[BBB] Babak 3 KEMALANGAN

Romance Completed 49406

Dua bulan kemudian.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Nathifa masih belum sedar dari koma. Pak Rahman cuba menasihati Puan Saadia tapi tiada hasil.

“Sudah 2 bulan kau tak jenguk dia… kasihanilah dia… kau kan penjaga dia…”

“Eh… kau jangan nak mengajar aku… perempuan tu… bukanlah anak aku… aku tak pernah ada anak haram dalam keturunan aku…”

“Tak baik… kau berkata begitu… semasa dia ada di rumah kau… semua kerja rumah dia buat kan… sekarang… kenapa kau tak nak jenguk dia…”

“Alah… perempuan macam tu… memang bagus dijadikan hamba saja… mana layak nak hidup mewah… kalau dia nak kahwin pun… jantan mana nak kan perempuan kotor macam dia tu…”

“Dah la… susah aku nak nasihat kau… aku minta diri dulu…”

“Baguslah tu… jangan nak asyik menyibuk je…”sindiran Puan Saadia.

Di hujung kampung Nathifa, terdapat rumah besar yang dihuni oleh datuk Hafiy, Pak Kassim. Pak Kassim tinggal bersama cucunya Hafiy.

Hafiy dibesarkan dari keluarga yang senang. Bapanya seorang CEO di syarikat kecantikan dan kesihatan, Dewi Gorgeous, manakala ibunya seorang doktor pakar psikologi.

Kesibukan ibu bapanya telah mengabaikan Hafiy sehingga Hafiy menjadi nakal. Oleh kerana kenakalan Hafiy itu sukar dibentuk, Hafiy telah dihantar di kampung datuknya.

Tiba-tiba, sekarang, ibu bapa Hafiy muncul dan ingin membawa anaknya pulang ke Kuala Lumpur.

"Hafiy tak nak balik!... Hafiy lebih selesa tinggal di sini…"

"Hafiy… Papa tak perlu minta izin dari Hafiy… ini adalah satu arahan…"

"Jangan Papa nak desak Hafiy… Hafiy kata… tak nak… tak nak lah…" Hafiy masuk dalam bilik.

"Asmah… kau tengok anak kau… ikut perangai kau itu…"

"Sudahlah… biar aku pujuk Hafiy…" Pak Kassim cuba memujuk Hafiy.

"Hafiy… kenapa Hafiy tak nak pergi KL?..."

"Mama Papa selalu sibuk je… tak nak luangkan masa untuk Hafiy… Hafiy suka tinggal dengan Atuk…"

"Atuk faham… tapi Hafiy kan nak sambung belajar… kawan kamu Rostam pun nak pergi KL… Hafiy tak nak belajar dengan dia ke?..."

" Betul ke Atuk?..."

"Betul… tadi petang Rostam kol Atuk… dia tanya Hafiy pergi KL ke tak… Atuk belum beri keputusan…"

"Kalau begitu… Hafiy pergi KL…"

"Hafiy kemas kan pakaian… malam ini… Papa Mama Hafiy nak balik KL…"

"Baiklah Atuk…" Hafiy pun mengemaskan pakaiannya dalam beg sementara Pak Kassim beritahu ibu bapa Hafiy bahawa Hafiy setuju untuk pulang Kuala Lumpur.

Setelah itu, mereka bertiga pun berangkat dan mula perjalanan mereka ke Kuala Lumpur. Hafiy tidak bersuara dan dia cuma termenung peristiwa Nathifa itu sebab dia rasa serba salah.

Tiba-tiba, ada kereta di depan mereka dengan pantas. Encik Zulfan cuba mengelak dari kereta itu dan sebuah lori besar di kirinya berlanggar keretanya. Bagaikan terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

Geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau, ibu bapa Hafiy tidak dapat diselamatkan dan Hafiy masih hidup cuma hentakan di kepalanya itu telah membuatkan dirinya koma.

Keesokan harinya, Pak Kassim dan Rostam melawat Hafiy. Semasa Pak Kassim dan Rostam sedang mengaji, Hafiy terjaga dari koma. Pak Kassim bersyukur kerana cucunya sudah sedar dari koma lalu dia cuba menegurnya.

"Hafiy… Hafiy… kamu dah sedar..."

"Hafiy?... Siapa Hafiy?... Pakcik ni siapa?... Awak ni siapa?...siapa saya?..." Fikiran Hafiy terganggu dan keliru.

"Hafiy… ini Pak Kassim… datuk Hafiy…"

"Hafiy?... Datuk?... Aahhh...errr…"Hafiy mula berontak.

Rostam terus memanggil doktor dan jururawat lalu Pak Kassim dan Rostam tunggu di luar. Pak Kassim risau dengan keadaan Hafiy itu dan dia tak tahu macam mana hendak bantu Hafiy.

“Atuk… Tam rasa… Fiy… mungkin hilang ingatan…”

“Atuk pun… risau… Tam… macam mana Atuk nak bantu dia…”

“Bawa bersabar Atuk… kita sama-sama tolong pulihkan Hafiy…”

“Insya-Allah…” Pak Kassim mengesatkan titisan air matanya.

Setelah diperiksa oleh doktor, doktor mengajak Pak Kassim ke biliknya untuk bincang perkara penting.

“Ada apa Doktor?... kenapa cucu saya tak ingat saya?…”

“Bawa bersabar Encik… sebenarnya… cucu Encik sedang menghidap Amnesia secara jangka panjang... “

“Amnesia?”

“Ya… jadi untuk mengingati semula… Hafiy perlu mendapat informasi yang betul… dan kalau dia sedang stres… jangan paksa dia untuk mengingat…”

“Baiklah Doktor… saya akan buat apa saja untuk cucu saya sembuh…”

Sementara itu, Rostam sedang berada di bilik wad untuk menemani Hafiy.

“Awak ini siapa?...”

“Hafiy… aku Rostam… kawan kau… kita kenal sejak sekolah rendah lagi… kita macam BFF…”

“Habis tu… siapa perempuan dalam ingatan saya?... saya ada kawan perempuan ke
?...”

“Perempuan?... takde la… kau mana ada kawan perempuan…”

“Rostam… awak tahu mana ibu ayah saya?...”

“Erhmm.. Hafiy… ibu ayah kau dah meninggal dunia… akibat kemalangan jalan raya… kau telah dijaga oleh Datuk kau… Pak Kassim… bawa bersabar…”

“Habis tu… macam mana saya boleh ada di sini?...”

“Kau pun kena kemalangan jalan raya… semasa nak pergi KL… sabarlah Hafiy…”

Fikiran Hafiy semakin celaru dan dia memaksa dirinya untuk mengingat. Namun, dia hanya terbayang kelibat perempuan di mindanya. Hafiy merasakan bahawa dia pernah ada kawan perempuan kalau tidak, mengapa bayangan itu masih belenggu di fikirannya.

“Siapakah perempuan di dalam minda saya… di mana boleh saya jumpa dia?…” Hafiy sedang berfikir.

“Maafkan aku Hafiy… aku tak nak kau tahu perempuan itu dulu… sebab ia akan mengganggu emosi kau…” Rostam berkata pada dirinya.

“Hafiy…” Pak Kassim menyampuk.

“Atuk… masuk lah…”

“Atuk faham… Hafiy belum ingat semula… Atuk berjanji… Atuk akan cuba pulihkan Hafiy…”

Pak Kassim terpaksa membawa Hafiy di Kuala Lumpur sebab itu saja kenangan ibu bapanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hafiy tidak boleh ingat ibu bapanya dan dia berasa bahawa dirinya tidak berguna. Dia kini berkurung di biliknya dan dia enggan bercakap sepatah pun.

Manakala, di hospital, Pak Rahman masih melawat Nathifa dan menghairankan lagi, Nathifa masih belum sedarkan diri. Tapi waktu malam, semasa Pak Rahman sedang mengaji, Nathifa sedang terlihat wajah ibunya dalam mimpinya.

Bayangan ibunya sedang menghulurkan tangan kanannya kepada Nathifa.

“Thifa… bangun sayang… anak Emak… bangun… Thifa… bangun... “ suara arwah ibunya dalam mimpinya.

“Emak… Emak… Emak… EMAK!!!” Nathifa terjaga dari koma.

“Syukur… Alhamdulillah… Thifa dah sedar…”

“Pakcik ke tu?... kenapa Thifa nampak semua gelap saja?...”

“Thifa… bawa bersabar… sebenarnya… mata Thifa rosak… akibat hentakan batu tu..”

“Apa?... rosak?... tidak!... tidak!... tidak…” Nathifa mula memberontak. Pak Rahman memanggil doktor dan jururawat. Doktor pun memberi suntikan ke tangan kiri Nathifa dan Nathifa pun tidur.

“Inilah… berita buruk yang aku dengar… Pakcik Rahman beritahu aku bahawa aku sedang koma 2 bulan… kedua mataku sudah rosak… aku tak tahu macam mana aku mampu teruskan hidup… jika dulu aku kehilangan Emak aku… maruah aku… tapi kini aku telah kehilangan penglihatanku… adakah Puan boleh terima keadaan aku begini?... aku tak tahu… mungkin betul…apa Puan kata itu… perempuan kotor seperti aku tak layak menikmati kebahagiaan… Ya Allah… apa lagi ujian yang Kau berikan padaku… aku dah takde sesiapa yang boleh menjaga aku… mengapa harus aku menanggung ini semua?...”

Setelah selesai periksa status Nathifa, Pak Rahman menghantar Nathifa pulang ke rumah Puan Saadia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience