[BBB] Babak 2 NATHIFA SYAKURA

Romance Completed 49406

14 tahun kemudian.

“Aduh sakitnya… kenapa dengan kelamin aku ini… besok aku mesti pergi klinik…”

“Emak… kenapa ini Emak?... Emak okey tak?...”

“Takde apa-apa Thifa… Thifa nak makan?... Emak dah masakan di meja itu…”

“Takpe… nanti Thifa ambil… Emak berehat la dulu…”

“Thifa… Emak okey… jangan risau fasal Emak…”

“Macam mana Thifa tak risau… Emak… satu-satunya yang Thifa ada… Thifa tak nak kehilangan Emak…” Nathifa sandar di samping Salina.

“Thifa… Emak sayangkan Thifa… Emak nak Thifa belajar rajin-rajin ya… jangan jadi macam Emak... “ Salina membelai kepala Nathifa.

“Baiklah Emak… Thifa berjanji…”

Keesokan harinya, semasa Nathifa pergi sekolah, Salina pergi ke klinik untuk periksa keadaannya.

“Doktor… apa penyakit saya?...”

“Puan Salina… bawa bersabar… mengikut pemeriksaan saya… ada sesuatu ketulan dalam rahim Puan… menurut pengalaman saya… kemungkinan Puan menghidap barah rahim… tapi untuk memastikan bahawa Puan dapati penyakit itu… Puan harus buat beberapa ujian terlebih dulu hari ini… esok saya akan berikan keputusannya…”

“Barah rahim?... bila saya boleh buat ujian itu?...”

“Kalau Puan setuju… sekarang saya boleh mulakan…”

“Baiklah… saya setuju…” Doktor itu pun mengarahkan Salina ke bilik pemeriksaan.

Sekarang.

Nathifa berada di bilik stor dan itu adalah bilik dia. Tempat kecil dan sempit. Namun begitu, Nathifa bersyukur sebab dia masih ada tempat teduh.

"Namaku… Nathifa Syakura… istana kecil ini adalah tempat teduhku… Emak aku baru meninggal dunia sebulan lepas… sejak itu… aku diberhentikan sekolah… sebab Puan tak mampu nak menampung perbelanjaan sekolahku… jadi… aku tinggal sebagai hamba… tapi aku bersyukur… aku masih ada tempat pelindungan… niat belajar? Siapa tak nak belajar… namun… apakan dayaku… aku takde orang yang nak menyokong aku… Puan pernah berkata… perempuan kotor macam aku… tak layak hidup bahagia… dan hanya layak menjadi hamba abdi… aku tak minta dilahirkan di dunia ini… sampai sekarang… aku masih tak tahu… kenapa semua orang kampung bencikan aku… apa dosaku?... Arwah Emak… pernah pesan… biar mereka buat kita… jangan kita buat dengan mereka… kalau kita buat balik… apa beza kita dengan mereka?... Semua pesanan arwah Emak… aku ingat… oleh itu… aku bertahan saja… biarlah mereka mencaci… menghina… dan mencela aku… kalau itu yang membuatkan mereka bahagia… aku reda…"

Puan Saadia mempunyai seorang anak perempuan bernama Ain Suriati yang sebaya dengan Nathifa. Ain suka buli Nathifa dan dera dia. Nathifa tidak pernah balas balik tetapi dengan perbuatan Ain itu, ia termakan diri sendiri.

"Yang ini macam aca-aca 'princess' Ain Suriati… dia sangat cantik.. tapi budi bahasanya hanya Allah saja yang tahu… aku tak suka mengaibkan orang… jadi aku cuma berharap semoga dia boleh terima aku seadanya…"

"Hoi!... Kau pergi ke pekan… belikan barang-barang dalam senarai ini… ini duit… cepat beli dan cepat balik… Faham!..." Puan Saadia campakkan senarai dan beg duit ke muka Nathifa.

"Faham Puan…"Nathifa mengutip beg duit dan senarai itu lalu dia pergi ke pekan.

Semasa perjalanan Nathifa ke pekan, dia diganggu oleh dua lelaki, Hafiy dan Rostam.

"Tam… kau tengok… perempuan kotor sedang lalu lalang…"

"Fiy… dah la tu… dia kan tak pergi sekolah lagi… buat apa nak ganggu dia?..."

"Aku tak puas hati… fasal dia… aku selalu denda di kelas… disebabkan dia juga… aku kena 'public caning'..."

"Dah la tu… itu perkara lepas kan…"

"Kau diam je… aku tahu apa yang aku buat…" Hafiy menyusul ke arah Nathifa.

"Itulah Hafiy Iffat… senior aku... dia suka buli pelajar di kelas… dia pernah 'public caning' sebab dia merokok di sekolah… aku yang adukan perkara itu pada cikgu… sekarang aku masih tak tahu… apa lagi dia nak dariku?..."

"Hei perempuan!..."

"Hafiy?... Apa kau nak dari aku?..."

"Aku nak… buat gini!..." Hafiy terus cekik leher Nathifa. Nathifa cuba melawan dari cekikan itu.

"Tolonglah… lepaskan aku… aku ni perempuan kotor... nanti berjangkit kau pula…"

"Baik… aku lepaskan…" Hafiy menghempas Nathifa ke bawah dengan sekuat tenaganya. Oleh hentakan itu terlalu kuat, mata Nathifa terhantuk di batu lalu dia tidak sadarkan diri. Hafiy kelihatan cemas lalu dia membuka langkah seribu.

Tiada sesiapapun yang datang membantu Nathifa. Waktu semakin senja, penghulu kampung sedang pulang dari pekan dan tiba-tiba dia ternampak Nathifa terbaring di tepi jalan lalu dia menghantarnya ke hospital. Penghulu kampung itu amat simpati nasib Nathifa itu. Kalau diikutkan hatinya, dia ingin menjaga Nathifa tetapi dia mempunyai 3 anak lelaki dan tidak manis kalau Nathifa tinggal bersama di rumah penghulu itu.

Sebulan sebelumnya.

“Thifa… ini surat untuk Thifa… baca bila Emak dah pergi… Emak nak Thifa tahu… Emak sayangkan Thifa…”ketika itu, Salina telah menghembuskan nafas yang terakhir.

“Emak!... Emak!... jangan tinggalkan Thifa… mana Thifa… nak tumpang kasih…”titisan air mata Nathifa berlinangan.

Setelah mayat Salina selamat dikebumikan, Nathifa telah di jaga oleh Puan Saadia sebab diarah oleh Penghulu, Pak Rahman. Saadia, jiran Salina yang selalu iri hati pada Salina, dari awal sudah bencikan Salina dan anaknya dan dia terpaksa menjaga Nathifa. Apabila Nathifa ke rumah Puan Saadia, Puan Saadia ternampak Nathifa sedang memegang sampul surat.

“Surat apa itu?...” Puan Saadia merampas surat itu lalu dia membacanya. Nathifa belum sempat membaca surat itu.

“Oh… patutlah… kau berbinti kan Abdullah?... rupa-rupanya… kau ini anak haram?... mari sini… aku bawa kau jumpa penghulu…” Puan Saadia mengheret Nathifa ke rumah penghulu.

“Pak Rahman!... Oh Pak Rahman!”

“Ada apa ni Saadia sampai tak beri salam pun…”

“Alah… itu nanti la… ini… perempuan anak haram…” Puan Saadia menolak Nathifa ke bawah.

“Apa kau merepek ini?...”

“Ini surat arwah bagi pada perempuan kotor ini!...” Puan Saadia kasi surat itu kepada Pak Rahman.

“Masya-Allah… Saadia… kalau betul dia ini anak luar nikah… kau tak berhak menghukumnya… dia tak bersalah…”

“Aku tak peduli… aku nak halau perempuan kotor ini dari kampung ini…”

“Makcik… Tolonglah… jangan halau saya… saya akan buat apa saja Makcik suruh… kalau saya dah cukup umur… saya akan pergi dari sini…” rayuan Nathifa sambil melutut ke Puan Saadia.

“Baiklah… aku akan jaga dia… tapi jangan harap aku nak sekolah kan dia… sebab perempuan kotor macam dia ini… tak kan ada masa depan…” Puan Saadia mengheret Nathifa semula ke rumahnya.

Puan Saadia kemudian tolak Nathifa ke bilik stor.

“Ini… bilik kau… jangan harap kau nak dilayan macam puteri… mulai hari ini… apa aku suruh… kau buat… Faham?!”

“Faham Makcik…”

“Eh… jangan panggil aku Makcik… panggil aku Puan Saadia… faham!...”

“Faham Puan…”

“Dah kau kemaskan barang kau… sejam nanti kau jumpa aku… aku ada banyak kerja untuk kau…”

“Kehilangan Emak aku telah berubah seluruh nasibku… aku sebenarnya tidak tahu yang aku ini anak haram… surat itu… masih dalam genggaman Puan… aku tak sempat nak baca isi kandungan surat itu… tapi sejak kejadian itu… semua orang telah pandang serong pada aku… semua orang takut nak dekat dengan aku seolah-olah aku ini bagaikan kuman yang merebak serta merta bila disentuh… hina sangatkah aku ini?...”

Sekarang.

“Doktor… macam keadaan Thifa?...” tanya Pak Rahman.

“Sekarang cik Thifa sedang koma… hentakan dari dahinya membuatkan cik Thifa tidak sadarkan diri... “

“Koma?... berapa lama dia akan sedar?...”

“Belum pasti… sebab… pesakit koma ini… reaksinya tak tentu… ia memakan masa…”

“Baiklah… terima kasih doktor…”

Pak Rahman pun menelefon Puan Saadia dan Puan Saadia buat tidak kisah dengan khabar buruk itu. Dia pergi pun sebab dipaksa oleh Penghulu.

“Ish… perempuan kotor ini… tak habis-habis nak menyusahkan aku je… kenapa tak mampus je… kan itu lebih baik…”

Setelah sampai di hospital, Pak Rahman beritahu keadaan Nathifa pada Puan Saadia tapi Puan Saadia tidak peduli dan dia hanya mahu pulang.

“Saadia… kau nak ke mana?... kan baru sampai?...”

“Aku nak balik… kan kau kata dia sedang koma… jadi buat apa aku ada disini…”

“Memanglah dia sedang koma… sekurang-kurangnya kau temanlah dia…”

“Eh… kenapa pula aku nak teman kan dia…. dia bukan anakku pun… lagipun… dia terlantar di situ…” jawab Puan Saadia dengan muka selamba.

“Kenapa busuk sangat hati kau ini Saadia?... budak itu adalah anugerah dari Allah… berdosa besar kalau kau layan dia macam begitu... “

“Dah la… sakit telinga aku mendengar ceramah kau… aku nak balik… kalau kau nak jaga… jagalah… tak payah nak nasihat aku pula…” Puan Saadia beredar dari situ tanpa dihiraukan Nathifa.

Walaupun semua orang kampung membencikan Nathifa, Pak Rahman masih waras dan dia tidak berat sebelah. Pak Rahman sanggup tunggu di bilik wad itu sambil membaca Al-Quran. Baginya, Nathifa tidak bersalah dan dia hanya mangsa keadaan.

“Besar sungguh dugaan Thifa ini… Pakcik harap… Thifa bawa bersabar dan selalu ingat pada Allah…” ujar Pak Rahman semasa menjaga Nathifa di bilik wad itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience