[BBB] Babak 42 TIDAK DISANGKA

Romance Completed 49406

Hampir sejam kemudian, Mysha sampai ke tempat kecil itu. Mysha mendengar bunyi teriakan Nayla dan Najla lalu dia cuma berdiri dari luar tempat itu.

“Wah… seronoknya… dengar bunyi hingar-bingar dalam situ… sabar ya… aku nak buat ‘fireworks’... mesti ‘best’ kan?…” Mysha semakin hilang akal lalu dia menekan butang dalam aplikasi telefon pintarnya.

Seluruh tempat itu telah hancur berkecai umpama batu sudah menjadi pasir. Mysha pun berpaling dari situ lalu dia pulang ke apartmennya sambil ketawa sendiri semasa berjalan.

Dua hari kemudian.

Dalam mahkamah di Pahang, Khalid sedang berada di tempat kurungan untuk disoal siasat dalam pembicaraan itu.

Peguam bela Cik Mikayla sedang membuka pelbagai soalan kepada Khalid.

“Encik Khalid… di manakah Encik berada semasa kejadian itu berlaku?...” tanya Mikayla.

“Saya sedang berada di restoran Sri Mutiara bersama Cik Hadiya untuk makan malam bersama…”

“Adakah Encik mengupah orang untuk memukul mangsa?...”

“Tak… saya tak tahu fasal mangsa dipukul... “

“Baiklah… saya ingin tanya… adakah Encik Khalid niat untuk membunuh mangsa?...”

“Dulu… saya ada niat untuk mencederakan mangsa… tapi… masa itu… saya sedang marah dan ia hanya satu percakapan je… “ balas Khalid.

“Itu saja soalan saya yang arif…”

Pihak polis pun cuba menyoal siasat ke Khalid.

“Encik Khalid… adakah pemukul besbol ini milik Encik?...”

“Betul… itu milik saya… tapi saya tak jumpa pemukul besbol itu sebulan lalu…”

“Okey… bila kali terakhir Encik nampak pemukul besbol ini?...”

“Sebenarnya… kali terakhir saya nampak adalah selepas syarikat kami mengadakan pertandingan besbol secara kecilan untuk mengeratkan hubungan antara pekerja dengan majikan… saya cuma letakkan pemukul besbol di dalam laci saya… seminggu kemudian… bila saya nak cari… pemukul besbol itu tak ditemui dalam laci… macam ghaib je…” jelas Khalid.

“Baiklah… itu saja soalan saya… yang arif…”

Mikayla ingin menyoal siasat kepada saksi iaitu Cik Hadiya. Cik Hadiya memberi keterangan yang sama dan oleh kerana penjelasan Khalid dan pihak saksi itu sangat ketara, pihak hakim memberi sejam untuk ditimbangkan perkara tersebut.

Setelah sejam dipertimbangkan, pihak hakim telah mengambil keputusan bahawa Khalid tidak didapati bersalah dalam kes pukulan itu. Khalid hanya didenda RM 2000 sebab dia pernah memasang niat untuk mencederakan Hafiy.

Khalid sangat bersyukur dan dia berterima kasih kepada Cik Mikayla dan Cik Hadiya atas bantuan dan sokongan mereka berdua terhadap dirinya. Khalid kemudian beralih ke balai polis untuk menyelesaikan apa yang patut sebelum dirinya boleh dijamin.

Di Kuala Lumpur.

Fikiran Rostam semakin runsing dan anaknya, Rayhan, menghidap demam panas umpama merindukan seseorang yang disayangi. Demi anaknya, Rostam menebalkan mukanya untuk mencari Jinan. Dengan hanya memakai pakaian senaman, dia terus menuju ke rumah Jinan.

Setelah sampai Rostam memberi salam sambil mengetuk pintu. Falisha tidak larat untuk bangun dari sofanya disebabkan dirinya berbadan dua lalu dia menyuruh Jinan untuk membuka pintu tersebut. Apabila Jinan membuka separuh pintu, dia terlihat kelibat Rostam dan terus menutup semula pintu itu.

“Jinan… Jinan… Jinan… tolonglah… jangan buat saya macam ni?... “ ujar Rostam sambil mengetuk pintu secara berterusan.

“Awak nak apa dari saya?... balik lah… saya tak nak jumpa awak…” Jinan sedang sandar di pintu itu sambil duduk dengan kakinya berlipat dan punggungnya mencecah di lantai.

“Tolonglah… jangan macam ni… berilah saya peluang untuk berkata sepatah dua dengan awak…” balas Rostam.

“Sudahlah… awak balik la… saya tak suka dengan awak… biar la kita buat haluan masing-masing…” Jinan menipu diri sendiri sambil menitiskan air matanya.

“Okey… kalau awak betul… bencikan saya… awak buka pintu ini dan tatap mata saya… dan katakan yang awak bencikan saya... “

“Iiishhh… kenapa lah si duda ni… degil sangat?... aku tak mampu nak berjumpa dengan dia…”bisikan di hati Jinan.

“Jinan?... macam mana?... awak tak mampu buka dan bilang kepada saya kan?...” tambah Rostam.

“Haiz… dia ni… kenapa lah… dia tak nak mengaku kalah je… aku takleh berdepan dengan dia… “ fikiran Jinan bercelaru.

“Okey… saya akan beri awak peluang untuk bercakap…” Jinan pun mengalah lalu dia membuka pintu itu sebab dia tidak mahu jiran sebelah menyebelahnya tahu.

Rostam pun masuk lalu dia diajak ke ruang tamu. Falisha bangun dari sofa sambil menepukkan bahagian duduk sofa itu lalu dia menjemput Rostam duduk di sofa dan Falisha pun pergi ke biliknya untuk memberi ruang kepada pasangan keras kepala itu. Jinan pun duduk di hadapan Rostam dan dia mendesak Rostam agar mempercepatkan perbualan mereka itu.

“Okey… katakan lah…” ujar Jinan.

“Jinan… saya faham… awak mungkin akan pekakkan telinga bila saya nak terangkan… tapi saya harap awak dengar dulu…”

“”Ya… cakaplah…” Jinan menjeling jauh dari arah Rostam untuk membuatkan Rostam bencikannya.

“Baiklah… saya datang sini… sebab ingin… beritahu awak… yang saya cintakan awak… bukan sebab awak selamat nyawa saya dan Ray… tapi… sejak saya kenali awak… berdebar rasa bila saya bertemu dengan awak… awak telah membuka pintu hati saya untuk menerima wanita yang boleh menggantikan arwah Julia… terus terang saya cakap… saya bukan lelaki yang romantik… dengan berayat-ayat cinta… tapi… saya nak awak tahu yang… saya akan menjaga awak semua hidup saya… kalau awak sudi terima saya…”

“Maaf… saya takleh terima awak… awak dan saya… bagaikan langit dengan bumi…” balas Jinan.

“Apa besar sangat ke?...dengan latar belakang kita?... saya pun bukan baik sangat… tapi pengalaman hidup telah mengajar saya erti keluarga… persahabatan dan bertanggung jawab…”

“Dah la… awak dah habis cakap ke?... kalau dah… awak balik la… tak manis… duduk lama di sini… ini rumah perempuan…” Jinan cuba menafikan perasaannya sambil memujuk Rostam untuk pulang.

“Baiklah… saya akan pergi… tapi sebelum saya pergi… Ray sedang demam panas… mungkin dia amat merindukan awak… saya tak paksa awak… kalau awak bencikan saya… saya boleh terima… tapi saya harap… awak tak menghampakan permintaan seorang budak yang sedang sakit… saya minta diri dulu… “Rostam bangun dari sofa lalu dia berundur diri dengan perasaan yang tidak dibalas.

Hati Jinan berbelah bagi sambil menitiskan air matanya. Sungguhpun diri Jinan adalah anak luar nikah dan sering dipandang serong dengan masyarakat, namun dia tidak pernah berniat kejam terhadap sesama manusia.

‘Ya Allah… kenapa susah sangat untukku melupakan dia?... kenapa dia masih nak mencari aku?...” pelbagai soalan berlegar di fikiran Jinan.

Di Pahang.

“Terima kasih Diya… sebab kau sudi bantu… bos yang keras kepala macam aku ni…” ujar Khalid setelah selesai urusan di balai polis.

“Takpe la… tak perlu berterima kasih dengan aku… aku cuma buat apa yang patut je... “ balas Hadiya.

Hadiya meneman Khalid untuk pulang ke rumah Khalid. Dalam perjalanan ke tempat letak kereta, Khalid berhenti seketika dan Hadiya mula berasa hairan. Khalid memegang kedua tangan Hadiya sambil menatap wajah Hadiya.

" Diya… aku nak tanya… kau ada keputusan tentang lamaran aku tu?..." Tanya Khalid dengan wajah yang tidak bergurau.

"Kenapa kau nak tanya soalan itu… bukan ke aku dah beri jawapan itu pada hari yang sama?..." Jawab Hadiya.

"Ish… mana ada?... Aku tak dengar jawapan dari kau hari tu…" Khalid mula keliru sambil mengingat malam itu.

"Haiz… kau ni kelakar lah… bukan ke aku dah angguk kepala aku semasa kau sedang melamar aku…" tambah Hadiya.

"Oh… jadi itu jawapan kau?... Maknanya… kau… dah terima… lamaran aku?..." Khalid masih terpinga-pinga.

"Ya… aku terima lamaran kau…" Hadiya cuba meyakinkan Khalid. Khalid pun berasa lega apabila mendengar ucapan dari Hadiya lalu dia memberi kucupan di kedua tangan Hadiya. Pipi Hadiya menjadi merah dan dia mula senyum sipu ibarat dirinya telah dilamar oleh seorang putera tampan. Mereka berdua kemudian masuk ke dalam kereta Untuk menghantar Khalid pulang.

Sementara di apartmen Mysha, di dalam biliknya yang berselerak itu, Mysha sedang mengunting gambar-gambar musuhnya yang telah ditewaskan olehnya. Tindak laku Mysha itu tidak dijangka kerana dia masih tidak berpuas hati kalau nyawa Hafiy belum ditamatkan.

"Pandai tak aku…. Hahahah… semua musuh aku telah mampus… tapi… aku tak puas hati… kau mesti mampus juga… kau tak kan lepas dari aku!..." Ujar Mysha sambil mencucuk gambar Hafiy dengan sebilah pisau tajam.

Tiba-tiba, bunyi loceng kedengaran dan Mysha bangun dari katilnya lalu membuka pintu. Mysha kelihatan seolah-olah dia hendak memakan orang apabila membuka pintu itu. Di hadapannya, terlihat tiga anggota polis sedang mencuba untuk berkas Mysha dan Mysha hanya berdolak-dalik sahaja bagaikan menegakkan benang yang basah.

Mysha memberi anggota-anggota polis itu masuk ke dalam apartmennya untuk membuat siasatan dan mencari bahan bukti yang kukuh. Walaupun Mysha bersikap kurang waras, dia sudah menghampiri dua langkah ke depan untuk membuktikan bahawa dia tidak terlibat dengan kejadian yang berlaku itu. Segala bahan bukti yang ada sudah dihapuskan oleh Mysha.

Tanpa disedari, dua kelibat sedang sampai di depan pintu ketika Mysha sedang memberi anggota polis itu masuk ke dalam biliknya untuk digeledah. Keyakinan Mysha mula menurun apabila dia ternampak dua kelibat itu.

“Kau… Kau… Tak… Mungkin…” ujar Mysha dengan suara yang hampa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience