[BBB] Babak 18 DR ZUNAIDAH

Romance Completed 49409

Di rumah Puan Zunaidah, dalam bilik bacaan, Puan Zunaidah sedang kenangkan peristiwa yang berlaku menyebabkan dia bencikan Salina.

16 tahun yang lalu. Di dunia Puan Zunaidah.

“Dr Salina… ini Dr Jefri… tunang saya…” ujar Dr Zunaidah

Dr Zunaidah sudah bertunang dengan Dr Jefri sudah hampir 6 bulan. Mereka saling mencintai antara satu sama lain. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama, hati Dr Jefri berbelah bagi kepada Dr Zunaidah sejak kemunculan Dr Salina.

Dr Jefri sering cuba memikat hati Dr Salina tetapi Dr Salina tidak layan sebab masa itu dia hanya tumpukan dirinya pada kerjayanya. Dr Zunaidah mula meluat dengan Dr Salina dan dia cuba beritahu kepada pihak atasan agar meletakkan Dr Salina ke bahagian lain untuk mengelakkan Dr Jefri berjumpa dengan Dr Salina. Pihak atasan tidak setuju dengan cadangan Dr Zunaidah sebab dalam hospital itu tidak cukup kaki tangan dan tambahan pula Dr Salina sangat cekap dalam pembedahan.

Dr Zunaidah tidak berpuas hati dan dia akan cari jalan supaya Dr Salina tukar ke bahagian lain. Malangnya, dua bulan kemudian, Dr Jefri datang ke rumah Dr Zunaidah untuk beritahu sesuatu.

“Jefri… ada apa kau datang kemari?...”

“Naidah…. Sebenarnya… aku… nak putuskan pertunangan ini… maafkan aku…”

“Apa?... putus?... tapi kenapa?... kau dah ada perempuan lain?...”

“Ya… Aku sukakan Salina… dan aku nak melamar dia…”

“Dasar jantan tak guna!” Dr Zunaidah menampar Dr Jefri.

“Cakap apa kau nak cakap… kita dah takde apa dah…” Dr Jefri pun beredar dari rumah itu.

Semasa Dr Jefri sedang memandu ke rumahnya, Dr Jefri telah terlibat satu kemalangan jalan raya dan Dr Zunaidah pergi ke hospital selepas menerima khabar buruk itu. Dr Jefri tidak boleh diselamatkan dan oleh itu, Dr Zunaidah telah menuding jari kepada Dr Salina. Dr Zunaidah pulang ke rumahnya lalu terus ke biliknya dan kurung dirinya.

“SALINA!!! PASAL KAU! TUNANG AKU MATI! AKU TAK KAN BIARKAN HIDUP KAU BAHAGIA!... AKU AKAN PASTIKAN KAU MERANA!”

Sebulan kemudian.

Dr Zunaidah sedang berada di makmalnya sambil kaji ujian sampel mengenai ‘air mani synthetic’ untuk diberikan kepada Dr Salina.

Di suatu malam, gelap gelita, dia menyuruh Dr Salina bekerja lebih masa sebab kekurangan doktor supaya dia mahukan Dr Salina rasa penat dan lesu selepas kerja.

Semasa Dr Salina sedang berjalan di tengah malam, ada van berhenti di depannya dan dia seolah-olah diculik. Orang suruhan Dr Zunaidah pergi ke pondok kosong yang terpencil. Mereka tanggalkan pakaian Dr Salina lalu mereka letak kan ‘air mani synthetic’ itu ke dalam rahim Dr Salina. Bau styrofoam itu sangat kuat sehingga Dr Salina pengsan seperti tidur mati. Kemudian mereka hantar Dr Salina ke tong sampah besar yang berhampiran dari rumah Dr Salina. Selepas kejadian itu, Dr Zunaidah tidak percayakan mana-mana lelaki.

Sebulan kemudian.

Sewaktu Salina telah diusir oleh keluarga, Dr Zunaidah telah berkahwin dengan seorang jutawan bernama Zameer. Tujuan Dr Zunaidah adalah membolot semua kekayaan suaminya itu lalu dia mencari helah berpisah dengannya.

Dua bulan kemudian.

Sewaktu Zameer sedang ke luar negeri atas urusan kerja, Dr Zunaidah upah orang untuk membunuh Zameer. Zameer meninggal dunia akibat langgar lari. Pihak polis terjumpa kereta yang dilanggar Zameer itu berada di sebuah hutan dan terbakar. Oleh itu, pihak polis buat kesimpulan bahawa pemandu itu sedang mabuk semasa langgar Zameer dan mereka tutup kes tersebut.

Sejak kejadian itu, Dr Zunaidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan melahirkan anak perempuannya, Mysha Atiya. Sebenarnya, Mysha bukan anak kandung Zameer sebab Dr Zunaidah telah menggunakan ‘air mani synthetic’ pada dirinya sendiri sebulan selepas berkahwin supaya orang tidak menganggap bahawa Mysha adalah anak luar nikah.

Dr Zunaidah sebenarnya tidak perlu bekerja lagi sebab harta peninggalan arwah suaminya tidak akan habis sampai tujuh keturunan tetapi dia bekerja supaya dia hendak orang beranggap bahawa dia bukan orang berada.

Sekarang.

"Mysha tak perlu tahu asal usulnya… aku cuma nak dia rampas harta Hafiy dan selepas itu Hafiy aku akan singkirkan… macam Zameer…. Hahaha…"dalam fikiran Puan Zunaidah dengan senyuman lebar apabila merenung ke cerminnya.

Manakala Hafiy pula, dia sudah menelefon dan hantar pesanan suara hampir 40 kali kepada Nathifa tapi tidak dijawab atau balas. Hafiy pun cuba buat panggilan kepada Suhana tetapi tidak disambung. Justeru itu, Hafiy mula khuatir akan keselamatan Nathifa dan dia memutuskan untuk pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Tiga jam kemudian, Hafiy sampai ke rumah Nathifa lalu dia masuk ke dalam untuk memberi kejutan kepada isteri tersayang. Namun, dia mula terkejut apabila keadaan rumah itu sunyi sepi. Dia cuba menelefon kedua-duanya tapi masih tidak disambung. Pada fikirannya, mungkin mereka berdua tertidur di butiknya sebab ia pernah berlaku dulu jadi Hafiy pun berehat dulu dan akan jumpa mereka di butik esok.

Di Pahang, dalam apartmen Nathifa, Rosnah mula perbualannya untuk bersembang.

"Thifa… saya nak tanya…"

" Apa dia?..."

"Thifa tak nak ke beritahu kepada Encik Hafiy pasal kandungan awak tu?..."

"Tak… belum masanya lagi…"

"Kesian anak dalam kandung tu… tak nak jumpa Encik Hafiy ke? Laila menyampuk.

"Susah nak cakap…"

"Cakap lah… kita semua nak tahu…" tambah Aniqah.

" Baiklah… Thifa… tapi janji… jangan awak semua beremosi… sebab ini jalan hidup saya…"

"Janji bos!" Semua jawab dengan serentak.

Nathifa pun ceritakan kisah hidupnya dari awal memandangkan kawannya belum nak tidur. Mereka semua menumpukan perhatian kepada Nathifa semasa bercerita. Kini mereka bertujuh semakin akrab dan saling membantu sesama mereka.

Setelah dua jam bercerita tentang kisah hidup Nathifa, mereka semua tumpang sedih dan juga kagum dengan ketabahan serta keikhlasan Nathifa. Oleh itu, mereka berenam tidak menyesal untuk bekerja dengan Nathifa sebab bagi mereka susah hendak mendapat majikan yang sanggup menerima baik buruk pekerjanya. Pada fikiran Nathifa pula, dia bersyukur sebab mempunyai pekerjanya yang sudi terima dirinya seadanya walaupun mereka tahu asal usulnya.

Pada keesokan pagi, Hafiy bangun awal, bersihkan diri dan terus ke butik Nathifa untuk melihat isterinya di sana. Setiap suami akan rasa teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan isteri yang tersayang. Begitulah perasaan Hafiy kini, dia belikan bunga coklat dan ingin buat kejutan untuk isterinya.

Tiba-tiba, apabila Hafiy sampai ke butik, dia melihat butik itu kosong dan tiada penghuni. Hafiy juga ternampak papan tanda di sebelah butik yang ditulis ‘untuk disewa’. Hafiy terpaksa menelefon Rostam sama ada dia tahu di mana isterinya dan Suhana berada.

“Helo Fiy… kenapa kau kol aku... awal pagi ni?...”

“Helo Tam… saya sampai KL semalam… ni nak tanya… kamu tahu tak mana Thifa dan Kak Su berada sekarang?...”

“Kau dah sampai?... bukan ke kau balik 2 minggu depan?...”

“Saya tak sedap hati lah… itu pasal saya balik awal... tolonglah… kamu tahu kan?...saya kol… ‘voice message’... Thifa tak balas… risau saya ni...”

“Apa?... jadi Thifa tak beritahu kau?...”

“Beritahu apa?... tolong cakap…”

“Okey… aku akan jelaskan… sebab tak sesuai lah kita sembang dalam telefon… kita jumpa tempat sama…”

“Okey… saya tunggu… cepat sikit ya… “

“Okey bro…”

Rostam pun pergi mandi koboi, salin pakaian dan terus jumpa Hafiy. Dua puluh minit kemudian, Rostam sampai dan Hafiy terus mendesak dengan pelbagai soalan.

“Okey… sabar… biarlah aku jawab satu per satu…”

“Okey… cepatlah…”

“Sebenarnya, Suhana dah meninggal dunia… sebab dia cuba selamatkan Thifa dari tembakan orang…”

“Apa?... habis mana Thifa?... kenapa butik dia kena sewa?...” Hafiy mula rasakan bahawa dirinya bagaikan katak di bawah tempurung.

“Kau tak tahu pasal artikel panas itu?...”

“Artikel apa?...”

“Ini aku tunjuk kau…” Rostam tunjukkan artikel itu kepada Hafiy. Muka Hafiy berubah setelah baca isi kandungan artikel itu.

“Siapa yang sebarkan berita palsu?!”

“Sabar bro… aku pun tak tahu… tapi aku masih siasat bro… sebab itu… bines Nathifa kurang maju… banyak pelanggannya minta ganti rugi… bukan itu saja semua pekerjanya pun berhenti kerja sebab malu mendapat majikan seperti itu...”

“Ya Allah… sungguh kejam orang menghina isteri saya… sekarang mana Thifa?...”

“Aku sebenarnya tak tahu sebab… kali terakhir aku jumpa dia, dia masih di rumahnya selepas kebumikan arwah Suhana…”

“Rumah?... tapi Thifa takde di rumah dia?...”

“Apa?... sori bro… aku betul-betul tak tahu…’

“Saya risau… sebab dia kan buta… kenapa dia lari tinggalkan saya?...”

“Kau dah ‘check’ di bilik kau… mana tahu dia tinggalkan pesanan ke?...”

“Okey… okey… saya balik dulu…” Hafiy pun bergegas ke rumah Nathifa.

Ketika berada di rumah Nathifa, Hafiy cuba mencari sesuatu dalam biliknya. Habis seluruh biliknya berselerak dan dia terjumpa rakaman suara. Hafiy pun mainkan rakaman itu lalu mendengarnya.

“Assalamualaikum Abang Hafiy… Thifa minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki… kalau kehadiran Thifa sudah membebankan Abang… sudah dari awalnya Thifa sudah bilang… yang kita tak kan bersama… bagaikan langit dengan bumi… sejak berita itu di sebar… banyak orang di KL mula menghina… mencaci… dan memaki Thifa… Thifa dah biasa semua itu… tapi Thifa takleh terima kalau mereka memburukkan arwah Emak Thifa… mungkin apa yang Mak Long Abang cakap itu betul… perempuan buta seperti Thifa ni cuma bebankan suami… biarlah Thfa membawa diri jauh dari Abang… Thifa harap Abang akan jumpa bidadari yang sempurna di mata suami… bukan Thifa… Abang jangan risau… Thifa tak kan tuntut hak Thifa sebagai isteri… halalkan semua makan minum Thifa semasa Abang menjaga Thifa… selamat tinggal Abang…”

“THIFA!!!...” Hafiy menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience