[BBB] Babak 30 IMBASAN HATI

Romance Completed 49406

Di hospital, Hafiy sedang menunggu isterinya di luar bilik rawatan. Hafiy menelefon Eliya untuk beritahunya supaya mengambil anak-anaknya dari taska selepas tengahari nanti.

Sejam kemudian, Hafiy boleh masuk ke bilik wad Nathifa dan dia duduk di kerusi bersebelahan dari katil itu lalu dia menunggu isterinya terjaga dari pengsan. Nathifa perlahan celik matanya lalu dia memandang raut kelibat suaminya di depannya.

"Thifa?... Alhamdulillah… Thifa dah sedar…" Nathifa menampar Hafiy dengan penuh perasaan kecewa.

"Kenapa Abang datang sekarang?... Kenapa tak dulu cari Thifa?... Abang tak sayang lagi dengan Thifa ke?... Sampai hati Abang tak nak cari Thifa!... Thifa ni siapa dalam hidup Abang?... Atau… Abang datang sekarang sebab Thifa boleh melihat semula!... Kenapa diam?!... Betul kan?..." Nathifa mula berontak sambil memukul Hafiy dengan kedua tangannya ke dada Hafiy. Hafiy cuba memegang tangan isterinya dan meminta kemaafan padanya.

"Thifa… Thifa… Abang minta maaf… tapi berilah Abang peluang untuk jelaskan semuanya…"

"Nak jelaskan apa?... Abang nak cakap... Abang takleh cari Thifa di sini?... Biarlah Thifa hidup sendiri…"

"Thifa tolonglah… percayakan Abang… Abang bukan lelaki macam itu… bagi lah Abang peluang untuk jelaskan… lagipun… Abang nak jumpa anak-anak kita..."

"Jap...jap… macam mana Abang tahu Thifa pernah mengandung?... Thifa belum sempat beritahu Abang masa itu kan…"

"Okey… Abang jelaskan… sebenarnya hari yang Thifa tengah bersalin tu… Abang terpaksa pergi ke London atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan…"

"Sudahlah Abang… dengan alasan 'cliche' Abang tu…"

"Sabar dulu Cik 'Not Slim'..."

"Apa?... Cik 'Not Slim'?... Maknanya… Abang ni 'Encik Wall'?!..."

"Ya betul… Abang lah Encik Wall aka muka tembok…"

"Jadi Abang mempermainkan Thifa?..."

"Tak… Abang tak mempermainkan Thifa… Thifa ingat tak… ada staf Thifa hantar salah e-mel kepada alamat e-mel …" Nathifa mula imbas semula kejadian itu yang Dayana cuai menghantar e-mel.

"Okey Thifa ingat… Thifa cuma cakap Thifa mengandung je… tak cakap nama penuh Thifa…"

"Okey… sebenarnya…"

"Abah!!!..." Najla dan Nayla muncul lalu mereka memeluk bapanya walaupun mereka cuma kenal melalui gambar saja.

"Abah?... Ni… macam mana kamu berdua boleh kenal Abah kamu?..."Nathifa mula curiga.

"Sebenarnya saya yang bagi gambar Encik Hafiy kepada mereka berdua… tanpa pengetahuan Akak… maafkan Eli Kak…" pengakuan dari Eliya.

"Macam mana Eli tahu Abang Hafiy?... Ish… tolonglah ceritakan berserabut kepala Thifa ni…"

"Baiklah… Abang akan cerita kan semuanya… Najla… Nayla… pergi kat kak Eli… Abah nak bincang dengan Ummi jap…"

"Baik Abah… Ummi… kita ikut kak Eli dulu ya…" Ujar Najla.

"Okey… jangan nakal-nakal tau… dengar cakap kak Eli…"

"Baik Ummi…" adik beradik kembar itu balas dengan serentak.

Eliya mengajak Najla dan Nayla pergi ke kantin untuk makan tengahari. Di bilik wad Nathifa, keadaan sedang menjadi tegang dan ini mungkin peluang terakhir bagi Hafiy jika dia tidak jelaskan dengan alasan yang munasabah.

“Okey… biar Abang jelaskan… “

“Baiklah… Thifa akan dengar…”

“Sebenarnya… Abang sampai KL awal sebab kerja Abang dah selesai… Abang ingin buat kejutan pada Thifa… Abang cuba kol dan hantar pesanan suara… Thifa tak balas… Abang mula jadi risau… bila Abang… terjumpa rakaman suara dan mendengar kata-kata… Abang mula tak tentu arah… Abang cari Thifa seluruh KL… tapi bayang Thifa pun tak dapat dikesan… “

“Jadi… macam mana Abang tahu Thifa di Pahang?...”

“Masa tu… Abang terjumpa sepucuk surat di bawah katil… dan surat itu adalah dari arwah Kak Su… dalam surat itu… dia mengatakan bahawa dia ingin mendermakan matanya kepada Thifa… demi Allah… Abang tak tahu Thifa boleh nampak semula masa tu… Abang cuba mencari Thifa di Pahang… sebab mungkin Thifa mencari Dr Nur Salina… tapi… Abang tidak jumpa… Abang ada datang lagi untuk mencari Thifa tapi masih tak jumpa… Abang mati kutu… dan harapan terakhir Abang adalah meminta bantuan dari Cik ‘Not Slim’... Abang ingin berjumpa dengan Cik ‘Not Slim’... tapi Cik ‘Not Slim’ kata boleh jumpa sewaktu bersalin… Kalau Thifa nak tahu… Abang sudah bersiap sedia untuk berangkat ke Pahang… tapi malangnya… ada urusan kerja di London yang terlalu susah nak elakkan… Abang terpaksa turun padang demi mempertahankan syarikat arwah Papa… Abang pun sempat balas kepada Cik ‘Not Slim’...”

“ Thifa… hairan lah… macam mana Abang tahu Najla dan Nayla ni anak-anak Abang?...”

“Oh… begini… 3 bulan selepas Cik ‘Not Slim’ bersalin… dia menghantar gambar-gambar mereka dengan nama penuh mereka… Abang mula terkejut… Abang tak tahu Cik NS tu adalah Thifa… kalau Abang dah tahu… Abang akan jumpa Thifa sebelum berangkat ke London...dan masa itu Abang pantau dari jarak jauh…”

“Okey… habis tu macam mana Najla dan Nayla tahu Abang ni… Abah mereka?...”

“Oh… sebenarnya Eliya tu adalah sepupu Rostam… Abang suruh dia tengokkan Thifa dan anak-anak kita… setiap hari… dia akan ambil gambar Thifa dan hantar kepada Thifa… Abang minta maaf… kalau itu buat Thifa kurang selesa…”

“Kenapa Abang tak nak berterus terang dari melalui e-mel tu?...”

“Thifa… Abang memang nak terus terang… tapi Abang bimbang kalau Thifa tak kan balas e-mel Abang kalau Abang bilang perkara sebenarnya… jadi.. Abang akan berterus terang pada Thifa bila kita bertemu semula…”

“Maafkan Thifa… sebab buruk sangka dengan Abang… Thifa ingatkan… selepas Abang dah kahwin dengan Mysha tu… Abang dah lupakan Thifa… maklumlah… Thifa bukan isteri idaman lelaki…”

“Janganlah… Thifa berkata begitu… sebenarnya Abang tak kahwin dengan Mysha… itu semua adalah helah supaya Mysha tak jejak Thifa… “

“Apa?... Mysha nak jejak Thifa?... kenapa Abang?...”

“Sebab dia nak membunuh Thifa… kalau Thifa masih ingat… kejadian yang telah meragut nyawa arwah Kak Su itu… adalah rancangan Mysha… dia nak Thifa mati… tapi Kak Su telah menjadi perisai untuk Thifa… dan… berita palsu itu adalah punca dari ibu Mysha… Puan Zunaidah…”
“Puan Zunaidah?... kenapa dia nak buat begitu?...”

“Sebab dendam Thifa… dendam kepada Dr Nur Salina… Emak Thifa… “

“Dendam?... jadi Emak Thifa kena rogol paksa?...”

“Erhmmm… hal ini sangat pelik… sebab… kalau Abang ceritakan… tentu banyak orang tak percaya macam cerita dongeng…”

“Cerita apa?... ceritalah Thifa perlu tahu asal usul Thifa…”

“Baik lah… Abang ceritakan… semasa majlis akad nikah tu… pihak polis sedang menangkap Puan Zunaidah atas tuduhan memberi khabar palsu… tiba-tiba je Puan Zunaidah mengaku yang dia telah letak kan ‘air mani synthetic’ ke dalam rahim Dr Salina… Itulah yang menyebabkan Dr Salina mengandungkan Thifa…” Nathifa tidak mampu berkata sepatah sebab dirinya telah menjadi mangsa akibat dendam kesumat dari Puan Zunaidah.

Di kantin, Najla dan Nayla hanya membisu saja sambil tidak lalu makan. Eliya tidak sampai hati melihat kedua adik beradik kembar bermuram durja lalu dia pun menegur mereka.

“Kenapa adik-adik Akak ni… tak lalu makan?... ini kan makanan kegemaran kamu berdua?...” tegur Eliya.

“Kak… rasa-rasa Ummi marahkan Abah tak?...” Soal Najla.

“Oh… pasal itu rupanya… tak lah… Ummi kamu tak marah… dia mungkin terkejut sebab 4 tahun berpisah… sekarang mereka sedang berbincang...sambil menanya khabar…” balas Eliya sambil membelai kepala Najla dan Nayla.

“Tapi… Abah tak salah kan… Akak kata dia kerja di luar negara….” tambah Nayla.

“Jangan risau… mereka tidak salahkan sesiapa... “

“Kami nak Ummi dan Abah…” pasangan kembar itu balas secara serentak.

“Okey… kalau kamu berdua nak kan Ummi dan Abah… kamu berdua haruslah makan… dah cukup tenaga… boleh peluk mereka kan… nanti kalau lemah macam nak peluk mereka… “ pujukan Eliya sambil menyuap nasi ke mulut Nayla dan Najla satu demi satu.

“Thifa… Abang faham perasaan Thifa… dan apa yang Thifa lalui… orang dituduh pun telah menjalankan hukuman…”

“Thifa… tak tahu… Abang… apa dosa Thifa… sampai Thifa jadikan mangsa… Thifa tak minta dilahirkan begini… “ raungan Nathifa sambil memukul dirinya. Hafiy cuba menahan Nathifa dari pukulan itu.

“Thifa… Thifa… Thifa… bawa mengucap… ini semua takdir Allah… kita mesti terima dengan redha… Thifa harus bersyukur sebab… Thifa disekelilingi oleh orang yang mulia… Abang berjanji… kali ini… Abang tak kan tinggalkan Thifa… Abang teringin sangat menyambut hari lahir anak-anak kita… hari lahir Thifa dan ulang tahun perkahwinan kita bersama…”

“Abang… Thifa rindukan Abang… maafkan Thifa Abang...” Nathifa memeluk Hafiy.

“Abang rindukan Thifa sangat… maafkan Abang sebab berjauhan dari Thifa selama 4 tahun…” Hafiy memberi kucupan di kepala Nathifa.

Di butik Nathifa, ada jejaka tampan sedang berjalan ke butik Nathifa dengan membawa sejambang bunga ros dan hadiah. Jejaka itu pun cuba membuka pintu butik itu tapi ia dikunci.

“Pelik… butik dia tutup… agaknya dia ambil cuti kut…. Takpe lah… besok aku datang lagi... “ jejaka itu berfikir sambil beredar dari butik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience