Di kampung Nathifa, rumah Puan Saadia, Ain sedang membaca majalah dan dia ternampak usahawan buta berjaya membuka sebuah cawangan lagi.
āWau⦠Mak⦠tengok ini perempuan buta pun boleh berjaya⦠Ain nak pergi KL boleh tak?...ā
āKL?... nak buat apa?... tinggal dengan Mak je⦠tak payah nak bekerja sampai ke KLā¦ā
āAlah⦠Mak ni⦠tak āsupportingā tau⦠Ain ada cita-cita nak jadi modelā¦ā
āDah lah⦠lupakan cita-cita kau tu⦠kalau kau kat KL siapa nak jaga kau?... sini Mak boleh tengok kan kauā¦ā
āYa⦠lah⦠sampai ke tua Ain melekat di bawah ketiak Mak jeā¦ā Ain mula merajuk lalu dia masuk dalam biliknya.
āTengoklah⦠anak-anak zaman sekarang ini⦠tegur sikit⦠dah merajuk⦠dia tak tahu ke⦠yang aku ni risaukan dia⦠dulu 2 tahun belajar ke luar negeri⦠aku dah risau⦠sekarang nak ke KL⦠pula...ā Puan Saadia berleter sambil menyapu sampah.
āAku ni⦠Ain Suriati⦠anak Mak Saadia⦠aku selalu dimanja dan dibelai⦠semua aku nak⦠Mak aku akan tunaikan⦠tapi kenapa aku nak ke KL⦠dia tak bagi?... dia tak nak ke aku berjaya nanti?... sia-sia je aku ada jurusan modeling tapi takleh serlahkan bakatku⦠ish⦠susahlah macam gini⦠aku macam katak bawah tempurung⦠asyik terkurung dalam rumah ini je⦠bosan lah⦠rimas lah⦠hari-hari jadi macam gini⦠aku boleh jadi gila tauā¦ā
Ain terlantar atas katil sambil memandang langit-langit. Dia cuma ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sudah hampir 4 tahun dia dikongkong oleh ibunya. Dia tidak suka tinggal di kampungnya malah dia lebih suka keluar berfoya-foya. Tabiat itu yang buatkan Puan Saadia risau dan oleh itu, Puan Saadia terpaksa suruh Ain tinggal saja di kampung ini supaya Puan Saadia boleh pantau setiap pergerakan anaknya maklumlah anak dara kalau dikatakan. Bak pepatah orang tua, lebih senang menjaga 10 ekor lembu berbanding menjaga seorang anak dara.
āAin!... mari sini makan Nakā¦ā
āYa lah Ain datangā¦ā Ain menunjukkan mukanya lalu dia keluar dari biliknya.
āNah⦠tuan puteri⦠nak makan pun kena panggil⦠takleh datang sendiri ke?...ā
āMak ni⦠kalau tak sakit kan hati Ain⦠tak sahā¦ā
āOkey⦠sori⦠dah pergi makan⦠Mak masakan lauk kegemaran kauā¦ā
āOkey⦠terima kasihā¦ā Ain pun santap masakan ibunya.
āAin⦠Mak harap⦠kau tinggal lah di sini ya⦠Mak risau keselamatan kauā¦ā
āYa lah Mak⦠memang Ain tak berhak nak kejar cita-cita Ain kanā¦ā
āTolong lah Ain⦠Kau tu anak dara lagi⦠kalau apa-apa berlaku pada kau⦠siapa susahā¦ā
āAin dah besar Mak⦠Ain tahu nak jaga diri Ain sendiriā¦ā
āDah⦠cukup!... Mak kata jangan pergi KL⦠kau mesti turut.. ā
āYa lah⦠Mak⦠sampai ke tua lah... Ain terperangkap dalam sangkar iniā¦ā Ain makan main-main seperti tidak layu makan.
Sementara di rumah Hafiy, Hafiy sedang berfikir cara untuk memikat si buta manis itu.
āHais⦠macam mana nak pikat hati dia ni?... kalau tersalah kata⦠merana⦠kalau tersilap tegur⦠hancur⦠apa kata saya solat Istikharah⦠untuk dapatkan petunjukā¦ā Hafiy bangun dari katilnya lalu ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.
Kemudian, dia bentangkan sejadah itu ke arah kiblat lalu dia mulakan dengan solatnya. Setelah itu, Hafiy pun mula berdoa pada yang Esa.
āYa Allah⦠sesungguhnya hambaMu ini berdosa dan jahil⦠ingin mohon pertolongan dari Kamu⦠Kamu berikanlah saya petunjuk... kalau Syakura itu adalah jodoh saya⦠Kamu dekatkanlah saya kepadanya⦠tapi jika dia bukan jodoh saya⦠Kamu jauhilah saya dengannya⦠Kamu lah maha pengasih lagi maha penyayang⦠tiada sesiapa saya boleh memohon pertolongan selain dari Kamu⦠hanya padaMu saya berserah⦠hanya padaMu⦠saya bersujud.... Aminā¦ā Hafiy tersedu-sedu bila berdoa.
Manakala di rumah Nathifa, Suhana bertanya pada Nathifa tentang lamaran Hafiy itu.
āThifa⦠macam mana tadi?...ā
āTadi apa Kak?...ā
āThifa⦠Thifa⦠dah gaharu cendana pula⦠dah tahu bertanya pula⦠fasal kau dengan Hafiy tuā¦ā
āOh⦠Thifa tolakā¦ā
āKenapa Thifa tolak?... dia kan baikā¦ā
āThifa tak suka orang terima Thifa sebab simpatiā¦ā
āThifa⦠Akak faham perasaan Thifa⦠kita dah lalui pahit manis bersama⦠Akak boleh merasakan bahawa Hafiy seorang lelaki baik yang ikhlas kahwin dengan Thifaā¦ā
āKalau dia tahu āsiapa Thifa sebenarnyaā macam mana Akak?...ā
āAkak yakin dia akan terima kau seadanyaā¦ā
āThifa kan buta⦠macam mana nak jaga suami kalau Thifa sendiri tak terurusā¦ā
āSudahlah tu⦠alasan kau ni āclicheā dah banyak kali aku dengar⦠kalau jadi buta adalah punca Thifa tak nak kahwin⦠Thifa silapā¦ā
āThifa silap apa Akak?...ā
āArwah Umi dilahirkan buta Thifa.. Sebelum dia melihat keindahan dunia⦠tapi⦠dia kahwin semasa dia buta bukan selepas dia nampakā¦ā
āTapi arwah suami Umi itu 1 dalam seribu⦠susah nak dapat yang samaā¦ā
āMungkin Hafiy adalah 1 dalam seribuā¦ā
āApa ni Kak?... macam Akak nak Thifa kahwin sangatā¦ā
āSelama kita bersama⦠belum pernah ada seorang lelaki pun ingin berjumpa dan tegur Thifa⦠tapi Hafiy ini lain sikit⦠dia tegur Thifa dan selamatkan beg tangan Thifa...ā
āThifa tahu⦠Thifa kagum keberanian Hafiy tu⦠biarlah Thifa fikirkan perkara iniā¦ā
āTerpulanglah Thifa⦠lagi pun kau dah besar⦠Akak akan sokong kau apa saja keputusan kau⦠cuma jangan menyesal nanti⦠sebab peluang seperti ini selalunya datang sekaliā¦ā
āInsya-Allah⦠kalau betul Hafiy itu jodoh Thifa⦠ia tak kan ke mana⦠Thifa masuk bilik dulu ya...ā
āBaiklah⦠Thifa pergi berehat duluā¦ā
Sementara di rumah Ain pula, Ain sedang fikirkan cara untuk melarikan diri dari sangkar ibunya. Ain sedang mencari agensi modeling di lelaman Fac supaya dia ada alasan kukuh untuk keluar dari rumah itu. Tiba-tiba, Ain menerima mesej dari salah satu agensi. Ain mula balas dengan mesej-mesej itu.
āSalam perkenalan⦠saya Eddie⦠agensi modeling⦠awak nak kerja dengan saya?...ā
āHelo⦠Eddie⦠Saya Ain Suriati⦠saya nak jadi model⦠boleh tak?...ā
āBoleh apa salahnya⦠tapi tempatnya di KL besok pukul 3 petang⦠kalau awak sudi⦠nanti saya mesej alamat tempat ituā¦ā
āSaya sudi⦠ini untuk temuduga kan?...ā
āYa⦠temuduga dari bos saya⦠kalau awak setuju⦠saya akan jemput awak di tempat ituā¦ā
āYa...ya...ya⦠Saya nak pergi temuduga itu esokā¦"
"Baiklah jumpa awak esokā¦" itulah mesej-mesej dari Fac Ain.
Ain pun terima alamat tempat temuduga itu. Lapang dada Ain apabila mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Sekarang, Ain telah membuat keputusan untuk larikan diri malam itu.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, di kelab bar, Eddie berjumpa dengan bosnya untuk memberi perkembangan bisnisnya.
"Bos⦠ada berita baik punyaā¦"
" Apa dia?ā¦"
"Besok petang ada ikan baharu⦠cantik ikan itu bosā¦"
"Baiklah⦠pukul berapa?..."
"3 petang⦠bosā¦"
*Hei bodoh!⦠kerja kita malam lahā¦"
" Sori bos⦠nak umpan ikan⦠kalau tak... ikan tak nak timbulā¦"
"Bagus⦠kalau begitu⦠besok⦠aku nak ikan itu⦠kau bagi kat aku⦠biar aku buat nasi lemak panas⦠yang spesial punyaā¦"
"Okey bos⦠erhmm⦠bos⦠komisen takde ke?..."
"Oh⦠nak komisen?ā¦"
"Ya lah bos⦠ini ikan terbaik punya⦠bukan senang nak pancing ikan ini⦠bosā¦"
"Okey⦠okey⦠nah⦠ini komisen kau⦠besok kalau ikan itu terlalu sedap⦠aku tambah lagi⦠dah jalan⦠aku ada halā¦"
"Terima kasih bosā¦"
Manakala di rumah Ain pula, Ain sedang susun bantal-bantal dan bantal peluk untuk dibentuk seperti manusia lalu dia selimutkan dengan cadar yang besar agar tidak diketahui dan dia tinggalkan sekeping noktah. Ain keluar dari tingkapnya lalu melompat secara senyap. Kemudian, Ain mula buka langkah seribu dari rumahnya. Dalam malam gelap gelita, Ain cuba terus dengan jalannya ke arah lorong di hujung kampung untuk mendapat teksi. Setelah 2 jam.mencari teksi, akhirnya dia berjaya naik teksi.
"Lapang hatiku⦠bila boleh keluar dari kampung itu⦠aku pun nak berjaya juga⦠dah ada peluang depan mata⦠tak kan nak tolak kut⦠jadi tak salah aku nak rebut peluang keemasan ini⦠aku harap⦠cita-cita aku akan tercapaiā¦"
Dua minggu kemudian.
Sudah dua minggu Hafiy dan Nathifa tidak bertemu. Nathifa terasa lega sebab mungkin dia beranggap bahawa Hafiy sudah teruskan hidupnya dan Nathifa tidak perlu fikirkan hal perkahwinannya itu.
Sejak Hafiy berjumpa dengan Nathifa, dia tidak diganggui oleh bayangan wajah perempuan itu dalam mindanya.
"Pelik⦠kenapa bayangan itu tak belenggu di fikiran saya?... Adakah ia memberi saya satu petunjuk bahawa Syakura adalah jodoh saya?..." Soalan itu tertanya-tanya di fikirannya.
Share this novel