[BBB] Babak 20 PENGAKUAN

Romance Completed 49406

Sebulan kemudian.

“Kamu… Hafiy Iffat bin Zulfan Afqar…”

“Saya…”

“Aku nikahkan dan kahwinkan dikau dengan Mysha Atiya binte Zameer dengan….”

“Maaf mengganggu.. Kami dari pihak polis ingin berjumpa dengan Mysha dan Puan Zunaidah… untuk soal siasat...” Inspektor Nahiz menyampuk.

Imbas semula sebulan lalu semasa perbualan Hafiy dengan Inspektor Nahiz.

“Bantuan apa?...” Hafiy bertanya.

“Saya nak awak kahwin dengan Mysha dulu…”

“Apa?... kahwin?... tak nak… saya dah beristeri… nanti apa kata Thifa kat saya?...”

“Encik Hafiy… saya perlu siasat… kalau betul Mysha ada niat nak bunuh isteri Encik… dia akan pergi mencari dia…”

“Tapi macam mana?..”

“Awak pura-pura saja berkahwin dengan dia… sementara kami siasat setiap pergerakan mereka…”

“Jadi perkahwinan itu hanya buat mereka lupakan untuk mencari Thifa?...”

“Betul… awak cuma beri beberapa syarat yang buat awak selesa… asalkan mereka percaya dengan kata-kata awak…”

“Tapi… kalau Thifa tahu… mungkin dia akan kecewa dengan saya…”

“Encik Hafiy… ini sudah terlibat nyawa…. Kalau mereka berani tembak kakak isteri Encik… saya yakin mereka akan buat lebih teruk dari ini... “

“Susahlah… saya tak cintakan dia… “fikiran Hafiy semakin runsing.

“Saya faham… tapi… kalau awak cinta kan puan Nathifa… awak mesti berkorban untuk keselamatan dia…”
“Erhmm… baiklah… demi Thifa… saya sanggup buat…”

Sekarang.

“Apa ini semua?...” tanya Mysha.

“Maaf Cik Mysha…. Kami terpaksa menahan awak…”

“Eh… apa ni?... aku tak bersalah lah…”

“Hei… itu anak aku… kenapa nak tangkap dia?...” Puan Zunaidah cuba melawan.

“Maaf… kami mengikut arahan dari pihak atasan... dan Puan pun perlu ikut kami di balai...“

“Eh… kenapa pula aku terbabit dalam hal ini?...”

“Puan telah disyaki menyebar berita palsu mengenai cik Nathifa Syakura…”

“Eh… apa palsunya… memang betul dia anak haram lah…” Puan Zunaidah terlepas kata. Hafiy mula curiga sebab dia dan Pak Kassim sahaja tahu perkara itu.

“Macam mana Puan tahu Thifa itu anak haram?...” Hafiy bertanya. Puan Zunaidah terpaku.

“CAKAP!!!... MACAM MANA PUAN TAHU!!!” Naik minyak jadinya apabila Hafiy melihat Puan Zunaidah membisu.

“OKEY! MEMANG AKU TAHU DIA ITU ANAK HARAM!... SEBAB AKU PUNCA DIA MENJADI BEGITU!” Puan Zunaidah meluahkan perasaan geramnya yang sekian lama terpendam di dada.

“Apa?...” Hafiy mula terkejut.

“YA… AKULAH PENYEBAB DIA DILAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH… SEBAB AKU BENCIKAN MAK DIA DR SALINA!... TAPI DIA TIDAK DIROGOL SECARA FIZIKAL… AKU LETAKKAN ‘AIR MANI SYNTHETIC’ KE DALAM RAHIMNYA... “

“Puan… menggunakan alat perubatan untuk kepentingan sendiri adalah satu jenayah… oleh itu kami terpaksa tahan Puan…” pihak polis gari tangan Puan Zunaidah dan Mysha. Kemudian mereka hantar suspek-suspek itu ke balai polis.

Setelah itu, semua orang pun berundur diri kecuali Hafiy, Pak Kassim dan Puan Samiyah.

“PUAS HATI MAK LONG!… NAK JODOHKAN HAFIY DENGAN PEMBUNUH ITU… SEMPURNA SANGAT KE SAMPAI NAK BUNUH ORANG… ATAU ANIAYA ORANG?... “

“Okey… Mak Long minta maaf… “

“MAK LONG TAK PERLU MINTA MAAF DENGAN HAFIY… MINTA MAAF DENGAN THIFA!...”

“Okey… Mak Long boleh minta maaf tapi… itu tak bermakna Mak Long terima dia…”

“Tapi kenapa Mak Long?...”

“Hafiy… dia tu buta… macam mana dia nak uruskan Hafiy… sedangkan dirinya tak terurus… lagipun dia kan anak haram…”

“Biadap kamu Miyah!” Pak Kassim terpaksa menampar.

“Abah?... kenapa Abah tampar Miyah?...”

“Selama ni Abah diam… bukan Abah lemah… tapi untuk menjaga aib kamu…”

“Aib apa Abah?... Miyah nak Hafiy dapat zuriat sempurna…”

“Miyah jaga mulut kamu… Miyah ingat Abah tak tahu apa Miyah dah buat kepada Zahirah dulu?...”

“Zahirah?... siapa Zahirah itu Atuk?...” Hafiy keliru.

“Abah… kenapa nak sebut orang dah meninggal… nanti sedih Miyah tau…”

“Abah tak kira… hari ini Hafiy perlu tahu hal sebenarnya…”

“Hal apa Atuk?...”

“Zahirah itu adalah anak kedua Mak Long kamu…. Dia sebenarnya dilahirkan buta semula jadi… sejak dia dilahirkan… Atuk yang menjaganya bukan Mak Long kamu… sebab dia tak terima hakikat bahawa anaknya cacat… semasa Zahirah berumur 6 tahun dan waktu itu Zafran berumur 14 tahun… Mak Long kamu bilang dia nak luang kan masa dengan Zahirah… tapi dia menolak Zahirah ke jalan raya sehingga Zahirah dilanggar oleh sebuah kereta. Atuk dan Zafran telah menyaksikan kejadian itu di atas halaman rumah. Sejak itu… Zafran berdiam diri saja… alasannya sebab dia sayangkan adiknya tetapi hakikatnya… dia takleh terima bahawa ibu kandungnya sendiri telah membunuh adiknya sendiri… sebab itu Zafran bekerja di luar negara supaya dia boleh lupakan kejadian itu… kami semua berdiam diri sebab tak mahu besarkan hal ini kepada polis…” tersedu-sedu Pak Kassim apabila ceritakan kisah itu sebab dia terlalu sayang pada arwah Zahirah. Hafiy sangat kecewa atas perbuatan Mak Longnya yang tidak beperikemanusiaan.

“Ab..Abah… maafkan Miyah… Miyah tak terima hakikat bahawa anak Miyah cacat… Miyah nak sempurna je Abah…”

“Hafiy tak sangka… begitu kejam… Mak Long sanggup buat anak Mak Long sendiri macam tu… Hafiy kecewa dengan Mak Long… mulai hari ini… Mak Long jangan ganggu Hafiy lagi… biarlah…. Hafiy aturkan hidup Hafiy sendiri…”

“Hafiy…. Maafkan Mak Long… Mak Long berdosa…”

“Mak Long tak perlu minta maaf dari Hafiy… Mak Long sepatutnya minta maaf kepada Allah… selagi Mak Long tak insaf dan bertaubat… Hafiy tak kan jumpa dengan Mak Long… anggaplah pertemuan ini adalah kali penghabisan… Hafiy… minta diri dulu… maafkan Hafiy… Atuk…”Hafiy pun beredar dari tempat itu dengan hati yang kecewa.

Manakala Rostam kelihatan lesu tapi dia masih bekerja. Afifah, rakan sekerja Juia dulu, sangat tidak sampai hati melihat Rostam macam begitu.Dia sedang menuliskan alamat kampung Julia di sekeping kertas lalu dia masuk ke dalam bilik Rostam untuk memberi fail-fail penting. Dia melihat Rostam sedang melamun lalu dia menegur.

“Itulah… bila ada didepan mata… tak nak hargai… kan sekarang dah gigit jari…” kata sinis dari Afifah.

“Kalau kau nak datang sini setakat nak sindir aku… baik keluar je lah…”

“Sabar dulu… aku tahu kau sedang sakit… mungkin ubat ini akan buat kau sembuh…” Afifah keluarkan sekeping kertas berisi alamat rumah Julia lalu menunjuk-nunjuk ke arah Rostam..

“Apa itu?..”

“Oh ini?... ini alamat kampung Julia…”

“Kampung Julia?… boleh bagi kat aku?...” Rostam cuba mengambil kertas itu tapi Afifah enggan memberinya.

“Tunggu dulu… aku boleh bagi ini kat kau… kau boleh janji dengan aku tak?...”

“Okey… okey… aku janji…”

“Betul ke?... macam tak percaya lah…” Afifah cuba menguji Rostam.

“Betul… aku berjanji…”

“Jangan lah bila tersepit… kau buat sebab terpaksa…”

“Betul… Fifah… aku serius… aku berjanji…”

“Betul kau janji kau tak kan sakiti hati dia lagi?...”

“Betul aku berjanji…”

“Betul kau janji kau akan sayang dia?...”

“Betul aku berjanji…”

“Betul ke kau janji kau nak kahwin dengan dia?...”

“Betul aku berjanji… AKU AKAN KAHWIN DENGAN JULIA!….” Rostam mula luahkan perasaannya terhadap Julia.

“Okey… nah... ini alamatnya… jangan sia-siakan peluang ni…” Afifah berikan kertas itu kepada Rostam.

“Terima kasih Fifah... “ lapang dada Rostam apabila dia tahu keberadaan Julia.

Di apartmen Nathifa, dalam bilik Nathifa, dia sedang memikirkan nasib anaknya di kemudian hari.

“Sudah sepurnama aku tinggalkan KL… Abang Hafiy dan kenangan manis bersama arwah Umi dan arwah Kak Su… kini… aku ingin mencipta kenangan baharu untuk anakku… kadangkala… aku terfikir… bagaimana arwah Emak aku menjaga aku tanpa seorang suami disampingnya… mampukah aku berikan sepenuh kasih sayangku kepada anakku nanti?… Abang Hafiy… Thifa akan jaga anak kita… Thifa pun akan menanti ketibaan Abang untuk Abang mencari Thifa di sini...”

“Maafkan Abang... Thifa… Abang gagal menjadi suami yang sempurna untuk Thifa… Abang berjanji… selagi Abang masih bernafas… Abang akan cari Thifa sehingga berjumpa… dan Abang juga akan jaga rumah Thifa ini…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience