[BBB] Babak 33 PENYELAMAT HATI

Romance Completed 49406

Di apartmen yang serba serbi kemewahan, seorang wanita yang berbadan dua sedang bertanya kepada kawannya.

“Wyeh… tadi kau pergi mana?... aku cari kau tak jumpa?...”

“Oh… tadi aku pergi derma darah… kenapa?...”

“Kau?... derma darah?... apa kes?...”

“Okey… macam gini... aku terdengar ada seorang lelaki ni… sedang meraung mencari penderma darah untuk anaknya… jadi aku tak sampai hati melihat dia macam gitu… lalu aku derma je lah… lagipun darah aku dan darah anaknya jenis yang sama…”

“Kau ni… Jinan… naif sangat… suka nak tolong orang…”

“Falisha… aku cuma nak bantu dia je… kesian anaknya… umur 3 tahun ada sakit….”

“Aku bukan apa… aku cuma risaukan kau je… zaman sekarang susah nak percayakan orang… kau cuba tengok aku ni… baru kahwin dah bercerai… duit nafkah untuk kandungan ini pun tak nak bagi… dia lepas tangan begitu je…”

“Falisha… aku faham apa kau rasa… tapi tadi tu… lain sangat… aku jarang melihat seorang bapa merayu kepada orang luar untuk selamatkan anaknya… kau cuba bayangkan kalau kau berada di tempat dia... aku yakin kau akan buat perkara yang sama…”

“Maafkan aku… aku cuma tak nak kau jadi macam aku…”

“Takpe lah… jom kita makan… aku dah masak… hidangan kesukaan kau… "

"Okey… jom…"

Di Pahang.

Nathifa terima mesej dari suaminya mengatakan bahawa anaknya selamat dengan keadaaan stabil. Nathifa pun beritahu kepada Eliya.

"Syukur Alhamdulillah… Rayhan selamat… kalau Akak nak tahu… nak gugur jantung Eli bila Ray sakit… " ujar Eliya.

"Akak faham… kalau Akak jadi Rostam… Akak akan buat apa yang dia lakukan itu…"

"Eli rasa… Eli nak ambil cuti… nak melawat Rayhan…"

"Okey… kalau begitu… Akak pun nak pergi… kita pergi sama-sama… Akak bawa Najla dan Nayla sekali…"

"Bagus tu… habis tu butik kita macam mana?..."

"Jangan risau… nanti Akak kol Rosnah untuk jaga butik kita tu…"

"Okey… kalau begitu bila nak berangkat?..."

"Akak beritahu Abang Hafiy dulu… kalau dia setuju… esok pagi kita bertolak…" jelas Nathifa.

Setelah Hafiy memberi isyarat lampu hijau, Nathifa dan yang lain sedang mengemaskan barang keperluan untuk bertolak esok pagi. Nathifa sebenarnya rindu dengan rumahnya di Kuala Lumpur.

Keesokan harinya, ribut taufan sedang melanda di butik Nathifa. Ribut taufan itu tidak lain dan tidak bukan adalah Khalid. Khalid mendesak Rosnah supaya beritahu pada Khalid di mana Nathifa berada sekarang. Rosnah enggan berkata kepadanya dan dia hanya berdolak dalih sahaja.

“Hey perempuan… kau bilang dengan aku… mana kau sembunyi Nathifa!...” Khalid mula naik darah.

“Aku tak tahu lah… baik kau pergi dari sini sebelum aku panggil polis…”

“Aku tak kan pergi selagi kau tak bilang aku kat mana Nathifa?...”

“Dah berapa kali aku cakap… dia takde di sini… dia ambil cuti… tapi aku tak tahu dia pergi mana…”

“Kau tipu kan?!... kau cuma tak nak beritahu aku… kau beritahu je dengan aku… nanti aku bagi kau duit…”

“Ish… kau fikir aku ni mata duitan?… dah baik kau balik!... ini tempat cari rezeki… bukan tempat cari pasal!...”

“Alah… perempuan macam kau… tak mungkin tak suka duit… berapa gaji Nathifa bayar kat kau?... aku boleh bayar tiga kali ganda…”

“Biadap kau!... walaupun kau bayar 10 kali ganda pun… aku sanggup menolak… aku rela kehilangan duit asalkan aku tak kehilangan kawan baikku…: Rosnah terpaksa tampar Khalid sebab dia sudah melampaui batas.

“Oh… kau berani tampar aku ya… takpe… aku boleh balik… tapi… kau mesti ingat… selagi aku tak dapat Nathifa… aku tak kan mengalah… Faham!...”

“Tak perlu faham… kau pun tak erti apa aku cakap kan… dah pergi balik!... sekali lagi kau datang… aku tak teragak-agak adukan kepada polis…”

“Alah.. kau tak kental… ini Khalid Ridwan… anak jutawan di Pahang ini… dah malas aku nak layan kau…” Khalid pun beredar dari situ.

“Eleh… siapa nak layan dia?... anak jutawan konon… otak dah lah kurang siuman… ada hati nak kan Thifa pula… orang tak sudi… nak paksa-paksa pula... “ bebelan Rosnah sambil membetulkan patung pameran di hadapan laluan masuk.

Di Kuala Lumpur.

“Ummi… siapa budak lelaki itu?..” tanya Nayla.

“Oh itu… anak pakcik Rostam… dia kurang sihat…” jawab Nathifa.

“Dia sakit apa?...” tanya Najla.

“Dia lemah sebab tekanan darahnya rendah... “

“Oh… kesian dia kan…” balas Najla.

Nathifa, Eliya, Nayla dan Najla baru saja sampai di hospital lalu mereka masuk ke bilik wad Rayhan. Walaupun Rayhan telah dipindahkan ke wad biasa, Rayhan masih tidak sedarkan diri. Rostam semakin susah hati. Beberapa minit kemudian, Rayhan mula celik mata lalu dia memanggil bapanya.

“Ray… Ray… syukur Alhamdulillah… kamu dah sedar... “ Rostam memeluk anaknya dengan penuh prihatin.

“Papa… Ray kat mana?...”

“Ray kat bilik berehat… Ray tak cukup rehat sayang… Ray tidur dulu… Papa akan ada di sini...” Rostam membelai kepala lalu dia memberi kucupan di dahi Rayhan.

“Tam… kami sekeluarga balik dulu ya… sebab Nathifa dan yang lain baru sampai... “

“Baiklah… terima kasih Hafiy… Thifa dan Eli… sebab sudi datang jenguk Rayhan…”

“Kita berdua takde terima kasih ke?...” si kembar menyampuk secara serentak. Rostam memberi mereka berdua duduk di peha Rostam.

“Tentulah… Pakcik berterima kasih dengan si kembar comel ni… jangan nakal-nakal tau… dengar cakap Ummi dan Abah kamu... “ Rostam mengucup di dahi kedua-dua adik beradik itu lalu mereka berdua pun turun dari kerusi itu.

Keluarga kecil itu pun pulang ke rumah lama Nathifa untuk merehatkan diri mereka setelah sampai dari Pahang.

Seminggu kemudian.

Jinan sedang melihat cermin dan membetulkan tudungnya dengan rapi. Dia kelihatan sungguh menawan umpama model muslimah. Jinan kemudian pun pergi ke meja makan untuk menjamah kuih muih sebelum bertolak.

“Wah… bukan main cantik kau hari ni… bau minyak wangi kau boleh dihidu sampai ke luar…”

“Mesti lah… hari ini… hari ‘anniversary’ aku dengan Fadli… dah 3 tahun kita berpasangan…”

“Oh… patutlah… sori lah beb… aku lupa lah… masuk hari ni dah hampir 6 bulan kau bertunang dengan Fadli… takde pelan nak kahwin ke?...”

“Itulah… aku tak faham… asal aku sebut pasal kahwin… dia cuba elak dari aku…”

“Aku rasa… Fadli tu macam tak serius je dengan kau…”

“Ish… kau ni… ada ke situ pula…”

“Kau jangan salah faham… selalunya orang yang suka mengelak itu… tandanya dia tak ambil berat tentang hubungan mereka… kau tahu kan… aku sayang kan kau… aku tak nak kau ditipu oleh musang berbulu ayam…”

“Jangan risau… aku okey… nanti aku cuba tanya dia lagi… mana tahu hati dia dah terbuka untuk berumah tangga…” ujar Jinan sambil mengunyah kuih lapis. Jinan menghirup secawan teh bermadu lalu dia keluar dari apartmen itu.

Sementara itu, di pusat membeli belah, Rostam sedang berseronokan dengan Rayhan. Dia meluangkan lebih masa hari ini sebab Rostam ambil cuti tahunan untuk memastikan bahawa anaknya pulih sedia kala. Mereka berdua berjalan sambil mencuci mata dengan kedai-kedai pakaian, mainan, taman permainan dan lain-lain lagi. Rayhan ingin memakan ais krim berperisa coklat vanila dan Rostam menyuruh anaknya untuk duduk di bangku berhampiran dengan gerai ais krim sementara Rostam pergi ke gerai untuk membeli semangkuk kecil ais krim. Rayhan ternampak seorang gadis sedang berjalan bersama tunangnya dan Rayhan terbayang seakan-akan gadis itu adalah ibunya. Rayhan pun turun dari bangku itu lalu dia mengejar ke arah gadis itu.

Gadis itu sedang bermesra dengan tunangnya sambil berjalan ke restoran. Tiba-tiba, Rayhan memeluk kaki gadis itu dan gadis itu mula terkejut.

“Mama… Mama… pergi mana?... puas Ray mencari Mama… Ray rindukan Mama…” Rayhan memeluk gadis itu dengan kuat. Gadis itu mula rasa kurang selesa.

“Mama?... Jinan… kau dulu pernah kahwin?...” tanya Fadli.

“Erm… tak.. Saya belum kahwin lagi…”

“Habis tu anak ni siapa?...” Fadli mula naik minyak.

“Betul… saya belum kahwin lagi… adik… adik salah orang ni… saya bukan Mama adik…” Jinan mula cemas sambil beritahu kepada Rayhan bahawa dia bukan ibunya.

“Adik… abang tanya… dia ni siapa?...”

“Dia ni Mama Ray… Ray rindu dengan Mama…”

“Kau… dengar apa budak tu cakap?… kau Mama dia… kenapa kau tak cakap yang kau ni dah kahwin?...”

“Sumpah awak… saya belum kahwin… adik tolonglah… cakap betul betul… saya ni bukan Mama adik…”

“Dah… tak payah nak berdolak dalih… kalau dah anak haram!… tetap anak haram!… mulai hari ni… kita putus tunang… dan kau tak perlu jumpa aku lagi… aku dah tak nak masuk campur dengan hal kau!...” tanpa usul periksa, Fadli membawa diri dari Jinan. Jinan cuba jelaskan tapi Fadli enggan beri peluang kepada Jinan.

“Fadli?… Fadli?…” sebak di dada Jinan apabila Fadli meninggalkannya di situ.

Manakala Rostam sedang mencari anaknya sekeliling tempat sehingga dia terjumpa anak memeluk seorang gadis lalu dia bergegas ke sana sambil mengambil anaknya.

“Maafkan saya Cik… kalau anak saya buat Cik kurang sele…” Jinan menampar Rostam.

“Kau ni siapa?... aku tak kenal kau… tiba-tiba anak kau mengaku aku ni Mama dia... “

“Maafkan saya… sebenarnya anak saya masih terbayangkan arwah isteri saya… bukan Cik seorang je… dia panggil Mama… malah banyak gadis juga dia terpanggil Mama… maafkan saya.

“Maaf… maaf… maaf je… kau tahu tak… pasal kau… aku dah putus tunang dengan kekasih aku!…” kepanasan Jinan semakin mendidih.

“Oh… nak saya pergi jumpa dengan tunang Cik untuk jelaskan semua ni?...”

“TAK PAYAH!... AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI!…” Jinan beredar dari situ dengan hati yang luka.

Rostam merasa serba salah lalu dia cuba mengejar gadis itu tetapi tidak dikesan. Jinan naik keretanya lalu dia pulang ke apartmennya dengan hati yang pedih bagaikan dihiris dengan sembilu. Dalam perjalanannya ke apartmennya, air mata Jinan jatuh berlinangan dengan fikirannya kusut semasa memandu.

“Kenapa boleh jadi macam gini?... aku tak minta... dilahirkan sebagai anak luar nikah… sampai hati kau Fadli… memalukan aku di tempat awam… sudah 3 tahun kita kenal… baru sekarang kau anggap aku ni anak haram… kau pun tak nak bagi aku peluang untuk jelaskan semua ni… aku berani bersumpah… aku belum kahwin lagi… kenapa semua itu terjadi pada diriku?... adakah perempuan haram seperti aku tak layak memiliki kebahagiaan?... betulkah anak haram macam aku dipandang serong oleh masyarakat?... siapakah budak lelaki tu?... aku tak kenal dia langsung… kenapa dia mengaku... aku ni Mama dia?... takpe lah… mungkin… aku tak sempurna… siapa lah aku kalau nak dibanding dengan wanita lain… mungkin perempuan macam aku tak berhak memiliki cinta sejati… mulai hari ni… aku nak berhenti dari tempat kerja aku… sebab Fadli pun kerja sama tempat dengan aku… aku sanggup menghadap cemuhan orang dalam pejabat itu… biarlah aku mengalah… dan aku harap Fadli boleh cari wanita yang berketurunan baik daripada diriku….”air matanya mengalir tanpa henti dan dia cuma redha dengan apa yang berlaku walaupun hatinya terguris pilu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience