[BBB] Babak 13 KEAMPUNAN

Romance Completed 49406

Tiga minggu kemudian.

Hafiy dan Nathifa sudah menjadi pasangan yang sah. Untuk mencegahkan dari pengetahuan orang, Hafiy tinggal di rumah Nathifa dan hanya balik ke rumahnya seminggu sekali. Hafiy bersyukur mempunyai datuk seperti Pak Kassim yang selalu menyokongnya.

Nathifa faham dengan situasi suaminya dan dia hanya berdoa agar semua urusannya dipermudahkan. Walaupun Nathifa sudah menjadi seorang isteri, dia masih ragu kalau dia akan mengecewakan Hafiy. Oleh itu, dia mahu berterus terang dan ceritakan kisah silamnya supaya tidak ada jurang antara dia dengan Hafiy.

Suatu malam selepas menunaikan solat Isyak secara jemaah, Nathifa mencium tangan kanan Hafiy lalu dia meminta maaf.

"Kenapa Thifa nak minta maaf?..."

" Sebab Abang belum tahu asal usul Thifa…"

"Apa Thifa cakap ni?... Cuba jelaskan…"

"Kita kan dah jadi suami isteri… dan Thifa tak nak ada sembarang rahsia antara kita berdua…"

"Oh… kalau begitu… ceritakan lah… Abang sedia mendengarnya…"

" Sebenarnya… Thifa ini adalah anak luar nikah… dulu Thifa tinggal di kampung di Johor… semua orang kampung pandang serong kat Thifa…mereka panggil Thifa perempuan kotor… Thifa sebenarnya tidak buta dari lahir… ada satu kejadian yang berlaku pada diri Thifa 8 tahun dulu…"Nathifa tersedu-sedu bila bercerita.

"Apa yang terjadi?"

" Ada seorang pelajar ni… dia seorang pembuli… suatu hari… Thifa beritahu cikgu sekolah bahawa lelaki itu sedang merokok dalam bilik stor… sejak itu, lelaki itu mula simpan dendam pada Thifa… tiap-tiap hari dia akan ganggu Thifa… sampai Thifa tak bersekolah pun dia masih tidak puas hati… suatu hari… semasa Thifa pergi ke pekan… lelaki itu cekik dan hempas Thifa ke bawah… sejak itu... Thifa sudah menjadi buta…"

*Ya Allah… cerita dia ni… sama seperti perempuan dalam bayangan saya itu… sesungguhnya… hambaMu ini sangat berdosa dan jahil… Kamu berikanlah saya peluang untuk tebus semula kesilapan saya…" Hafiy membisu sambil fikirkan sesuatu.

"Abang?... Abang okey?... Kenapa senyap je?..."

"Tak… Abang cuma bayangan nasib Thifa masa itu… selepas itu… Thifa tinggal di mana?..."

"Thifa dihalau oleh orang kampung… penghulu Thifa...tak sampai melihat Thifa dengan keadaan sebegini… dia menghantarkan Thifa ke stesen bas supaya Thifa boleh mula kan hidup baharu di KL… sejak itu… Thifa takde hala tuju… sehingga Thifa berjumpa dengan Kak Su… Kak Su masa itu pun hidup merempat tapi Thifa bersyukur sebab Kak Su sanggup menjaga Thifa… rumah ini adalah dari arwah Umi Khadijah… ibu angkat Thifa dan Kak Su… kami jumpa Umi semasa dia diragut oleh pencuri dan Kak Su berjaya menyelamatkan beg tangan Umi… sejak itu hidup kami… seperti mana Abang lihat sehingga sekarang…" Titisan air mata Nathifa berlinangan. Hafiy teringat kejadian itu dan dia memohon keampunan dari isterinya.

" Thifa… Abang minta maaf… lelaki yang membuatkan mata Thifa menjadi buta adalah Abang…”

" Apa? Abang?..."

"Ya Thifa… Abang lah punca Thifa hilang penglihatan…"

"Sampai hati Abang buat begitu?!… apa salah Thifa?!… pasal Abang… Thifa kena halau… hidup merempat!... Kenapa?!... Kenapa…" Nathifa mula berontak lalu dia memukul Hafiy dengan dua belah tangan ke dada Hafiy. Hafiy genggam tangan Nathifa sambil memohon keampunan dari isterinya.

"Abang tahu Abang berdosa… Abang jahil… tapi bukan Thifa seorang menanggung penderitaannya… Abang pun menderita juga.."

"Abang tipu… orang kaya macam Abang tak kan boleh derita pula…"

"Okey… Abang mengaku… Abang tak pernah hidup merempat… tapi Abang nak Thifa tahu… sejak kejadian itu… Allah sudah beri balasan untuk Abang… Abang terlibat satu kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa ibu bapa Abang… dan Abang telah hilang ingatan… Kalau Thifa katakan bahawa Thifa menderita… Abang pun menderita… sudah 8 tahun Abang takleh ingat ibu bapa Abang… Abang cuma tahu mereka sudah meninggal dunia… semua kenangan indah bersama mereka Abang tak ingat… Abang cuma ada satu bayangan…"

"Bayangan siapa?..."

*Bayangan seorang perempuan umur 15 tahun menganggu di minda Abang… 8 tahun Abang telah dihantui oleh bayangan itu… setiap malam Abang takleh tidur dengan tenang… tapi sejak Abang bertemu dengan Thifa… bayangan itu telah hilang… "

"Kalau Abang hilang ingatan… maknanya Abang lupa kata-kata Abang dulu?..."

"Kata-kata apa?... Cuba cerita kan…"

"Dulu Abang pernah cakap… bahawa Thifa ni tak layak berkahwin dengan mana-mana lelaki pun… Abang jijik melihat Thifa… Abang kutuk Thifa… Abang tak sudi kahwin dengan perempuan kotor macam Thifa…"

" Thifa… ampunilah dosa-dosa Abang… Abang tahu kalau dulu Abang pernah sakitkan hati Thifa… caci Thifa… hina Thifa…. Abang minta maaf… berilah Abang peluang untuk tebus semula kesilapan Abang…"

"Thifa maafkan Abang…. Tapi Abang sanggup ke… Abang terima Thifa seadanya?... Walaupun Thifa ni anak luar nikah?..."

"Thifa… Abang pun manusia biasa… tak lepas dari membuat kesalahan…. Depan kiblat ni… Abang berjanji… Abang tak kan terima mana-mana wanita selain Thifa… Abang tak kisah siapa asal usul Thifa… mulai hari ni… kita mulakan hidup baharu…"

"Baiklah… Thifa sayang kan Abang…"

"Abang sayang Thifa sangat sangat…" Hafiy memeluk Nathifa.

Manakala di rumah Puan Samiyah, Puan Samiyah memujuk Mysha untuk ajak Mysha jumpa Hafiy di pejabat Hafiy. Mysha pun setuju sebab dia adalah pisau cukur dan dia tidak suka hidup susah. Ini juga adalah rancangan dari Puan Zunaidah supaya anaknya dapat bolot seluruh kekayaan Hafiy.

Keesokan harinya, pada tengahari, Puan Samiyah dan Mysha masuk ke bilik pejabat Hafiy tanpa beritahu Hafiy. Semasa Hafiy sedang menandatangan dokumen-dokumennya, wajahnya berubah bagaikan dia melihat ulat.

“Mak Long… Mysha… apa kamu berdua buat disini?... kenapa tak buat temujanji dulu?...”

“Hai… nak jumpa anak saudara sendiri pun kena temujanji… Mak Long nak ajak aku makan tengahari dengan Mysha…”

“Takleh Mak Long… saya sibuk ni…”

“Kau kan Bos disini… pergi keluar masuk sesuka hati…” jawab Puan Samiyah.

“Betul… saya Bos… tapi saya perlu berikan contoh kepada pekerja-pekerja saya… lagipun Mak Long datang secara mengejutkan… bukan salah saya pun…”

“Hafiy… sejam je… tak kan takleh kut…” Mysha menyampuk.

“Mysha… kan saya dah bilang tadi… saya sibuk… bukan macam awak… asyik berkepit je dengan Mak Long saya…”

“Eh kau!... jangan nak sindir aku eh… kau ingat aku tak sibuk ke?...” Mysha mula naik darah.

“Dah tu… pergi buat kerja lah… tak payah nak datang… sini…”

“Hafiy… kenapa Hafiy cakap dengan Shasha macam begitu?... dia kan bakal isteri Hafiy juga…”

“Maaf Mak Long.... Hafiy tak cakap dan mengaku pun dia ni bakal isteri Hafiy… Mak Long beria-ia je… sekarang… dipersilakan pergi… terima kasih…” Hafiy membuka pintu biliknya dan Puan Samiyah dan Mysha beredar dari situ.

Hafiy masih tidak faham dengan perangai Mak Longnya sebab Hafiy tidak nampak bahawa Mysha ikhlas sukakan dia. Meskipun begitu, Hafiy tetap setia pada yang satu.

Sejak itu, Puan Samiyah cuba pelbagai cara untuk buatkan Hafiy suka dengan Mysha. Tiap-tiap hari, Mysha akan datang ke pejabat Hafiy seolah-olah itu adalah syarikatnya. Lama kelamaan, Hafiy mula naik muak dan bingit dengan perbuatan Mak Longnya. Suatu hari, Hafiy terpaksa kerja separuh masa dan dia terus pergi ke rumah Puan Samiyah.

“Mak Long… kenapa Mak Long nak jodoh kan Hafiy dengan Mysha?..”

“Eh… okey apa… Mysha itu cantik… ada gaya… menawan… anggun…”

“Tapi hati dia cantik tak?... “ Hafiy menyampuk.

“Erhmmm… apa Hafiy cakap ni?...”

“Mak Long nampak dari segi luaran dia je… Mak Long tak tertanya-tanya kenapa dia gedik-gedik dengan Hafiy?...”

“Sudah tentulah… sebab Mysha kan sukakan Hafiy…”

“Suka?... Suka Mak Long cakap?... Mak Long tahu tak malam dia pergi mana selalu?...”

“Dia pergi mana?...”

“Dia pergi kelab malam… berfoya-foya dengan lelaki lain… perempuan macam itu ke Mak Long nak jadi kan sebagai isteri saya?!...” Puan Samiyah menampar Hafiy.

“Kau jangan nak buat fitnah… kalau kau tak sukakan dia… Mak Long faham… tapi… jangan kau nak tuduh Shasha bukan-bukan…”

“Okey… kalau itu Mak Long nak… sampai ke tua… Hafiy tak kan kahwin pun!... terpulang lah Mak Long nak buat apa yang Mak Long suka… Hafiy tetap dengan pendirian Hafiy… tapi ingat… jangan suruh perempuan itu jejak kaki dia di dalam ofis Hafiy lagi… kalau tak… Hafiy akan panggil polis sebab telah mengganggu ketenteraman syarikat… dan Hafiy,,, juga tak kan jejak kaki di dalam rumah ini lagi…”

“Hafiy… Hafiy… sampai hati kau kan… aku yang jaga kau bila Mama Papa kau dah meninggal… inikah balasannya kau buat untuk aku?...”

“Apa Mak Long cakap?... jaga Hafiy?... sewaktu Hafiy ‘accident’ dulu… ke manakah Mak Long masa itu?!... Mak Long terus menghilangkan diri… selepas 4 tahun… baru nak jumpa Hafiy… jaga ke kalau macam begitu…”

“Kau jangan nak mengungkit... “

“Saya mengungkit?... okey ‘fine’! Kalau Mak Long tak nak saya mengungkit… jangan ganggu kehidupan Hafiy!...Biar Hafiy tentukan kehidupan Hafiy sendiri...” Hafiy pun berundur diri dari rumah Puan Samiyah.

Hafiy sangat terkilan kerana Mak Longnya terlalu percayakan orang luar dari anak saudaranya sendiri. Baginya, Nathifa adalah satu-satunya yang terpahat dalam hatinya dan tiada orang boleh mengantikan Nathifa.

Di rumah Nathifa pula, Suhana sedang berada dalam sambil memandang surat ujian dari doktor pakar. Suhana sebenarnya telah menyimpan rahsia terhadap kesihatannya dari Nathifa.

Setahun yang lalu.

“Doktor… apa yang penting sangat... sampai doktor nak berjumpa dengan saya?...”

“Begini… Cik Suhana… mengikut laporan dari ujian ini… kami telah dapati bahawa ada ketumbuhan dalam penghadaman Cik… yang menyebabkan perut Cik kurang selesa...”

“Ketubuhan?... saya sakit apa doktor?...”

“Sukar saya nak terangkan… tapi saya harap Cik akan bersabar…”

“Okey… tolong bilang doktor… jangan buat saya keliru…”

“Sebenarnya Cik sedang menghidap barah perut atau dikenali ‘Gastric Cancer’...”

“Habis tu… berapa lama lagi saya boleh hidup…”

“Mengikut kajian kami… Cik ada 2 tahun setengah untuk hidup…”

“Apa?... 2 tahun setengah?... erhmmm… tapi ‘cancer’ ini boleh menjejaskan mata saya tak?...”

“Oh tidak menjejaskan… kenapa Cik tanya?...”

“Oh takde apa-apa… saya minta diri dulu… terima kasih doktor…”

Sekarang.

“Aku takde banyak masa lagi… aku mesti tunaikan hajat aku untuk Thifa… aku nak dia melihat semula…” bisikan di hati Suhana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience