[BBB] Babak 21 CINTA AIN

Romance Completed 49406

Seminggu kemudian.

Kes fitnah Nathifa sudah selesai akhirnya. Yang bersalah sudah dihukum dari hukuman dunia. Puan Zunaidah telah dipenjarakan seumur hidup dan seluruh hartanya dirampas manakala Mysha pula telah dipenjarakan selama 5 tahun. Seluruh anggota polis turut bangga dengan Inspektor Nahiz atas kerjanya yang cekap dan bertanggung jawab. Oleh itu pihak atasan telah memberikan Inspektor Nahiz dua minggu cuti dan Inspektor Nahiz pun ambil peluang itu untuk melamar Ain.

Manakala Rostam pula, dia sudah sampai ke Kuching di kampung Julia. Rostam masih cuba memujuk Julia. Hati Julia kini masih terluka dengan parut yang besar dan Rostam pun mencari jalan untuk menyembuh parut di hati Julia.

“Ish… mamat ni… datang tak dijemput… masuk tak diundang… masih tak faham-faham juga…” bisikan hati Julia lalu dia masuk ke rumahnya

“Eleh… malu-malu kucing pula… aku dah datang dari jauh… pun tak nak dilayannya… keras betul hati kau kan… takpe… aku sanggup mencuba dan tak kan sia-siakan peluang ini…” ujar Rostam sambil memandang wajah Julia.

Hafiy kelihatan pucat ibarat tidur tidak lena, mandi tidak basah dan dia masih berfikir di manakah dia harus mulakan pencarian isterinya setelah dia sudah mencari tempat-tempat yang Nathifa suka pergi.

Keesokan harinya, Nahiz pun sampai ke rumah Ain untuk menyampaikan hajatnya yang terbeku di dada.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam… oh Abang Nahiz… kenapa Abang di sini?... kan kes itu dah selesai…”

“Oh… sebenarnya ada kes baharu… boleh Abang masuk?...”

“Bolehlah… sila masuk…” Ain menjemput Nahiz dengan hati terbuka lalu dia masuk ke dapur untuk sediakan minuman untuk Nahiz.

Kemudian Puan Saadia pun keluar dari biliknya sambil menegur Nahiz.

“Oh… kau Nahiz… jemput duduk…”

“Terima kasih Makcik… Makcik apa khabar?...”

“Alhamdulilah sihat… kau tu macam mana?...”

“Oh saya okey je… Makcik…” Ain keluar dari dapur lalu dia letakkan dulang itu atas meja sambil menuangkan kopi ke dalam cawan.

“Apa yang kes baharu itu?...”

“Oh… sebenarnya kes ini berat…”

“Kes apa yang berat ini?...”Puan Saadia terpinga-pinga dengan perbualan itu.

“Kes mencuri Makcik…”

“Kes mencuri apa?...” Ain bertanya.

“Kes mencuri hati Ain…” jawab Nahiz. Ain mula menutup mulutnya sambil bergelak.

“Lah.. kenapa nak curi hati Ain?... Makcik keliru lah…”

“Sebenarnya… hajat saya ingin melamar anak Makcik ni…”

“Oh… begitu… kenapa tak nak terus terang dari tadi… buat Makcik bingung je... “

“Maafkan saya Makcik… saya sebenarnya segan… takut tuan punya badan menolak lamaran saya.

“Macam gini lah Nahiz… hal perkahwinan… Makcik tak halang siapa menantu Makcik… asalkan dia boleh bimbing dan bertanggung jawab kepada anak Makcik…”

“Abang… Ain minta maaf… Ain tolak lamaran Abang…”

“Tolak?... kenapa?...”

“Abang ni terlalu baik sangat… dan lelaki yang baik itu akan dijodohkan dengan wanita yang baik…”

“Tapi Ain baik juga…”

“Abang… Ain bukan wanita idaman jejaka… sebab Ain bukan suci lagi…”

“Ain… tiada manusia pun tak pernah ada kisah silam… semua itu adalah takdir… dan Abang percaya bahawa Ain terpaksa… jadi itu bukan bermakna Ain tidak boleh mencari kebahagiaan…”

“Abang tak faham… Ain sudah ditebuk tupai… bukan seekor tapi hampir 100 ekor tupai ditebuknya dalam sebulan… nanti keluarga Abang mendapat malu…”

“Abang tak kisah… kalau Ain sudah taubat nasuha… segala dosa-dosa Ain Insya-Allah akan diampunkan… “

“Tapi Abang nak ke perempuan pelacur macam Ain ni?...”

“Ain… Abang tak faham… kenapa Ain nak tolak lamaran Abang?...”

“Sebab Ain tak nak nama baik Abang tercemar… Abang kan pegawai polis… reputasi Abang akan terjejas…”

“Ain nak tahu tak kenapa Abang jadi pegawai polis?...”

“Seperti yang diingini ramai… nak membanteras jenayah…”

“Okey… biar Abang cerita… sebenarnya Abang jadi pegawai polis sebab Abang ingin membantu semua gadis-gadis yang terpaksa dijadikan sebagai perempuan gelandangan.. Supaya mereka boleh mendapat sinaran cahaya yang baharu…”

“Tapi kenapa?...”

“Sebab ibu Abang pernah jadi mangsa perempuan gelandangan…”

“Apa?...”

“Bapa Abang sebenarnya kaki judi… dan dia berhutang dengan bapak ayam… oleh kerana dia tak mampu bayar… ibu Abang jadi mangsa… mereka paksa ibu Abang jadi perempuan gelandangan untuk membayar semua hutang bapa Abang… suatu malam… apabila Abang sedang menunggu ibu Abang di rumah kuning itu… ibu Abang menarik tangan Abang dan kita terus melarikan diri…. Seorang dari penjaga itu telah menembak ibu Abang di depan mata Abang sendiri… Ibu Abang menyuruh Abang lari sekuat-kuatnya… dan setelah itu Abang dapat tahu bapa Abang dibunuh sebab tidak mampu bayar hutang… masa itu Abang berumur 14 tahun dan Abang dijaga di rumah anak yatim… sejak itu… Abang bertekad nak jadi pegawai polis… supaya Abang boleh bantu mereka sebelum terlambat....”

“Aaa… Abang… Ain minta maaf… sebab Ain tak tahu…”

“Takpe Ain… Abang faham… kalau Ain masih menolak lamaran Abang… Abang terima dengan hati terbuka…”

“Erhmmm sekejap… Ain nak tanya kenapa Abang nak melamar Ain?...”

“Sebenarnya… Abang suka kan Ain sejak kali pertama kita terjumpa… Abang suka melihat senyuman Ain yang manis itu… mungkin Ain ingat bahawa Abang ni simpati kat Ain tapi tidak… Abang betul-betul ikhlas nak jadikan Ain teman sehidup Abang buat selamanya…"

"Maaf Abang… Ain masih tak setuju…"

"Tak setuju?..."berdebarnya perasaan Nahiz apabila mendengar jawaban dari Ain.

"Ain tak setuju… kalau kita bertunang… kita terus nikah je…" Ain cuba menyakat Nahiz.

"Abang okey je… asalkan Ain sudi untuk bersama dengan Abang…."

"Elok lah… semua dah selesai… Nahiz… jangan pergi dulu… Makcik dah masakkan makan tengahari untuk kau…"

“Baik lah Makcik…”

Akhirnya, Ain telahpun bertemu kumbang idamannya yang akan menyuntingnya untuk selamanya. Puan Saadia kini sudah khilaf dan dia berjanji pada dirinya agar jangan mencela orang tanpa usul periksa. Nahiz kini ibarat sambil menyorok galas lalu sebab dia bersenang hati apabila lamarannya diterima.

Sementara di Kuching, Rostam masih tidak putus asa untuk memujuk dengan Julia. Julia kini berada di jambatan lama tepi sungai dan Rostam cuba ke sana untuk minta tabik dari Julia.

“Apa kau nak lagi?... kan aku dah janji dengan kau… yang aku tak kan kacau hidup kau lagi! Kenapa kau masih nak kejar aku?!...”

“Julia… aku tahu… aku selalu cakap kasar dan tuduh kau bukan-bukan… tapi… aku nak memohon maaf dari kau…”

“Maaf?!... buat apa?... dah pergi balik… “

“Tolonglah Julia… aku datang dari KL tau…”

“Ada aku minta ke?... lagipun… aku ni siapa… perempuan kampung je…”

“Tolonglah… aku merayu dengan kau…”

“Oh… dulu bila aku merayu… kau tak peduli… sekarang kau pergi balik lah…”

“Aku tak nak balik selagi kau tak maafkan aku…”

“Elok lah… kau tunggu di sini lah… sampai esok pagi… macam lah aku hairan sangat… aahh… aduh!...” Julia terpijak batang kayu runtuh semasa berjalan lalu kaki kirinya tersangkut di jambatan.

Rostam pun susul ke arah Julia lalu dia cuba menarik Julia secara perlahan. Julia berjaya keluar dari jambatan itu.

“Itulah… lain kali tengok dulu sebelum berjalan…”Rostam cuba mengusik.

“Ya lah… semua aku salah kan...kau je betul…”

“Haiz… dalam keadaan macam gini pun nak marah?... dah… biar aku bantu…” Rostam cuba memimpin Julia.

“Tak payah!.. Aku boleh jalan sendiri…” Julia masih tidak mengaku kalah dan dia cuba berjalan dengan kaki kiri terenjut-enjut. Julia tidak tahan dengan kesakitannya itu lalu dia rebah. Rostam cuba membangunkan dari jatuh.

“Dah… biar aku tolong…”

“Tak payah lah… aku boleh buat sendiri…”

“Kaki kau dah bengkak ni… kalau lambat… akan menjadi teruk…”

“Dah lah… aku okey je… kau balik lah…”

“Sudah… jangan degil!...” Rostam terus mendukung Julia lalu dia menuju ke rumah Julia. Julia kurang selesa lalu dia cuba hentak bahu kanan Rostam tanpa henti. Rostam cuba menahan kesakitan bahunya dan dia masih berjalan sehingga dia sampai ke rumah Julia.

“Eh… apa kamu buat ni?...” soal Mak Senah, ibu Julia.

“Maafkan saya Makcik… Julia tadi tersangkut di jambatan dan kaki kirinya terseliuh…”

“Dah… dah… turun kan…”

“Nak turunkan?...”

“Ya… kamu berdua bukan muhrim… nanti apa orang kampung mengata kamu berdua…”

“Baiklah… Saya turunkan... “ Rostam perlahan baringkan Julia di sofa lalu dia pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience