolong bagi sampul surat ini pada Rostam…”

“Bagi dia sekarang?...”

“Eh… jangan… bagi dia bila saya dah pergi…”

“Baiklah… saya akan tunaikan permintaan awak…” Suhana dan Julia pun bersurai dari kafe itu ke arah jalan mereka masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience