[BBB] Babak 14 DUNIA GELAP

Romance Completed 49409

Di dunia Ain.

“Amy… aku tak puas hati lah dengan perempuan tu… baru sebulan datang… dia dah rampas semua pelanggan kita pula... “ ujar Rina, salah seorang pelacur.

“Betul lah Rina… aku dah meluat tengok muka dia tu… semua ‘regular customer’ aku pun dah beralih ke dia…” Amy mula naik angin pula.

“Ya lah… kalau macam begini… bungkus lah kita… aku tak nak kena jual… kalau tak capai kuota yang bos nak... “ Kathy mula menyampuk.

“Hei… aku ada idea…” jawab Rina.

‘Apa dia?...” Kathy dan Amy bertanya serentak.

Rina menarik Amy dan Kathy ke suatu tempat senyap kemudian Rina memberi cadangan kepada mereka untuk menjatuhkan perempuan itu.

“Baguslah… idea kau ni… malam ni kita kerja dia…”ujar Kathy.

Pada malam itu, mereka bertiga mula untuk kerjakan perempuan itu. Mereka menghendap masuk ke dalam bilik perempuan itu lalu mereka ikat perempuan itu sambil memukulnya secara bergiliran. Selepas itu, mereka sapu muka perempuan itu dengan arang. Kathy masih tidak puas hati lalu dia koyak baju perempuan itu dan sapu arang ke seluruh badan perempuan itu.

“Puas hati aku… padan muka… jangan nak rampas pelanggan kita lagi…” kata Rina.

“Hei perempuan… kau baru je datang… dah nak tunjuk belang pula…” Amy menarik rambut perempuan itu sambil menamparnya.

“Dah lah… kita dah puas kerjakan perempuan arang ini… jom kita balik…” tambah Kathy. Mereka bertiga pun beredar dari situ.

Mereka bertiga itu senang hati tidur lena sementara perempuan itu sedang menitiskan air matanya. Perempuan itu tidak minta nasibnya jadi seperti perempuan gelandangan di rumah kuning itu.

“Begini lah nasib diriku sekarang… dipaksa gadai badan untuk hidup… termasuk hari ni… dan banyak lelaki dah aku tidur bersama… namun sudut di hatiku… aku mahu lari dari tempat puaka ini… tetapi… kucu-kucu Bos itu… ada di merata tempat… dan aku bagaikan dalam gua dikepung dengan batu bata… walaupun aku buat secara paksa… ada orang yang iri hati dengan kecantikanku… mereka tuduh bahawa aku rampas semua pelanggan mereka… tapi aku tak minta pun… pelanggan-pelanggan itu semua datang padaku… aku cuba menolak dan menipu mereka tapi… mereka paksa aku juga… jadi apa lagi harus aku buat?... sekarang pelacur lain pula memukul aku… sapukan aku dengan arang… aku tak tahu sejauh manakah lagi harusku bertahan… mungkin pandangan orang terhadap diriku bahawa aku rela buat kerja terkutuk itu… aku tak nak jadi begini… kini aku cuma berharap supaya ada orang akan bantu aku keluar dari tempat neraka ini…” ratapan seorang mangsa dari rumah kuning, Ain.

Bukan Ain saja kena perangkap, ramai gadis-gadis kampung dari negeri lain pun telah menjadi mangsa. Ada satu gadis bernama Iman. Iman telah diculik dari kampungnya dan dipaksa menjadi perempuan geladak. Iman kini menjadi kawan Ain sebab dia simpati melihat Ain dipukul dan dibuli. Iman dan Ain saling mengongsi kisah hidup mereka masing-masing.

Iman sebenarnya adalah anak luar nikah dan telah dibuang oleh ibu kandungnya. Dia tinggal dengan ibu angkatnya yang baik di Kuantan. Seperti biasa, orang kampung memandang serong pada Iman. Sejak Iman diculik, penduduk kampungnya tidak pedulikannya. Ain teringat bahawa dia pernah buli seorang gadis anak luar nikah dulu. Ain tidak sangka orang yang digelar anak luar nikah itu ingin membantunya keluar dari rumah kuning itu.

Iman merancang untuk melarikan diri tapi dia perlukan orang untuk bantunya. Ain setuju untuk membantu Iman asalkan mereka berdua dapat keluar dari sangkar maut itu.

Manakala di tempat Bos mereka, Eddie telah dapat dua gadis baharu dan tunjuk kepada Bosnya.

“Bos… ini ada dua ikan baharu… segar dan muda…”ujar Eddie.

“Bagus… aku ambil yang itu… hantar ke bilik aku…”

“Okey Bos… yang satu ini untuk siapa?...”

“Yang itu untuk kau… sebagai upah... “

“Wow… Bos ni gerek la… terima kasih Bos…”

“Dah… cepat hantar dia ke bilik aku… aku nak makan panas-panas…”

“Baik Bos…”

Keesokan malamnya, Iman keluarkan peta dan arahkan Ain pergi ke tempat yang tidak diketahui oleh kucu-kucu Bos mereka.

“Iman… kau rasa selamat ke?... aku takut lah…”

“Ain… kau nak tinggal tempat puaka ini seumur hidup ke?... atau kau nak jumpa dengan mak kau?...”

“Tapi sangat bahaya… mungkin kau atau aku akan kena tangkap…”

“Jangan risau pasal aku… kalau aku kena tangkap… kau lari saja… lepas tu kau dapat bantuan atau balik ke kampung kau…”

“Aku tak setuju… kita pelan sama-sama… kita lari sama-sama…”

“Takleh… susah… sebab aku perlu menarik perhatian mereka semasa kau lari…”

“Iman… kenapa kau sanggup nak bantu aku?... padahal kita baru kenal je?...”

“Sebab aku tahu kau perempuan baik… kau janji dengan aku… jangan sia-siakan hidup kau... hargailah Mak kau selagi dia masih ada...“

“Terima kasih Iman…” Ain peluk Iman sekuat-kuatnya.

“Dah… kita takde masa lagi… kita mesti bertindak sekarang…”

“Baiklah…” AIn pun pergi tempat yang diarah oleh Iman sementara Iman sedang cuba menarik perhatian kucu-kucu itu.

“Hoi… siapa tu?...” tanya salah seorang penjaga rumah itu.

Iman cuba lari ke arah lain supaya Ain boleh melarikan diri. Empat lelaki sedang mengejar Iman sehingga mereka tidak sedar bahawa Ain pun hilang. Iman berlari sangat jauh dan salah seorang darinya telah acukan pistol ke arah Iman. Tiba-tiba Ain terdengar bunyi tembakan.

“IMAN!!!...” Ain hampir hendak patah balik tetapi dia masih pegang pada janji lalu dia terus berlari.

“Kenapa?... Kenapa?... Kenapa kau sanggup berkorban untuk aku?... aku berjanji… aku tak kan sia-sia pengorbanan kau… terima kasih Iman… aku akan sentiasa ingat jasa kau…” fikiran Ain bercelaru sambil berlari.

“Hoi!... Yang kau pergi tembak dia tu apa pasal?...”

“Habis tu... dia lari cepat sangat… aku nak tembak dia supaya dia berhenti… tak tahu pula… dia dah mati…”

“Sekarang… apa nak kita buat?...”

“Kita sembunyi je mayat ke dalam tong sampah… takde orang nampak…”

“Okey… kita sembunyi… kita tutup dia dengan plastik hitam..”

Manakala di kawasan Ain sedang berlari itu, seorang pegawai polis bernama Inspektor Nahiz dan dia sedang menronda-ronda buat tugasannya. Tiba-tiba, dia hampir terlanggar seorang gadis lalu dia keluar dari keretanya.

“Cik… okey ke?..”

“Abang… Abang… tolong Ain… kawan Ain kena tembak…”

“Apa?... tembak?... Cik boleh tolong tunjuk tempatnya?...”

“Eh… eh.. Tak nak… tempat itu puaka… nanti bapak ayam tangkap Ain semula…”

“Bapak ayam?... okey… Abang hantar adik ke balai polis okey?...”

“Tak nak… Ain takut… nanti orang-orang itu akan bunuh Ain kalau beritahu polis…” Ain menggelabah dan termenga-menga apabila dia bicara.

“Okey… Cik bawa bertenang… Abang tidak berniat jahat… tapi kita pergi ke balai dulu… sebab orang jahat tak suka tempat itu... Jadi ia selamat… jangan risau… okey…” Nahiz cuba menenangkan Ain

“Ok...okey…” Nahiz ajak Ain masuk ke dalam kereta lalu di hantar Ain ke balai polis.

Setelah sampai di balai polis, Nahiz temankan Ain masuk ke balai dan dia cuba pujuk Ain buat keterangan.

“Ain takut… kawan Ain dah kena tembak… nanti giliran Ain pula…”

“Ain… awak tak perlu takut… Abang berjanji akan lindung Ain dari orang-orang itu…”

Ain mula kebalkan ketakutannya itu lalu dia mula cerita dari awal. Ain sebenarnya malu kalau orang tahu bahawa dia jadi perempuan gelandangan. Nahiz simpati atas nasib diri Ain dan kawannya.

“Okey… sebenarnya… pihak polis nak tumbangkan kegiatan haram ini… jadi Abang perlu pertolongan awak…”

“TAK NAK!... AIN TAKUT!...” Ain masih trauma dengan apa yang berlaku pada dirinya.

“Ain… Ain… dengar sini… kawan Ain itu dah berkorban untuk selamatkan Ain… Ain tak nak ke nak kebumikan mayat kawan Ain sebelum mereka jual organ-organ dia?...”

“Maafkan Ain… Ain serik nak ke sana… tempat itu sungguh puaka…”

“Okey macam gini… Ain akan bersama Abang… Ain cuma tunjukkan arah mana kawan Ain ditembak… pihak Abang akan mencari dan Ain tak perlu pergi ke sana… boleh Ain tolong Abang?...”

“Bbboleh… Ain akan bantu Abang…” Nahiz tanggalkan jaketnya lalu menutup ke bahu Ain.

Sejam kemudian, pihak polis buat serbuan di lokasi yang diberikan oleh Ain. Dengan kecekapan dan kepantasan pihak polis, mereka berjaya tumbangkan kegiatan haram itu. Ketua itu yang di gelar ‘bapak ayam’ dapat diberkaskan semasa dia sedang bersetubuh dengan gadis baharu. Mayat Iman telah dijumpai oleh detektif di dalam tong sampah besar.

Ain terasa lega sebab dia sudah terlepas dari sangkar maut itu. Yang buat diri Ain masih terkenang adalah arwah Iman yang telah berkorban nyawa untuknya.

“Iman… terima kasih… semua perkara sudah selesai… aku berjanji… aku tak kan sia-sia hidup aku sekarang…. Semoga kau tenang di sana… aku akan selalu ingat jasa baik kau... “ Ain termenung.

Keesokan harinya, Nahiz temankan Ain ke kampung Ain dengan selamat. Ain bersyukur sebab ada hamba Allah yang sanggup menghantarnya pulang walaupun dirinya tidak suci lagi.

Semasa Ain masuk ke rumahnya mukanya mula berubah seolah-olah dia melihat mayat hidup. Ibunya terbaring di katil dan tidak boleh bergerak. Pak Rahman ceritakan apa yang berlaku pada ibunya itu. Ain cukup kesal atas perbuatannya itu lalu dia pegang tangan ibunya dan memohon keampunan dari ibunya itu.

“Mak… Ampunkan Ain Mak… Ain berdosa tinggalkan Mak… Ain tak nak dengar cakap… Ain menyesal Mak… Ampunkan Ain Mak… Ain berjanji Ain tak kan tinggalkan Mak lagi…” Ain cium tangan dan dahi ibunya.

Begitulah lumrah dunia. Manusia mula kesal bila perkara tidak dijangka akan berlaku. Bak pepatah orang tua iaitu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience